‘GUEST’ yang bertandang di dalam shoutbox blog saya, bukanlah saya menjangkakan sesiapa yang istimewa, kerana tiada pengenalan diri yang boleh saya rasa-rasakan siapa penulis komen tersebut. Lalu saya abaikan seketika. Seperti guest-guest yang lain, saya hanya mengreply mesej tersebut tanpa sebarang feel dan mengetahui siapa dia.
Mungkin teman lama-lama, mungkin juga sahabat pena daripada penulis maya.
Katanya: 'Semoga terus maju jaya. bila cuti nak balik Malaysia? '
'Mungkin tunggu selepas habis belajar nanti baru balik kot !' balas saya ringkas. Juga buntu dan masih tertanya-tanya siapa peng’komen’ tersebut.
Dua ke tiga hari saya abaikan mesej itu, hari ini adalah jawapan yang amat indah menggamit kerinduan, tapi ada terselit kekesalan dan kesalahan diri, oh itu tak apa.
‘lmbatlah lagi nak jumpa abg kalau abis belaja baru nak balik. Alya kat opis ibu ni. Ibu kirim salam semoga abg terus berjaya’ **
Ketika membaca mesej guest yang telah bernama tadi, hati saya turut berubah sebak, rindu dan bersalah.
Sebak kerana, guest ini masih lagi ingat kepada saya. Rasa saya sudah hampir setahun saya meninggalkan tanah air tercinta dan ‘mereka’ di sana. Bukan saya lupa,terus terang saya masih ingat, tetapi masa yang cukup tumpul membawa saya ke arah kelupaan terhadap khabar mereka.
Rindu, ingatan ini ibarat mengajak saya berfikir dan berbalik ke belakang dua ke tiga tahun lampau, saat mula-mula dipertemukan punca ukhwah ini bersama ‘mereka’, perancangan ALLAH dan ‘berkebetulan’ ini suatu yang berupa keindahan dalam ikatan persaudaraan, yang tidak dapat saya jangkakan sejauh ini tahap sillaturrahim yang mampu saya ikatkan dan peliharanya.
ALLAHU AKBAR! Amat telus dan mulus ikatan persaudaraan ini.
Rasa bersalah, saya meninggalkan guest (yang istimewa ini) terlalu lama, kalau dihitung-hitung dan dibilang, hampir kepada setahun lebih, sampai ke dua tahun. Sepanjang itu jugalah saya gagal mengirimkan khabar berita saya kepada ‘mereka’. Walau sepucuk suratpun saya tidak sempat terbangkan ke tanah air saya sendiri. Saya malu untuk memberikan alasan keterbatasan masa dan kesibukan belajar kerana itu bukanlah sebab munasabah, tetapi ia adalah culas dan dalih yang terlalu hipokrit.
Biar siapapun, Kita Semua Berkeluarga
Kerana itu atas cabang apa sekalipun, kita didasari oleh satu penyatuan iaitu atas nama Agama Islam. Apatah lagi jika ada ikatan darah ditambah pula dengan jaringan aqidah, semestinya sudah semakin rapat kita disatukan.
Mungkin anda datang dari Sabah, maka saya berasal dari Selangor. Kalau bukan kerana Agama ini, atas alasan apa saya mahu mengenali saudara? Mungkin ada yang menjawab: atas dasar engkau juga melayu kita berkawan. Boleh juga jawapan itu, tetapi saya yakin ia mudah bercerai dan tidak kekal lama bahkan akan menaikkan sentimen.
Seorang yang lain pula berketurunan China, lalu datang seorang India yang mahu menghulurkan pertolongan. Kalau dilihat, memang tiada sangkut-paut untuk si India tadi mahu menolong. Oleh kerana Islam adalah rantai penyatuan, maka bantuan mudah sahaja dihulurkan. Cakap sahaja!
