Ia mendapat jolokan dan gelaran serambi Makkah kerana suasana dan KEHIDUPAN rakyatnya yang makmur mengamalkan ISLAM. Walaupun jika mahu dibezakan antara Makkah dan Kelantan ini masih lagi diibaratkan sebagai, jauh panggang dari api, tetapi trade mark serambi itu sejak berkurun lama sudah menjadi sinonim bagi Negeri Cik Siti Wan Kembang.
Saya tidak pasti samada Kelantan ini, budaya ISLAMnya terjadi dan wujud sendiri ataupun ia adalah hasil tarbiyyah ulama-ulama lampau dan kesan kedatangan mubaligh ISLAM suatu masa dahulu. Apapun, sehingga sekarang Kelantan masih mampu mengekal cara hidup beragama. Saya dapat merasakan, bahawa budaya ini telah pun ada sebelum ia diambil alih kepimpinannya oleh Tok Guru.
Terlalu jauh bezanya dengan KEHIDUPAN dan suasana di ibu Negara, Kuala Lumpur. Penghuninya yang majmuk seolah telah mempengaruhi kepada nilai agama, hampir-hampir sahaja agama ISLAM ini seakan dimajmukkan oleh Orang Melayu di Kuala Lumpur. Walaupun pesat dengan pembangunan tetapi Kuala Lumpur belum lagi mampu menandingi pesatnya pembangunan tarbiyyah di Kelantan – itu adalah realiti.
Saya hampir 24 tahun menghuni di ibu Negara, tidak menemui lagi suasana harmoni seperti di Kelantan.
Semenjak mula beralih pengajian ke peringkat tinggi iaitu selepas tamat sekolah menengah, saya punyai ramai teman-teman daripada Negeri Cik Siti Wan Kembang ini, samada lelaki dan perempuan semuanya menjadi kenalan rapat saya. Ada dua tiga orang sahabat-sahabat saya yang dahulunya menuntut di Kampus Darul Quran masih lagi saya hubungi sehingga kini. Saya seronok dapat mengenali mereka, budaya dan cara KEHIDUPAN mereka.
Selama ini istilah (loghat) Kelantan yang saya tahu amat sedikit dan terhad, sekadar yang penting-penting dan selalu manjadi buah mulut teman-teman, antaranya ‘gedebe’ atau bahasa bakunya samseng, ‘come lote’ ertinya cantik manis. Saya juga tahu ‘pitis’ itu duit, ‘menate’ adalah binatang, ‘bewok’ adalah biawak dan ‘gelenyar’ itu miang atau menggatal.
Kebanyakkan perkataan yang sempat saya pelajari dan mampu saya fahami ini, mungkin juga kerana bonda saya berasal daripada Terengganu (jiran berdekatan Kelantan), itu satu bonus tau! Ada sahabat saya, sepatah habuk pun dia tidak faham apabila dia duduk bersembang bersama-sama teman-teman Kelantan, kesian saya melihatnya, dia hanya senyap dan ketawa apabila kami ketawa sedangkan dia sendiri tidak tahu akan maksudnya. Dahulu saya juga begitu, pernah saya bertanyakan kepada seorang sahabat, ‘Loghat Kelantan dan Terengganu ni sama saja kan?’ dia mentertawakan saya. Rupa-rupanya apabila saya sudah mengetahui sedikit sebanyak tentang Negeri Cik Siti ini, terlalu banyak perbezaannya, bukan sahaja dari sudut bahasa, tetapi juga budaya dan orang-orangnya.
Sekarang saya sudah tahu istilah-istilah baru seperti ‘bbaloh’ atau ‘gocoh’ itu bererti bergaduh. Saya juga baru tahu ‘bekwoh’ itu adalah kenduri, dan yang menarik beg plastik dipanggail ‘supik gelenyar’. Pelikkan?
