“Buat semua teman-teman seperjuanganku di Tanah Airku tercinta Malaysia, daripada kami sahabat perantau di Bumi Syam (Jordan – Palestin)...”

“Ikhwan-ku, lakukanlah sesuatu untuk kami, agar kami tenang dan damai di sini !!”

“Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Demi kemuliaan Kudrat-Nya kami memohon ketenangan dan kekuatan agar berterusan jiwa dan roh kami ke hadrat agama yang suci ini. Maha suci Engkau Ya ALLAH, berkuatlah kami agar terpohon dari keagungan-Mu segala injak pedoman serta sekelumit perasaan belas, agar berdirilah istiqomah kami di jalan onak berduri ini, agar terkumpul segala kuasa dan ikatan tenaga kami. Ya ALLAH restuilah perjalanan jihad ini, yang akan mengalirkan dari jiwa kami dengan basah darah syuhada’, yang sanak-saudara kami akan meninggalkan kami dengan linangan air mata. Tiadalah daya kami melangkahkan kaki-kaki ke medan ini hanyasanya untuk kalungan izzah ISLAM di segenap qalbu kami ini...”



Saudaraku,

Kalau diberikan air mata ini sebanyak-banyaknya, ingin kami menangis hingga ke hari ini, dan esok untuk selamanya. Bukan sedih kerana pemergian para syuhada’ yang bertempur di medan itu, tetapi hiba tatkala umat diserang tanpa peduli sesiapa, sedang di masa yang sama kita punyai kekuatan. Namun penghalang yang nyata adalah kerana terpalit di sudut hati “sikap pegecut”.

Tanpa kita sedar, mereka sedang memperjuangkan ad-deen yang dalamnya kita sama-sama berdiri sebaris dalam solat berjemaah yang dengan perjuangan itu mereka mempertaruhkan nyawa sebagai galang-ganti, mereka menjual diri mereka semata-mata untuk melihat kita dapat terus bersebumbung dengan ISLAM dengan taruhan nyawa orang tersayang,


Di kala kesejukkan musim ini, mereka lagi dihujani dan dihimpit kesejukkan serta ketakutan mempertahankan nyawa dan agama dengan rasa digugat oleh musuh-musuh ALLAH ini. Bayangkan, di bawah suhu negatif mereka cuba bertahan untuk mengorak langkahan hidup diri, keluarga, serta anak-anak comel yang belum pernah mengerti apa itu peperangan. Untung kita hai si anak-anak kecil di tanah airku, kalian tidak kenal erti onak kesusahan hidup, kalian belum tahu susur peluru dan bom-bom yang berkeliaran di sana-sini mencari mangsa yang berumur seperti kalian. Anak-anak kecil mereka hanya dibalut dengan perca-perca kain sehingga tebal kerana kesejukkan melampau ketika ini. Mereka tiada pemanas dan tempat berlindung yang selamat, kerana setiap saat adalah penantian kepada kematian.



Sidang pembaca yang budiman,


Kami pelajar Malaysia di Bumi Syam ini, setiap hari tidak ketinggalan menonton sidang Al-Jazeera dengan harapan kian hari kami akan dapat mendengar kekalahan Israel Laknatullah. Jua dengan hasrat HAMAS akan menguasai permainan ini. Namun, delapan hari yang berlalu semuanya hanya menghiba dan mengalirkan kelopak mata ini dengan air. Menangis kami di sini kerna gugurnya syahid kecil, hilangnya tempat mereka bergantung harap. Anda boleh renungkan sebentar, siapakah akan menyuapkan ke mulut mereka rezeki selepas ini andai ayah dan bonda mereka “pergi”?


Melihat secara LIVE (di kaca televisyen) serangan ISRAEL laknatullah terhadap GHAZA adalah suatu pengjatuhan maruah ISLAM yang cukup hina bagi kami, dengan kelengkapan mereka yang serba moden, mereka menyerang tanpa rasa kasihan kepada sesiapa. Alasan yang mengatakan GHAZA kubu kuat HAMAS adalah pembohongan semata-mata, niat mereka adalah untuk menguasai PALESTIN sudah kita tahu sejak azali lagi. Semalam (masuk hari kelapan), kami terus menyaksikan lagi episod pembunuhan dalam permainan kotor ini menodai umat ISLAM di sana, hospital sekali lagi menjadi sesak dengan usungan-usungan pesakit atau mayat-mayat syuhada’ yang gugur. Bersih wajah mereka dengan senyuman. Barangkali mereka sudah kelihatan “tempat” mereka “di sana”. 464 kematian dan 2370 kecederaan adalah kekejaman yang cukup dasyat ketika ini.



Mengharapkan kuasa-kuasa besar Negara arab seolah berbidalan mencurahkan air di daun keladi, kerana usaha itu nampaknya sia-sia. Kami terus menunggu-nunggu setiap hari tindakan itu, terusnya kami tetap hampa. Jordan mengecam tindakan Israel menyerang PALESTIN namun dalam masa yang sama Negara ini adalah dalang Israel, juga dalam diam berhasrat menghancurkan HAMAS. Lain pula, ABBAS Presiden Palestin, atau lebih dikenali sebagai Abu Mazin, lebih tenang ketika menceritakan suasana di Palestin tanpa raut kesedihan. Katanya serangan ini akan menghalang pelan damai yang sedang berlangsung. Banyak lagi ‘boneka-boneka’ dan ‘feel berolok-olok’ mereka di hadapan mata dunia, agar mereka nanti dianggap sebagai cakna terhadap isu ini, namun jauh sekali mereka sedang menipu kita semua. Kami mahasiswa di sini mengutuk segala macam kekejaman dan penipuan yang dilakukan oleh Israel.

“Ikhwan-ku, di sini kami hanya mengharapkan simpati dan belas daripada kalian, terus teranglah walau apa yang terjadi kami akan berterusan ke barisan hadapan menggempur musuh-musuh agama ini waimah dengan kudrat segenggam ketulan batu sekalipun, biar batu itu menjadi saksi perjuangan kami. Bantulah ikhwanku, kami benar-benar tidak berdaya, kami mengharapkan nasru daripada ALLAH taala yang akan terpancar daripada doa-doa kalian semua. Ikhwanku, lakukanlah sesuatu agar kami tenang dan damai di sini dan ‘di sana’...”



Dengarkah rintihan mereka itu? Ayuh sahabat-sahabatku, maksimakan bantuan kita kepada saudara kita di sana dengan apa jua bentuk sumbangan sekalipun. Kami pelajar Malaysia di sini hanya mampu meraih sedikit kesedihan untuk sama-sama berpaut rasa simpati dengan Umat ISLAM di sana. Saban hari solat hajat dan bacaan Yasin adalah teman yang kami sedeqahkan ‘kuasa kami’ kepada pejuang Palestin.



Mohd Afiq Mohd Saleh


Biro Pembangunan Insan (BPI)


Persatuan Mahasiswa Malaysi AL al-Bayt (PRISMA)


Universiti AL al-Bayt,

Hashemite Kingdom of Jordan.


0 Responses so far.