Kalau ada yang bertanya mula-mula sekali, MHS itu akronim untuk apa? Jika di TV3 sinonimnya adalah MHI, iaitu Malaysia Hari Ini tetapi MHS ini jika diperingkat kita-kita sebutannya saja sudah di ketahuan umum, - MINGGU HALUAN SISWA.
Masa ini saya berpeluang menyibukkan diri saat pertama kali selepas 2 tahun saya tidak bersama-sama adik-adik baru tika di awal pengajian. Tahun pertama duhulu saya di ‘Haluan’kan, tahun lalu pula saya pulang ke tanah air. Lalu, tahun ini seperti keinginan itu disambut, oleh demikian peluang ini tidak saya lihatnya dengan sebelah mata, untuk itu saya awal-awal lagi sudahpun meninjau-ninjau jika ruang masih lagi luas diselakkan untuk saya. Tujuannya cuma satu saja – Ucap terima kasih atas ‘HALUAN’ yang dulunya pernah mendidik saya, saya bersungguh sangat mahu berkhidmat, itu saja!
Ada beberapa cerita pengalaman yang mengajar saya sepanjang hampir 4 hari berkampung di sana (University Yarmouk, Irbid), MHS bukan sekadar suka-duka atau memoir kecil, tetapi lebih daripada gedung ilmu yang tidak saya perolehi di tempat saya belajar (Mafraq).
Cara bekerja yang unik dan ceria,
Kredibiliti dan sisipan pengalaman yang bermakna.
Semua itu sempat saya kutip dan teladani dalam tempoh saya berkhidmat semasa berlangsung program mega tersebut. Saya tidak memikirkan pengalaman mereka yang menjadi titik tolak saya untuk berubah hala, tetapi saya amat mengagumi cara ‘orang-orang sana’ bekerja, bahkan mereka lebih hebat daripada saya dan kita-kita semua.
Analogi Suka Duka.
1. Kami bekerja dalam tempoh singkat yang sepatutnya tidak logik untuk melaksanakan tugas berat ini dalam masa masa yang terlalu mencemburinya. Hasilnya amat memuaskan dan seolah seperti sudah berbulan-bulan persiapannya.
2. Saya hanya bekerja dengan seorang teman tetapi tenaga yang saya perolehi ibarat 10 orang. Ramai yang ringan tulang membantu.
3. Walaupun di saat-saat akhir berlaku beberapa perubahan yang mendadak, tetapi ia mampu dilangsaikan dengan baik. Kesungguhan dan kerjasama kami dapat menghasilkan gabungan tenaga yang luar biasa.
4. Satu cabaran yang pertama kali kami lalui adalah kemampuan menyelia hampir empat ratus peserta serta AJK dengan bilangan Team work kami yang tidak sampai 20 orang.
5. Cerita asalnya adalah, program MHS ini seperti yang dirancang akan menggabungkan kesemua pelajar universiti mantiqah di seluruh Jordan yang bakal mengumpulkan hampir 600 orang siswazah, tetapi di saat akhir ia terpaksa dilaksanakan secara berasingan kerana berlaku masalah pada penempatan.
6. Di mu’tah, kami di khabarkan bahawa setiap perjalanan majlis pentas dirakam sepenuhnya oleh pihak universiti kerana pihaknya mendakwa bimbang berlaku perkara yang boleh memburukkan nama Negara mereka dan nama baik universiti.
7. Adalah pertama kali apabila dua program besar telah digabungkan. Apa yang menarik, Minggu Haluan Siswa kali ini di hujungnya telah disertakan dengan majlis hari raya yang cukup gilang gemilang.
Kadang-kala Kita ‘KALAH’ dengan Mereka.
Saya dan kawan-kawan sebelum ini bukanlah tidak pernah bekerja dalam mana-mana organisasi atau program, cuma belum sempat untuk memautkan bidang kerja bersama-sama profesionalis-profesionalis di Irbid secara sepenuh masa. Kalau adapun bukan selalu dan jarang kami dapat peluang bekerja. Tetapi kali ini saya mencapai peluang itu di MHS. Profesionalis yang saya ulahkan ini adalah – DOKTOR.
