Anta bila lagi ni sheikh?” soal seorang sahabat saya.

Maksud anta..?” Tanya saya kembali pinta kepastian, walaupun sebenarnya saya sudah mengerti maksudnya.

Nak ‘berdualah’..”

Kami ketawa.

Begitulah gurauan setiap kali kami bertemu, kebetulan sudah hampir setahun tidak bersua muka kerana komitmen masing-masing. Dia bekerja dan saya pula menyambung pelajaran di luar negara. Sememangnya inilah waktu yang sesuai untuk “bergurau-senda” bersama-sama. Bagi saya soalan sahabatnya tadi bukanlah satu gurauan tetapi mempunyai harapan yang saya ketahui maksud tesirat, iaitu mahu melihat saya mendirikan sebuah ‘masjid’, saya cukup faham. Apa tidaknya beria sungguh dia bertanyakan soalan seperrti itu, kerana dia juga bakal membina sebuah lagi masjid penguhujung tahun ini dengan pilihannya sendiri yang juga sama tempat pengajian dan dalam bidang yang sama, alhamdulillah.

Cuma saya yang masih belum ‘berpunya’ apatah lagi masa untuk ‘mencari’ itu belum lagi berkesempatan. Cuma setiap kali sahabat lain bertanya soalan yang sedemikian, saya hanya memberikan jawapan yang positif, “tunggulah dulu, ada rezeki nanti ana akan menyusul seperti antum semua.” Saya tersenyum, tetapi kadang-kadang saya juga bersoal sampai bila saya perlu ‘solo’ begini, tanpa usaha mencari?. Bulat takkan datang bergolek, pipih takkan datang melayang..aduhaiiii


PENGALAMAN BERCINTA.


Sudah 10 tahun saya meninggalkan zaman persekolahan, saya kira itulah zaman ‘kebebasan tanpa sempadan’ yang paling seronok pernah saya alami. Apa tidaknya, tak perlu memikirkan soal cari nafkah, nak bayar sewa rumah, nak masak & sediakan minuman, pendek kata, hidup saya ketika itu adalah seperti layang-layang yang terbang bebas di awanan tetapi masih di kawal rapi oleh sang tali (ibu bapa). Sepanjang masa adalah waktu untuk bergembira, berseronok dengan kawan-kawan, berhibur, bercinta, dan lain-lain lagi, kalau pun menangis mungkin seketika sahaja, kemudian gembira semula, yang sedih tadi sudah terlupa.


norhaj dan ida


Di sekolah begitu juga, kerap bersuka-ria dengan kawan-kawan sekelas, saya secara jujur akui dahulunya saya seorang yang nakal, suka menyampuk kata guru, menyakat budak perempuan dan bermacam-macam lagi sehingga satu ketika saya pernah dipecat dari jawatan ketua kelas atas sebab saya keluar kelas tanpa izin guru, hai lah!! Rasa kelakar pun ada. Di sekolah kita rasa kitalah hero, kononnya mahu ambil perhatian cikgu terutama sekali budak-budak perempuan, kalau sekali dipuji di dalam kelas, rasa seperti “dunia ini ana yang empunya”. Siapa yang tak suka kalau dipuji begitu, bak kata orang saham naik.


abang alifuddin dan syuhada

Pun begitu, saya tidak pernah peduli dengan budak-budak perempuan, yang penting saya boleh buat apa sahaja. Iyelah ketika itu masih belum kenal apa ertinya “cinta”. Terus terang saya katakan, saya ketika di zaman sekolah rendah mahupun menengah tidak pernah bercinta dengan sesiapa, kalau minat tu biasalah perkara normal bagi seorang lelaki, walaupun segelintir sahabat saya sewaktu sekolah rendah dahulu selalu mem’pasang-pasang’kan saya dengan pelajar perempuan, saya tidak cepat makan saman. Kalau hendak dikira, ramai sangat sahabat saya yang bercinta sewaktu sekolah dahulu, ada yang minat pada itu lah, pada inilah, macam-macam ada. Kadang-kadang saya pula yang terpaksa mengambil alih tugas sebagai “posman” tanpa gaji.


