ISTIDRAJ: ANTARA NIKMAT DAN KEMURKAAN-NYA


“Apabila kamu melihat ALLAH taala memberikan Nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (derhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah di ISTIDRAJ kan oleh ALLAH taala”

(riwayat at_tabrani, Ahmad dan al-Baihaqi)

Kawan-kawan,

Manusia yang derhaka dan sering melakukan maksiat sering terkeliru dengan pemikirannya apabila mereka merasakan nikmat yang datang kepada mereka adalah kerana ALLAH merelakan perbuatan maksiat yang mereka lakukan. Hakikatnya, jika kita inginkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat, kita harus berusaha mengikut jejak langkah yang diteladankan oleh Rasulullah s.a.w. dan berpegang teguh pada ajaran Islam.

Persoalannya, bagaimana pula dengan orang yang mendirikan solat lima waktu sehari semalam, bangun pada waktu tangah malam untuk bertahajjud serta berpuasa sunat selain puasa Ramadhan. Tetapi hidup mereka biasa-biasa sahaja, tidak kaya ataupun mewah. Malah, ada yang hidupnya sangat susah. Bagaimana pula halnya orang yang seumur hidupnya tidak pernah solat, puasa pun tidak pernah dikerjakan, tetapi memiliki rumah seindah istana, berkereta mewah, duit yang banyak, dan hidupnya sangat mewah. Apa sahaja yang dihajati akan diperolehi tanpa perlu bersusah-payah. Apabila ditanya, Apakah samada mereka tidak takut akan MATI? Mereka akan menjawab, “semua orang akan mati, kerana itu tidak perlu takut untuk mati. Kalau masuk ke neraka, mereka akan masuk beramai-ramai, jadi janganlah jaga tepi kain kami” kerana itu mereka tidaklah kisah. Demikian sombong dan bongkaknya mereka.

Sahabat sekalian...

Namun ada sebahagian daripada mereka tidak langsung sedar dan peduli akan Istidraj ini, bagi mereka apa perkara yang baik yang datang itu adalah nikmat dari Tuhan dan tanda sayang tuhan pada mereka walaupun dalam kehidupan mereka sibuk bergelumang dengan maksiat yang dilarang ALLAH. Bagi mereka juga, tiada istilah istidraj. Ada juga sesetangah manusia dalam masa yang sama berbuat maksiat dan juga pahala, satu pakej. Masih lagi yakin yang mana “nikmat” yang diberi itu adalah tanda kasih sayang Tuhan. Namun itulah yang sebaliknya. Ketahuilah, Istidraj itu merupakan pemberian tuhan dalam keadaan tuhan membenci dan marah pada si penerima.

Rasulullah yang senantiasa diberikan keistimewaan oleh ALLAH untuk bertemu dengan-NYA juga tidaklah sombong. Nabi Sulaiman a.s. juga mempunyai pangkat yang besar sehinggakan semua makhluk yang ada di muka bumi tunduk di bawah pemerintannya juga tidak sombong. Meraka semua tunduk dan sujud menyembah ALLAH, walaupun mereka diberikan berbagai-bagai keistimewaan oleh ALLAH taala.

Manusia Istidraj, Manusia yang Tidak Tahu bersyukur.

Walaupun nikmat yang dikuraniakan oleh kepadanya, namun mereka tetap melakukan maksiat, menggabungkan maksiat dan pahala sudah biasa bagi mereka. Mereka rasakan ALLAH merestui apa sahaja yang mereka lakukan. Buktinya mereka masih lagi dikurniakan rezeki dan nikmat yang berganda-ganda banyaknya daripada ALLAH. Tak cukup dengan itu, mereka memandang hina kepada orang yang beramal soleh (berbuat baik). Bila melihat orang mencegah kemungkaran mereka mempermainkan, bila ada yang berbuat baik meraka akan mengejek. Apatah lagi jika golongan ahli ibadah ini hidupnya tidak sesenang atau semewah mereka. Ada di kalangan mereka berkata “dia tu siang malam beribadah di masjid, basikal pun tak mampu nak beli. Sedangkan aku yang setiap malam berseronok di kelab-kelab malam, hidup mewah. Aku tidak pernah beribadah, tapi rezeki tetap datang mencurah-curah. Kalau dia tu seperti aku, tentu hidup dia mewah...”


