ciptaan-MU indah.. (bahagian 2)



JORDAN: DESTINASI YANG TIDAK MENGHAMPAKAN

a. JERASH; Bandar seribu tiang.

Hanya sejam sahaja perjalanan ke utara Amman, terletaknya Jerash, sebuah bandar lama zaman Yunan dan Rom, ia juga dikenali sebagai “Pompei Timur” kerana kesan-kesan lama yg indah masih terpelihara. Apabila saja anda memandang ke arah bandar, anda pastinya akan berhadapan dengan 3 penjuru pintu masuk yg dibina untuk menghormati Maharaja Adrian yg melawat Jerash pada tahun 129.

Untuk pengetahuan semua, Jerash sebenarnya adalah sebuah bandar Decapolis, iaitu penyatuan 10 buah bandar Rom kurun pertama sebelum kelahiran Nabi Isa a.s. Jerash lah satu-satunya bandar yg masih meninggalkan kesan keagungan lampau.

Di musim panas pula, terasa Jerash seolah-olah ia mengembalikan kemegahanzaman silamnya bercampur kebangkitan hari ini. Dengan mengadakan Pesta Kebudayaan dan Seni Jerash. Saya sempat menjengahkan kaki sehari suntuk bersama rakan-rakan, apa yg saya dapat gambarkan adalah, saya seperti berada di zaman tersebut, zaman Rom dan Yunani...!





0 Responses so far.