“Din, aku rasa kurang moleklah bila nampak engkau keluar dengan akhowat tadi,” sapa Sufi.



“Kenapa pula? Aku bukan pegang-pegang tanganpun. Keluar makan je,” balas Raadin.



“Bukan macam itu din, kita inikan belajar agama. Tak sedap hati pula kalau engkau buat macam itu. Lagipun, kita inikan senior jadi kenalah tunjukkan yang baik-baik je pada adik-adik,” Sufi cuba memahamkan situasi.



“Hai Sufi, sejak bila pula engkau jadi ustaz ni? Aku tahulah apa aku buat, lagipun kubur kita lain-lain. Kami pun tak lama lagi dah planning nak kahwin tahun depan,”



“Sebab kubur lain-lainlah aku nak tolong engkau sekarang. Kalau kubur sama-sama, mati nanti senang,” Sufi berjenaka dalam teguran.

“Sudahlah...”



KUBUR LAIN-LAIN



Ketika duduk-duduk petang semalam, saya teringat pesan Nabi saw. Katanya, bukan di kalangan umat aku jika mereka tidak mengambil tahu urusan muslim yang lain. Rupanya Islam ini ikatannya pada sikap “mengambil berat pada saudara mukmin yang lain” bukan sahaja pada diri sendiri yang perlu di jaga tetapi pada seluruh umat Islam yang lain juga perlu sama-sama memperingati dan diperingati selalu. Kerana sama-sama menjaga nama baik agama Islam. Buruknya feel-laku umat Islam, kelak akan buruklah pandangan orang lain terhadap agama Islam.



Selalunya tidak berlaku lagi suasana yang demikian, hidup secara bertegur sapa dalam perkara makruf dan mungkar sudah tidak lagi kedapatan di zaman dan era ini. Semuanya mengejar ananiyyah dan kepentingan untuk diri sendiri. Yang baik terus dengan kebaikkannya dan hasilnya mereka merasa selesa dengan kebaikkan yang mereka buat, lantas mengabaikan mungkar yang terus berleluasa di depan mata, akhirnya mereka yang hanyut dalam mungkar bersambung-sambung dalam kemaksiatan. Puncanya adalah kerana fenomena Kubur lain-lain yang sudah sebati dalam jiwa. Engkau jangan campur dalam urusan dunia aku selagi urusan ini tidak mengganggu kehidupan engkau. Oh begitu sekali kehidupan dunia sekarang, nasihat bukan lagi diterima sebgai teguran, tetapi dibuang umpama sesuatu yang mengganggu.



Namun, bila berlaku fenomena ini, terjadi pula fenomena yang baru, seseorang takut untuk menegur seseorang yang lain atas alasan jangan jaga tepi kain orang. Masalah ini boleh lagi dipandang biasa-biasa (namun hakikatnya serius) apabila ada sesetangah manusia yang tidak mahu membantu dalam perkara-perkara yang baik, bila diminta buat kebaikkan mentah-mentah ditolaknya. Tetapi, ia akan jadi lebih serius andainya tiada lagi sikap pencegahan bila melihat kepada kemungkaran. Lihat orang mencuri, ‘eh, tak boleh halang, sebab nanti dituduh jaga tepi kain’. Lihat pula orang berdating, ‘tak boleh juga tegur, nanti digelar pada gelaran yang sama, kubur kitakan lain-lain lubang? Kalau begitu, Polis dan askar juga tidak perlu menjaga ketenteraman sebuah Negara, kerana jenayah yang berlaku tidak melibatkan gangguan pada kehidupan mereka. Cuma sekali-sekala kalau mengganggu ketenteraman sanak-saudara atau keluarga mereka barulah mereka bertindak kerana sudah cukup kalau menjaga kain sendiri, orang lain biarlah.



Oh! barulah saya faham, mengapa Nabi berwasiat demikian. Kerana muslim yang lain juga mukmin seperti kita. Kerana pesan baginda juga, kita ibarat sebuah binaan, saling lengkap-melengkapi, kurang satu bata, maka akan nampak lompangnya (buruknya), pudar catnya akan terlihat pula kehodohannya. Maka siapa ya yang mahu membetulkannya, jika semua orang mengambil sikap tidak peduli dan jaga kain masing-masing? Dalam perkara yang baik-baik kita digalakkan saling membantu, apatah lagi dalam perkara keburukkan lebih-lebih lagilah kita disuruh mencegahnya. Siapa yang berkuasa, tegahlah dengan tangan (kuasa), siapa yang kurang kuasanya, nasihatlah dengan perkataan sahaja, tegur-menegur. Bagi yang tiada kuasanya dan terasa lemah nabi beri jalan juga untuk menegur (menghalang maksiat), cukuplah sekadar membenci kemungkaran tadi dengan hatinya, agar bila ditanya ALLAH di Akhirat nanti kita terlepas daripada seksaan-Nya, dengan menjawab: walaupun aku tidak mampu menegur keburukkan mereka ya ALLAH, tetapi di dalam hati ini sekalipun aku tidak redha dengan maksiat yang mereka lakukan. Kata Abu Ali Al-Daqqaq menyatakan:



“Orang yang berdiam diri dalam menyatakan yang benar, adalah merupakan syaitan bisu”




AMAL MA’RUF, NAHI MUNGKAR BERGERAK SEIRING.



