Showing posts with label khazanah buku. Show all posts
Showing posts with label khazanah buku. Show all posts

SINOPSIS:


Luka Rakyat bukan sebuah cerita, bukan sebuah rakaman tetapi lebih kepada pernyataan. Ia adalah sebuah dunia yang direnyuk lanyak oleh mereka yang memiliki kuasa, keberadaan tetapi dirasuk kedunguan, kesederhanaan dianggap sebagai terkebelakangan, kesolehan dianggap sebagai kebodohan, kerakusan, penipuan, kesonglapan dianggap sebagai kemajuan teknologi dan kelicikan itu dianggap sebagai kemenangan, kebrutalan dianggap sebagai kepahlawanan, kewiraan.

Kali ini saya mahu membawa anda semua untuk mendalami perasaan seseorang. Melalui jerih dan payahnya apabila diri dizalimi dan dianiayai oleh golongan 'berkuasa', mereka ini rakus dalam mengaut keuntungan buta, tanpa melihat siapa yang teraniaya. HALAL dan HARAM sudah menjadi darah daging mereka. yang pasti keuntungan menjadi taruhan utama. saya tidak bermaksud semua golongan berpengaruh berfeel sedemikian, namun jauh di sudut hati saya berkata majoriti mereka adalah bersikap buas begitu. Asal kaya-raya apa pun mereka tidak peduli.

Menyingkap sehelai demi helaian muka surat buku ini, membuatkan runtun perasaan saya semakin haru dan sedih, kewajaran mereka yang bernafsu buas ini terlalu zalim bagi saya. Bukan mereka tidak ada akal dan sifat belas kasihan, tapi apa boleh buat, demi mengejar pangkat dan kekayaan syarat kemanusiaan semua itu diketepikan dahulu. Berikut saya kemukakan beberapa ulasan dan kritikan tentang buku ini;

"Luka rakyat merupakan sebuah karya penyuntik kesedaran. Bukan sekadar kesedaran pasif, namun kesedaran kritikal supaya yang dikata rakyat itu jangan Cuma menyerah kepada nasib. Rakyat perlu celik dan sedar. Rakyat perlu berani dan yakin. Ketika ketidakadilan berleluasa, tatkala kezaliman bermaharajalela, hanya rakyat yang mampu menentukan gelombang perubahan. Semua lapisan rakyat wajar membaca dan meneliti setiap huraian Azizi ini, yang membongkar jurang antara derita rakyat dan kekuasaan mereka yang angkuh."

S. M. Mohamed Idris, Presiden, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

"Bagaimanakah rakyat mungkin merolakan diri melihat kepincangan yang ketara menzahirkan ketidakadilan. Rakyat yang ditekan daripada melakukan perubahan terhadap kepincangan social akhirnya akan bertindak membela jati diri dan maruah sebagai rakyat yang merdeka. Azizi Hj. Abdullah berjaya dengan tajam mengupas reality yang kompleks menyentuh polisi pengurusan, baik dalam persoalan ekonomi, perkhidmatan mahupun pemerintahan yang memangsakan rakyat dengan gaya bahasa dan ulasan yang sangat menyerlah dan mengungkap penderitaan rakyat yang lemah. Luka Rakyat patut dibaca oleh semua lapisan masyarakat yang menjiwai perjuangan rakyat."

"Ia sepatutnya mendidik golongan muda dalam kalangan pelajar universiti, para ahli akademik, aktivis social, serta dalam kalangan petani, buruh, nelayan, setinggan serta mereka yang berpendapatan rendah di kota dan di pinggir kota. Syabas kepada TERAS yang memulakan suatu anjakan kepada penerbitan buku-buku yang berjiwa rakyat."


Syeikh Niamat Yusoff Nadwah Persuratan Islam Malaysia (NAFIS)

[Usah Jemu Memberi]

ALAM adalah warna-warni Kehidupan


Saya suka dan tertarik dengan hidangan SOLUSI pada kali ini (siri 20). Bual bicaranya menuntut kita bercakap dan berfikir dengan persekitaran. Belajar dengan alam adalah fokus yang terbaik setakat ini. Menilai sejauh mana manusia mampu berkomunikasi dengan alam dalam mencari ibrah dan tauladan. Alam yang kita nampak biasa jika setiap hari memandangnya dengan pandangan mata semata-mata, namun jauh dari itu ia sebenarnya menyembunyikan seribu rahsia yang unik.

‘Cuba tanyakan kepada sepuluh orang tentang makna kehidupan. Pasti kita akan memperoleh pelbagai jawapan dan erti sebuah kehidupan. Kehidupan begitu sukar difahami maknanya kerana jalan kehidupan itu tidak semudah garisan yang lurus’ (MEMBERI MAKNA KEPADA KEHIDUPAN – Ir. Ahmad Jais Alias) – Lihat pada helaian 14 dan 15.

YA, potongan ayat ini amat memotivasikan saya.

Selagi manusia berada di dalam ini, dia harus belajar daripada alam. Sayangnya ramai manusia yang gagal belajar daripadanya. Lihat, betapa ramai manusia hanya melihat nikmat, tetapi melupakan Pemberi Nikmat (ALLAH taala). Ramai yang memuji alam tetapi jarang memuji Penciptanya. Benarlah kalau dikatakan ALLAH itu sangat dekat, tetapi terasa jauh kerana manusialah yang sering menjauh!

Alam Itu Sekolah Insan

'Alam ialah layar yang memancarkan kebesaran ALLAH untuk manusia mengenali dan mencintai Penciptanya. Bulan, Matahari, bintang, tumbuhan, haiwan adalah tanda-tanda (sign) yang boleh membuka fikiran, jiwa dan perasaan manusia untuk dekat kepada ALLAH. Dan dekat kepada ALLAH itulah sumber kekuatan, ketenangan, kejayaan dan kebahagiaan dalam menjalankan peranan sebagai hamba ALLAH dan khalifah'
(Editor – Ustaz Pahrol Md Juoi)

Pastinya saya tidak lepas untuk terus menatap hasil tulisan beliau.

Antara tajuk yang menarik dan mesti anda baca adalah
Pemburu dan Penggoda Cinta, Belajar Daripada Alam (Ustaz Pahrol Md Juoi), Awas Daripada Muflis di Akhirat (Ustaz Syed Mohd Norhisyam), dan artikel Agama Tidak Membunuh Pertanyaan (Ustaz Hasrizal Abdul Jamil).

Bagi yang meminati subjek motivasi diri, ini saya lampirkan bacaan yang pasti menaikkan kembali spirit keyakinan diri iaitu
Bersaing Dengan Diri-Sendiri (Hj Muhammad Zakaria).

Artikel
Tentang Hati karangan Noraslina Jusin (pada helaian 58 dan 59) amat memberikan bekas kepada hati saya saat membacanya. Kupasan mengenai dosa dan pahala dengan jalan pengalaman bersama anaknya cukup berhemah dan santun ketelitiannya.