abang assyik dan ainun


Akhirnya, apa kesudahannya cinta mereka? Habis begitu sahaja. Selesai sahajahari perpisahan tahun 6, semuanya membawa haluan masing-masing. Akibatnya, belum sempat hendak kenal hati budi sudah berpisah, inilah yang dikatakan fenomena “cinta monyet” pra sekolah. Cinta seperti ini sebenarnya didorong oleh kehendak hawa nafsu dan perantaranya adalah sang syaitan. Mana tidaknya, belum cukup ilmu agama, hukum hakam fiqah, aqidah pun belum tentu sempurna sudah mahu mencuba-cuba penangan cinta. Nasihat saya tak usahlah, tak usahlah, kerana banyak lagi aulawiyyat yang perlu kita aulakan (utamakan).


abang syarafuddin dan kak hanifah


Teringat saya sewaktu berada di tahun akhir pengajian sekolah rendah, hendak dijadikan cerita, setiap petang selepas kami tamat belajar sesi pagi (ketika itu saya belajar pada sesi pagi) kami beramai-ramai akan ke padang bola di luar kawasan sekolah untuk bermain bola, memang sudah menjadi rutin harian kami kalau tidak ada kelas tambahan atau kokurikulum kami akan ke sana. Dan setiap kali kami ke padang tersebut kami pastinya akan melalui sebuah kawasan sekolah KAFA.


abang wan dan zaina


Tanpa saya sedar, setiap hari saya selalu diperhatikan oleh seorang budak perempuan di sekolah tersebut, akhirnya dipendekkan cerita, dia menyampaikan surat ‘perkenalan’ kepada saya melalui perantaraan sahabat saya. Sahabat saya berkali-kali meminta saya membaca isi surat tersebut, namun saya enggan. Saya apalagi, dengan perasaan ‘gelabah’ dan marah, terus saya membuang surat tersebut ke dalam lopak air. Sehingga sekarang saya tidak tahu apa kesudahan surat itu dan tuan empunya surat tersebut…


KAHWIN AWAL ATAU LEWAT?


“Ana tak berapa setuju kalau kita kahwin muda, lagi-lagi semasa belajar. Siapa nak beri makan isteri nanti?” Ucap seorang sahabat saya, serius wajahnya.

“Ingat senang ke nak kawin awal ni? Nak beri isteri makan maggi hari-hari? leceh-leceh,” kata seorang lagi sahabat. Saya hanya tersenyum, sedikit kurang setuju.


faris dan nurhidayu


Seorang sahabat saya, berkahwin ketika usia beliau baru menjangkau 21 tahun dan sekarang dia bersama isterinya serta seorang bayi perempuan yang comel bahagia di Negara Yaman melanjutkan pelajaran di sana. Isterinya hanya belajar ‘sambil-sambil’ , yang utama ialah senantiasa berada di sisi suami tercinta. Keluarga dan isterinya tidaklah terlalu kaya dan tidak juga susah, sederhana sahaja, namun apa yang saya lihat dan cukup kagum semenjak saya mengenali dia (semasa bujang di IPT) sehingga sekarang beliau hanya tersenyum walau sebesar manapun masalah yang datang. Setakat ini, saya tidak pernah dengar lagi beliau bermasalah dengan perkahwinan mereka, tetapi semakin bahagia, rezeki pula bertambah-tambah, ada sahaja orang memanggilnya untuk berceramah, mengajar dan sebagainya.


abang faizal dan wan aqilah


SEKUFU YANG MACAM MANA?


