“Ana tak boleh nak tengok gereja tu, rasa mahu bakar je,” luah seorang sahabat saya.

“Eh, tak bolehlah macam tu, berdosa,”

“Entahlah, marah sangat,” katanya dengan serius.

“Kenapa?” saya bertanya.

“Sejak peristiwa Israel serang Palestin, rasa marah je,” balasnya.

“Ooo..” barulah saya mengerti marahnya tadi. Ghaza dan Palestin adalah punca kemarahan.

* * * * * * * * * *

“Kita kena buat sesuatu ni, Israel dah melampau!” tiba-tiba semasa kami duduk-duduk membelek-belek email, seorang sahabat saya bersuara.

“Ana rasa macam nak ke ‘sana’. Tapi apa boleh buat,” Tambahnya lagi. Bersungguh-sungguh benar!!

“Kalau setakat anta seorang dua orang ke sana, apa yang kita boleh buat. Orang Islam di Palestin tu beribu-ribu. Belum boleh buat apa-apa lagi,” saya mula memancing dia. Menilai sejauh mana extreme dia terhadap isu ini.

“Kita tunggu saja pihak HAMAS yang akan merancang sesuatu,” Tambah saya. Dia mengangguk kecil, mula berfikir-fikir sesuatu. Mungkin setuju dengan telahan saya tadi. Mungkin juga tidak, kemudian dia terus tidak bersuara.

Marah juga isunya.

* * * * * * * * * * *

Sejak tiga hari lalu, bertalu-talu saya mendapat mesej pesanan ringkas daripada mail Box Yahoo Messengger (YM), semuanya berkisar tentang isu yang hangat sekarang. Palestin diserang. Bermula saya sign in, hanya tidak sampai beberapa jam, hampir sepuluh mesej itu memenuhi ruang desktop saya. Dihujung mesej ada tertulis, ‘sila forward mesej ini jika anda sayang.......’ . Sepuluh mesej yang saya terima, semuanya ayat yang hampir sama, juga daripada kawan-kawan sekitar saya yang sama. Saya Bersoal, bagaimana saya mahu forwardkan jika semua sudah dapat?

Lagi pula, setiap status pada yang empunya (YM) semuanya tertulis tentang semangat dan kata-kata berkobar-kobar tentang Palestin. Mengajak semua sama-sama membantu umat Islam di sana. Sejujurnya saya amat sayu dan simpati bila terbaca ayat-ayat itu.

Antara Obses dan Cakna

Sidang pembaca sekalian, mungkin sebahagian daripada kita tidak merasakan apa yang berlaku di GHAZA adalah ‘sebahagian daripada kita’. Mungkin juga ada sesetenaghnya yang sekadar meletakkan isu ini sekadar melepaskan batuk di tangga. Kata mereka, ‘Ah, isu ini akan berlaku setiap tahun, selepas ini akan damai semula’. Kata sinis dan pembunuh semangat seperti ini amat malang sekali bagi mereka yang tidak merasa atau menjiwai Ukhwah seislam bagi umat Islam di Palestin. Sungguh malang saya katakan!!


Namun, apa yang berlaku daripada pandangan orang-orang biasa mungkin tidak lebih daripada kemarahan, kesal, rasa benci yang teramat pada Sang Israel yang sememangnya bangsa yang dilaknat oleh ALLAH. Paling-paling pun, mengadakan demontrasi dan tunjuk perasaan atau bantahan, itu sahajalah yang mampu dilakukan oleh kita sebagai umat Islam di Negara selain Palestin. Oh, amat sedih sekali. Namun, semua feel ini sudah cukup untuk menggambarkan Cakna kita terhadap sensitiviti umat Islam. Tahniah!

Cuma apa yang amat terkilan pada saat artikel ini dituils, ada pihak-pihak tertentu atau lebih jelas saya katakan kuasa-kuasa besar yang lebih patut dipertanggungjawabkan dalam isu ini perlu bersuara tidak langsung menunjukkan belang mereka. Sesama mereka hanya berdiam diri. Kononnya buat itu buat ini, namun nampak sekali ‘kerja buat-buat’ mereka yang hanya berolok-olok. Soalnya, isu ini sudah lama, mengapa baru sekarang hendak terkocoh-kocoh bertindak, Masuk hari ini, hari kedua, Israel telah membunuh lebih 200 orang Palestin dan mencederakan lebih 800 orang sebahagiannya kritikal dan cedera parah, 21% adalah kanak-kanan dan 14% adalah wanita. bukankah kalau mahu, sudah lama isu ini boleh selesai? Mari sini saya ingin cerita satu persatu. Saya petik kata-kata ini daripada mulut orang besar, saya kagum atas cakna beliau:

“Mesir mengecam tindakan Israel, dan membuka laluan Rafah untuk membawa mereka yang cedera ke mesir sedangkan sebelum ini menutup laluan tersebut kepada rakyat Palstine yang kebuluran, tiada makanan dan ubat, dan sehari sebelum serangan Israel, Menteri Luar Israel, Lifni berganding tangan dengan Menteri Luar Mesir, Abul Ghaiz!! Raja Jordan mengecam serangan Israel dan mengatakan keadaan di Palestine tidak akan aman dengan serangan tersebut dan Jordan adalah negara yang berdamai dengan Israel, membuka kedutaan Jordan di Israel dan sebaliknya dan bersekongkol dengan Israel untuk menghancurkan HAMAS Qatar, Yamen, Liga Arab, Lubnan, Jordan dan kira-kira belasan lagi negara Arab menyeru untuk diadakan Sidang Kemuncak Tergempar. Untuk apa? Untuk mengutuk serangan Israel, TIDAK lebih dari mengutuk, kemudian balik tidur di bilik-bilik penginapan hotel mewah, menaiki kapal terbang mewah dan menyedari darah rakyat Palestine terus tumpah di hadapan mata mereka!! Hanya Syria yang mengatakan kalau sekadar nak buat sidang tergempar hanya untuk mengutuk TAK payah buatlahsidang tersebut. Libya juga mengatakan dalam nada yang sama, tetapi kedua-dua negara ini juga TIDAK buat apa-apa juga sebenarnya”

(Pengarah Dept of Malaysia Study, Cairo U, Assoc Prof Hassan Basri)


Sebenarnya banyak lagi bukti-bukti ketidak-caknaan mereka dalam isu ini. Anda bayangkan, merekalah kuasa besar yang mempunyai ‘tangan dan kaki’ untuk merubah dan menyelesaikan, namun mereka juga yang menjadi dalang dan buat endah tak endah. Pelik bukan, rakyat biasa sudah terlalu ‘Obses’ dengan kemarahan, namun orang-orang besar ini tidak pula cakna??


Berfikiran Rasional: Semangat Kita Perlu Betul Pada Tempatnya

Sebenarnya, yang kita tidak mahu adalah sikap hangat-hangat tahi ayam. Tidak kiralah dalam isu apa sekali pun, yang penting adalah kita bekerjasama untuk membanteras. Ya, betullah kita tidak mampu untuk berbuat apa-apa selain menunjukkan kemarahan, namun nilai sensitiviti itu mencukupi untuk mempamerkan sikap kita terhadap saudara kita yang lain. Lebih baik daripada tidak buat apa-apa.

Saya ingin menyeru kepada rakan-rakan sekalian terutama rakan lama yang saperjuangan di kampus dahulu, walaupun tiada daya kita untuk melakukan yang terbaik untuk umat Islam di sana, pastinya anda semua tahu nilaian ALLAH itu amat besar. Saya tahu, pastinya ada di kalangan kalian yang mempunyai semangat untuk melangkah ke Palestin dan sama-sama berjuang dengan mereka di sana, tapi itu bukan jalan terbaik untuk masa sekarang, saya ulangi untuk masa sekarang.

Sebagai seorang pelajar, mahasiswa dan sesiapa sahaja, banyak saluran yang kita mampu buat untuk menyalurkan bantuan. Bantuan kewangan, bantuan tenaga (selain pergi berperang) seperti mengadakan ceramah kesedaran dan yang paling utama adalah sentiasa berdoa untuk kesejahteraan mereka. Namun apa yang berlaku, jangankan mahu berdoa, lain pula yang terjadi. Sambil-sambil marah dan benci terhadap Israel di hujung jari masih lagi membakar puntung rokok, barangan mereka masih lagi diguna-pakai (sudah jadi trend), dan amat malang sekali solat 5 waktu pun masih lagi culas. Inikah pelajar atau mahasiswa yang mahu membantu dan bercita-cita besar untuk berjihad? Solat berjemaah jauh sekali. Berdoa??

Dengar sini kalian sahabat-sahabat ku, jangan semangat sahaja berkobar-kobar, tetapi diri tidak langsung hendak berkorban bahkan tanpa sedar menjadi dalang pula. Mulut mengatakan marah, tetapi feel masih lagi menyokong. Insaflah, kita sudah kesuntukan masa untuk itu, ukhwah perlu diikat semula, umat Islam mesti bersatu kembali. Saya teringat kata-kata seorang Ulama’ Lubnan yang masyhur, Shyeikh Fathul Yakan:

“apabila roh jihad hilang dari jiwa kita, kita akan takut mati, dan kita akan menjadi orang yang sayangkan dunia, maka ketika itulah Yahudi akan bangkit”

Masih sempatkah untuk kita bersatu dan turut berjuang?

Sumbangan apa yang SUDAH aku hulurkan?

Anda sendiri yang perlu menjawabnya.

p/s: jumaat ini ada demontrasi di Amman, Jordan. Siapa yang berkelapangan jom kita sama-sama tunjukkan cakna kita. PALEStina bertakhta di hati...

afiq saleh - fauzul mulki, mafraq, jordan.

2237pm






1 Response so far.

  1. salam

    dalam post ini ada 4 perkataan cakna.