Apapun, anda yang masih belum mempunyai naskhah ini perlu segera mendapatkannya agar tidak ketinggalan, walaupun ketika ini SOLUSI siri ke 21 sudahpun memasuki pasaran. Namun tidak rugi untuk membaca pada keluaran yang lalu. Pesan Editor:

‘SOLUSI isu ke 20 ini tampil dengan peringatan, Alam itu sekolah insan. Maka jadilah pelajar yang baik. Belajarlah daripada alam’

[Usah Jemu Memberi]


‘HIDUP UNTUK MEMBERI’ – Tidak susah untuk menggembirakan orang lain. Mungkin hanya dengan kata-kata, mungkin hanya dengan senyuman ataupun dengan doa. Berilah kegembiraan kepada orang lain, kegembiraan itu akan datang kepada kita semula. What you give, you get back! Apa yang kita beri akan kita terima semula. Ini hukum alam Sunnatullah – what goes around, comes around.

Siapa yang lebih cinta maka dialah yang lebih banyak memberi. Justeru, jika kurang memberi, itu petanda ‘kurangnya’ cinta. Apabila kurang rasa cinta, tergugatlah persaudaraan dan rengganglah perpaduan. Oleh sebab itu, hidup ini akan harmoni hanya apabila kita banyak memberi bukan menerima.

Manusia memikul peranan sebagai khalifah di muka bumi. Tugas khalifah itu adalah untuk memberi kebaikan – buat diri sendiri, untuk orang dan persekitaran. Hanya dengan itu makmurlah muka bumi ini dengan pembangunan material, keamanan dan keampunan TUHAN.

Malangnya dalam hidup ini, ramai manusia mementingkan bagaimana untuk mendapat, bukan memberi. Mendapat pada sangkaan mereka akan membahagiakan. Maka berlakulah persaingan malah perebutan. Padahal KEHIDUPAN ini bukan untuk bersaing tetapi saling berkongsi. ‘We are here to complete not to compete’ – kita di dunia ini bukan untuk bertanding tetapi untuk saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Kekayaan sebenar bukanlah kerana banyak ‘memiliki’ tetapi kerana banyak memberi. Kerana itulah ALLAH zat yang Maha Kaya, kerana DIA-lah yang paling banyak memberi.


Komen saya:

Inilah satu keajaiban pada sebuah nilai, apabila ia adalah pemberian yang tidak mengurangkan sesuatupun akan tetapi mengimbalkan balik hasil yang adil bahkan ia lebih dari suatu kesaksamaan. ada orang memberi untuk mendapat pulangan, atau lebih mudah disebut mahu dikenang jasanya, namun segelintir hati yang ikhlas akan memberi pada suatu yang tidak diharapkan semula apa-apa kepentingan diri. Biarpun pada nilai itu nampak berkurang, tetapi pemberian itu tidak akan menghampakan si pemberi.

Lebih mulia, kita menjadi pemberi yang tanpa dipinta untuk memberi. Setiap masa tidak putus-putus menghulurkan sesuatu bahkan gelisah jika tiada apa untuk diberikan. Itulah dia Erti Hidup Pada Memberi.

Percayalah, memberi tidak akan mengurangkan.

p/s: artikel SOALNYA SIAPA KAMU? Tulisan terbaru Ustaz Hasrizal seperti menjelaskan sesuatu kepada sikap diri. Dosa sendiri, pahala juga sendiri. Kerana untung dan rugi itu berbalik kepada sikap. Sesuatu itu boleh jadi BAIK atau BURUK bergantung kepada tujuan diri-sendiri. Fikirlah!

Untuk read more, tulis di sini...


Dua Tokoh Unik Di Dua Zaman

i. Tuan Guru Nik Abdul Aziz – (Pandang sisi oleh Annual Bakri Haron)

Menyedari Tok Guru Nik Abdul Aziz, rata-rata dilihat istimewa, bahkan sering membawa gaya ganjil berkelainan, kami cuba membawa kata-katanya itu. Ini kerana lontarannya acap mengundang pelbagai reaksi. Ada juga yang mencemuh dan ramai pula yang terpukau. Dengan latar belakang Islam yang sepenuhnya yang boleh dijejaki daripada biografi hidupnya, tidak syak lagi apa yang keluar daripada beliau adalah kata-kata yang terbit dari hening telaga ilmu berteraskan keimanan dan keyakinan. Tidak mungkin segayung air yang jernih diceduk dari telaga yang keruh, masakan!

Tiada Pemimpin yang menggunakan Islam seistiqomah beliau dalam apa jua keadaan. Sekaligus tiada ulama’ yang memiliki wilayah pemerintahan untuk diuji kekesanan Islam bawaan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul selain NIk Aziz.


ii. Saidina Umar Abdul Aziz – (Pandang isi oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz sendiri)

Ketika ditanya soal keturunan yang baik bakal melahirkan generasi yang baik. Ia terbukti bahawa Umar Abdul Aziz lahir daripada keturunan mulia iaitu saidina Umar al-Khattab. Lalu kecemerlangan ini datangnya daripada keturunannya.

Jawapan Tok guru:

Dalam Islam itu ada isu berkat. Ada ayat yang sering kit abaca sebagai contoh doa qunut yang kit abaca pada setiap pagi. Ada satu ayat di hujungnya yang bermaksud, “….wahai Tuhan kami, beri kami keberkatan…” berkat ini tidak diajar dalam sains. Dan ia tidak dapat dikaji dalam makmal-makmal sains. Berkat adalah pemberian ALLAH kepada hambanya melalui makanan yang halal, minuman yang halal, duit yang halal. Daripada sumber yang halal inilah lahirnya berkat. Sebagaimana yang dinasihatkan oleh doktor kepada kita untuk mendapatkan vitamin yang terbaik, kita perlukan makanan yang baik. Makan buah-buahan yang baru dipetik dan sebagainya. Tapi kemampuan mereka terhad setakat itu sahaja. Hanya Islam yang ajar kita untuk mengkaji mengenai berkat. Islam ajar kita supaya beribadat, mendirikan solat, puasa, bahkan berdoa. Kalau mahu ke kebun sekalipun, kita digalakkan berwudhu, keluar dari rumah kita berdoa. Hasil daripada inilah datangnya berkat.

Berkat daripada Umar al-Khatab yang lempar jauh-jauh syirik dan bulatkan hatinya hanya kepada ALLAH melahirkan keturunan yang cemerlang seperti cicitnya Umar Abdul Aziz

Ada satu kisah di mana Umar terdengar seorang anak berselisih pendapat dengan ibunya yang mahu mereka mencampurkan air ke dalam susu. Anak itu melarang ibunya daripada melakukan perbuatan itu kerana Umar al-Khatab tidak membenarkan perbuatan mencampurkan air ke dalam susu. Ibunya cuba mempertahankan perbuatannya dengan meyakinkan anaknya bahawa Umar tidak akan dapat melihat mereka di penghujung malam. Namun, anaknya tetap dengan pendiriannya dengan menegaskan, sekalipun Umar tidak melihat perbuatan mereka itu, tetapi TUHAN Umar melihat apa yang mereka kerjakan.