Rasulullah bersabda: “Apabila ALLAH taala mahu membinasakan seekor semut, DIA akan terbangkan semut itu dengan dua sayapnya”

Anai-anai, jika tidak bersayap, ia akan diam di bawah batu ataupun merayap di celah-celah daun, tapi jika ALLAh handak membinasakannya, ALLAH berikan sayap kepadanya. Apabila sudah mempunyai sayap, anai-anai itu akan bertukar pula menjadi kelkatu. Kelkatu, apabila mendapat nikmat (sayap), ia akan cuba melawan api yang akhirnya akan membunuhnya sendiri. Begitu juga manusia, apabila mendapat nikmat, dia cuba hendak melawan ALLAH. Sebagai contoh Firaun. Nikmat yang diterima tidak terkira banyaknya. Malah, seumur hidupnya dia tidak pernah jatuh sakit waimah bersin pun tidak kerana ALLAh memberikan nikmat kesihatan yang amat abik. Orang lain selalu sakit, tetapi Firaun tidak, orang lain sudah menemui ajal masing-masing namun dia masih berumur panjang. Semua nikmat ini menimbulkan rasa angkuh dalam irinya sehingga dia menyebabkan dia mengaku dirinya sebagai tuhan. Akhirnya dia dibinasakan bersama-sama nikmat yang dikurnaikan kepadanya. Tapi dengan nikmat itulah dia dibinasakan oleh ALLAh taala.

Sidang pembaca yang budiman...

Selain Firaun, namrud juga derhaka kepada ALLAH, walaupun dia dikurniakan nikmat yang melimpah-ruah. Nikmat yang diterima bukan sahaj dari segi harta dan kekayaan, malahan pangkat dan darjat kebesaran turut dikurniakan kepadanya. Semua ini menjadikan Namrud angkuh dan sombong. Siapa saja yang menentangnya akan menerima pembalasan yang pedih. Begitulah yang terjadi kepada nabi Ibrahim a.s apabila baginda cuba mengajaknya mentauhidkan ALLAH. Pun begitu, Namrud yang sombong kepada ALLAH itu akhirnya menemui ajal hanya disebabkan oleh seekor nyamuk yang masuk ke dalam telinganya. Qarun pun begitu. Ditenggelamkan ALLAh akibat terlalu takabbur dan sombong.

Jika kita kaji dan fikir sedalm-dalamnya, pasti akan terjawab segala persoalan yang mengganggu fikiran kita, mengapa orang kafir kaya, mengapa orang yang berbuat maksiat hidup senang dan mewah. Ternya pemberian ALLAH kepada mereka bukanlah suatu yang diredhai-NYA. Ia bertujuan untuk menghancurkannya. Alangkah sia-sianya jika tidak mendapat keredaan ALLAh bahkan dalam kemurkaan.

Sungguhpun begitu, jangan pula ada orang kaya yang tekun beribadah, apabila dia masuk masjid dengan berkereta mewah, kita katakan ianya Istidraj. Orang yang naik pangkat Istidraj. Jangan!! Orang yang menggunakan nikmatnya untuk berkebajikan serta untuk mengabdikan diri kepada ALLAH bukan istidraj. Sebaliknya orang kaya yang beriman, serta hidup berpegangan. Bukan kekayaan yang menjadi matlamat sebaliknya redha ALLAH itu yang kita mesti kejar, kalau mahu selamat dunia dan akhirat.

Bagaimana pula cara untuk menentukan nikmat yang kita terima diredhai ALLAH? Jawapannya adalah apabila kita bersyukur dengan pemberian-NYA kepada kita (dengan cara tidak melakukan maksiat dan berbuat baik). Pemberian itu digunakan pada jalan kebaikkan. Apabila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan ALLAH, nescaya kita akan selamat di dunia dan akhirat. Renung dan fikirlah di manakah kadudukan kita...

Gubahan asal: mai_afiq

0 Responses so far.