Dalam soal menetukan prinsip dan apa jua dasar, ia banyak bergantung kepada apakah tujuan dan nilai sesuatu tujuan. Dan ianya perlu dinisbahkan kepada sesuatu matlamat serta objektif, lalu untuk mendasari dan merencana sesuatu prinsip haruslah ia bergantung dengan MATLAMAT dan TUJUAN.
Oleh demikian, prinsip itu dibina atas cetusan dan serpihan keduanya, iaitu MATLAMAT juga TUJUAN.
Ada yang berpendapat, prinsip haruslah ketat dan bersifat mengawal, ada juga yang berkata, prinsip jangan terlalu mengongkong atau menyekat. Namun bagi setengah idealis yang berfikiran ala-ala liberalisma ini, mereka menghendakkan suatu yang tidak harus ada aral yang melintang di dalam sikap berprinsip mereka. Bagi mereka, prinsip ini di dasari dengan tujuan yang ringan semata-mata, supaya matlamat menjadi senang untuk dicapai disebabkan kelonggaran tadi.
Prinsip mereka mudah sekali, ‘Fikiran Harus Terbuka!’
Oleh yang demikian, disebabkan berlaku idea-idea yang dipengaruhi dengan sikap keterbukaan ini, jadilah mereka-mereka tadi, di dalam mengejar suatu matlamat atau tujuan itu sebagai main-main dan tidak serius. Tidak ada larangan atau tegahan untuk mereka, kerana yang menyekat itu diistilahkan sebagai JUMUD yang bersempadan. Sikap ‘itu tidak boleh’ dan ‘ini tidak boleh’ sudah dipadamkan awal-awal lagi serta tiada di dalam jiwa berprinsip mereka.
‘Keterbukaan di dalam hidup menjadi lambang kematangan dan Kemodenan sebenar!’ Sungguh dasyat sekali prinsip sebegini.
Prinsip ISLAM itu Indah
Mengorek semula ciri-ciri prinsip ISLAM yang mendalam ini, seolah mengkaji sesuatu yang bernilai sekali. Agama ini mengajar manusia segala jenis kait-kait tentang halatuju kehidupan, samada di dunia ataupun di akhirat yang bakal ‘datang’ nanti. Oleh kerana yang ‘membuat’, merencana dan mendimensikan ISLAM itu adalah suatu zat kuasa Yang Terlalu Agung dan berpengalaman, maka Dia selayaknya menciptakan prinsip-prinsip ISLAM untuk dilaksanakan oleh sang manusia yang duduk-duduk di bumi-Nya, supaya hidup manusia ini dijanjikan dengan kedamaian dan kesejahteraan, dengan syarat, prinsip ini wajib dipatuhi dan disempadani seluruhnya.
Senang bahasanya, Prinsip itu adalah peraturan hidup.
Apa sudahnya jika peraturan ini tidak perlu susah-susah dibuat? Bukankah senang hidup manusia? Tidak terikat dengan mana-mana masalah dan kuasa? Hidup, makan, minum, tidur, main dan sebagainya, akhirnya mati, selesai satu siratan hidup (kata seseorang yang jahil). Jika hidup begini, maka matinya adalah sia-sia sahaja. Hidup terbuang, matinya dibuang!!
Ada orang berkata:
‘alah… kadang-kadang orang yang pakai tudungpun kena r***l juga? Lebih baik macam ni je (tak payah pakai tudung) lebih senang dan selesa’
'open la sikitttt!!'
Aduh, berat sungguh prinsip sebegini.
Saya mahu anda semua faham yang ISLAM ini harus dituntut ilmunya secara keseluruhan dan padu. Maka di dalam pelaksanaannya juga harus menyeluruh, pendek kata ‘kena buat semua, jangan tinggal separuh dan buat separuh!’
Begitulah juga tudung tadi, jika bertudung hanya mahu menutup rambut bukan untuk menutup ‘aurat’ maka itu belum cukup sempurna untuk anda menjamin keselamatan anda daripada perkara buruk yang lain. Jika anda mahu selamat dan terjaga, anda harus mematuhi semua peraturan, bukan sahaja tudung, akhlaknya, tindak-tanduknya dan lain-lain prinsip di dalam ISLAM ini. Lagi pula di zaman dan era yang kononnya serba canggih dan up date ini, tudung pula sudah berbagai-bagai fesyen. Nama saja lain, maka lipatannya pun sudah lain. Lain lipatannya lain pula markah pahala dan dosanya.