Umar tertarik kepada kata-kata anak itu. Sekalipun dia tidak melihatnya, apa lagi mengenalinya, namun Umar yakin anak itu memiliki peribadi yang amat mulia. Umar mencadangkan kepada anaknya. ‘Ashim yang belum berkahwin supaya mengahwini itu yang bernama Ummu Ammarah kerana yakin daripadanya akan lahir keturunan yang soleh. Hasil daripada perkahwinan mereka inilah lahirnya Ummu ‘Ashim yang kemudiannya berkahwin dengan Abdul Aziz bin Marwan, daripada perkahwinan mereka inilah, lahirnya insan mulia bernama KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ.



Umar ini adalah pemimpin yang mula-mula melaksanakan kepimpinan Negara Berkebajikan. Mereka mengajar rakyat bagaimana hidup dalam berkat kemiskinan atau kaya dalam petunjuk dan cahaya.


iii. Saidina Umar Abdul Aziz (Pandang sisi oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang)

‘Saya ingin mencontohi Khalifah Umaiyah, Khalifah Umar Abdul Aziz dalam gerak kerja saya nanti’


iv. Komen saya:

Kalaulah Lim Guan Eng pun punyai azam juga cita-cita mahu mencontohi Umar Abdul Aziz, masakan kita yang lahir dari ketururnan seislam dengan Umar Abdul Aziz tidak mahu mengekori jejak beliau.

Ustaz Wan Ji sememangnya sudah punyai pengalaman dalam penulisan buku berkenaan tokoh ugama. Dahulupun sebuah buku telah dikarang oleh beliau. Kemudian, Buku FENOMENA NIZAR yang ditulis ustaz tidak kurang hebat kupasannya. Sememangnya Nizar seperti apa yang dituliskan. Hebat!

Buku ini KEZUHUDAN UMAR ABDUL AZIZ, KESEDERHANAAN NIK ABDUL AZIZ, masih belum diterbitkan, tetapi anda harus ada rasa tidak sabar untuk menantinya. Kolaborasi dua tokoh ini digabungkan dalam sebuah khazanah buku. Kalau dulu sebuah buku BELAJAR DARI DUA UMAR sudah dilayangkan kepada khalayak, namun kali kelainan pasti terasa oleh sentuhan kedua ustaz Wan Ji ini.

Apa lagi? Jangan ketinggalan mendapatkan naskhahnya!

Untuk read more, tulis di sini...

'Kitab sirah boleh disifatkan sebagai sebuah ‘manual’ bagi setiap mukmin yang berdaya juang. Ia diyakini mampu meningkatkan roh perjuangan. Melalui jalur-jalur kisah KEHIDUPAN junjungan kita Nabi Muhammad saw yang diperincikan melaluinya. Khalayak seakan-akan sedang dihidangkan dengan sebuah santapan rohani. Daripada gerak-geri baginda dalam pelbagai situasi tenang, terancam, cemas, istiqomah dan berani tanpa disedari pembaca telah dan akan dititip dengan ‘akhlaqul karimah’. Ia bisa meresap menusuk bahkan mampu mengubati jiwa.

Jauh mengatasi kepentingan kisah yang resap dalam perjalanan sirah Rasulullah saw ini ialah teknik, taktik dan stratergi peperangan baginda. Jikapun suasana dan dimensi masa boleh berbeda, namun maudhu’ pendekatan dan uslub yang digariskan tetap relevan. Pendek kata, musuh dan seteru tetap satu. Tinggal lagi, bagaimana Nabi kita mendepani pelbagai hikmah dan fatonah. Inilah mesej tersirat yang cuba dibawa oleh buku ini untuk direnung dan dikongsi.


Maka, adakah sunnah yang sebesar ini hendak kita sisa-siakan?
'

Komen saya: andainya dapat ditayangkan disebuah layar besar titipan sirah Nabi ini seperti sebuah filem wayang, maka buku inilah selayaknya diberi keyakinan sebegini sehingga apabila membacanya kita seolah duduk di mimbar zaman dahulu.

Suka-dan-duka Nabi adalah seperti mainan biasa, kerna suka Baginda terlalu sedikit jika mahu dibandingkan dengan saat sengsara yang setiap masa mengejar serta mencemburui Beliau serta para sahabatnya.

Sirah ini mengajarkan kita makna kedapatan sebuah iman dan bagaimana mahu mencahayakan gembali syiar Islam. Kisah perjalanan ini mambawa sidang supaya dapat berfikir dan kembali merenung siapa diri yang dihidupkan, adakah kita sudah merencanakan matlamat atau masih lagi alpa dan terus terkeliru apabila di hujung KEHIDUPAN nanti.

Membacanya walaupun sehelai muka surat adalah kemestian bagi anda, mengetahui sirah Baginda seolah kita menghargai sirah yang dicipta oleh Muhammad saw serta sahabatnya. Lalu, jika anda hendak menjadi sebahagian daripada ansorullah yang dijanjikan syafaat, maka bermula dari langkah mengenal sirah barulah anda mampu mengorak perjalanan menaikkan bendera sirah dan agama.

p/s: 'zaman-zaman' exam ni susah benar nak istiqomah mengup-date blog. maaf buat sahabat blog yang selalu bertanyakan tentang 'kelembapan' blog ini. anda adalah inspirasi saya dalam mencipta khazanah ilmu. saya amat hargainya.

Untuk read more, tulis di sini...


Ramai teman-teman lelaki bertanya: ‘kenapa selalu up datekan Majalah ANIS? Itukan majalah wanita? Tak malukah?’

Buat sahabat muslimah yang menjadi peminat setia bacaan ini pastinya tahu apakah isi kandungannya. Tetapi untuk kawan-kawan lelaki yang sudah maklum tentang kewujudan Majalah ini tetapi belum pernah berpeluang menyelak helaiannya, silakan berbuat demikian untuk mengetahui santapannya yang lebih daripada seorang lelaki harus membacanya. Masakan tidak boleh lelaki seperti saya untuk mempunyai naskhah ini sebagai minat bacaan saya? Boleh, apa salahnya jika saya mahu mengetahui tentang wanita, aibkah kita mempelajari ulasan agama berkenaan wanita? Tetapi itu bukan alasan saya untuk meminati Majalah tersebut. Sebab saya meminatinya cuma ia telah mengandungi kupasan pelbagai aspek dalam kehidupan yang bercirikan Islam.

