Fatwa Syeikh Al-Qaradawi Mengenai Waktu Berbuka Puasa Bagi Mereka Yang Berada Di Udara


As-Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi, ketua persatuan ulamak sedunia telah mengeluarkan fatwa pada hari Ahad lepas mengenai penentuan waktu berbuka puasa bagi orang yang bermusafir dengan menaiki kapal terbang.

Beliau menyatakan bahawa waktu berbuka puasa bagi mereka ini adalah ketika jatuhnya matahari atau hilangnya matahari dari penglihatan mereka, iaitu bukan mengikut negara yang ia berada di atasnya.

Mengikut fatwanya, setiap penumpang-penumpang kapal terbang yang ingin berbuka puasa, waktunya tidak boleh mengikut negara yang mereka bertolak daripadanya dan juga tidak boleh mengikut negara yang ditujukannya dan juga negara yang ia berada atasnya. Akan tetapi waktunya ialah ketika hilangnya matahari daripada penglihatan mata lender meraka.

As-Syeikh berkata, sesungguhnya dia dikejutkan ketika sekembalinya beliau daripada Kaherah ke Doha pada awal Ramadhan baru-baru ini dengan pengumuman daripada seorang pilot asing yang bukan islam bahawa sekarang telah masuknya waktu berbuka puasa, dalam waktu yang sama matahari masih terpampang dan siangnya masih jelas. Pengumuman itu berpandukan kepada negara yang berada di bawahnya telah memasuki waktu berbuka.

Fadhilatusssheikh telah menceritakan dialognya bersama penumpang first class, beliau bertanya: 'adakah sah kamu solat maghrib pada tika ini? (belum terbenam matahari) Jawab mereka: TIDAK. maka dijawab semula oleh beliau demikian juga ketika berbuka puasa'


Fadhilatussyeikh telah menceritakan dialognya bersama penumpang-penumpang first class yang duduk bersebelahannya. Syeikh berkata, tidak harus kamu berbuka puasa sebelum terbenamnya matahari, sebenarnya waktu maghrib masih belum masuk, adakah sah kamu solat maghrib pada tika ini? Jawab mereka, tidak!! Maka aku menjawab balik, demikianlah juga berbuka puasa, tidak boleh ia dilakukan sebelum tiba masanya.

Aku mengakhirkan kalamku dengan mengatakan bahawa manusia itu setiapkali dia berada ditempat tinggi daripada bumi maka akan lewat matahari itu terbenam. Demikianlah juga orang-orang yang tinggal di bukit-bukau atau ditempat–tempat yang tinggi maka akan lewatlah terbenamnya matahari dari penglihatan mereka berbanding dengan orang-orang yang tinggal berhampirannya di tempat rendah atau tanah berdatar. Akhirnya, Al-Qaradawi telah meminta pesawat Qatar (yang berlaku kejadian ini) dan juga pesawat-pesawat arab lain supaya memperingatkan pilot-pilot supaya berhati-hati dengan perkara ini dan memastikan waktu berbuka puasa betul-betul selepas terbenamnya matahari.


Kisah Lucu

Tersebutlah kisahnya di zaman dahulu, seorang ulama' muktabar sedang tekun menyampaikan kuliah. lalu ramailah orang-orang di zaman itu menghadirinya kerana kemasyhuran ulama'nya dalam menyampaikan hukum-hukum agama. saban hari begitulah sambutannya.

Lalu, sedang ulama' itu menyampaikan kuliahnya dia sempat memerhatikan antara hadirin yang hadir ada seorang di kalangan hadirin segak pakaiannya, seolah seorang alim agama juga sepertinya. Ulama' tersebut mula berhati-hati dengan kuliahnya agar tidak tersalah dalam mengeluarkan kata-kata. bimbang akan ditegur oleh hadirin yang disangkakan alim tadi.

begitulah berlaku sepanjang kuliahnya, Ulama' tersebut tidak lepas matanya memandang ke arah lelaki tadi. lelaki yang disangka alim tadi khusyu dan diam sahaja sepanjang kuliah agama tersebut.

Di akhir kuliah, ulama' tadi memberikan ruang bertanya soalan, lalu ditegur lelaki tersebut: 'wahai saudaraku, aku melihat sedari tadi kamu berdiam diri. adakah kamu faham akan pengajianku atau mempunyai kemusykilan yang dapat aku selesaikan?'

'ya!' jawab lelaki itu.

'Bilakah masanya waktu untuk berbuka puasa wahai tuan guru?' soalnya. hilang debar ulama' tadi.

'Apabila sudah terbenamnya matahari' jawabnya ringkas dengan harapan lelaki tadi memahaminya. lalu disambung lagi pertanyaan oleh lelaki tadi.

'Jika matahari tidak juga terbenam, wahai guru?'

Maka jawab ulama' tadi: 'Lebih baiklah kamu diam sedari tadi daripada bertanyakan sebegini kerana akan melihatkan kejahilan-mu'

demikianlah kiasahnya, jika matahari tidak terbenam, maka tidak bolehlah berbuka puasa. Namun, masakan matahari tidak terbenam? setiap hari sudah begitu fitrahnya.

rujukan:

rujukan bab ini di sini

Lihat lebih banyak hukum-hukum di sini

p/s: diam orang jahil lebih baik daripada bertanya yang bukan-bukan yang mengaibkan diri, bertanya untuk yang tidak faham bukan bertanya yang menyukarkan faham lagi berbelit-belit. Tinggal beberapa hari menjelang raya. Rasa seperti ibadat sudah berkurang, feel semakin lari, jiwa jadi lesu. hai lah LAILATUL QADR, esok lusa nak datang, mana permaidaninya dari kita??

Untuk read more, tulis di sini...

0 Responses so far.