‘Sejak dua menjak ni, aku rasa macam tak sedap badan je Mil’ luah seorang teman. Sahabatnya diam sebentar, memberi ruang temannya habis berkata.
‘Rasa seolah berdosa sangat dengan TUHAN. Buat itu tak kena, buat ini juga tak kena’ sambungnya lagi. Wajahnya kusam menampakkan kerisauan yang melanda.
‘Kadang-kadang sudah terasa putus asa. Sampai hati pernah berkata, biarlah aku tidak dapat masuk ke syurga, asalkan tidak ke neraka’ hingga begitu luah sahabatnya. Nadanya sebak sekali.
‘Puas memikirkan nasib diri bila mati nanti’
‘Mil, kalau kita selalu disakiti dan diberi ujian. TUHAN marah pada kita kah?’ dia bertanya seolah mahukan lebih dari suatu jawapan yang hakiki.
‘Kalau TUHAN memberi kesenangan, adakah TUHAN juga mahu melalaikan kita?’
‘Aku semacam tidak mampu untuk menganggap bahawa ini semua adalah ujian-Nya. Setiap kali menghadapinya, aku merasa sebak keseorangan, takut jika ujian yang diberi tanda murka-Nya pada kita’ akhirnya, kata-kata itu menutup segala luahan berat.
‘Bersangka baiklah dengan DIA, selagi kita merasakan DIA sebagai pengharapan segalanya untuk kita. Maka DIA tak akan sesekali menghampakan hamba-Nya. ALLAH tidak pernah memberikan ujian untuk kita melainkan tanda sayangnya DIA kepada hamba-Nya. Engkau bertuah kerana menjadi insan pilihan DIA untuk disayangi-Nya’ kata-kata itu sungguh tidak tercapai maknanya. Nabil hanya mendengar. Hampir saja air matanya mengalir.
‘Aku hanya mengharapkan satu saja Mil. Doakan agar dimatikan dalam keimanan pun sudah memadai’ Nabil menyambung lagi. Perlahan suaranya dipengaruhi sedih di hati.
Malam itu, damainya dapat dirasakan. Seolah suatu beban yang berat sudah dilepaskan. Sahabat lamanya sudi mendengar luahan hati yang sekian lama disimpan. Hampir beberapa tahun kesedihan hatinya dikongsi sendirian, tidak pernah diketahui oleh sesiapa walau teman-teman lain. Malah dia tidak kisah jika sesiapa pun tidak mengambil tahu akan sedih hatinya. Cukup sekadar jika ALLAH sahaja yang memahami hatinya.
Angin bertiup. Memberikan hawa ketenangan pada lewat malam itu. Nabil tidak berganjak sedari tadi. dia mahu bersendirian dengan TUHAN. Dia mahu memberitahu ALLAH bahawa dia inginkan yang terbaik. Dia mahu ALLAH tahu bahawa dia insan kerdil yang mahukan pertolongan-Nya untuk setiap masa dan ketika.
Terlalu damai malam itu.
Sepi.
Takut yang Mengharap
Pernah diriwayatkan dalam sebuah kisah, pada zaman dahulu, hidup seorang pemuda dan anaknya. Pemuda ini cukup terkenal dengan kejahatannya. Hampir semua kelakuan buruk sudah menjadi sebati di dalam dirinya. Maksiat adalah temannya. Jangan di tanya kejahatan apa dan dosa apa yang sudah dilakukan olehnya. tetapi tanyalah apakah dosa kejahatan yang belum pernah dilakukan olehnya untuk menggambarkan ‘kehebatannya’
Setiap hari begitulah rutin perbuatannya, minum arak, berzina, membunuh dan lain-lain kelakuan jenayah akan dilakukan. Dia tidak serik dengan kesalahannya. Baginya dia hanya menilai harga sebuah KEHIDUPAN dengan keseronokkan dan apa yang dapat memuaskan kehendak diri walaupun terpaksa mengorbankan orang lain.
Namun, sesekali dia sedar akan ALLAH yang memerhatikannya, TUHAN yang akan membalasi sikapnya di akhirat kelak. Suatu hari dia berpesan kepada anaknya:
‘Wahai anakku. Sekiranya aku mati kelak, aku perintahkan agar engkau membakar tubuhku yang kaku itu. Jika ada tulang-belulang yang tidak hancur, engkau himpunkannya dan pukullah ia sehingga ia hancur lumat menjadi seperti abu yang di bakar’
‘Lalu abu-abu itu kau campakkan ke laut’
‘Wahai ayahku, mengapa begitu sekali wahai ayah?’
‘Anakku. Lakukan sahaja perintahku ini, mudah-mudahan TUHAN mengampun ayah’ Pemuda tadi memeluk erat anak kecilnya.
Ditakdirkan pemuda tadi mati sebelum sempat melafazkan taubat kepada ALLAH. Lalu si anak terus melaksanakan apa yang telah diwasiatkan oleh ayahandanya sebelum menutup mata. Sedih anak itu tidak dapat digambarkan. Membakar jenazah ayah yang amat disayangi.
Diriwayatkan semula, di akhirat kelak ALLAH taala membangkitkan semula pemuda tersebut lalu TUHAN bertanya kepada pemuda tersebut:
‘Wahai pemuda yang beriman, mengapa semasa di dunia dahulu engkau selalu melakukan maksiat dan mengabaikan AKU?’
‘Lalu mengapa kau perintahkan kepada anakmu agar berbuat demikian kepada jenazahnyamu. Adakah engkau tidak mengetahui bahawa ianya salah?’
