Rindu Ayahbonda
Tatkala menyelak helaian demi helaian muka surat buku, wajah itu juga yang muncul di awan-awan kertas tersebut. Wajah yang sama bergilir-gilir bayangnya. Sekejap wajah itu tersenyum, sekejap wajah itu memejamkan mata. Redupnya tidak berubah, masih persis dahulu, masa kali terakhir meninggalkan mereka.
Rindu kembali bersinggah di laut fikiran, lalu wajah itu terbit di mana-mana saja singgahan anak mata.
Betullah kata orang, ‘kalau rindu sesekali bertandang, tanda diri masih punyai sayang. Kalau rindu bertukar benci, hati kian menjauhi’... Tidak mudah untuk membuang rindu, apatah lagi mengusir perasaan itu supaya pergi sejauh-jauhnya. Kelak ia akan bertandang kembali saat hati memerlukannya.
Objeknya hanyalah Ayah dan bonda, tetapi nilai subjeknya terlalu luas lautannya, saat diri merindu dan dirindui orang lain. Siapa yang bisa menipu diri jika rindu itu datang? Lebih-lebih lagi yang dirindui itu orang yang terlalu berjasa memberikan kejayaan.
Ayah dan Bonda. Terlalu rindu.
Saya terlalu merasa pasti, bahawa situasi ini bukan sahaja pernah berlaku kepada diri, bahkan juga anda. Hidup diperantauan memungkinkan anda melalui semua pengalaman ini. kalau tidak kerana mereka, tak akan ke sini kita. Hidup sebagai pelajar di rantau orang telah mengubah haluan dan cara hidup yang dahulu. Dahulunya ketika berdekatan, semuanya menjadi senang, yang payah tidak goyah, yang sukar tidak terus menjalar. Jika susahpun, akhirnya akan kembali. Siapa lagi kalau bukan Ayah bonda sebagai nadi.
Saya jua begitu.
Rasanya bila sudah jauh begini, tiada lagi nadi yang boleh dijadikan sebagai teman menyanyi, tetapi ubat penguatnya adalah berdikari. Ketika itu baru anda tahu betapa ertinya seorang tua yang bersusah payah kepada anda. Sekarang kita sudah menggantikan tugas itu untuk diri kita sendiri. Lalu yang menjadi kerinduan itu kerana suatu ketika dahulu kerja itu pernah sama-sama dilalui oleh kita dan ayah bonda. Rindu bertambah erat dan kuat apabila, susah payah dan titik peluh mereka dikudratkan untuk kebahagiaan kita semata-mata. Mereka yang memberi tidak langsung mengharapkan balas.
Ya, rindu itu kerana jasa mereka yang pernah memberi.
Tekanan
Kadangkala seronok belajar dan berteman belum cukup menguatkan kesungguhan untuk mendapatkan yang terbaik. Tetapi perlu juga kepada tekanan. Percayalah, tekanan ini bakal mengubah kesungguhan anda kepada motivasi usaha yang lebih tinggi. Kerana itulah, semakin tinggi tekanan yang dihadapi, semakin tinggilah kejayaan yang bisa diperolehi.
Saya punyai ramai teman-teman sepengajian di sini yang bukan sahaja terpaksa mengikat perut bahkan lebih daripada sepotong perut yang perlu ditahan-tahan laparnya. Hiasan di rumahnya cuma yang ‘perlu-perlu’ sahaja, selimut, bantal keras, tilam pinjam dan selebihnya kitab-kitab rujukan yang menjadi penghias sebuah teratak.
Memasak sudah satu kemestian dan rutin bagi mereka-mereka ini, mahu makan di luar? Boleh dibilang dengan jari. Tetapi mereka inilah yang paling berjaya orangnya, yang paling anggun akhlaknya, dan paling berperaturan hidupnya. Solat dijaga waktu masuknya, tutur kata bertapis-tapis sebelum berbicara. Mereka ini miskin harta juga duit, tetapi kaya dengan khazanah budi pekerti dan adab sopan.
Tekanan sekeliling menjadikan mereka seorang manusia yang berjaya dalam akademik dan sakhsiah. Duit bukan halangan utama dalam kecemerlangan mereka, tetapi kesungguhan adalah tiang kukuh yang menjadi tautan.
Saya tidak sempat merasa semua keadaan itu, tetapi berteman dan duduk di sekeliling mereka menjadikan saya digamitkan dengan erti sebuah KEHIDUPAN yang nyata memberi kepuasan biarpun serba kekurangan. Pengajarannya cukup memberikan makna.
Itulah kuasa sebuah tekanan.
