SINOPSIS:

Luka Rakyat bukan sebuah cerita, bukan sebuah rakaman tetapi lebih kepada pernyataan. Ia adalah sebuah dunia yang direnyuk lanyak oleh mereka yang memiliki kuasa, keberadaan tetapi dirasuk kedunguan, kesederhanaan dianggap sebagai terkebelakangan, kesolehan dianggap sebagai kebodohan, kerakusan, penipuan, kesonglapan dianggap sebagai kemajuan teknologi dan kelicikan itu dianggap sebagai kemenangan, kebrutalan dianggap sebagai kepahlawanan, kewiraan.

Kali ini saya mahu membawa anda semua untuk mendalami perasaan seseorang. Melalui jerih dan payahnya apabila diri dizalimi dan dianiayai oleh golongan 'berkuasa', mereka ini rakus dalam mengaut keuntungan buta, tanpa melihat siapa yang teraniaya. HALAL dan HARAM sudah menjadi darah daging mereka. yang pasti keuntungan menjadi taruhan utama. saya tidak bermaksud semua golongan berpengaruh berfeel sedemikian, namun jauh di sudut hati saya berkata majoriti mereka adalah bersikap buas begitu. Asal kaya-raya apa pun mereka tidak peduli.

Menyingkap sehelai demi helaian muka surat buku ini, membuatkan runtun perasaan saya semakin haru dan sedih, kewajaran mereka yang bernafsu buas ini terlalu zalim bagi saya. Bukan mereka tidak ada akal dan sifat belas kasihan, tapi apa boleh buat, demi mengejar pangkat dan kekayaan syarat kemanusiaan semua itu diketepikan dahulu. Berikut saya kemukakan beberapa ulasan dan kritikan tentang buku ini;

"Luka rakyat merupakan sebuah karya penyuntik kesedaran. Bukan sekadar kesedaran pasif, namun kesedaran kritikal supaya yang dikata rakyat itu jangan Cuma menyerah kepada nasib. Rakyat perlu celik dan sedar. Rakyat perlu berani dan yakin. Ketika ketidakadilan berleluasa, tatkala kezaliman bermaharajalela, hanya rakyat yang mampu menentukan gelombang perubahan. Semua lapisan rakyat wajar membaca dan meneliti setiap huraian Azizi ini, yang membongkar jurang antara derita rakyat dan kekuasaan mereka yang angkuh."

S. M. Mohamed Idris, Presiden, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

"Bagaimanakah rakyat mungkin merolakan diri melihat kepincangan yang ketara menzahirkan ketidakadilan. Rakyat yang ditekan daripada melakukan perubahan terhadap kepincangan social akhirnya akan bertindak membela jati diri dan maruah sebagai rakyat yang merdeka. Azizi Hj. Abdullah berjaya dengan tajam mengupas reality yang kompleks menyentuh polisi pengurusan, baik dalam persoalan ekonomi, perkhidmatan mahupun pemerintahan yang memangsakan rakyat dengan gaya bahasa dan ulasan yang sangat menyerlah dan mengungkap penderitaan rakyat yang lemah. Luka Rakyat patut dibaca oleh semua lapisan masyarakat yang menjiwai perjuangan rakyat."

Ia sepatutnya mendidik golongan muda dalam kalangan pelajar universiti, para ahli akademik, aktivis social, serta dalam kalangan petani, buruh, nelayan, setinggan serta mereka yang berpendapatan rendah di kota dan di pinggir kota. Syabas kepada TERAS yang memulakan suatu anjakan kepada penerbitan buku-buku yang berjiwa rakyat."

Syeikh Niamat Yusoff Nadwah Persuratan Islam Malaysia (NAFIS)

berikut adalah maklumat berkenaan buku tersebut:

Harga : RM 12.00 Terbitan: Persatuan Pengguna Pulau Pinang No 10 Jalan Masjid Negeri 11600 Pulau Pinang Sila hubungi : 04-2823511

3 Responses so far.

  1. nak beli la buku ni.jual la buku ni kat cni..

  2. What is even harder to Abercrombie clothing come by than cheetah print curtains? abercrombie Jeans Cheetah print clothing. Shirts, jackets, Abercrombie Pants or pants that have cheetah Abercrombie Tees Spot patterns on them are very niche item and Abercrombie Shorts hence are not very easy to come by. If you're looking for clothing with this pattern, Abercrombie Sweaters you will have to go on specialty online stores, or you will have to make them yourself. If you want to purchase cheetah clothing, your best bet is the internet; however, if you're aiming to make the clothing yourself, you can find the designs in many fabric stores.

  3. Salam, sy nak tumpang bertanya, saya nak melanggan akhbar utusan pengguna terbitan Persatuan Pengguna P.Pinang (CAP), tetapi malangnya no telefon tersebut (04-2823511)telah tiada dlm perkhidmatan.Mungkin saudara tahu bagaimana nak melanggannya.Ini kerana buku-buku terbitannya boleh didapati di kedai buku sedangkan akhbar hanya boleh didapati di sana sahaja.
    maaf jika menyusahkan - raflesia -