Huraiannya tidak terlalu tinggi nilai estetika bahasanya, tetapi mendalam isi yang mahu dikongsikan kepada pembaca. Nilai introspeksi yang dijadikan sebagai trend dan trademark Majalah ANIS ini adalah sumber utama kepada minat saya. Saya mulai mengumpulnya sejak tahun 2004, tetapi usaha saya mencari artifak ANIS ini sehingga saya punyai koleksinya bermula tahun 2000, malah saya ada menyimpan naskhah ANIS di tahun 1999, saya pun tidak ingat di mana saya memperolehinya. Samada dua cara, minta simpati pada rakan yang mempunyai Majalah itu atau saya melanggannya.

Oh ya! Kalau rakan-rakan lelaki yang tidak percaya apakah isi kandungannya berkisar tentang wanita sahaja ataupun lebih dari itu, bolehlah mencubanya. Saya pasti anda juga akan seperti saya. Sehingga sekarang Majalah ini masih dilayangkan ke sini (Jordan), terima kasih kepada Ayahanda yang sudi melayangkan guni ilmu itu ke tanah sejauh ini.

Berkali-kali saya mahu mempromosikan ANIS ini kepada semua pembaca blog saya. Lihatlah apa yang menarik di dalam ANIS keluaran Oktober ini:


CERIA SYAWAL DENGAN ZAKAT DAN SEDEQAH

Paling merisaukan, ada sesetengah orang yang merasakan, kekayaan adalah hak peribadi. Siapa yang berusaha dia merasa. Pecahkan ruyung demi sagunya. Rezeki mesti dicari bukan diberi. Maka, jadilah sesetengah orang yang ‘sombong’ dan kedekut dalam diam, bagai api dalam sekam. Sifat negatif, kikir dan bakhil berakar di dalam hati tanpa mereka sendiri sedari. Akhirnya, luhur pemurah diganti mazmumah, sifat qanaah sudah berubah, belas ehsan kian menipis. Mungkin kita tidak terasa, tapi ada caranya agar kita boleh mengetahui status pemurah, qanaah dan ehsan kita.


Buat peminat fesyen Muslimah terkini, di sini:

HITAM ITU ELEGAN

Jubah dan abaya hitam memang tidak asing buat para Muslimah di Timur Tengah. Untuk anda yang ingin tampil elegan cubalah padanan jubah dan abaya hitam eksklusif yang diberi perincian sulaman dan hiasan manik. Ternyata hasil kreativiti kaum Adam dari Timur Tengah ini cukup unik dan menarik!


Dedikasi buat Ustaz Asri Ibrahim Rabbani:

ANDAI DIA PERGI DULU SEBELUM MU

Andai dia pergi dulu sebelummu, katakan pada diri, akanku galas amanah ini. Sekiranya terpaksa bertongkat dagu pun, aku tidak akan lemas dipagut sendu. Berjuanglah, agar dia bisa senyum di barzakh itu. Oleh nukilan doa anak yang soleh dan solehah. Kalau benar cinta itu setia, anak-anak itulah titiannya. Di jambangan munajat, di taman ibadat, tentu ada sungai pahala… yang mengalir selamanya.


MEMINJAM KEGEMBIRAAN MENGHAPUS KEDUKAAN

“Zikir seperti memasukkan cahaya ke dalam hati, tetapi persoalan utamanya adalah bagaimanakah keadaan hati itu?” “Adakah ia juga bercahaya?” “Atau adakah ia hitam pekat?” “Sama seperti kita lihat kepada pelita minyak yang menyala-nyala, namun cemeninya hitam pekat dengan jelaga. Adakah kita memperoleh apa-apa faedah dari cahaya itu?”


Fokus bulan ini:

RAYAKAN SYAWAL DENGAN SILLATURRAHIM

Satu Syawal datang lagi, meninggalkan pergi Ramadan yang belum tentu kembali. Berlalulah sudah bulan yang penuh berkat di mana terbuka seluas-luasnya peluang mendapat rahmat dan keampunan Allah SWT. Sehingga kerana itu badan dan jiwa terasa ringan dan mudah untuk memperbanyakkan segala bentuk ibadah. Di dalamnya pula ada tawaran, beramal satu malam tetapi diberi ganjaran pahala lebih baik daripada seribu bulan beribadah. Bayangkan betapa besar ertinya tambahan umur hampir 84 tahun dalam ibadah kepada umat Nabi Muhammad SAW yang amat singkat umurnya berbanding umat nabi yang lain.

p/s: banyak lagi yang perlu anda baca pada keluaran kali ini, saya tidak boleh menceritakan semua, nanti ANIS saman pula!!

Untuk read more, tulis di sini...

Saya belum pernah lagi membaca buku ini, tetapi menatap sinopsisnya menarik riak saya untuk mengetahui lebih mendalam. Saya mungkin mengagak sahaja, kisahnya berlegar-legar dalam ruang lingkup kekeluargaan dan kebahagiaan. Namun, kupasannya pasti mempunyai variasi dan kelainan daripada penulis-penulis motivasi yang lain, percayalah!!

Saya bawakan kepada anda, kata dahulu daripada penulisnya yang cukup saya angkat sebagai mentor penulisan saya, dengar apa katanya:

”Jika hati tidak mahu, jika hati tidak mampu, walaupun semudah mana ia tidak akan dapat dilakukan. Maka ketika itu walaupun pelbagai tips dari pakar motivasi sebaik manapun tidak akan dapat menghasilkan sebuah senyuman. Tidak mungkin kita dapat merasa kemanisan buah jika kita tidak menanam dan menjaga pokoknya! Tips, panduan dan formula-formula tentang kebahagian keluarga hanya akan terlaksana jika iman dan syariat terlebih dahulu ditanam dan disuburkan dalam sesebuah keluarga. Sehubungan dengan itu Rasulullah SAW telah bersabda: “Takuti kamu akan Allah di dalam memimpin isterimu.” Di sinilah letaknya kunci ke arah pelaksanaan pakej kebahagiaan bagi sebuah keluarga. Islam memberi penyelesaian menjurus dan tembus kepada punca pemasalahan bukan mengubat gelaja-gejala atau akibat-akibatnya berkisar pada formula-formula pinggiran. Sebagai hamba Allah, merujuk kepada Allah bererti pengabdian secara total kepada kehendak dan peraturannya. Dan bila ini ingin dilakukan kita terpaksa kembali ke pangkal segala urusan yakni beriman kepada-Nya!"

Sajak-sajak dalam buku “Untuk Mu yang tersayang” ini adalah kata-kata puitis untuk menggambarkan apa yang saya coretkan dalam muqaddimah ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak ia dapat memindahkan cebisan ilmu dan rasa untuk panduan kita bersama. Selamat membaca, selamat menghayatinya!”

(Pahrol Md Juoi)

Pastikan anda punyai satu naskhah sisipan ilmu ini, kerana ia mungkin menjadi penitip kebahagiaan anda suatu hari nanti. Tapi bukanlah maksud saya bahagia itu dicedok terus dari buku, tidak! Tetapi mungkin pengalaman beliau itu adalah sumbangan kepada pemula kebahagiaan kita. Cubalah rasa!

harga: RM10.90
Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd

p/s: saya sedari dulu amat berminat dengan hidangan bacaan yang berunsur kekeluargaan dan kebahagiaan, tetapi komitmen membaca amat dicemburui oleh masa. Bila entah rasanya, buku secantik ini boleh diperolehi..aduhaiiii

Untuk read more, tulis di sini...

