Sebelum tutur saya tentang anugerah dan soal isteri, anda atau pasangan ibu dan bapa perlu dahulu mengucapkan rasa bersyukur, gembira dan beruntung apabila dikurniakan dengan seorang anak perempuan. Apatah lagi si kecil kecil itu comel dan mempunyai lesung pipit, mukanya pula iras-iras bondanya yang cantik lagi ayu. Tidak hairanlah jika si bapa bersungguh-sungguh untuk memikat si ibu dahulu.

Sesungguhnya, selepas kedatangan ISLAM dan kehadiran Nabi saw ke persada dunia ini, wanita telah diangkat ke atas darjat yang tinggi di sisi ISLAM. Anak perempuan tidak lagi dibunuhi seperti seribu empat ratus tahun dahulu bahkan dijagai dan ditatangi serta dibelai sebaik-baiknya.

Wanita adalah manusia sama seperti lelaki. Mereka punyai jiwa sebagaimana lelaki juga punyai jiwa. Namun jiwa, perasaan, naluri dan fitrah mereka amat berbeza dan unik kerana terlalu halus dan lembut sesuai dengan ciptaan mereka. Kurniaannya (wanita) ini kepada sesiapa adalah sebuah nilai yang tiada tara dan tandingnya. Kita berasal dari rumpun yang sama, cuma berlainan gender sahaja. Mesti saling memerlukan, kerana TUHAN menciptakan salah seorangnya ada kekurangan yang mesti ‘diambil’ daripada salah seorang. Tanpa wanita siapalah lelaki? - (ayat yang famous!!)

Lalu, si anak kecil perempuan adalah kurniaan yang dinamakan anugerah.

Wanita adalah anugerah.

Isteri bukanlah hak milik, tetapi anugerah kepada suami.


Men Are From Mars, Women Are From Venus

Ini sebuah tajuk buku karangan John Gray yang membincangkan berkenaan perbedaan lelaki dan wanita dalam ruang lingkup yang spesifik. Beliau bukan sekadar mengupas aspek kelainan atau perbezaan semata-mata tetapi merungkaikan ada titik persamaan antara lelaki dan wanita.

Kata John Gray, Lelaki datang dari Tanah Mars, manakala perempuan pula datang dari Tanah Venus. Tetapi mereka boleh disatukan di tanah bernama Earth. Kesamaan dan penyatuan yang menghasilkan titik temu ini adalah berpunca dari sikap saling memerlukan dan saling menampung. Orang lelaki berkata:

‘Kalau tiada Adam, maka tak akan ada Siti Hawa’

Perempuan pula mempertahankan bahawa: ‘Kalau tiada Siti Hawa, tiadalah juga lelaki yang berkata tadi’

Bidalan yang lain pula: ‘Antara Ayam dan Telur, siapa dulu?’

Jawapannya pasti akan mencetuskan pergaduhan antara Parti Ayam dan Parti Telur. Masing-masinng mempertahan hak mereka bahawa merekalah yang ‘dahulu’

‘Kalau tak ada Ayam, macam mana nak ada telur? Bukankah ayam yang menetaskan telur?’

‘Habis tu, ayam tadi berasal dari mana? Tak kan dilahirkan oleh sang itik? Mesti dari telur ayam juga’ balas si Parti Telur mempertahankan hujah. Peperangan ini tidak akan berhenti jika tidak dinoktahkan dengan titik persamaan. iaitu;

Saling memerlukan. Aku ngerti kamu, kamu ngerti aku. Aku perlu kamu, kamu perlu aku.

Mengapa perlu bertengkar soal siapa dahulu? Apa yang kita dapat jika kita sudah dipastikan bahawa kita sudah menjadi pendahulu? Bangga? Itu sahaja. Selepas mengetahui pendahulu, adakah kita akan terus hidup berseorangan tanpa mahu mengharap sesiapa?

Jawapannya bukanlah menjadi siapa pendahulu tetapi, mencari kekurangan yang boleh ditampung agar cukup kesempurnaannya. TUHAN menjadikan wanita dengan kekurangannya sendiri, dan lelaki dengan kekurangannya sendiri. Jika wanita dan lelaki itu diibaratkan seperti abjad susunan A,B,C hingga Z, maka akan ada huruf-huruf yang mempunyai persamaan antara lelaki dan wanita. Mungkin dari huruf A ke Z, ada tujuh huruf yang sama dan mungkin juga lebih daripada tujuh huruf.

