SAYA tidak pasti, mahu mengklasifikasikan filem ini di bahagian mana, semua bentuk genre filem terkandung di dalamnya, jika tidak banyakpun sedikit, tetapi sudah memberi kesan yang amat-amat dalam. Komedinya membuahkan sentuhan jiwa yang berkesan. Walaupun tidak banyak diselitkan dengan genre sedih sepanjang filem ini, tetapi pembawaan serta jalan cerita yang bersahaja itu nampaknya bersungguh mahu mengetengahkan suatu elemen penting iaitu - KASIH SAYANG.
Saya pasti setiap plot yang ditayangkan mempunyai maksud dan tema kasih sayang yang ingin disampaikan oleh pengarah berbakat ini. Kalaupun dilihat disetengah-setengah plot itu seperti mahu berjenaka, tetapi saya masih dapat menangkap plot itu sebagai tema kasih sayang. Apa yang terlalu kaya dalam filem ini dan saya amat kagum, tema kasih sayang ini langsung tidak pernah dibuang. Lantaran sehingga ke akhir cerita, baru kita akan mengangguk sendiri dan mengatakan ya! Bahawa kasih itulah merupakan penguat filem terbaik ini.
Bermula dengan pengabaian Kasih sayang, akhirnya Afdlin mampu membuktikan semula naluri itu bahawa dia bukanlah seorang lelaki yang mengabaikan tanggungjawab. Lalu, selepas kematian isterinya dan ibu kepada Miasara, Saadom (lakonan Afdlin) berusaha mengmbalikan kasih yang pernah diabaikan dulu.
Apa yang membuatkan saya teruja adalah, plot dan jalan cerita yang disusun adalah satu keunikan dan reality yang sudah berlaku tetapi dibawa dengan pembawaan yang berbeza. Pointnya hanya mahu menunjukkan Kasih yang terlalu daripada seorang ayah bernama Saadom. Walaupun Miasara ketika diusia sekolah masih belum mengerti apa tujuan Saadom berbuat demikian, namun Saadom belum pernah putus asa untuk kebaikkan Miasara.
Antaranya, ketika disekolah lagi Miasara dijagai makan dan minumnya, disisir dan diikatkan rambutnya, dibekalkan makanan ke sekolah, sehingga setiap detik Miasara adalah juga sebahagaian daripada detik KEHIDUPAN Saadom. Berbuat apa sahaja sebagai seorang ayah demi anaknya Miasara yang pernah diabaikan suatu ketika dahulu.
Saya belum pasti samada seorang yang bernama papa ini sanggup berbuat demikian tetapi sudah terbukti di dalam filem ini. Seorang bapa yang berstatus kaya yang juga mempunyai berpuluh-puluh cawangan restoran nasi kandar di seluruh Malaysia, sanggup bertukar kerjayanya hanya sebagai tukang kebun di tempat belajar anaknya Miasara semata-mata tidak mahu berpisah daripada Miasara dan keselamatnnya dijamin. Ketika itu, kasih sayangnya hanya mampu dilemparkan daripada jauh.
Saya menontonya bersama rakan-rakan, sepanjang plot cerita kami terus dihiasi dengan gelak tawa. Namun saya tahu, semua memikirkan suatu yang sama iaitu, betapa berharga dan hebatnya filem ini, lalu tidak hairanlah ia dinobatkan sebagai filem terbaik Malaysia sewaktu Festival Filem Malaysia beberapa bulan yang lalu. Dua diantara berpuluh plot dalam filem ini sudah berjaya menitiskan air mata saya. Ada rakan yang berbunyi – macam manalah kalau aku menjadi ayah nanti?
Gabungan dua pelakon China dan India tanpa sedar telah menghasilkan elemen kesatuan di dalam masyarakat. Tanpa sedar juga inilah dia tema Satu Malaysia yang bermain sepanjang cerita ini. Nasi Kandar inilah yang menyatukan kemalaysiaan mereka lalu mereka berjaya melalui semua itu dengan sebuah kejayan yang sungguh besar.
