ciptaan-MU indah.. (bahagian 4)



d. DECAPOLIS dan Lain-lain sejarah

Zaman Yunan dan Rom DECAPOLIS beerti (10 bandar) adalah terletak di sempadan Jordan Syria dan Pelestin. Selain Jerash, PELLA yang terletak di utara lembah Jordan, di sini kerja-kerja
kerja-kerja menggali masih lagi diteruskan dan disapati ia dibina sejak sepuluh tahun ribu lampau, manakala bangunannya pula kembali ke zaman Rom, Byzantin, Arab dan Islam, dari kurun ke-2 hingga kurun ke-14 masihi.

Bandar Decapolis selainnya adalah UMM QAIS atau GEDARA, terdiri di atas kawasan bukit 378 meter di atas paras laut. Pemandangan di sini sungguh indah, meliputi lembah Jordan. Tasik Tabari, (laut Galilee), lembah Yarmouk dan Tanah Tinggi Golan. Percayalah, anda bisa melihat sebahagian Lembah Yarmouk tempat berlakunya peperangan Yarmouk antara orang Islam dan Rom, yg dimenangi oleh orang Islam.

sehingga kini bandaraya ini kekal sebagai tempat bersejarah. pemandangan sekitarnya tidak ubah seolah di zamannya dahulu.


istana Ajloun antara yang menarik perhatian pengunjung-pengunjung. Ke timur laut Umm Qais, terletak bandar lama ABILA yang lebih subur, di sinilah terdirinya rumah ibadat Rom, gereja Byzantin serta masjid orang Islam. Bukti menunjukkan ia diduduki sejak 5000 tahun dahulu.

Segala maklumat lanjut mengenai Jordan dan percutian di sana bolehlah anda melayari:

http://www.visitjordan.com/

http://www.tuorism.jo/inside/Main.asp




0 Responses so far.