Lama saya meninggalkan tanah air Malaysia, lama juga saya terpaksa menjauhkan diri daripada khazanah buku. Sehingga tidak ketahuan sudah mulai banyak khazanah itu berkembang di Tanah Air. Akhirnya saya mengetahuinya apabila naskhah ini dilayangkan ke tanah sejauh ini, Majalah SOLUSI ini baru sekali saya mendengarnya, bukan menarik sahajA saya boleh istilahkan di sini, tetapi tarikannya mengundang istimewa buat saya dan mungkin juga anda yang pertama kali menatapnya.

Jujurnya kesukaan saya yang utama bukanlah membaca, mekanisma membaca adalah hobi (bukan kesukaan) yang kedua, yang terutama adalah MENGUMPUL BAHAN BACAN. Ah! Pelik sungguh budaya ini? Orang lain membaca buku tetapi dia mengumpul buku?

Saya akui, bahawa saya lebih menggemari mengumpul bahan tersebut, membaca jarang sekali. Namun jika penangan membaca sudah “termasuk”, satu hari adalah hanya untuk buku.

Inilah pertamanya saya menjumpai Majalah ringan dan Ilmiah berupa santai. Kandungannya hanya bercakap-cakap dalam lingkungan Muhasabah diri, keteladanan dan juga Fiqh Muamalat seharian. Ini memungkinkan saya untuk menjauhkan sekejap terhadap fokus majalah-majalah lain. Selepas majalah I dan ANIS, ini mungkin Majalah selepasnya yang menjadi pilihan saya. Seperti ANIS dan Majalah I, saya juga mahu ia berada dalam kumpulan dan pelukan saya setinggi gunung yang sudah saya punyai sekarang. Ikutkan hati, mahu saja diposkan semua koleksi tersebut!

Anda di Tanah Air Malaysia pastinya berpuas hati dengan pengisian yang dipaparkan, dipenuhi dengan introspeksi dan koreksi diri, seterusnya memberi gambaran kepada sidang tentang kefahaman beragama. Walaupun agak tebal dan berat isinya tetapi ringan pembawaannya. Paling tertarik adalah kolum yang dikendalikan oleh Moderator dan Motivator terkenal, Pahrol Md Juoi, sedari dulu lagi beliau adalah saya jadikan sebagai ikon menulis. Kupasan yang ala-ala cinta islamik beliau bagi saya tiada lagi tandingan setakat ini. Buah tangannya sungguh mempersonakan. Bukan sekali membaca, tetapi berkali-kali untuk memahamkan dan bertambah menarik selepas berjaya mengupas isi tersiratnya.

Banyak lagi kolumnis yang berada di dalam sidang SOLUSI ini, antaranya Ustaz Zahazan, Dr Fadhilah Kamsah, Ustazah Nor Bahyah, Ustaz Zaharuddin dan ramai lagi penulis terhebat. Saya kira ini adalah satu pendekatan yang hampir serupa dengan Majalah ANIS. Muhasabah dan Bimbingan!

Anda perlu memiliknya. Sekalipun meminjam dari seorang kawan. Namun, mungkin bagi penggemar atau kipas susah mati ini tidak akan selesa jika hanya membaca atau meminjam tanpa mempunyai satu di dalam tangan.

Cubalah sendiri !!

p/s: 6 naskhah yang ada pada saya sekarang belum memadai untuk memuaskan pembacaan, chaiyok!!

Untuk read more, tulis di sini...

Saya memetik daripada kata pengantar buku ini sekelumit rasa dan sentuhan isteri penulis:

“Menikah, sepertinya indah dan penuh bunga-bunga harapan. Memulai hidup berdua dengan seorang yang (akan) kita cintai sepenuh hati. Membingkai ibadah dalm sebuah rumah tangga, ah… betapa keindahan yang tidak bias diungkap dengan kata-kata. Siapapun akan segera membayangkan kebahagaian begitu berpikir tentang pernikahan dan rumah tangga, demikian pula saya.

Tetapi menikah juga menyiratkan segurat kekhawatiran, mungkinkah ada seseorang yang tepat bagi saya. Bukan hanya tepat dalam pandangan fisik dan duniawi, tetapi tepat dalam semangat dan cita-cita untuk senantiasa produktif berkarya bagi umat. Meski samar dalam tersembunyi, dalam lubuk hati tetaplah ada kegeliahan dan pergolakkan.

Perasaan demikian tentulah menghinggapi setiap gadis, sebelum akhirnya ia ‘sekadar’ menganggukkan kepala atas ‘proposal’ pembentukkan organisasi kecil bernama rumah tangga. Mengingat separuh agama akan dipertaruhkan dalam ikatan itu, menikah dengan demikian benar-benar keputusan besar yang akan mengubah hidup seseorang. Jika anda seorang perempuan, anda harus rela membuka ruang intervensi yang mengganggu ‘kemerdekaan’ anda selama ini. Tiba-tiba ada seorang yang punya hak untuk menanyakan ke mana anda akan pergi, bukan saja bertanya tetapi juga menyuruh atau melarang.Tiba-tiba saja ada seorang yang berhak tahu segala sesuatu tentang diri anda, luar, dalam, hingga ke emosi dan perasaan anda. Sepertinya agak seram ya…

Anda jangan hanya ingin ‘terima jadi’ bahwa seorang ikhwan yang ideal, atau akhwat yang sempurna, datang kepada anda dan memenuhi segala kriteria yang anda harapkan. Tetapi harus rela dan berani untuk bersama-sama membangunkan peribadi yang diharapkan. Menerima tidak hanya kelebihannya, tetapi juga kekurangan yang pasti ada padanya sebagaimana juga ada pada anda.

Tentang penulis (cahyadi takariyawan) Alhamdulillah ALLAH mengirimnya untuk saya. Saya tak ingin berlebihan mengungkapkan, bahawa beliau memang menjadi inspirasi dan motivasi untuk berlomba dalam kebaikkan dan membuat saya merasa menjadi isteri yang istimewa di sisinya dari waktu ke waktu. Saya ingin sentaisa menemani beliau dalam langkah perjuangan yang tengah beliau tempuh. Sejak saya mengenalnya hingga sekarang ini. Beliau adalah suami yang istimewa di mata saya.