Maka, begitu jugalah pada halnya perkahwinan. Disatukan atas matlamat mengembangbiakkan keturunan Adam as agar lebih ramai dan ‘meriah’. Tak boleh ke berkahwin dengan yang bukan Islam? Terpulanglah. Anda sekarang beragama apa? anda mahu menolong siapa? Dan siapa saudara anda?
Kawan, sanak saudara dan Keluarga.
Beruntunglah yang masih di sebelah sisi mereka kedua orang tuanya, kerana itu sebuah nikmat yang bertuah dan rahmat yang terpilih. Susah yang datang hanya cuma mengadu, maka bapa akan datang membelai, ibu pula tidak jemu-jemu memujuk. Oh, inilah mungkin suasana kasih sayang yang terindah. Dan ia disebut barangkali sebagai ikatan ukhwah.
Hilang tempat bergantung, kadangkala kawanlah yang menjadi tempat meluahkan perasaan. Mengadu sesuatu masalah seolah hilang satu beban di bahu. Padanya kawan adalah segala-galanya untuk kehidupan dia. Kerana itu ia dipanggil teman sejati.
Jangan sia-siakan ikatan yang bernama ukhwah ini, kerana nilainya cukup tiada tara.
Anda dan saya perlu meniru Muhajirin dan Ansar yang kesatuan mereka semata-mata untuk ISLAM. Kerana itu pertolongan yang dihulurkan amat tinggi pekertinya dan luar biasa sekali. Yang berkahwin ramai, diceraikan isteri-isteri mereka untuk menghargai tetamu-tetamu yang datang jauh, yang sama-sama menganut Agama suci ini. Kagum bukan?
Siapapun boleh bersatu dalam ikatan ukhwah ini, bahkan anda mungkin sebahagian daripada diri orang-orang Ansar yang mampu berkorban lebih dari harga hidup anda untuk orang lain demi ISLAM.
Saya dan 'GUEST'
Saya tidak tahu, apa suasana dan perubahan di Taman Seri Jelok sekarang, tetapi saya dapat rasakan damai penghuni sana masih lagi berterusan. Saya tidak rindukan Taman itu, tapi saya sempat merasakan dan mengambil kasih sayang daripada orang-orang yang baik di Taman itu, oleh sebab itu yang menjadi kerinduan saya adalah penghuninya bukan rumah-rumah atau kedai makan.
Saya tidak mampu gambarkan, Aiman, Arif dan Alya sudah menjangkau usia ke berapa, yang saya pasti mereka tentu lebih matang berbanding dulu. Dulu selalu bertepuk tampar, sekarang mungkin sudah malu-malu kucing. Bahkan Aiman dan Arif mesti hensem orangnya apatah lagi Alya, cantik dan ayu. Tapi apa yang abang mahu pesan, bukan hensem dan cantik yang di dahulukan sebaliknya pekerti yang baik yang dipanggil AKHLAK. Ingat ya!
Abang selalu pesan pada sahabat-sahabat abang, jadilah orang yang baik-baik, biarlah kurang dan cetek ilmu kita, yang penting kita ada AKHLAK, kita ada pekerti baik, kita ada budi yang molek. Hormat ayah dan ibu itu nombor satu. Abang doakan adik-adik abang menjadi anak yang soleh solehah suatu hari nanti kelak. Ingat ya pesan ini !
Ayah Jib dan Ibu, saya terlalu rindu masa-masa dulu. Biar sekejap saja kita sempat bertemu dan berbual-bual, itu bukan penutup atau pemutus ukhwah kita bersama. Terlalu lama saya tidak melayangkan khabar berita mungkin tidak menjadi sebab hubungan ini akan tamat selamanya. Semoga kalian terus mengingati saya, dan saya jua begitu.
Untuk read more, tulis di sini...

ALLAHUMMA INNAKA TA’LAM ANNA HAAZIHIL QULUUB, QODIJTAMA’T A’LA MAHABBATIK
“Ya ALLAH, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-MU”
“Ya ALLAH, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-MU”
Untuk read more, tulis di sini...
semoga redha Allah bersama2 mereka di kejauhan.. Ameen ya Rabb