Bermula daripada diskusi gerak kerja sehinggalah ke arah skop pelaksanaannya, saya mencapai kepuasan bekerja yang maksima. Nilai penat saya amat berbaloi kerana ditampung oleh keceriaan dalam bekerja dan kematangan etika mereka. Saya terlalu optimis dengan idea-idea doktor ini sehingga semangat saya menjadi luar biasa untuk bekerja. Ini semua sikap mereka yang harus saya puji.
Saya tidak mahu menyebutkan dengan siapa saya bekerja dan siapa pula mereka-mereka yang saya anggap unik itu kerana mereka ini adalah orang-orang yang majoriti. Semuanya sama sahaja cara bertindak dan berfikir, sama hebat dan yang paling penting berani untuk bertindak secara positive thinking. – tidak kira lelaki atau perempuan, keduanya tidak dapat saya sangkal kehebatan mereka.
Di dalam mesyuarat lagi saya sudah memasang mata memerhatikan gelagat mereka bekerja, walaupun dalam kekalutan kami yang hanya diberi masa seminggu untuk melangsaikan tugas berat ini, tetapi dengan bantuan dan idea-idea bernas daripada golongan doktor inilah, kami mampu melangsaikannya dengan kejayaan yang harus kami banggakan. Singkat tetapi hasilnya sungguh tidak kami sangka. Saya melihatkan bahawa kesungguhan adalah nilai kejayaan yang pertama kami perolehi. Ia lantas mengajar saya agar memperlakukan yang terbaik dalam proses awal bekerja. Team work yang mereka bina amat mengagumkan saya dan saya terlalu serasi dengan mereka yang pandai menjiwai rakan sekerja.
Menariknya, idea mereka tidak pernah kering dan bersambung-sambung sehingga menjangkau ke tahap yang tidak sempat saya fikirkan. Mahu itu dan mahu yang ini, namun semuanya relevan. Tidak segan silu mencadangkan sesuatu atau melontarkan pandangan, kalau mahu dikira hampir banyak cadangan dan idea telah ditolak, tetapi terus-menerus memberikan pandangan. Ajaib sifat mereka ini.
Saya menulis dalam sisi saya sebagai seorang pelajar di bidang agama. Jika ada terdapat pandangan saya yang sedikit mengkritik kawan-kawan yang sama bidang dengan saya, anggaplah ia hanya untuk tegur-menegur dan asam penambah perisa buat anda bersama. Kerana kritikan ini adalah untuk saya juga.
Saya sejak dahulu amat suka memerhatikan sesuatu dan terus berfikir. Saya menghasilkan buah fikiran melalui pemerhatian saya sendiri. Saya seronok dengan tabiat demikian kerna manfaat yang saya perolehi dapat saya bandingkan dengan pemerhatian lain yang saya buat. Hasilnya saya banyak mengumpulkan pengalaman orang lain untuk saya bukukan sebagai panduan dan sempadan untuk hidup saya.
Sepanjang MHS, saya hanya memerhati, memerhati dan tidak jemu memerhati. Bukan sahaja gelagat tetapi seperti yang saya sebut adalah cara atau etika profesionalis ini bekerja. Bermula dari LDK (latihan Dalam Kumpulan) seterusnya hingga kepada pembentangan dan penyelaiaan slot-slot di dalam program tersebut.
Di dalam LDK, saya tertanya-tanya. Kenapa saya tidak nampak lagi ‘ustazah-ustazah atau ustaz-ustaz’ bersuara? Terus terang saya amat teliti dalam pemerhatian ini bahawa saya hanya melihat doktor-doktor yang banyak menyampaikan dan bersuara daripada ustaz atau ustazah. Kumpulan sana doktor sedang bercakap dan menerangkan sesuatu, kumpulan di sini juga begitu, di hujung sebelah pentas juga kelibat dokor sedang bercakap. Kadang kadang sahaja saya melihat ustaz atau ustazah ini hanya menambah-nambah perisa selebihnya hanya mengangguk-angguk tanda faham dan setuju serta senyap seribu bahasa. Mungkin mahu memberi peluang kepada doktor bercakap tentang agama – musykil saya!