Tentang buku ini, banyak muatannya hasil diskusi kami berdua. Bahkan judul buku diambil dari usulan yang saya berikan. Dituangkan dengan penuh semangat dari waktu yang kurang satu bulan. Semoga menjadi kekayaan hasanah pemikiran tentang rumah tangga dakwah, bahan pembelajaran bagi anda sekalian dan tentu saja juga bagi kami”

p/s: sepanjang sesi pembacaan apalagi dilingkari hobi membaca ini, saya tidak puas menatap buku-buku yang menyeberang dari bumi Indonesia ini, lepas sekali terus berkali-kali saya mula meminatinya. Skrip dan susunan ayat mereka amat memukau, lantaran saya mencapai kepuasan dalam arena ini. Buku ini amat bermakna buat saya. Seoarang sahabat yang meminjam sebelum sempat saya mengkhatamkannya seusai dia membaca dia berkata: ‘ana rasa dah bersedia untuk berkahwin’. Saya agak terkejut dan bertanya. Jawabnya: ‘buku ini mengandungi segala-galanya jawapan’

untuk tempahan bolehlah menghubungi:

MOHD SUHAIZI KADIR No telefon: 019-6027183 Email: suhaizikadir@yahoo.com Maybank: 164155 546533 postage RM 2.00 Harga buku: RM 35.00 atau Rupiah (Rp) 37315.00

Untuk read more, tulis di sini...


Novel ini adalah sebuah catatan isteri seorang pejuang yang meluangkan masa berpuluh tahun hidup bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Akhirnya beliau tampil membongkar rahsia hidupnya sejak bergelar ratu di hati ulama tersohor ini. Segala pahit getir dihirup bersama, saling mempercayai sehingga tiada ruang untuk meletakkan curiga di antara mereka.

Novel ini tampil dengan nada yang tulus dan harmoni. Ia berkisah tentang hidup, kesetian, pengorbanan dan perjuangan. Pengalaman isteri Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan dirakam dalam langgam bahasa yang puitis sehingga membuatkan pembaca turut sama meranduk tohor dalamnya sungai kehidupan yang punya saat kering dan bahnya. Novel sulung terbitan Anbakri Publika sdn bhd bakal menemui penikmat karya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009.

Bidadari Dari Timur…
Seandainya direntasi laut segara,
Tiada yang bisa menandingi lautan tabahmu,
Seandainya gunung dijadikan pasak,
Belum tentu seteguh setiamu,
Seandainya ditawarkan buatku seorang isteri,
Kau yang ingin kubawa hingga ke negeri abadi…

Pelancaran Novel Bidadari Dari Timur (Memoir Isteri Seorang Pejuang) karya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Ili Sarah Annual Bakri, Oleh Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan)

Karya: Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Ili Sarah Annual Bakri
Harga: RM12.90
Halaman:128 muka surat

keterangan dan maklumat lanjut sila layari : www.anbakri.com/


Untuk read more, tulis di sini...


Mengangkat citra seorang lelaki Melayu menjadi super hero membibitkan kegusaran seandainya ia bisa mengurangkan nilai komersial. Namun, sosok yang ditampilkan sebagai ikon di dalam karya terbaru susunan Abdul Shukur Haron dan Annual Bakri Haron punya kelainan. Peribadi Nik Abdul Aziz Nik Mat telah ditinjau dengan cermat. Karier politik Tuan Guru menjadi tema utama selain beberapa tajuk tempelan yang relevan.

KEMILAU PERIBADI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT memaparkan kepada khalayak, teladan seorang ulama yang memimpin wilayah timur. Manfaat yang bakal dikutip apabila setiap lembar lancar berkisah tentang idea, perlaksanaan, motif, rasional, kontroversi, apresiasi dan pendirian seorang tokoh tersohor lantaran memakai jubah ulama dan mengenakan mahkota kerajaan. Dia lain daripada yang lain! Bukankah kelainan itu tandanya istimewa?

Kepimpinan Tuan Guru telah menaikkan imej ulama. Beliau telah merdekakan peranan ulama yang selama ini terhenti di laman surau dan masjid-masjid. Malah, media Indonesia menyatakan bahawa jawatan dan pangkat tidak mengubah apa-apa yang dimiliki Tuan Guru. Kenyataan menarik ini turut terakam di dalam naskhah terbitan Anbakri Publika kali ini.

Apabila ulama memerintah, secara tidak langsung idea dan pemikirannya menjadi ikutan dan panduan. Apa yang mengejutkan, Tuan Guru meninggalkan pemikiran dan perspektif tokoh politik lain jauh ke belakang bahkan keluar dari lingkaran konvensi (tradisional). Maka, lahirlah pelbagai program dan skim yang memelihara kebajikan rakyat. Terlebih dahulu anda perlu hadami takrif moden. Kerana moden itu bermula melalui cetusan ilmu yang bakal meledakkan momentum idea dan praktikal. Itulah gagasan Tuan Guru sejak menerajui Kelantan Darul Naim. Sedayanya rakyat dihidangkan berkawah ilmu sehinggakan hari Jumaat diisytihar sebagai hari ’talaqi’ di Medan Ilmu, Jalan Dato’ Pati. Nah, buku ini mendedahkan segala-galanya. Mengalir dari lubuk idea, ia menyinggah di tangkal hati yang membenihkan perasaan halus Tuan Guru sehingga terciptanya untaian pantun-pantun klasik.

Kekuatan buku ini apabila ia berjaya mengukir kemilau peribadi seorang negarawan ulung. Ia jujur berkisah tentang seorang ulama, Menteri Besar dan sosok seorang lelaki Melayu yang tidak pernah melupakan akar Melayunya.

Susunan: Abdul Shukur Haron dan Annual Bakri Haron
Harga: RM15.00
Halaman: 130

keterangan dan maklumat lanjut sila layari: www.anbakri.com/

Untuk read more, tulis di sini...


Aku Terima Nikahnya (ATN) pergi terlalu jauh. Terlalu melebihi jangkaan saya, malah mungkin penerbit sendiri. Hingga sukar mengejar permintaan pasaran dan saban masa keluhan datang pada kesulitan mendapatkannya.

Penerimaan yang begitu menggalakkan terhadap buku ATN, adalah bukti bahawa persoalan cinta adalah persoalan yang besar. Mungkin ada sebahagian pembaca membeli buku ATN kerana mahu mencari formula cinta, tetapi akhirnya yang ditemui adalah hala tuju sebuah kehidupan. Cinta hanyalah terjemahan kepada pelbagai peristiwa dalaman yang berlaku di susuk tubuh seorang makhluk bernama manusia.


Sesungguhnya ATN hanya satu permulaan. Bukan sekadar permulaan buat pembaca yang membacanya. Tetapi permulaan kepada saya selaku penulisnya. Banyak dimensi cinta, rumahtangga, keluarga, dan perjuangan di gelanggang Baiti Jannati yang Allah Subhanahu wa Ta’aala tontonkan kepada saya, pasca Aku Terima Nikahnya.

Setahun selepas pelancaran ATN, adalah setahun yang meributkan jiwa dan minda saya. Tatkala manusia terasa dirinya tiba ke matlamat dengan lafaz Aku Terima Nikahnya, rupa-rupanya ia hanya satu permulaan. Langkah pertama sebuah perjalanan luar biasa untuk manusia Bercinta Sampai ke Syurga.