Akhirnya sama mulai faham, bahawa kesatuan dalam mengerjakan yang ma’ruf dan mecegah mungkar adalah tugas semua dan tugas itu perlu berjalan dalam seiringan yang sama, yakni tidak boleh didahului dengan salah satu, maka akan jadinya ketidakseimbangan dalam dakwah. Seorang yang mahu bersedeqah saja (buat ma’ruf) tetapi dalam masa yang sama tidak mahu meninggalkan tabiat meminum arak (tidak cegah mungkar) akan songsang ibadahnya, begitu jualah yang sebaliknya.



“maknanya tak perlukah kita tunggu untuk kita cukup sempurna baru kita boleh menegur orang lain, ustaz?” Tanya seorang pelajar.



Saya serahkan pada anda untuk menjawabnya, Cuma saya tinggalkan persoalan ini dengan satu perumpamaan Seorang yang terkenal dengan kepakaran dalam mencuri, penjara sahaja sudah menjadi rumah keduanya. Suatu hari beliau berpesan kepada anak-anaknya: “wahai anakku, bila sudah besar nanti kalian janganlah menjadi pencuri seperti ayahmu ini. Jangan jua sesekali kalian tinggalkan solat” lalu pada siapa yang kita mahu melihat? Pada nasihatnya atau pada penasihat (orang yang memberi nasihat? Kalau pada penasihatnya, maka kita pasti akan memperkecilkannya lantas mengabaikan nasihat itu. Namun kalau pada nasihatnya? Pastinya nasihat itu datang daripada ALLAH, cuma yang menyampaikan adalah seorang pencuri. Fikirkan untuk renungan kita bersama.


2 Responses so far.

  1. masyarakat sekarang beza dr dlu... pagi pegi keje... petang balek tido... x bertegur sape... tp... bile tegur... "jgn jage tepi kaen org..." itu slalu yg diucapkan... bile dah terantuk nnti... br nak terngada...

  2. bismillahirrahmanirahim..dgn nama ALLAH yg Maha Pengasih lagi Maha penyayang..yang menghidupkan dan mematikan sekalian makhluk,Tiada penakluk hebat selain ALLAH...,Yang memiliki ilmu yg Maha luas..

    Amar makruf nahi mungkar..
    satu tajuk yg sentiasa menjadi topik sesiapa pun.
    dan amar makruf sentiasa dan mudah di lakukan..
    tetapi bagi nahi mungkar,amat sukar di lakukan..
    mudah mengajak kpd kabaikan,tetapi sukar menegur kemungkaran..
    Tapi,ingatlah..hadith ke-34 (Hadith 40)
    "barangsiapa yg nampak kemungkaran.maka cegahlah dgn tangan(kuasa),jk tidak mampu mka cegahlah dgn lisan,jika tdak mampu maka cegahlah dgn hati..itulah SELEMAH-LEMAH IMAN"

    adakah kita mahu iman kita SELEMAH-LEMAH IMAN?

    Amar makruf nahi mungkar adalah satu kwajipan bg umat islam,bkn optional,tetapi itulah salah satu tugas khalifah d muka bumi.

    usah di katakan dunia ini tidak sama dengan dulu.
    kerana hadith dan Al-quran adalah sesuai sepanjang zaman.
    Sehinggalah sekarang hukum2nya sesuai dengan masyarakat.cuma masyarakat hari ini yg sgt jauh dari cahaya illahi.
    Kata2 dari Al-quran dan hadith Rasulullah.s.a.w adalah sgt2 sesuai.dan islam itu juga adalah agama fitrah.

    Dan ingatlah,di akhir zaman,golongan yg sebenar2 mengikut islam akan menjadi gharib,guraba'
    bertuahlah bg sesiapa yg terasing.
    Dan mereka tidak kisah jika di katakan pelik,di marah,di maki jika menegakkan kebenaran..
    kerana handay redha ALLAH yg di pinta..
    dan hanyut dgn CINTA YG ESA.