Mana ustaz dan ustazah? Sudah tenggelam dengan arus kekuatan mereka yang bergelar doktor kah? Saya terus memerhati.
Respect dan kagum saya terus meninggi kepada seorang muslimat ini, saya tidak pasti itu siapa, tetapi dia bukan dari golongan adam, kerana saya melihat sendiri dan sempat menghadiri sesi slot muhasabah bersama peserta. Saya hanya masuk di hujung slot tetapi saya dapat merasakan seluruh isi slot tersebut. Insaf kerana cara pembawaan dan kagum dengan keberanian. Anda bayangkan, yang mengendalikan slot tersebut hanyalah seorang perempuan yang tidak malu berdiri di hadapan hampir dua ratus orang khalayak lelaki. Dan beliau mampu menyudahkannya dengan hasil yang terbaik dan memberi kesan terbaik untuk hati peserta juga saya. Saya berbual-bual dengan seorang fasilitator:
‘siapa tu?’
‘tak tahulah, kena tanya pada programmer. Tapi memang ana respect muslimat tu’
‘untunglah kamu di sini. Ana masih mencari muslimat yang macam tu di tempat belajar kami, tapi masih belum jumpa’
Semasa di dalam perjalanan pulang juga saya sempat berbual lagi dengan sahabat yang lain berkisar tentang muslimat tadi. Rupanya keberanian muslimat itu bukan saya seorang yang dapat rasakan tetapi rakan lain juga begitu.
‘Powerkan muslimat tadi? Berani ke depan’
‘di tempat kita tak ada lagi yang macam tu’
‘ada… tapi tidak seberani itu’
‘kita hanya hebat di gelanggang sendiri. Bila bersama yang lain atau orang luar, kita senyap dan lesu’
Saya tidak mahu melonjakkan pujian yang lebih kepada muslimat tadi. Tetapi sekadar mengambil tauladan baik daripadanya – iaitu BERANI.
Akhir pemerhatian saya, saya hanya mematikan ulasan saya yang kita (golongan agama) bukan saja sudah pudar kewibawaan seorang agamawan tetapi kalah juga dari segala sudut. Doktor sekarang sudah mulai pandai bercakap tentang agama bahkan lebih hebat daripada itu. Tidak perlu saya katakan tentang doktor yang lebih hebat bersuara daripada ustaz/ustazah, jauh dari sudut yang lain kita mula-mula lagi telah kalah dari segi imej. Soal berani ke hadapan jauh sekali, kita juga kalah.
Yang ke kuliah dengan berpakaian baju melayu juga berketayap, sebahagiannya di kalangan doktor, tetapi yang berseluar jeans ke kuliah lagi bergaya rambutnya, banyak yang dilihat adalah ustaz-ustaz. Saya tidak melarang pun jika mahu berpakaian begitu, tetapi sekurang-kurang kalau mahu berimejkan sedemikian jangan sampai tertinggal atau hilang langsung imej seorang agamawan. Kerana itu adalah izzah.
Saya cuma berharap agar izzah dan kekuatan ini akan kembali kepada saya dan kami di golongan agama ini. Kalau boleh mahu berdiri sama hebat dengan golongan profesionalis.
Saya kagum dan malu dengan mereka.
Mereka hebat.
Untuk read more, tulis di sini...

Pantas dalam gerak kerja.
Idealisitik yang relevan.
Berani dan bersungguh.
Etika dan keceriaan bekerja.

Muslimat yang handle slot muhasabah tu bukan pelajar JUST, tapi pelajar ekonomi Yarmouk. Dengan kata lain, USTAZAH.