Nantikan pelancaran buku Aku Terima Nikahnya ‘2′ bertajuk BERCINTA SAMPAI KE SYURGA pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, 17 - 26 April 2009 akan datang. Insya Allah.

Kali ini perasaannya mungkin berbeza. BERCINTA SAMPAI KE SYURGA adalah suatu pelayaran di tengah lautan tanda tanya, tentang realiti sebuah kehidupan berumahtangga. Lautan yang adakalanya hening dan damai memercik bahagia, ada masanya pula dilanda ribut taufan yang bisa menenggelamkan manusia yang cuba menduga laut cinta dengan kail yang kadar sejengkal.

Realiti yang lebih menguji dua kaki yang memijak bumi, juga tangan yang menggapai awan.
PENULIS
(Boleh dirujuk melalui web ini):



MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.

Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.

RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi!

“SUDAH puluhan novel saya hasilkan, tetapi hati ini masih terasa kekurangan. Masih lagi tidak terasa nikmat bercinta, rindu dan kasih sayang. Jiwa tetap terlohong. Tiba-tiba, dengan ZIKIR RINDU ini, saya mula merasainya. Adakah perasaan ini bagaikan ilusi? Tidak! Bagaikan halimunan malam? Juga tidak! Tetapi ia adalah satu realiti hidup... agar anda dengan penuh rasa tanggungjawab bisa memahami gelodak rasa seorang tua dalam mencari erti kasih abadi...”

(Azizi Hj Abdullah)

AZIZI ABDULLAH, penerima anugerah SEA Write Award dan penerima anugerah MASTERA 2007 ini mengajak anda berkongsi rasa, bertingkah kata dalam karya terbarunya ini. Novel ini memaparkan runtunan perasaan seorang tua, yang tiba-tiba diminati oleh seorang perempuan muda. Inilah yang anehnya dan aneh inilah yang dirasai oleh `aku’. Hal ini ditokok pula dengan gambaran bagaimana tekanan seorang isteri jika keseorangan menghadapi suami yang terlantar sakit.

ZIKIR RINDU... menjelajah erti sebuah kehidupan dan memahami betapa luasnya erti sebuah kasih. Cinta adalah fleksibel, tetapi kasih sayang adalah kesetiaan dan abadi. Ia adalah hak semua. Hayatilah `aku’ dengan penuh khusyuk agar anda dapat memahami mesej tersirat di sebalik kisah tersurat.- Penerbit Alaf21.

"Telaga budi" adalah sauh tempat diamnya pautan budi. Dalam tenang takung airnya, ada pusar lautan makna. Bagai riak di tasik madu, ia menghantar sebimbing wahyu terkupas dari asuh kata ulama'...


(Himpunan kata-kata hikmah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat)


Susunan: Annual Bakri Haron


bakal terbit dan menanti anda yang dahagakan suapan rohani daripada tuan guru...












SINOPSIS:

Luka Rakyat bukan sebuah cerita, bukan sebuah rakaman tetapi lebih kepada pernyataan. Ia adalah sebuah dunia yang direnyuk lanyak oleh mereka yang memiliki kuasa, keberadaan tetapi dirasuk kedunguan, kesederhanaan dianggap sebagai terkebelakangan, kesolehan dianggap sebagai kebodohan, kerakusan, penipuan, kesonglapan dianggap sebagai kemajuan teknologi dan kelicikan itu dianggap sebagai kemenangan, kebrutalan dianggap sebagai kepahlawanan, kewiraan.

Kali ini saya mahu membawa anda semua untuk mendalami perasaan seseorang. Melalui jerih dan payahnya apabila diri dizalimi dan dianiayai oleh golongan 'berkuasa', mereka ini rakus dalam mengaut keuntungan buta, tanpa melihat siapa yang teraniaya. HALAL dan HARAM sudah menjadi darah daging mereka. yang pasti keuntungan menjadi taruhan utama. saya tidak bermaksud semua golongan berpengaruh berfeel sedemikian, namun jauh di sudut hati saya berkata majoriti mereka adalah bersikap buas begitu. Asal kaya-raya apa pun mereka tidak peduli.

Menyingkap sehelai demi helaian muka surat buku ini, membuatkan runtun perasaan saya semakin haru dan sedih, kewajaran mereka yang bernafsu buas ini terlalu zalim bagi saya. Bukan mereka tidak ada akal dan sifat belas kasihan, tapi apa boleh buat, demi mengejar pangkat dan kekayaan syarat kemanusiaan semua itu diketepikan dahulu. Berikut saya kemukakan beberapa ulasan dan kritikan tentang buku ini;

"Luka rakyat merupakan sebuah karya penyuntik kesedaran. Bukan sekadar kesedaran pasif, namun kesedaran kritikal supaya yang dikata rakyat itu jangan Cuma menyerah kepada nasib. Rakyat perlu celik dan sedar. Rakyat perlu berani dan yakin. Ketika ketidakadilan berleluasa, tatkala kezaliman bermaharajalela, hanya rakyat yang mampu menentukan gelombang perubahan. Semua lapisan rakyat wajar membaca dan meneliti setiap huraian Azizi ini, yang membongkar jurang antara derita rakyat dan kekuasaan mereka yang angkuh."

S. M. Mohamed Idris, Presiden, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

"Bagaimanakah rakyat mungkin merolakan diri melihat kepincangan yang ketara menzahirkan ketidakadilan. Rakyat yang ditekan daripada melakukan perubahan terhadap kepincangan social akhirnya akan bertindak membela jati diri dan maruah sebagai rakyat yang merdeka. Azizi Hj. Abdullah berjaya dengan tajam mengupas reality yang kompleks menyentuh polisi pengurusan, baik dalam persoalan ekonomi, perkhidmatan mahupun pemerintahan yang memangsakan rakyat dengan gaya bahasa dan ulasan yang sangat menyerlah dan mengungkap penderitaan rakyat yang lemah. Luka Rakyat patut dibaca oleh semua lapisan masyarakat yang menjiwai perjuangan rakyat."

Ia sepatutnya mendidik golongan muda dalam kalangan pelajar universiti, para ahli akademik, aktivis social, serta dalam kalangan petani, buruh, nelayan, setinggan serta mereka yang berpendapatan rendah di kota dan di pinggir kota. Syabas kepada TERAS yang memulakan suatu anjakan kepada penerbitan buku-buku yang berjiwa rakyat."

