Sehari lepas, ketika keputusan peperiksaan UPSR diumumkan, saya tiba-tiba didatangkan dengan rasa gembira dan bahagia seketika. Bahagia melihat anak-anak kecil dengan tawanya. Paparan wajah-wajah comel mereka tersenyum di akhbar sudah membayangkan sebuah kejayaan. Tahun ini, tidak ada adik-beradik saya yang menduduki peperiksaan besar itu, tetapi rasa gembira itu datang kerna saya dibawa ke alam belakang semula, ketika umur 12-an tahun.
Dahulunya,
Saya tidaklah tersenarai dalam barisan kecemerlangan anak-anak yang beroleh 5A, saya hanya pelajar biasa yang dapatnya cuma 3A dan 2B. tetapi saya cuba mendapatkan kesedaran bahawa 3A itulah sebuah kesyukuran untuk saya miliki. Kesyukuran yang amat-amat berharga dan perlu saya bawa hingga ke hari ini. Saya fikir saya juga perlu melafazkan rasa syukur lebih daripada mereka yang mendapat kecemerlangan 5A kerana bonus TUHAN terhadap saya yang berupa kasih sayang – iaitu saya tidak gagal dalam UPSR.
Ada rakan-rakan saya semasa zaman sekolah rendah, ketika diumumkan dengan keputusan peperiksaan UPSR, mereka tidak dapat apa yang mereka mahukan, sedangkan keputusan mereka tidaklah terlalu teruk, lalu mereka bersedih, 4A belum cukup berjaya atau cemerlang bagi mereka. Saya pasti, andai ketika itu saya sudah faham akan makna syukur, saya pasti mereka juga akan menilai 4A itu dengan kesyukuran yang paling berharga.
Itu cerita sebelas tahun dahulu. Namun baru sekarang saya mampu mengorek ikhtibarnya. Tidak banyak, hanya sepatah kata; SYUKUR
Membaca kisah-kisah kecemelangan anak-anak baru-baru ini lebih merendahkan diri saya terhadap mereka. Ada anak tani yang berjaya, ada juga anak peneroka dan lain-lain situasi. Akhirnya saya menyimpulkan bahawa kejayaan ini bukan boleh diambil oleh orang-orang yang berharta sahaja kerana sudah terbukti, si miskin juga mampu membeli kejayaan. Mereka membeli kejayaan itu dengan sebuah kesungguhan atau pengorbanan.
Anak-Anak Ini Memotivasikan Kesyukuran Saya.
Adik Siti Amynur Ain Putri Mohd Ameen Azaly ini sungguh meruntun jiwa saya ,kejayaannya tidak sempat dikongsi dengan orang yang paling disayangi. Ajal bondanya tidak tertangguh, lalu bondanya pergi dahulu sehari sebelum keputusan UPSR diumumkan. Ditakdirkan Adik Siti Amynur ini cemerlang, hadiah 5A tidak sempat ditatap oleh bondanya.
Pulang dari sekolah, dia hanya mengalungkan doa untuk bondanya berdekatan pusara yang masih merah di samping kejayaannya juga dibisikkan di dalam doanya, dengan harapan bonda mendengar dan dapat berkongsi rasa gembira di alam sana.
Berderai air mata Siti Amynur Ain Putri dan kaum keluarga yang lain apabila guru besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hadapan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada pukul 11.30 pagi semalam.
Kata Adik Siti Amynur:
‘Saya sedih sangat, ibu tidak dapat melihat keputusan ini. Ibu selalu berpesan semasa hidup bahawa saya ini harapan dia, ayah pula sudah meninggal dunia empat tahun lalu’
Adik Siti Norfarah pula membangkitkan semangat belajar saya. Dia tidaklah sempurna kudratnya seperti kita, tetapi kesungguhanlah yang membawanya ke pintu kejayaan. Hari-hari ke sekolah dengan dipapah oleh ibunya bukanlah malu baginya, kekurangan diri bukanlah bermakna kekurangan kecerdikan baginya. Selagi dikurniakan akal yang sama seperti kawan-kawan lain, selagi itu dia mesti berusaha untuk cemerlang.
