Bilik-nya dan Semangat Baru
‘Kalau nak suruh Abang Pit balik Malaysia, Diksyah dengan Ibu, dengan Abah kena kumpulkan duit untuk beli tiket kapal terbang untuk Abang Pit?’
‘Mana cukup duit! Aisyah belanja satu hari dua ringgit je! Petang tu Aisyah lapar, beli keropok-keropok, habislah duitnya. Lepas tu, tiket kapal terbang beribu-ribu ringgit’
saya seronok menyakatnya tidak kira di dalam talian telefon atau apabila bercakap dengannya. Aisyah ini peramah sejak mula bersekolah, tetapi akan malu jika berhadapan dengan orang yang asing. Namun, jangan diuji keramahannya, anda bakal menjadi mangsa soal siasat, dia banyak bertanya!
Apabila meningkat sedikit umurnya, dia mulai kenal akan identitinya sebagai seorang anak perempuan. Itu tidak boleh kerana ini, dan itu juga dilarang kerana bersebab, perempuan sememangnya banyak pantang larang untuk mendidik malunya. Saya tidak dapat gambarkan jika seorang wanita yang dalam dirinya tiada sifat malu. Tidak kiralah malu itu dibuat-buat atau tidak, lebih sempurna kewanitaannya daripada tiada langsung sifat itu. Ibarat bunga yang cantik, tetapi tiada bau atau busuk baunya. Biarlah bunga itu kurang sedikit cantiknya, tetapi ia masih mengeluarkan bau yang harum.
Kalau dahulu semasa Aisyah ini kecil, semua teman saya yang berkunjung ke rumah akan dilayan mesra, sampaikan berdukung-dukung. Tetapi sekarang tidak lagi begitu, dia hanya mengintai-intai di balik dinding dapur atau di tangga atas. Jika disuruh turun baru cepat-cepat dia mencapai tudungnya tersipu-sipu ke ruang tamu – segan katanya.
Saya tahu, walaupun dia gembira hidup bersama kami anak lelaki, tetapi saya rasakan jiwa seorang perempuannya mesti dididik dengan kesempurnaan seorang wanita, tingkahlaku wanita, bercakap dengan sifat wanita dan sebagainya tentang kewanitaan. Maklumlah, dia seorang saja anak dara sunti di dalam keluarga kami, lalu bondalah yang mengambil alih tugas ‘menerapkan nilai kewanitaan’ kepadanya. Jika kami yang mengambil alih kerja itu, silap hari bulan, dia bakal menukar cita-citanya yang sedia ada kepada seorang askar atau komando!
Tetapi Aisyah dan Bonda saya tidak perlu risau dan bimbang, bonda akan ditemani oleh menantu-menantunya yang majoritinya terdiri daripada kaum hawa beberapa tahun lagi. Jika semua anak lelakinya ditakdirkan berumur panjang, Aisyah dan bonda saya bakal mempunyai lima orang teman bersembang dan teman di dapur. Saya tidak dapat bayangkan apa yang akan terjadi kepada skuad lelaki kami pada ketika itu, Aisyah telah mempunyai team yang kuat terdiri daripada kakak-kakak iparnya.
Saya berdoa, agar pada masa yang bakal tiba nanti, keluarga kami dinaungi dengan keberkatan dan kebahagiaan oleh penghuni-penghuninya. Saya mengharapkan tarbiyyah sentiasa segar di dalamnya tanpa rasa jemu.
Kini Aisyah telahpun berumur 10 tahun. Darjah empat katanya baru-baru ini, semasa saya menghubunginya. Sudah ‘dewasa’ rupanya.
Aisyah Humaira’ dan Aisyah Hu-La-La
Kisah Biliknya dan Semangat Belajar.
Mungkin sekali nama adik kami ini diambil sempena nama isteri Nabi saw. Moga-moga keberkatan nama itu mengalir di dalam tubuhnya lalu menghasilkan akhlak seperti Aisyah Humaira.