Syeikh Niamat Yusoff Nadwah Persuratan Islam Malaysia (NAFIS)

berikut adalah maklumat berkenaan buku tersebut:

Harga : RM 12.00 Terbitan: Persatuan Pengguna Pulau Pinang No 10 Jalan Masjid Negeri 11600 Pulau Pinang Sila hubungi : 04-2823511













SIMBOLIK PERCINTAAN DUA BANGSA

Novelis terkenal, Azizi Haji Abdullah muncul sekali lagi dengan novel terbarunya berjodol 'Sangeetha' . Kali ini Azizi berjaya mengabungkan dua aspek budaya dan peradaban bangsa dalam sebuah novel tebal yang mengesahkan percintaan hati dan perasaan antara dua jiwa berlainan agama. Percintaan mereka bukan berdasarkan percintaan seperti Juliet dan Romeo bahkan percintaan naluri berpaksikan kebudayaan sepertimana yang dinyatakan oleh pengarang terhadap alat muzik gambus dan tabla.

Cinta tidak mengenal usia, rupa, darjat, bangsa dan agama. Cinta yang terluah dan disambut, alangkah indahnya. Cinta yang terhalang derita jadinya. Namun, bagaimana jika cinta itu cinta terpendam, datang tanpa diundang, keliru antara sayang dengan kasihan? Kata orang, adat muda menanggung rindu, namun jika orang tua yang memendam rasa, bagaimana? Dari situ maka lahirlah 'Sangeetha' iaitu seorang perempuan tua berbangsa India yang berasal dari Mumbai berusia 85 tahun ingin mengisi kekosongan hatinya dengan perasaan cinta kepada lelaki tua berbangsa melayu yang bernama Deros. Sangeetha, cerita cinta terpendam antara warga emas India dengan Melayu yang tidak diluahkan melalui kata-kata.

Dalam cerita tersebut empat individu sahaja menghidupkan cerita iaitu Sangeetha, Vilalal adiknya, Neena dan Deros seorang pemain gambus. Penceritaan itu juga berakhir dengan kematian Vilalal di atas ambulan di mana Deros mengajar Vilalal mengucap dan saat kematian Deros bila Sangeetha pula mengajarnya mengucap sedangkan Sengeetha bukan seorang Islam. Saya sengaja menghidupkan watak Deros yang mengajar Vilalal mengucap dan Sangeetha mengajar Deros mengucap bila sampai waktu nazaknya ialah bagi mengambarkan kalimah itu satu ketenangan. Ini menandakan Sangeetha sendiri telah merasai jika Deros gagal melafazkan kalimah itu ia tidak mendapat ketenangan yang abadi.

Antara novel yang pernah dihasilkan oleh Azizi pada awal pembabitanya pada tahun 1970-an ialah 'Senja Belum Berakhir' (1971), 'Gadis Itu Bernama Ina' (1972), 'Sami Mekong' (1976), 'Bila Hujan Malam' (1976), 'Tini' (1977), 'Ayah Bonda' (1978) dan 'Kolam Mulhamah' (1978).

Dengan kerjasama RTM dan Dewan Bahasa dan Pustaka, novel ini telah diadaptasikan menjadi sebuah filem dan pernah disiarkan di RTM pada hari raya ketiga Aidilfitri yang lalu (jumaat, 3 desember 2008).

komen penulis: memiliki buku ini seolah anda berada dalam percintaan itu.

























MENGAPA JIWA HAMBA?

Soalan ini bukan soalan matematik yang bererti 2 x 5 jawabnya 10. Soalan ini memerlukan masa yang panjang. Di zaman umat Melayu dipengaruhi adat Hindu, kemudian dijajah sehinggalah di zaman kolonial, kesannya terdapat pada hari ini, malah acara, adat dan undang-undang itu sendiri masih berakar umbi dari mereka.

Datuk nenek moyang dan salasilah dari mana kita ini? Jawapannya masih kabur. Jika diselidik adat resam dan budaya yang dipertahankan itu, ternyata ia dari pengaruh Hindu. Relakah mereka yang mempertahankan adat budaya seperti ini dikatakan dari keturunan Hindu?

Kita perturunkan di bawah ini beberapa sebutan dari kelompok-kelompok tertentu yang sebenarnya bersifat jiwa hamba , yang bagi kita boleh tergeleceh akidahnya. Kebanyakan istilah keramat yang digunakan oleh institusi ini ialah daripada kepercayaan Hindu, sedangkan institusi yang mengamalkan istiadat gelar bergelar ini beragama Islam.

Orang Kaya-kaya Laksamana,
Orang Kaya Panglima,
Maharaja Indera,
Maharaja Dewa,
Sendewa Raja
Indera Lela
Sakna dan Dewa Raja, Ratna Sakti.
Dewa Mahkota
Demang Perwira
Pekerma Wati- Amar Dewangsa-Pendewa Sakti dan lain-lain.

Panggilan dan anugerah ini mengikut pengertian Kamus Dewan dan lain-lain kamus seperti berikut:

1. Laksamana: Gelaran tertinggi dalam angkatan tentera laut. (Adakah yang menerima gelaran ini dari kalangan mereka yang berkhidmat dalam tentera laut?)


2. Indera: Betara-Dewa yang memerintah di angkasa (Menurut kepercayaan Hindu.)


3. Dewa: Roh yang dipuja-puja kerana dipercayai berkuasa ke atas alam dan manusia.


4. Sedawa: Bahan kimia ubat bedil atau bunyi yang keluar dari kerongkong kerana kenyang. Ertinya jika Sendawa Raja; Raja yang seperti ubat bedil atau raja yang hanya asyik bersendawa.


5. Ratna Sakti: Puteri yang memiliki kuasa di luar kemampuan manusia.

Tetapi bagaimana pengertian istilah itu? Adakah istilah di atas melanggar hukum, berunsur sifat-sifat syirik yang kita bentangkan di atas?.

Di mana tuan guru dan para ulama yang menjadi penasihat institusi seperti ini?

Unsur-unsur syirik bukan sahaja daripada perbuatan tetapi juga daripada perkataan, daripada yang seumpamanya, daripada keserupaan dan subahat.

Aneh! Sangat malang, apabila kita dapati cerdik pandai dan bertaraf tinggi tetapi membiarkan istiadat ini bercampur baur dengan khurafat, unsur-unsur syirik. Beberapa istiadat (kononnya) kecil diwujudkan seperti:

1. Istiadat Jamuan Menyemah Jin-jin.
2. Istiadat Membantai Kerbau
3. Istiadat Mengambil Air Dari Sungai
4. Mandi Balai dan lain-lain.


sebarang pesanan dan maklumat lanjut boleh menerusi perkara berikut:


Nama Buku : JIWA HAMBA
Penulis : Azizi Hj. Abdullah
Penerbit : Persatuan Pengguna Pulau Pinang
Tebal : 168 muka
Harga : RM15.00 (Termasuk pos)

(Pesan kepada Azizi Hj Abdullah, 424 Taman Bersatu, 09000 Kulim Kedah, HP 012 4396060. E-Mail: tukya_azizi1426@yahoo.com.my.)

Bayaran mestilah dijelaskan melalui Kiriman Wang atas nama Azizi bin Abdullah.

p/s: saya percaya anda tidak akan jemu bila mula merungkai sekian isi kandungannya, cubalah...