Tinggalkan soal yang sudah tentu sama. Kerana kedua-duanya sudah ada. Pergi pula kepada kekurangan dan kelainan atau perbezaan.

Dalam abjad A hingga ke Z, lelaki pasti terdapat huruf-huruf yang tidak ada pada mereka, begitu juga wanita. Misalnya lelaki tiada huruf H, S, N dan lain-lain lagi tetapi pada wanita akan ada huruf-huruf yang hilang atau tiada pada lelaki tadi, iaitu huruf H, S, dan N. Jadi, pada siapa mahu diminta dan diambil huruf-huruf tadi agar menjadi lengkap dan menemui titik persamaannya, jika bukan terletak pada salah seorangnya iaitu LELAKI dan WANITA.


Anugerah

Saya berfikir tentang perbezaan dua kalimah itu, HAK MILIK dan ANUGERAH tetapi tidak menemuinya, walaupun berat merasakan di situ ada kontra dan kelebihan daripada salah satu perkataannya. Saya tidak mampu menghuraikannya dalam masa sekarang kerana belum menjumpai kesinambungan dua kata itu. Sudahnya saya hanya membawakan ia sebagai tamsilan sahaja.

Anugerah adalah PEMBERIAN dan HARGA kerana ia bukan hak kepunyaan.

Hak Milik adalah PEMILIKAN yang belum tentu DIHARGAI.

Siapapun akan memandang anugerah sebagai nilai yang paling berharga. Anugerah akan dirasakan begitu berharga selepas disusahi dengan pelbagai usaha dan titik peluh sendiri. Anda seorang pelajar, dengan usaha gigih anda akhirnya disandangkan dengan Anugerah Dekan pada tahun menuntut di Universiti tersebut. Pertamanya gembira kerana dihargai, kedua kerana dianugerahkan sesuatu yang berharga. Kerana itulah syurga merupakan sebuah anugerah bukanlah balasan. Masuk ke syurga bukan kerana panjang dan beratnya amalan, tetapi kerana syafaat (anugerah) ALLAH taala.

Saya pasti antara gula-gula yang dibeli sendiri (hak milik sendiri) dengan gula-gula yang dihadiahkan (anugerah) daripada orang yang tersayang, anda akan lebih menghargai pemberian gula-gula daripada insan tersayang, apatah lagi jika orang itu bakal menghargai anda suatu masa nanti dan dia banyak bersusah payah demi anda.

Teman-teman saya yang sudah mabuk cinta, sampaikan tiket komuter pemberian kekasihnya pun masih disimpan rapi di dalam dompetnya. Tiket itu ada nilai harga dan abstarknya tersendiri yang dia sahaja tahu dan orang lain tidak nampak kerana ia sebuah harga dan anugerah.

Anda boleh menyayangi hak milik, tetapi anda akan lebih menyayangi sebuah anugerah kerana harganya tersendiri. Percayalah, anugerah tidak sesekali diberikan melainkan orang-orang yang dipilih. Kerana itu anda perlu berbeza cara untuk menghargai sebuah HAK MILIK dan sebuah ANUGERAH.


Saya dan Wanita

Sehingga kini saya amat berhati-hati dengan wanita. Sesekali jujur mengatakan saya takut dengan kaum ini, bukan takut kerana fizikalnya tetapi amat bimbang dengan emosi dan perasaan mereka. Lebih menjadikan saya serba salah, apabila mereke terguris atau berkecil hati dengan sikap saya. Ini bukan soal dayus, tetapi sikap.

Saya punyai bonda yang saya perlu hormati perasaan juga emosinya. Lagi-lagi bonda mempunyai majority hero-hero di dalam keluarga. Anak Lelaki, biasalah bukan suka memikirkan soal perasaan bondanya berbanding anak perempuan, caring-nya akan melebihi diri. Tetapi saya cuba belajar memahami perasaan seorang bonda agar saya dapat memahami naluri halus wanita.

Bonda mengajari agar, biar saya selalu mengalah. YA, itu yang cuba saya praktikkan apabila berurusan dengan sesiapa terutama wanita. Bertahun bekerja di dalam sebuah persatuan menuntut saya untuk memberi sebuah komitmen yang perlu kepada nilai berhemah dan menghormati. Saya perlu berhemah kepada lelaki, dan perlu menghormati seorang wanita.