Saya agak terkejut apabila Si Aisyah memberitahu bahawa bilik yang selama ini menjadi stor dan sarang bagi tikus serta cencurut telahpun diubah dekorasi, menjadi bilik belajarnya, pada mulanya saya tidak percaya sehinggalah saya dikirimkan email olehnya, demikianlah hasilnya:
Mungkin kerana 2 tahun itu terlalu lama untuk saya yang tidak tahu hujung pangkal dan suasana di rumah. Dan selama itulah saya belum lagi menjejakkan kaki ke tanah air, hajatnya jika tiada aral yang melintang, saya mahu berhari lebaran bersama keluarga dan adik-adik di sana pada hujung tahun ini.
‘Aisyah dah ada bilik baru tau Abang Pit’ Katanya pada saya, dua hari yang lalu melalui perbualan telefon.
Dia seorang yang rajin bila moodnya tiba, apa sahaja akan dituruti dan dikerjakan. Mengulangkaji pelajaran, memotong sayur, mencuci kereta dan sebagainya pasti dilakukan tanpa kami pinta. Tetapi jika moodnya tiada dan masa mengantuknya tiba, jangan disuruh apa-apa, nescaya hasilnya seperti menuang air ke daun keladi. Biarlah, budak-budak memang ada masa air pasang dan surut, kita sahaja yang tinggal untuk menyusun dan memotivasikan mereka.
Pakar motivasi dan pengkaji menyebutkan, usia kanak-kanak lebih mudah untuk dilenturkan keupayaan dan semangat motivasi mereka, kerana akal mereka akan menerima bulat-bulat apa yang dikeluarkan oleh orang yang mereka percayai. Oleh itu, saya percaya mereka yang mempunyai anak kecil akan lebih mudah menjaganya daripada anak-anak yang telahpun dewasa.
Jika sifat rajin yang diterapkan kepada mereka, maka hasilnya adalah rajin begitulah sebaliknya.
Cerita Tentang Berkat
Ada satu jalan keberkatan yang terkadang orang terlepas pandang, iaitu berkat yang datangnya daripada hasil rezeki yang baik dan makanan yang halal. Orang memandang enteng tentang sumber pendapatan yang diberikan kepada anak-anak. Janji duit itu cukup untuk menampung keperluan harian atau bulanan, mereka merasakan sudah sempurna tanggungjawab mereka memberikan nafkah sedangkan sumber yang diperolehi masih ragu-ragu.
Akhirnya berkat itu lari.
Berkat itu terlalu halus, ia tidak akan dapat dirasakan semasa mengerjakannya tetapi bisa diperolehi dan akan dilihat pada hasilnya. Berkat itu tidak hanya datang daripada ibu dan ayah yang mewariskan kebaikkan mereka sahaja, berkat juga tidak hanya boleh sampai kepada orang yang berilmu agama sahaja, tetapi ia boleh dicapai dalam segala aspek KEHIDUPAN yang amalnya dilakukan mendapat redha ALLAH.
Memberi sesuap nasi yang halal kepada anak-anak, merotan anak-anak kerana melakukan kesalahan, melarang anak-anak daripada bergaduh, sedekah, dan sebagainya yang mendapat keredhaan ALLAH taala, semua itu adalah usaha dan jalan kepada keberkatan. Orang bertanya: ‘mestikah berkat itu datang daripada seorang ayah dan ibu yang bergelar ustazah? Tiadakah peluang untuk mewariskan berkat itu jika ayah dan ibunya hanya seorang penoreh getah atau seorang polis?’
Jawapannya adalah: ‘Mesti’ dan ‘tidak semestinya’. Berkat boleh dicapai melalui apa sahaja jalan selagi jalan itu mendapat redha ALLAH dan jauh dari murka-NYA.