Perkataan berganda Kelantan pun sedap apabila dibunyikan. Kegunaannya adalah apabila mahu menyatakan sesuatu yang ‘terlalu’. Kalau di Kuala Lumpur orang akan kata ‘sangat manis’ tetapi di Kelantan mereka menyebutnya ‘manis lleting’. Apabila terlebih garam atau terlalu masin ia disebut ‘masin peghak’. Kalau orang kita kata ‘kenyang gila’ mereka pula ‘kenye bbonyah’. Satu lagi yang kelakar, mereka tidak kata ‘gemuk gedempol’ tetapi diistilahkan sebagai ‘gemuk ddedok’. Jika suatu yang busuk pula orang Kelantan akan menyebut ‘busuk banga’ (busuk sangat), contoh ayat:
‘Sapo gok hok ketuk busuk banga ni? Demo make menate bewok kho?’ saya terjemahkan kepada bahasa bakunya berbunyi begini: ‘siapa pula yang kentut terlalu busuk ini? dia makan biawak kah?’
Seumur hidup saya hanya dua kali sahaja berkesempatan ke Tanah Serambi tersebut, dan kunjungan kali terakhir saya ke sana adalah pada 5 tahun yang lalu. Selama 5 tahun itu jugalah Kelantan sudah banyak berubah. Saya kira pembangunannya sudah mampu menandingi Kuala Lumpur.
Apa yang penting, tarbiyyahnya semakin mantap.
Manis Masakan dan Manis Gadisnya
Di Kelantan, sebahagian besar makanan, minuman, dan masakan harian mesti bergula. Sejak turun temurun, gula menjadi salah satu keutamaan dalam KEHIDUPAN harian di sana. Mungkin juga ini salah satu sebab mengapa wanita Negeri Cik Siti Wan Kembang ini manis-manis belaka.
Sejak dahulu lagi, orang di sana suka ‘bergula-gula’, gula sudah menjadi perencah hidup utama setiap hari dan di mana sahaja. Sebahagian besar makanan dan kuih-muih tradisional tempatan semuanya menggunakan gula. Malah, kuih-muih berempah di begeri lain yang tidak menggunakan gula, di Kelantan tetap bergula. Termasuklah karipap, pulut panggang, cucur badak dan cucur udang. Kari, rendang, gulai, dalca, dan sambal tumis hatta sambal belajan pun dan lain-lain masakan juga menggunakan gula. Tinggal lagi, saya masih belum menjumpai budu yang dicampurkan dengan gula. Demikianlah manis dan bergulanya orang di Kelantan.
Mungkin disebabkan terlebih gulalah, orang-orang Kelantan kebanyakkannya manis-manis belaka! Terutama gadis-gadisnya. Walaupun sebahagian besar wanita dan gadisnya bertudung litup dan seluruh tubuh ditutupi pakaian (menutup aurat), kemanisan wajah mereka tetap terserlah, percayalah!!. Di sana saya amat mudah terpandang gadis-gadis yang bertudung labuh, yang bertudung biasa tak usah dibilang, hampir kesemuanya begitu. Ia memberi ketenangan buat mata-mata yang memandang.Tudung itu sudah saja melambangkan keagamaan.
Telah saya katakan di atas, semuanya hasil tarbiyyah dan agama.
Kononya, suatu ketika dahulu kaum Cik Siti Wan Kembang ini memang lebih menyerlah berbanding kaum lelakinya. Baik di Pasar Besar Wan Khadijah atau di mana-mana permis perniagaan, wanitanya lebih dominan. Gerai makan, gerai keropok, gerai menjual pakaian kedai barangan tembikar dan lain-lain, semuanya diterajui oleh wanita. jarang ada kedai yang diketuai oleh lelaki. Sudahlah manis, peramah pula, ditambah pula dengan adab-adab ISLAM yang mereka miliki. Walaupun bukan semua, tetapi sikap itu dipunyai oleh kebanyakkan wanita Kelantan.
Lelaki juga begitu, walaupun tidak pernah berjumpa, sekali singgah ke gerai atau kedai, mereka terus mesra. Keramahan mereka cepat memikat. Sehinggakan kita yang lebih muda daripada mereka dipanggail ‘abe’ (abang). Walaupun berkali-kali saya membahasakan diri saya sebagai budak sekolah, mereka tetap memanggil saya 'abe'. Anda mungkin boleh mambayangkan jika yang memanggil itu adalah seorang gadis.