Bagi saya Sekufu bukan bermaksud ‘sama’, tetapi membawa makna ‘pelengkap’. Sesetengah orang beranggapan bahawa sekufu mestilah sama, tidak kira dari segi keturunan, jawatan (dalam kerjaya), ilmu dan lain-lain. Lebih mengecewakan juga ada yang melabelkan bahawa orang agama mesti berkahwin dengan orang agama, huffaz dengan huffaz, golongan profesional dengan golongannya tersendiri dan begitulah seterusnya, dengan tanggapan inilah yang dinamakan sekufu.


haafizuddin dan fatin


Saya befikir sejenak. Kalau itulah yang dikatakan sekufu (dalam istilah perkahwinan) skop pemikiran mereka adalah terlalu sempit. Saya tidak menyalah mereka yang berkahwin dengan yang sama bidang adalah salah, namun beranggapan sekufu dengan takrifan yang sedemikian adalah tidak betul. Mungkin ada benarnya, dengan perkahwinan sesama bidang pasangan akan mempunyai kesefahaman dan kata sepakat yang sama. Tetapi ada sesetangahnya yang melarang perkahwinan yang tidak sama aliran, itu yang saya kurang bersetuju.


Misalnya, seorang Doktor berkahwin dengan pasangannya seorang wanita hafizah (menghafal al-Quran)bukankah itu yang lebih baik? Si isteri boleh sama berkongsi ilmu tentangpembacaan al-Quran dan tajwid, si suami pula dalam masa yang sama menyampaikan ilmunya berkenaan dengan perubatan dan kesihatan. Pendek kata, dalam ilmu dan bidang yang berbeza mereka saling bertukar-tukar fikiran dan pengalaman. Mungkin ada sebahagian ilmu yang tidak ada pada seorang hafizah boleh ditampung oleh seorang doktor dan sebaliknya.


huzaifah dan laila


Namun jauh dari itu saya tidak pula menyalahkan seratus peratus mereka yang berkahwin dengan pasangan yang sama aliran dengan mereka. Itu soal jodoh dan ketentuan ALLAH. Apa yang penting adalah perkahwinan itu nanti menjadi sebuah masjid yang dapat membantu mendirikan agama Islam. Demikianlah “pelengkap” yang saya maksudkan seperti di awal bicara.


ISTERI SOLEHAH BIDADARI DUNIAWI.


Saya mahu memetik sedikit tulisan Saudara CAHYADI TAKARIAWAN iaitu seorang motivater dan juga seorang penulis terkenal di Indonesia. Saya cukup tertarik dengan tulisannya yang saya petik dari buku beliau yang berjudul BAHAGIAKAN DIRI DENGAN SATU ISTRI”, berikut adalah tulisan beliau tentang pengorbanan seorang isteri:

Dia telah memberikan segalanya untuk anda. Demikian besar pengorbanan yang diberikan. Sungguh anda tidak mungkin menghitungnya. Semua telah dia berikan sebagai bentuk pengorbanan isteri kepada suami; tanpa menghitung-hitung satu per satu; tanpa meminta imbalan satu per satudari pengorbanannya”

“Ada pengorbanan waktu, tenaga, pikiran, harta, bahkan perasaan, kehormatan dan jiwa. Dia mengorbankan kehormatannya atas nama ALLAH untuk anda suaminya. Dia tidak memperbolehkan orang lain, siapapun, melihat dan menjamah tubuhnya. Dia tutup tubuhnya agar aman dari pandangan dan gangguan orang. Saat bertemu anda dalam bingkai rumah tangga, semua yang ditutup itu dibuka hanya untuk anda. Dengan kalimat ALLAH, Anda menjamah tubuhnya, dan anda mengambil kesuciannya.”

“Saat dia mengandung, terasalah dari hari ke hari kandungannya semakin membesar dan bertambah berat. Dia mengorbankan dirinya semakin membesar dan bertambah berat. Dia mengorbankan dirinya berubah bentuk, yang semula langsing, kini perutnya membuncit. Inilah kondisi-kondisi yang sangat berat bagi isteri anda. Sebuah pengorbanan yang luar biasa.”