Ayah dan bonda saya bukanlah seorang yang alim tentang ugama, ataupun hebat seperti orang lain. Ayah dan bonda hanya seorang kerani di ibu pejabat Felda. Orang yang berhijrah dari kampung dan mahukan anak-anaknya menjadi manusia berjaya. Saya seperti dapat merasakan berkat yang kami perolehi sesama adik-beradik ini terlalu besar dan bernilai, saya percaya ia hasil air tangan dan usaha bersungguh-sungguh mereka yang berhati-hati mencari rezeki yang baik dan halal. Alhamdulillah, hari ini kami menjadi seorang ‘manusia’ yang faham akan agama walaupun tidak sehebat orang lain.
Aisyah kini apabila mendengar azan, akan sendirinya bersiap-siap untuk menunaikan solat. Jika ada adik-beradik saya yang lain, mereka akan berjemaah. Walaupun mereka tahu jika tidak bersolat akan mendapat hadiah rotan, tetapi itu hanyalah tarbiyyah, mula-mula memang akan solat kerana takutkan rotan, lama-kelamaan mereka akan tahu berfikir bahawa solat itu adalah suruhan ALLAH.
Jadi Anak Yang Soleh, Solehah
Sebelum mengakhiri perbualan, Aisyah sempat mengenakan saya pula, tetapi saya kira ia adalah sebuah nasihat yang berguna dan saya termotivasi dengannya:
‘Ingat tu Abang Pit, belajar sungguh-sungguh. Dah habis belajar nanti baru boleh…boleh apa?’
‘Kahwinnnnnn….!’ Saya menyambung. Memang saya betul-betul terkena. Kami sama-sama ketawa.
Saya amat sukakan anak-anak kecil, bagi saya anak-anak kecil itu suatu yang dapat menghilangkan kemarahan dan menghiburkan hati. Mungkin kerana pada mereka ada berkat yang banyak dan tidak dapat dilihat – mereka masih suci tanpa dosa.
Setiap kali bersembang dan berhibur bersama anak-anak ini, saya tidak lupa berpesan agar hidup menjadi orang yang berguna kepada ibu dan bapa, keluarga dan masyarakat.
‘Jadi anak yang solehah. Jangan nakal-nakal di rumah’
Nasihat yang sama berulang-ulang saya pesan kepadanya setiap kali berpeluang bersembang dengan adik-adik di Tanah Air Malaysia. Biarkan nasihat itu jemu didengar tetapi tidak terlupa untuk disematkan di hati.
Anak yang soleh dan solehah harta yang tidak terhingga nilainya. Ia tidak sebanding harta dunia walaupun segunung emas dipertaruhkan. Ia harta dunia dan akhirat. Memilik seorang anak yang soleh/solehah seperti memiliki seorang hamba mulia yang sanggup berbakti apa sahaja. Pahalanya akan mengalir sehingga hari kiamat.
Penutup;
‘Apabila mati anak Adam itu, terputuslah seluruh amalan mereka melainkan 3 perkara. Amal jariah, ilmu yang berguna dan anak yang soleh’
_________________________________________
Dapatkan wallpaper & Poster Motivasi KEHIDUPAN daripada saya di sini: afiqsaa'flickr
Sembang-sembang Motivasi bersama saya di sini (Yahoo Mesengger): afiqsaa@yahoo.com
Perkongsian Idea, Pendapat dan Masalah dengan saya di sini: (Email): afiqsa@yahoo.com
Laman Sosial bersama saya di Facebook: type 'my afiq'
Untuk read more, tulis di sini...

salam..wah..pnjgnya kamu brcerita..[kalau x pnjg tu bukan blog afiq nmanya] huhu..
anyway seronok jgk bca psl adik kamu ni yek..comel (^_^)
smoga dia mncontohi Aisyah Humaira' isteri Rasulullah..
salam..btul2, klu xpnjang bkn ust cinta la nma nya..hihi, apa pun crita aisyah mmg sronok n santai, pnuh pngajarn..