Dia sudah membuktikannya, lelah ibunya yang menggendongnya setiap hari ke sekolah terbalas dengan paparan kejayaan 5A di dalam tangan. Tidak putus-putus pujian saya kepada si adik seorang ini, saya kagum kerana semangatnya melebihi kekurangan yang ada padanya.
Adik Muhammad Nabil lain pula kisahnya, tetapi intipati pengajaran tetap sama, dia tabah dalam pengajian dan akhirnya membuahkan hasil yang lumayan walaupun dia terpaksa merendah diri dengan kekurangan yang ada.
Setiap hari bertemankan tongkat ke sekolah belum pernah sekali mematahkan semangatnya untuk berjuang dan menjadi cemerlang seperti rakan-rakan lain. Pastinya guru-guru di Sekolah Kebangsaan Othman Pasir Mas, Kelantan merasa bangga dan terharu atas kejayaan beliau, ibu bapa lebih-lebih lagi.
Kejayaan Milik Sesiapa yang Punyai Kesungguhan
Dunia ini akan menghadiahkan kepada sesiapa sahaja yang berbudi kepadanya, kerana dunia ini TUHAN jadikannya melalui jalan fitrah. Siapa yang menanam, dia akan mendapat hasilnya. Tidak kira yang menanam itu seorang yang kufur kepada ALLAH atau seorang mukmin. Bahkan jika seorang Islam sekalipun lalu mereka tidak mahu berusaha, maka tiada sesuatu untuknya.
Kejayaan tidak melihat bagaimana fizikal tuannya. Tetapi bergantung kepada sikap pemiliknya. Biar cacat tetapi jika ada kesungguhan maka dialah selayaknya memiliki sesuatu yang bernama kejayaan.
Maka berusahalah selagi mampu untuk mendapat apa yang diingini. TUHAN itu adil sifatnya, memberi manusia setanding apa yang manusia usahakan. Jika sikit, maka sikitlah. Jika banyak, maka banyaklah yang akan diberi. Banyak atau sikit, buahnya adalah syukur.
Untuk read more, tulis di sini...

Setuju...kejayaan adalah milik sesiapa yang rajin berusaha. tapi yang dianggap kegagalan juga punya hikmah yang tersembunyi..Pada kak tirana kegagalan itu adalah kejayaan yang tersembunyi dah hanya boleh dihargai oleh orang-orang yang redha dan sabar.
kegagalan juga satu kejayaan,
iaitu kejayaan yang tertangguh dan disimpan.
ia akan disimpan sehingga sampai waktunya.
terharu dengan kejayaan adik-adik 'kurang sempurna' ini, tetapi sempurna dari sudut kepercayaan dan keyakinan..
nice artikel !
thanks kak,
betul apa yg akak katakan,
yang gagal bukan beerti terus gagal tanpa ada ruang untuk merasa kejayaan,
lihat
ramai insan yg berjaya, melalui jalan kegagalan dahulu.
yg penting, jangan gagal di akhirat.
di dunia kita sukses, di akhirat juga kena seiring!
salam ust,
ada org yg dah lama b'usaha,
kadang2 dh nk hmpir ptus asa..
tp xjg berjya
mcm mna tu?
Salam,Kejayaan akan berkunjung kepada sesiapa yang selalu berusaha. Malas bererti mencari masalah.
Takziah buat ibunya.
Jemput baca dan beli! sila ke url:
http://www.faridrashidi.com/2009/11/24/bawa-bersama-khasiat-habbatus-sauda/#comments
kejayaan bukan hanya tercita untuk manusia yang cukup sifat tetapi tercipta untuk manusia yang cukup akalnya...