“dari kandungan yang masih terasa ringan, hingga akhirnya seiring perjalanan waktu,beban kandungan terasa semakin berat adalah pengorbanan yang tidak pernah bias dibayangkan oleh kaum lelaki. Bukan semata-mata berat secara fisik akibat membawa tambahan beberapa kilogram janin, tapi juga beban pengorbanan psikologi akibat kehamilan tersebut”

“Luar biasa isteri kita, saat hamil, kondisinya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, setelah bayi dilahirkan dengan perjuangan yang berat, masih terus menyusuinya, dan menyapihnya dalam dua tahun, betapa banyak pengorbanan yang dilakukan untuk mengurus anak anda. Sementara sang ibu bermalam-malam dan berlelah-lelah mengurus bayi, seringkali sang bapak tidur pulas tanpa memedulikan tangisan anak dan kelelahan isteri”

“Inilah pengorbanan yang sungguh tiada tara. Lelah dan beratnya suami mencari nafkah, tidak sebanding dengan kondisi-kondisi hamil, melahirkan, dan menyusukan bayi. Jangan abaikan pengorbanan besar ini. Isteri anda telah melakukan hal-hal besar untuk menyambut peradaban masa depan yang diidamkan. Tiada penghargaan yang bias diberikan oleh suami untuk membalas seluruh pengorbanan isteri, kecuali memberikan kasih sayang, perhatian, pengorbanan dan kesetiaan terbaik untuk isteri”


RAKAN-RAKAN YANG MENDAHULUI.


Baru setahun setengah saya meninggalkan tanah air Malaysia, banyak perkhabaran yang saya terima dari sana, ramai sahabat-sahabat satu batch dengan saya sewaktu di darul Quran dahulu mahu mendirikan rumah tangga. Rupanya sungguh cepat masa berlalu, rakan-rakan yang sepermainan dengan saya dahulu sudahpun menjejakkan kaki mereka ke alam baru. Bulan lepas sahaja saya sudah menerima 4 jemputan ke majlis walimah, namun apakan daya saya tidak berada di tanah air, hanya mampu menunggu cerita dan gambar-gambar yang dikirimkan dari sana.


izwan dan dafiqah


Mendengar saja berita tentang sahabat yang akan mendirikan rumahh tangga, saya cukup gembira dan terharu, walaupun tidak berpeluang untuk turut sama menghadiri majlis walimah mereka, namun saya seolah terasa cukup dekat dengan mereka. Apa tidaknya, dahulu merekalah yang menjadi teman berbual dan ketawa, mereka jugalah teman menangis. Tapi mungkin sekarang saya tidak lagi merasai situasi seperti itu, mereka sudah punyai “teman” yang akan menemani mereka sepanjang hayat dalam suka dan duka.


amir dan zayyani


Bila dihitung-hitung semula, hampir berbelas-belas orang sahabat saya yang sudah membina masjid. Saya bersyukur kerna impian yang mereka idam-idamkan selama ini menjadi kenyataan. Alhamdulillah, ummat Mhammad s.a.w. hari ini semakin bertambah lagi. Saya doakan zuriat yang lahir daripada perkahwinan mereka akan menjadi pendokong kepada agama Islam suatu hari kelak.


amiruddin dan soliha


apapun, saya mengucapkan selamat pengantin baru kepada semua pasangan, semoga perkahwinan antum semua mendapat redha ALLAH dan kekal hingga ke akhir hayat.



5 Responses so far.

  1. salam.bagus artikel.penulis bila lagi?hihihi

  2. Salam kenal.

    Hampir salah faham ayat 'kebebasan tanpa sempadan'. Nasib baik masih terus membaca. Entri ini memang pembakar semangat betullah.

    Sabar! Sabar! (ditujukan buat diri sendiri)

    O, sekufu maksudnya begitu, ya. Baru Abqori faham.

  3. Assalamualaikum...

    Afiq , dah 'berpunya' ke belom? insya-Allah, doakan aku 'berpunya' umur aku 25 tahun kelak...

    (Penghulu DQ 2004/2007)

  4. What is even harder to Abercrombie clothing come by than cheetah print curtains? abercrombie Jeans Cheetah print clothing. Shirts, jackets, Abercrombie Pants or pants that have cheetah Abercrombie Tees Spot patterns on them are very niche item and Abercrombie Shorts hence are not very easy to come by. If you're looking for clothing with this pattern, Abercrombie Sweaters you will have to go on specialty online stores, or you will have to make them yourself. If you want to purchase cheetah clothing, your best bet is the internet; however, if you're aiming to make the clothing yourself, you can find the designs in many fabric stores.