Bukan salah USTAZ/USTAZAH, atau lebih DOKTOR/DOKTORAH. Semuanya berbalik kepada terapan pendidikan. Sedari menengah rendah, pelajar aliran sains terutama MRSM, SBPI, Sek Men Sains, mengamalkan sistem pembentangan-pembentangan secara berkumpulan mahupun individu.
Antalogi sastera (tema & persoalan, watak perwatakkan hinggalah ke nilai pengajaran) perlu dibentang oleh pelajar
Contoh penyelesaian matematik perlu dibentang pelajar
Mind mapping sejarah perlu dibentang oleh pelajar
Tajuk-tajuk terpilih Pendidikan Agama Islam perlu dibentang oleh pelajar
Malah, penggunaan warna dalam seni reka pun kadang minta dibentang oleh guru
Ada juga kelas yang mewajibkan pemberian public speaking 5 minit dengan tajuk terbuka setiap kali bermulanya kelas
Itu belum masuk tibanya satu minggu (bagi setiap semester) yang dijadikan Minggu Aktiviti Pelajar, dimana sepanjang minggu pelajar tidak lagi masuk ke kelas untuk belajar, tetapi berada di sekeliling sekolah dengan pelbagai akviti seperti pementasan, pertandingan masakan dan lain-lain.
Tidak lupa dengan adanya sistem ala-ala thesis di universiti, iaitu sejak tingkatan 1 sudah diwajibkan melakukan kajian saintifik, rekacipta dan terakhir di tingkatan 3 untuk membentang kajian di hadapan panel dan khalayak ramai.
Sekaligus, aktiviti memupuk sifat biasa apabila berdiri di hadapan audience.
Tidak dapat dinafikan dalam MHS baru-baru ini, golongan doktor seringkali menang dengan mikrofon, malah berlari-lari merebutkannya.
TAPI, golongan Ustazah (kalau ustaz saya tak tahu) tidak terkecuali. Cuma yang agak menyedihkan, ia lebih didominasi oleh Yarmoukian.
Bukan mahu mengutuk Mafraqian, tapi tiap kali pelajar Yarmouk yang memegang acara, mengeluh juga 'Mana Mafraq ni?'. Dalam kumpulan, kami membuka ruang sebesar-besarnya untuk Ustazah Mafraq memberi pendapat. Kadang sengaja memaksa mereka berbicara. Tapi hanya geleng yang dijawabnya. Ada yang bersuara, tapi hanya dapat didengar oleh orang disebalahnya sahaja.
Bukan para ilmuan agama tak mampu ke hadapan, buktinya saudara Mujibur Rahman yang sangat bagus memberi pendapat.
Bagi saya, PRISMA perlu memandang sirius perkara ini. Kalau ahli tak dapat memulakannya dari diri sendiri, maka persatuan perlu mengaktifkan mereka. Fikirkanlah program-program sesuai untuk menghantar ahli kehadapan.
Ini bukan sahaja untuk maruah Mafraq, tapi dalam usaha 'World-Class Leader'!
Buat para Ustaz dan Ustazah Mafraq, maafkan saya. Tapi ini adalah satu pandangan untuk memantapkan kalian. Jangan kata akhawat malu, syabab pun sama layu. Wallahu 3alam
Salam wbth Sdri SYAHIDA MAJID,
terima kasih atas buah tangan yg sudi bersinggah di sini, kerana lama juga saya menunggu orang2 hebat memberi ulah kata.
benarlah kata orang tua2, melentur buluh itu mula dari rebungnya.
pandai bercakap, berani ke hadapan, bijak mencetus idea, dan macam2 lagi adalah bermula dari awal didikan. Tetapi pelikkan, sikap itu tidak ada pada golongan Ustaz/ustazah?? Kalaupun mereka diasuh begitu darii rebungnya, ustaz/ustazah ini enggan juga menonjol diri.
bila ditanya: kenapa malu?
"bukan malu, tapi tak mahu menunjuk"
“bukan malu, tapi ini tak sesuai”
bila diberi peluang: jadi pengerusi?