Abah dan Bonda adalah Anugerah ALLAH untuk saya, tetapi bukan Hak Milik saya selamanya. Lalu saya amat menghargai pemberian itu bahawa suatu hari nanti mereka akan ‘dipulangkan’

p/s: ‘ISTERI BUKAN HAK MILIK, TETAPI ANUGERAH’ sebuah dialog dipetik dari filem CINTA arahan pengarah terkenal Kabhi Bahtiar, Drama berepisod Nur Kasih juga di bawah arahannya. Saya berinspirasi untuk menulis sesuatu mengenainya. SALAM tahun baru Hijrah 1431 hijriah, buatlah apa sahaja yang baik-baik, asalkan ianya lebih baik daripada semalam. Inilah perubahan, ini juga sebuah hijrah dalam KEHIDUPAN.

Untuk read more, tulis di sini...

7 Responses so far.

  1. salam ustaz,

    bila baca artikel ni rsa mcm dihargai pula.

    ya, betul tu ustaz, isteri adalah anugrah Allah kpd suami. jadi sayangilah mreka.

    thanks ust.

  2. salam sdr afiq

    mcm mna nak bezakan antra HAK MILIK dan ANUGERAH dari sudut yg lain?

    minat dgn artikel ni, tapi boleh ke diberikan contoh lain? sy betul2 nak memahaminya.

    thanks, nice artikel!

  3. Salam Ust Afiq..
    nk tanya..adakah golongn hawa yg dihargai di dlm post ust ni juga mnghargai kita??

    Mestikah kita sahaja yg perlu korbankan perasaan,smua lah..

    ap pndpt ust afiq??

  4. salam wbth

    to anymous 1: thanks for your comment.

    to anymous 2: saya akan bawakan cerita lain dalam artikel ke (2) nanti.

    sekarang dalam proses memahami dua kalimah tadi..saya sudah ada makna tersendiri, tetapi perbezaan itu belum cukup untuk saya gabungkan nilai persamaannya..

    to ustaz abu:

    "memberi bukan untuk menerima"

    "menghargai bukan untuk merasai"

    pendek kata MEMBERI dan MENGHARGAI bukan seperti jual beli yang mempunyai timbal balik..tetapi ia ada makna yang lebih berharga, kerana ia adalah anugerah.

    MEMBERI dan MENGHARGAI itu sebuah pengorbanan. asanya bukan pemberian itu mengharapkan sesuatu tetapi dasarnya adalah 'Menunaikan tanggungjawab'..

    seorang suami menghargai isterinya yg tersayang dengan cara membantu nya menjaga anak-anak, memberi nafqah, dan meringankan beban isteri bukan kerana mengharapkan hadiah (penghargaan) dari si isteri, tetapi sudah tentu kerana si suami sedar akan tanggungjawab.

    menghargai seseorang kerana nilai tanggungjawab lebih besar harganya daripada memberi kerana meminta dihargai.

    tetapi apabila berlaku sebaliknya (memberi kerana mengharap sesuatu) pemberi akan kecewa tatkala penghargaannya tiada dihargai (dibalas).

    menghargai sesuatu kerana sedar akan tanggungjawab, mereka akan terus memberi walaupun tiada dihargai, kerana pemberiannya bukan kerana mahu sesatu tetapi kerana menunaikan sesuatu (tanggungjawab).

    konklusi, kita MEMBERI dan MENGHARGAI seseorang adalah kerana menunaikan TANGGUNGJAWAB kepada seseorang. itu lebih bermakna.

    semoga ust abu menemui mrs right yg sentiasa menghargai diri mu..

  5. "memberi bukan untuk menerima"

    "menghargai bukan untuk merasai"

    I do like this! Tapi,

    MEMBERI dan MENGHARGAI itu sebuah pengorbanan. asanya bukan pemberian itu mengharapkan sesuatu tetapi dasarnya adalah 'Menunaikan tanggungjawab'..

    mengikut buku The Secret, ada perbezaan besar antara MEMBERI dan BERKORBAN. MEMBERI datang dari hati yang berlimpah dan terasa bahagia. Sedangkan BERKORBAN terasa sakit dan tidak bahagia. Jadi jangan campur kedua perkara ini. Yang satu memancarkan signal kelimpahan dan bahagia, yang satunya lagi memancarkan signal kekurangan, sakit dan tidak bahagia.

    Wallahu ta'ala a'lam.

  6. afiq ko kawin la cpt skit..lupe btau ko tau x atok pangkor dh mniggal..doakn die ye.

  7. mohon share