ciptaan-MU indah.. (bahagian 1)




JORDAN: DESTINASI YANG TIDAK MENGHAMPAKAN


a. Penduduk; menyambut kedatangan dengan senyuman

Sesiapa sahaja akan merasai tempat-tempat yg dilawati itu tidak asing baginya, begitu juga cara hidup yg sentiasa hamper hatinya. Lawatan ke Jordan pastinya akan mengembalikan ingatan kepada zaman keagungan silam. Sebaik saja anda memijakkan kaki ke bumi ‘Syam’ ini, terasa kemesraan hati penduduk Jordan, ia digambarkan dengan kata-kata ahlan wasahlan yg akan terdengar di mana-mana sahaja, percayalah..




Penduduknya adalah bangsa yg mesra dan terbuka, suka menolong serta gembira dengan kedatangan pengunjung. Di sini mereka sentiasa menyambut tetamu di kalangan keluarga, kawan dan jiran. Sekiranya pengunjung bernasib baik, dia dipelawa sama untuk untuk menyertai mereka., satu suasana yg sungguh mesra, dipenuhi dengan ucapan selamat dan ransangan yg melapangkan hati. Pendek kata, di mana saja anda melangkah, di sana kedengaran ucapan selamat dating dan senyuman! Tidask kira di Amman (ibu Negara) Bandar-bandar dan kampong yg jauh, penempatan abdwi, atau di tempat-tempat bersejarah di setiap pelusuk negeri Jordan.



Umum, penduduknya terdiri di kalangan orang-orang di bandar, arab badwi, dan lain-lain yg sesetengahnya berasal dari negara jiran iaitu Palestin.



b. AMMAN; ibu negara yang mempesona dan dinamik

Amman (ibu Negara Jordan di masa sekarang), yg dulunya dikenali sebagai Rabbath-Ammon iaitu ibu negara bangsa Ammon, dipanggil Philadelphia di zaman kekuasaan Yunan dan Rom. Zaman dahulu, bandar
ini dibina di atas 7 bukit, tetapi sekarang tersebar luas sehingga 19 bukit.



Bagi saya, Amman adalah bandar silam yg telah menemukan sebuah bandar zaman silam dan zaman kontemporari (zaman moden sekarang) atau boleh dipanggil sebagai nama “bandar Puith”, kerana bangunan-bangunan bertaburan di atas bukit seolah-olah wujud satu pemidang kain besar yang dilukis oleh alam semulajadi, hebat bukan??

Bandar Amman ini boleh memuatkan lebih sejuta penduduk, menyimpan perbendaharaan kesan-kesan lama yg tidak terhingga, di atas Bukit Qal’ah misalnya terdapat rumah ibadat Hercules, bersebelahan dengan Muzium prba yg terdapat pelbagai alat-alat kegunaan manusia zaman dahulu kala sejak hampir 7 ratus ribu tahun yg lampau. Keajaibannya membuat saya cukup kagum dengannya. Bagi saya, walaupun kelihatan bandar Am
man ini kedudukan binaannya belum tersusun dan stratergi, namun keindahan seni itu tidak menjemukan saya untuk memerhatikan.

sebarang maklumat lanjut mengenai Jordan dan percutian di sana boleh melayari:

http://www.visitjordan.com/

http://www.tourism.jo/inside/Main.asp






0 Responses so far.