Hasil Tarbiyyah
Di Kuala Lumpur, orang selalu sibuk bekerja dan bekerjaya. Semuanya seolah tiada masa untuk berkenalan, apatah lagi mahu bermesra dengan jiran. Saya akui ramai yang tidak-menahu akan nama-nama jiran mereka, yang diingati hanyalah warna rumah dan nombor plat kereta jiran. Orang di Kota-kota seperti KL tidak mahu mengambil tahu hal orang sebelah rumah dengan alasan ‘tidak mahu menjaga tepi kain orang’ tetapi orang kelantan ’suka menjaga tepi kain orang’. Tetapi dengan cara demikian mereka sebenarnya mengambil berat hal kita.
Patutlah adik saya yang seorang ini beria-ria mahu bekerja di sana selepas menanamatkan pengajiannya nanti, rupanya selain gadisnya yang cantik dan sopan pelbagai lagi rahsia kebaikkan ada di sana.
Kesempatan bersiar-siar dan memijakkan kaki di Kelantan 5 tahun lalu saya gunakan sebaiknya, saya terasa seperti tidak mahu pulang ke Kuala Lumpur, itu baru sahaja 3 hari tidak tahulah jika orang luar yang sudah bertahun-tahun tinggal di sana. Mungkin sekali sudah disogokkan dengan istilah SKMK ‘Sampai Kelantan Mesti Kahwin’.
Begitulah indahnya negeri yang dikatakan Serambi Makkah ini. anda mungkin tidak merasakan jika tidak terlebih dahulu berkunjung ke sana. Saya berani menjamin bahawa anda tidak akan menyesal jika menjadikan destinasi percutian anda ke Kelantan, apatah lagi tempat untuk berbulan madu. Selain mendapat keseronokkan berhibur, dapat juga mengutip mutiara ilmu daripada Tok Guru dan nilai estetika dalam pentarbiyyahan mereka.
Setakat ini, saya sudah dipengaruhi dengan unsur-unsur keKelantanan ini, antaranya air yang manis, gulai yang manis dan budu yang dibuat sebagai kuah. Saya dipengaruhi secara terpaksa yang lama-kelamaan menjadi tabiat. Akhirnya saya telah menjadi seorang yang terlebih kekelantannya, apabila budu itu dibuat sebagai kuah. Apapun, saya tidak membimbangi jika sangat manis di dalam masakan dan makanan. Apa yang lebih membimbangkan saya adalah manis di dalam senyuman gadisnya.
________________________________________
Dapatkan wallpaper & Poster Motivasi KEHIDUPAN daripada saya di sini: afiqsaa'flickr
Sembang-sembang Motivasi bersama saya di sini (Yahoo Mesengger): afiqsaa@yahoo.com
Perkongsian Idea, Pendapat dan Masalah dengan saya di sini: (Email): afiqsa@yahoo.com
Laman Sosial bersama saya di Facebook: type 'my afiq'
Untuk read more, tulis di sini...

oh tidak!!
ust afiq..apakah jodohmu juga berasal dari negeri "Serambi Mekah" ini???
slm wbth
btul ke apa yg us.abu ckp tu?
mcm ada apa2 je dgn tajuk artikel kali ni?
jawab2 fiq..
ustaz...
best citer kota serambi nie, lagi2 bile diselitkan dengan 'gadis-gadisnya'
pnuh pengjarn..
ada msa datng lah lg ke sini ya!
Assalamu alaikum
Ana dah lama berhasrat nak pegi ziarah ke Kelantan sebab mendengar berbagai keunikan KEHIDUPAN masyarakat di sana daripada saudara ana. Masa tu tahun 1999 seingat ana. Ana baru lepas f3.
Tak sangka pulak akhirnya masuk DQ. Dan fakta uniknya adalah majoriti pelajar DQ, hampir mencecah 50%, berasal daripada Kelantan. :)
Akhirnya hasrat ana untuk berziarah ke Kelantan tertunai jua ketika Arwah Farham ajak balik beraya kat Kampung dia, Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan Darul Naim.