Saya mahu menyatakan bahawa, anda yang mahu menonton filem Melayu maka filem ini yang harus anda dahulukan. Cerita ini adalah cerita reality, bukan sahaja reality yang dicedok daripada masyarakat kita yang berlaku sekarang, tetapi juga reality pengarah filem, kerana apa yang ditonjolkan adalah sebahagian daripada kisah hidup beliau.
Dengarkan apa yang dikatakan oleh Afdlin Shauqi:
“Papadom adalah cara saya untuk membawa ketengah satu masaalah besar kehidupan saya yang datangnya dari kelemahan diri saya yang sebenar. Saya takut untuk menjadi macam Saadom tapi cara Saadom bekerja di awal filem PAPADOM adalah saya. Apa yang saadom buat di pertengahan filem adalah apa yang Afdlin Shauki sanggup lakukan untuk anak dia.
LIFE is ultimately about balance. LIFE should be lived well spiritually and physically. These are the things that i still have not managed to achieve in my LIFE. It's like knowing that smoking is bad for you but you cannot stop. I AM A WORKOHOLIC. i have a problem which stems from my passion to create and share my ideas with the world. I know i have I have to prioritize what is important to me but i am a person who believes that whatever i am doing and whomever i love are IMPORTANT. I wish that life was not that hard but i also realise that this is what life is about.
I am nobody special. I am just like you. I am just a man with a bunch of crazy ideas that i would like to see materialize into hopefully an entertaining piece of art. I DOn't know how long more i can keep this up though. I am not getting any younger and this business of trying to entertain people is very tough and taxing on my relationships and not too mention financially sapping especially living in Malaysia. I have to start thinking about my children and be there for them before they don't want me around anymore. They are my gems. What do i do???...
Gua agak confused dengan keadaan sekarang... tetapi gua masih mencari jawapan konflik hidup gua tu”
Saya tidak wajar terus memberikan komen yang panjang, kerana saya sudah dapat apa yang saya mahukan dalam filem-filem tanah air Malaysia. Satu dalam seribu. Ini adalah filem kasih sayang yang paling berkesan untuk hati saya. Ia telah mencorakkan nilai serta budi seorang yang bernama Papa. Kerana itu untuk seorang anak, dia sanggup untuk melakukan apa sahaja walaupun hidupnya disusahkan oleh kehendak diri sendiri.
Saya amat yakin, anda juga akan sendiri teruja selepas menontonnya. Kalaupun tidak menangis, pasti akan mengangguk sendiri mengakui kehebatan kasih sayang dan sayangnya seorang bapa.
SELAMAT MENONTON!!
p/s: kali pertama saya membuat kupasan filem dan dipostkan ke dalam blog KEHIDUPAN ini. maaf kepada semua teman pembaca jika ini melanggari kehendak pembaca. namun saya pasti, kupasan filem ini mengandungi apa yang diingini oleh sebuah KEHIDUPAN.
Untuk read more, tulis di sini...

salam..
PAPADOM, then best film yg penah sy tngok.
skrng bru sy fham betapa kasih seorng ayh yg punyai anak.
mmg btul, kasih sayang adlh tema yg paling b'ksan
moh kita pakat tngok rmai2
belilah cd original
sy, dah tngok..mmg best woo!!
thanks so much!!
siapa yg belum atau tak mahu atau belum tahu nak tengok filem apa atau dah tonton dua kali atau apa2lah..
perlu tonton filem PAPADOM ini, saya jamin ia tidak menyesalkan mata anda menontonnya..hihi
chaiyok!!
Salam.
Dah tengok. Cuma elemen 'lawak' afdlin agak tenggelamkan sedikit 'semangat kasih-sayang papa'nya itu. Apa pun, ia sangat berkait dengan realiti seorang ayah, dan seorang anak pada zaman kini.
Untuk isu-isu filem yg lebih mencabar pemikiran, djat cadangkan tengok filem 'Perempuan Berkalung Sorban'
Kemudian jawab isu yg terkandung dalam filem tersebut.. Selamat menonton
CiM suka filem papadom ni. Guess what, what bring me here? CiM sdg buat review filem tentang kehidupan dan komunikasi. and I choose Papadom.
Mohon ceduk info untuk assignment CiM.