"eh, jangan mengarut. mana pernah dibuat orang kat M****q orang perempuan duduk atas pentas"
adakah ini terjadi kerana fenomena
atau tradisi atau sikap?
MAFRAQIAN & YARMOUKIAN:
tidak kiralah mafraqian atau yarmoukian, atau ustazian, atau doktorian atau apa2 'ian' yang ada, kita semua adalah 1MALAYSIAN yang ada persamaan dan kekuatan.
tetapi kelemahan kita adalah, merasa rendah diri apabila melihat kekuatan orang lain. semua jadi takut sebab keberanian orang lain.
semua jadi lesu akibat kelantangan orang lain. Peliknya, kenapa kita tidak sama2 lantang? tidak sama2 kuat? tidak sama2 berani?
WORLD CLASS LEADER:
jangankan "world class leader", USRAH class leader pun kita tak mampu lahirkan, kerana sikap 'tolak menolak' dan MALU.
kalau adapun seperti yg saya katakan, 'hanya berani mengaum di tempat sendiri'. sampai di gelanggang orang, membisu??
tidak diberi peluang dan ruang? sudah banyak ruang yg dibazirkan. apa lagi mahu?
PERMAI sudah hampir melahirkan leader2 yg berani ke hadapan, namun PRISMA masih baru membina tapaknya. mungkin suatu hari nanti, ia bakal tiba. bak kata orang: HERO datang last-last!!
saya amat berbangga dengan Sdr Mujib yang hanyalah satu dari ribuan agamawan. walaupun satu saya cukup rasa bangga tetapi bila saya bandingkan dengan ribuan doktor yg berani, saya terpaksa melupakan Mujib seketika kerana dia hanyalah seorang ustaz berani yg satu, tetapi doktor yg berani terlalu ramai.
saya amat percaya yg akhwat Mafraq bukanlah seorang yg pemalu, tetapi belum menunjukkan taring mereka. syabab juga tidak terlalu layu, tetapi berani itu telah salah digunakan pada tempatnya.
mungkin kalau kedua-dua mekanisma (syabab & akhwat) ini disistem dan diasuhkan. mereka juga akan seperti doktor - BERANI.
siapa saja boleh berani ke depan khalayak, selagi bertepatan kerjanya, asal saja tidak melanggar syariat..dipersilakan!
yg penting jangan MALU, MALU dan MALU!!
semoga kita diberi kekuatan itu.
ALLAHu wa RASUL a'lam
p/s: di irbid saya ‘jumpa’ apa yg saya mahukan, di mu’tah juga saya dapat ‘suatu’ yg sama.. Cuma di mafraq saya masih setia ‘menunggu’, tapi hingga bila saya belum pastikan ‘sesuatu’ itu dapat saya perolehi.
Artikel yang sgt menarik.
Inilah satu-satunya HUKUM TRADISI yang digunakan di Jordan , dari dulu sampai sekarang.
YA , DI MAfraq
YA , DI Mutah
YA , DI Irbid
Entah , DI Amman.
SISWI susah kehadapan [ Jangan Bangkang , Terimalah ia satu hakikat ]
Bila SISWI menonjol skit - adalah yang akan menjadi pengkritik tetap ala-ala AF .
Maka , bermulalah kisah-kisah Ikhtilat Cinta ....
Aku Tanpa Ikhtilat...
Tragedi Safar Mar'ah..
Maka , perbincangan seperti ini jadi bualan hangat setiap masa dan ketika. sampai dijadikan PROGRAM.
Sedangkan bertimbun-timbun masalah ummah yang boleh dibincangkan dan diprogramkan terbantut dek kerna..
HUKUM TRADISI ini.
Siswinya SUSAH BERUBAH dan TIDAK BERANI MERUBAH.
Siswanya gemar menjadi pengkritik dan pemerhati.
Teruskanlah usaha kita.
kalau mengalah awal sampai bila ada perubahan.
Jangan takut dengan golongan - golongan yang BANTUT fikirannya.