Peluang itu ana gunakan untuk belajar dan mengenali lebih dekat keunikan KEHIDUPAN masyarakat di sana.
Alhamdulillah! Boleh la kalau sekadar nak faham dan cakap loghat Kelantan walaupun tak de la bunyi pekat macam orang Kelantan betul. :)
Tapi sebagai orang Aceh, ana boleh la berasa sedikit bangga dengan kebolehan itu. Sebab orang Malaysia sendiri pun belum tentu faham apatah lagi nak bercakap dengan loghat Kelantan. :D
Jadi, sekarang dah ade 2 orang Aceh yang nta kenal boleh faham dan cakap Kelantan ek? Ana dan Mujib, junior ana kat Maahad Jeumala Amal dulu. :D
Tapi sampai sekarang ana tak boleh lagi makan bertemankan budu dan tempoyak. Kalau dua benda ni memang ana surrender. Hu hu hu...
Pasal jodoh nta nanti orang Kelantan, ana sendiri no comment. Jangan tak jemput sudah! Kuantan ke Kelantan tak de la jauh sangat. :)
Wassalamu alaikum
fiq..
ingt x msa gi klantan? msa tu kite gi himpunn pmuda? heheh..
pastu jalan2 kat rantau pnjang, mihun sup die best..
mmg xbleh lupa lah fiq..ggambar dgn tok guru, tp nape gambar aku xada..waaa
all da best fiq, "gadis2" nya pasti milik-mu....
salam wbth buat semua teman dan pengunjung..moga anda sihat sejahtera
to ustaz abu: kan jodoh itu luar biasa?? jodoh-ku bukanlah orang di kota serambi, bahkan bukan jua di semenanjung ini..
to anonymous (1): apa yang ust abu cakap tu, dia sahaja yg tahu. artikel ni pun tidak ada mengena dengan soal jodoh ana dan siapa-siapa. sekadar menceritakan keseronokkan makan angin di kota barokah itu.
to anonymous (2): terima kasih..terima kasih, di samping mengambil pengajaran dari 'gadis-gadisnya' jangan lupa kemantapan tarbiyyahnya.
insyaallah memang saya teringin mahu ke sana lagi jika panjang umur. orang kelantan kah?
to akh Rais: ana lebih suka menceritakan KEHIDUPAN di sana. orang Kelantan apabila ke luar dari negeri mereka hilang sedikit kekelantannya. mungkin mahu menyesuaikan diri barang kali.
1st time ana mengenali Mujib sangka ana dia seorang kelantan sejati, rupanya apabila bercakap di khalayak, dia 'kantoi' dalam hati berkata: "ohh, orang tanah seberang rupanya" (macam ketika cinta bertasbih). apapun mujib ana boleh kategorikan sebagai Orang Melayu. kami seronok berkawan dengannya.
Budu; rugilah kiranya tak boleh menjamahnya, itu adalah identiti kelantan. ibarat pergi ke terengganu tak menjamah keropok lekor. hihi..
Jodoh? artikel ni tak ada bersangkut dengan jodoh ana barangkali, namun siapa tahu? jodoh itu luar biasa kan?
waimmah, ana duduk di sabah sekalipun, pastinya nta akan ana dahulu jemput.
shukran akh rais atas komen, pendapat, dan pembaca setia di sini. ana juga perlukan idea-idea daripada otai seperti nta.
shukran Mas!!
to anonymous (3): siapa ya ni?
ohh..i still remember that! percutian yg sungguh menarik hati untuk ke sana lagi.
bukan setakat mihun supnya, sea food di pantai cahaya bulan menggamit dan mengiurkan lidah untuk menjamahnya.
paling dalam ingatan bila bergambar dengan tok guru. gambar tu ana simpan elok-elok dalam kenangan. tapi gambar nta yang mana? nanti ana letakkan semula.
all da best juga. 'gadis-gadis' itu pasti jua milikmu suatu hari nanti.
p/s: segala tulisan saya, ada saja yang mengaitkannya dengan cinta. percayalah saya bukan ustaz cintaaaaa..!!
Kawin dlu dgn org sana,baru taw langit 2 rendah ke tinggi