Kesimpulannya, ‘Prinsip ambil satu, simpan bakinya’ bukanlah prinsip yang selamat lagi.
Tamsilannya mudah, memakai topi keledar sahaja belum lagi menjamin keselamatan anda untuk tiba ke destinasi dengan sempurna dan selamat. Bahkan banyak lagi peraturan yang lain perlu dipatuhi dan disampingkan bersama ketika memandu. Kelajuannya, ketertiban memandu, menjaga lampu, garisan jalan dan sebagainya semua itu harus dijaga dengan rapi supaya keburukan atau kemalangan tidak terjadi. Malangnya, ada yang topi keledarnya sudah cukup baik dan branded, tetapi tidak mematuhi rukun-rukun jalan raya yang lain, akhirnya berlaku kemalangan. Jadi, jangan salahkan orang lain jika anda atau saudara-mara anda digolongkan dalam kumpulan yang dimusibahkan dengan malapetaka.
Maka, begitu jugalah orang yang bertudung, kadangkala hanya sangkut-sangkut di jambul rambut, leher dan dada terdedah. Ini bertudung, bukan menutup aurat.
Kesimpulannya, MARUAH kita akan terjaga dengan rapi kerana terletaknya di bawah prinsip ISLAM yang dipatuhi dan diamalkan.
Keterbukaan dan Membukakan
Orang bertanya saya, ‘salahkah ana mahu bersikap terbuka dalam pakaian ana ini?’
Jawab saya, tidak salah. Selagi anda menutup aurat dan mampu untuk tidak mencemarkan nama baik ISLAM, teruskan! Anda lebih tahu urusan dunia anda.
‘Habis tu, bolehlah ana pakai jeans atau cap?’
‘Kalau anta rasa cara pakaian begitu baik untuk anta dan tidak memberi kesan buruk pada agama, dipersilakan. Jika sebaliknya berlaku, anta selayaknya disalahkan juga dihukum!’
Saya pernah berkata kepada adik-adik pelajar saya, ISLAM tidak pernah mengajarkan yang kita harus terbuka di dalam pemikiran sehingga menggadaikan prinsip-prinsipnya, tetapi apa yang diajarkan adalah membukakan pemikiran umatnya berdasarkan prinsip yang dipimpin. Lalu, pelaksanaannya semuanya dipimpin oleh wahyu (peraturan – Al Quran dan As Sunnah).
Mahu berpakaian boleh saja, tetapi dilandasi dengan prinsip menjaga aurat dan adab-adabnya. Bukankah Nabi saw itu indah pakaiannya, berjubah dan kadangkala tidak. Masa berperang pakaiannya lain, masa bersolat lain dipakainya.
Perempuan juga perlu begitu, jika hendak selamat mestilah dipelihara semua landasan perturan yang telah ditetapkan oleh agama. Terjamin maruah dan nilai hidup anda.
Jangan kerana nilai material yang kecil, anda senang saja menggadaikan maruah anda yang sepatutnya diibaratkan sebagai emas permata bahkan lebih daripada itu.
Pesan saya, berprinsip biar terjaga, jangan terlalu syadid (ketat) sehingga menutup ruang keterbukaan untuk bermaslahah. Biar ringan prinsip kita tetapi terjaga dari segala sudut. ISLAM ada di depan sebagai panduan dan garisan, ambillah ia sebagai papan rujukan dan nota kehidupan. Nescaya lapanglah dan damailah kehidupan anda, di dunia mahupun di akhirat.
p/s: ada prinsip tetapi tidak teguh pendirian jauh sekali istiqomah, itu masalah juga. Namun, lebih baik tidak istiqomah daripada tiada langsung prinsip hidup. Lebih baik buruk yang berkarat daripada baru yang merosakkan!!
Untuk read more, tulis di sini...

"TERBUKA JANGAN HANYUT TERTUTUP JANGAN JUMUD" :)
catchy post