Rindu Tanah Air dan Rindu ‘Mata Air’
Saya cuma mengagak dan menduga, bagi mereka yang sudah ‘berpunya’, dia pasti merasakan terlebih rindu kepada orang yang ditinggalkan. Apatah lagi mereka yang telah mengikat tali perjanjian sehidup semati, pendek kata bertunang. Bahkan alasan rindu kepada tanah air hanyalah sengaja dibuat-buat kerana ingin menemui ‘mata air’.
Rindu untuk ‘mata air’ telah melebihi rindu kepada tanah air.
Hari-hari kalau tidak bertanyakan khabar kepada si dia diri akan menjadi tidak senang duduk. Bukannya tidak boleh jika ditinggalkan sekejap si dia itu, tetapi bimbang si dia merajuk. Siapa mahu pujuk? Namun, bertuahlah jika siapa yang memiliki si dia yang selalu memahami situasi. Hati sentiasa tenang. Justeru, perlu beringat, ikatan itu bukanlah zahir membenarkan hubungan yang melebihi akadnya, bahkan selagi belum lagi berijab-qabul, selagi itulah batas-batas perlu dikawal dan dijagai rapi. Jangan terlalu mudah memasuki lubang-lubang syaitan.
Takkan lari gunung dikejar. Kalau anda setia, mengapa tidak si dia?
Lebih menjadikan tidak senang duduk, khususnya teman di perantauan ini, apabila keluarga di sebelah si dia sudah mula berbunyi akan soal umur dan jodoh. Tekanan belajar kian bertambah dengan tekanan perasaan. Mahu berkata ‘nanti dahulu’ si dia itulah satu-satunya buah hati, sedangkan ayah bonda di halaman tetap tegar berpesan: ‘Habis belajar dahulu, nikah kahwin kemudiankan’.
Akhirnya, berlakulah insiden yang telah menumpah ‘air mata’ disebabkan permintaan ‘mata air’ yang sudah tidak sanggup menunggu lagi. Apa boleh buat? Sudah ditakdirkan begitu, carilah yang lain. Kata orang tua-tua: ‘Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor’ tetapi kata orang muda-muda pula menjawab: ‘Bunga yang satu inilah yang dipuja-puja, kumbang inilah juga yang menjadi idaman hati. Mana mana mungkin akan ada pengganti?’
Apa-apa sajalah.
Kalau situasi yang ini, saya tidak harus memanjang tulisan saya kerana memang saya belum berhak tentangnya. Apatah lagi saya belum ada apa-apa pengalaman melaluinya. Tetapi saya punyai ramai teman-teman yang sudah melaluinya. Mereka banyak bercerita tentang itu. Mereka semua meluahkan rasa hati yang sama kepada saya tentang insan tersayang yang ditinggalkan – RINDU kepada isteri.
Seorang di tanah air, dan seorang lagi di timur tengah. Siapa yang tidak rindu? Bulan madu pun tidak sempat sudah berpisah jauh di rantau orang. Bukannya sekejap, bahkan bertahun-tahun dan beribu-ribu jarak batunya. Hanya yang mendekatkan pertemuan dan kerinduan adalah hati dan kesetiaan.
Seronok bukan? Anda rindu, dia juga merindui. Saling berbalas kerinduan dan kasih sayang biarpun jarak membatasi.
Akhirnya, saya hanya mahu mengingatkan kepada semua pasangan yang sudah ‘berikat-ikat’ ini, hubungan anda belum lagi menghalalkan apa cara untuk berbuat lebih daripada sebentuk rindu. Ikatan itu hanya seperti tempahan, bukanlah hak. Lalu, ia tidak wajar dicemari dengan dosa-dosa dan keburukan.
Rindulah kepada mata air, tetapi rindunya perlu berwaspada. kalau ALLAh tujuan rindu, nescaya rindu itu rindu yang suci.
___________________________________
p/s: saya melalui tahun ke-24 ini dengan penghargaan dari semua yang berada di sisi saya. Saya kini telah mempunyai lebih teman dari seorang teman biasa (know, I have a friend more than a friendship). Saya memerlukan 23 tahun yang lalu untuk ikhtibar hidup saya yang akan datang. Thanks for all about the wish.
gambar hiasan: kredit untuk ustaz Azhar di www.digitalmukmin.com/
Untuk read more, tulis di sini...

salam.
segala apa yg berlaku pasti ada hikmahnya..
patutlah putri familiar tengok gambar yg afiq ambil dr blog ustaz azhar.. :D.. x join forum tu sekali ke afiq?
Awesome blog yyou have here