Jawab pemuda tadi:
‘Wahai TUHAN, aku tidak melakukan yang demikian melainkan aku terlalu takut kepada-Mu dan azab yang bakal menyeksaku di akhirat kelak’
ALLAH berkata kepada pemuda tersebut:
‘Wahai pemuda yang takut kepada-KU. Ambillah, bagi-mu keampunan-KU’
Meyakini Bahawa DIA Sentiasa Ada
Tidak cukup dengan hanya ‘mempercayai’, tetapi mesti disusuli dengan ‘keyakinan’ bahawa ALLAH sentiasa berada di sisi hambanya. Ia adalah pakej lengkap dalam sebuah aqidah dan kepercayaan.
Ada manusia mempercayai adanya TUHAN, tetapi harap dan pautannya masih lagi kepada dunia. Dunia adalah sebahagian daripada hidupnya. Dia percaya bahawa dunia telah banyak memberikan kebaikkan untuknya. Dia masih mempercayai akan TUHAN tetapi hanya separuh-separuh, bakinya masih ditinggalkan bersama dunia. Akibatnya dia tenggelam dengan tipu daya dunia.
Ada manusia mudah melupai siapa TUHANNYA, bagi mereka TUHAN adalah ketika mereka ditimpa kesusahan dan musibah. Ketika itulah mereka bersungguh-sungguh mengingati TUHAN, mengharapkan agar kesusahan dan musibah tadi dapat dileraikan. Namun TUHAN itu amat ‘rahman’ dan ‘rahim’ pada hambanya, pada mereka yang 'pelupa' dan 'ingat', DIA tetap memberi. Memberi tanpa jemu. Akhirnya, hamba yang sentiasa mengingati terus mengingati dan hamba-Nya yang lupa terus melupai TUHAN yang sama yang telah meleraikannya dari musibah – ALLAH diingati ketika sakit dan susah sahaja.
Saya terlalu kagum melihat manusia-manusia yang meyakini dengan 'kehadiran' TUHANnya di mana-mana saja. Dia miskin dan tidaklah terlalu kaya harta, tetapi KEHIDUPANnya terlalu tenang dan mencukupi. Sewaktu susah atau senang baginya TUHAN mesti didahulukan kehadapan. "Senangnya disumbangkan kepada TUHAN, susahnya pula diserahkan kepada TUHAN"
Inilah hamba yang menjiwai jiwa hamba.
Dua hari yang lalu, saya menjejakkan lagi kaki ke Tanah Syam (Negara Syria). Saya tidak menyangka itu adalah berupa rezeki ketika poket dalam keadaan terdesak. Saya melaluinya (rehlah) dengan suasana hati yang tidak menghampakan. Saya senang ke sana bersama rakan-rakan yang juga sama ‘keadaannya’. Sebelum ke sana lagi saya memasang niat agar mendapat sesuatu yang bisa mententeramkan hati kerana kebelakangan ini saya terlalu tidak menentu memikirkan masalah.
Saya mencari TUHAN yang dapat memberi senang di hati ketika ini.
Saya percaya teman-teman yang bersama saya dalam perjalanan tersebut sudah mengetahui apa yang kita lalui. Terlalu berat, tetapi ia adalah perjalanan rehlah yang paling saya kagumi dan hargai. Saya melaluinya dengan kesusahan yang memberikan kegembiraan selepasnya. Saya bersyukur ketenangan itu diberi melalui jalan kesusahan.
Sekembalinya kami, saya hanya bermenung panjang. TUHAN terlalu kaya dengan ketenangan dan bisa memberikannya kepada sesiapa sahaja yang mencari. Saya pasti, manusia yang selalu mencari akan merasai kemanisan hidup.
Merasai manisnya hidup berTUHANkan ALLAH taala.
Untuk read more, tulis di sini...

salam ust afiq
berat smacam je bile baca artikel nie. Nabil tu sape? penuliskah?
smoga ust afiq terus tabah dan kuat, mnghadpi 'kehidupan' ya!
ana doakn yg terbaek.
jgn sdih2 ust afiq
moga terus thabat dlm perjuangn Islam. Tuhan sentiasa bsama.
jgn slalu pikir mslah, nnti dahi berkerut cpat tua..hihi
all da best fiq
Salam saudara Afiq..
Memang nikmat 'hidup bertuhan' ni sungguh seronok dirasai.
Hanya kalau hati benar2 diizinkan Allah untuk merasainya..
Kerana Dialah yang mencetuskan perasaan dlm hati kita, kita sbgai hamba yg lemah,hny mampu bergantung harap selain berusaha2 bersungguh dalam meraih rahmat dariNya..
Sesungguhnya, dgn mengingati Allah..jiwa akan merasa tenang.Hilang segala kedukaan dan penderitaan.Hilang rasanya sakit hati dan dendam..
Semoga saudara Afiq beradadlm naungan kasihNya selalu..insyaallah..
Kak Haslina
slm wbth
sy stuju dgn kak haslina. hati yg ingt Allah akan sntiasa tenang.
smoga ust afiq dlm ketenangan slalu
salam wbth kepada semua tetamu dan pembaca.
"sentiasa ujian ALLAH itu kunjungannya tidak diberitahu,kerna DIA mahu melihat sejauh mana kebergantungan hamba-Nya.
TUHAN pernah menyebut, kau (wahai manusia) belum layak bergelar hamba jika tidak sempat diuji,
Manusia yang tahan diuji lalu dibiarkan bersama kesabaran dan keredhaan adalah insan kesayangan TUHAN"
terima kasih kepada Anonymous (1) (2) dan (3) atas sokongan dan kata penguat semangat.
to kak Haslina: betullah apa yang dikatakan kak, hidup bertuhan memang seronok jika kita sudah bertemu dengan 'hakikat' tetapi tak semua manusia dapat rasainya.
thanks untuk semua!
:(