Salam sejahtera kepada semua sidang pembaca yang setia dan budiman, saya menemui khalayak ketika ini dalam ruang yang mungkin seketika untuk suatu masa yang lama kita akan bersua semula nanti. Memberikan saya sedikit ruang kondisi untuk berfikir dan mengkoreksi diri dalam tempoh penulisan saya, sejujurnya saya tidak boleh menjanjikan kepada sidang, sejauh dan sepanjang mana tempoh uzlah saya, mungkin banyak lagi yang saya perlu terokai dan belajar daripada kesilapan, samada kesalahan itu saya sendiri sedari ataupun daripada teguran orang ramai.
Saya berdiri bersama prinsip yang saya peluk sekuat-kuatnya agar kaki saya tidak mudah ditempangkan oleh anasir yang ingin melemahkan, kerana itu saya tidak pernah berdusta dalam setiap penulisan saya, kerana saya tahu pembohongan adalah sesuatu yang akan mencarikkan kepercayaan dan nilai kehalusan budi.
Kejujuran dan keikhlasan.
Kadangkala susah untuk manusia menyelak nilai keikhlasan seseorang, kerana ianya tersembunyi dan suci wadahnya, adakalanya apa yang baik dimata kita, belum tentu dianggap baik di mata orang lain, begitulah sebaliknya. Saya percaya pada kata Tuhan Agung: bahawa ikhlas itu hanya pada DIA. Selagi tiap gerak laku anda dilandasi sebuah ikhlas, maka bisik hati akan mengatakan bahawa ia memberati kepada kebaikan, maka lakukanlah. Sekiranya tersimpang jauh, maka sisipkannya dengan kebaikan, mudah-mudahan ia dapat menampung lompang yang mengandungi kotor dosa itu.
Saya mahu berkata sesuatu kepada khalayak supaya anda semua menjadi orang yang baik-baik, walaupun saya menyedari saya bukanlah yang terbaik. Biar tidak dikenali di dunia dengan kebaikkan itu, tetapi di akhirat nama kita disebut-sebut. Saya perlu banyak berterima kasih kepada ALLAH kerana dia banyak menghantarkan sesuatu kepada saya agar saya sentiasa beringat-ingat. DIA menegur saya melalui jalan yang penuh hikmah dan memberi dedikasi kepada hati. Lalu saya harus bersyukur.
Sampai bertemu lagi di waktu yang bakal hadir di kemudian hari nanti, saya berjanji pada anda saya akan menghasilkan sesuatu yang istimewa buat tatapan semua. Namun prinsip saya tetap saya pegang bersama. Kalau saya sebagai kuku, maka prinsip itulah isinya.
Sekian, saya mengundur diri dengan lafaz keikhlasan dan kasih sayang untuk anda.
Assalamualaikum wbth.
p/s: artikel IKHTILAT harus saya ambil buat sementara waktu dari pembacaan anda untuk diperbaiki dan diperjelaskan lagi rungkaian isinya. Kepada sahabat pena yang telah saya janjikan untuk berkongsi cerita ini, saya akan tunaikannya selepas ini. Kepada sahabat lain yang telah memohon izin untuk dicopy artikel tersebut, terus menghubungi saya di afiqsa@yahoo.com Semoga saya mampu memberikan yang terbaik buat kalian. kerana itulah yang saya mahukan selagi upaya. Akhirnya terima kasih tak terhingga kepada rakan-rakan yang memberikan sokongan serta ucap kata-kata semangat selama ini, tidak kira disebalik tabir sekalipun. semoga ALLAH menilainya, amin.
Untuk read more, tulis di sini...

0 Responses so far.
Post a Comment