Salam sejahtera buat kalian teman pembaca, hari ini dan esok dan seterusnya saya akan terus menulis cerita-cerita berkisar cinta dan perkahwinan. Saya mengira bahawa semua tulisan berkenaan dengannya akan saya cungkin dan korek isinya pabila saya mempunyai seorang suri nanti. Cinta dan pedoman perkahwinan ini saya perlu pupuk dan basahinya sehingga sampai masanya nanti, ibarat sekuntum Ros yang dibajai dan disirami setiap hari takkan layu dan kuncup selagi nyawanya panjang.
_________________________________
Pranggg!!
Habis berderai pinggan dilempar oleh Zahid. Tergamam Shila, tak tahu di mana silapnya. Namun, Shila sudah dapat mengagak puncanya.
‘Apa yang kamu masak ni? Aku balik penat mahu makan, kamu pula buat macam ni?’
’Maafkan Shila Bang’ terketar-ketar Shila melafaz maaf.
Bukan apa pun, gulai yang ditanak untuk hidangan tengahari itu kurang pada garamnya sahaja, tidaklah terlalu teruk sangat rasanya. Namun, tetap punyai rasa lemak-lemak kari. Tetapi mungkin suaminya itu kurang baik moodnya hari ini, duga Shila. Dia kena akur dengan silapnya hari ini – Kari yang kurang masin.
‘Hilang selera aku hari ini’ Zahid berlalu meninggalkan meja makan ketika Shila terkocoh-kocoh menanak semula kari tadi.
Tinggalkan situasi yang sudah bosan didengari dan biasa dihadapi seperti di atas. Bagi yang lekas panas baran, jangan menipu diri bahawa anda pernah meninggi suara dengan pasangan anda.
Saya mahu berpesan kepada para suami yang sejantina dengan saya, bahawasanya jika anda mampu memberikan sabar dan menjadi seorang penyabar yang terbaik dalam rumah tangga, saya menjamin anda akan memperolehi dan dikurniai dengan seorang isteri yang sabarnya lebih dua kali ganda daripada anda. Ketika itu, separuh bahagia telah anda kecapi, hidup dalam lingkungan ketenteraman yang harmoni, tiada marah-marah bila didatangi masalah, tiada juga bermasam muka semasa masing-masing melakukan kesilapan. Dan apa yang paling menyejukkan jiwa memandang adalah, marah anda bakal dibalas dengan senyuman manis daripada si isteri – pokoknya adalah SABAR.
Suami mesti mampu menerima silap isteri dengan teguran lembut, isteri pula tiada melenting lantas menerima nasihat suami dengan hati terbuka kerana tahu akan prinsip seorang pemberi. Memberi bukan mahu meminta balasan.
Jalan Keluar Bukanlah Dengan Kemarahan.
Mencari jalan keluar masalah dengan pertembungan dua kemarahan bukanlah jalan penyelesaian bahkan itulah punca masalah menjadi melarat. Anda semua sudah arif akan perumpamaan apabila ditemukan api dengan api. Maka semakin marak nyalaannya membakar. Tidak hairanlah di penghujung ‘drama’ kemarahan nanti akan ditamatkan dengan ‘Talak’ atau penceraian. Hanya kerana melayan kerenah marah yang tidak seberapa itu, hidup yang telah dilalui puluhan tahun dihabiskan begitu sahaja dengan sekali lafaz. Amat mudah!
‘Sudah! Aku ceraikan kau!
Saya selalu bercakap dan berpesan kepada teman-teman saya berkenaan sifat berlapang dada. Bukan sahaja seorang yang bujang atau dara sahaja layak bersikap dengan kelapangan dada ini, bahkan lebih utama bagi pasangan yang sudah hidup bertahun-tahun sebagai suami isteri. Berlapang dada dan menerima kelemahan adalah kunci dan rahsia utama mengekalkan kebahagiaan.
Tidak dinafikan kita memang berbeza. Suami adalah lelaki manakala dijadikan isteri sebagai seorang wanita. Berbeza dari banyak sudut, pemikiran, perbuatan, sikap, buah fikiran, cara berfikir, pandangan dan lain-lain lagi. Ya, lelaki dan wanita tersangat berbeza, tetapi tidaklah kita dijadikan sehingga tiada langsung persamaan dan titik pertemuan yang boleh menjanjikan kebahagiaan.
Ya, bahagia itu ada pada sebuah persamaan.
Mengapa isteri perlu melenting jika si suami tersalah membeli telur ayam yang cuma bersaiz kecil? Kenapa pula si isteri harus meletakkan sikap cemburu yang melambung tinggi apabila melihat si suami mempunyai ramai kenalan wanita di pejabat sehingga marah bukan pada tempatnya?
Suami pula, jangan terlalu mudah mengeluarkan kata-kata kesat kepada isteri jika masakan mereka itu kurang pada garamnya. Lihat bagaimana Nabi saw menegur isterinya ketika masakan Saidatina Fatimah terlalu masin. Ianya terlalu hikmah, baginda mengajak isterinya Fatimah makan bersama. Lalu menyuapkan sedikit rasa dari masakan itu dengan penuh hormat kepada Fatimah, lalu Fatimah faham akannya bahawa masakan itu terlalu masin. Terlalu indah jika tegur-menegur dilalui dengan jalan hikmah dan nilai kelembutan.
Suami tidak perlu menunjukkan keegoan dan samsengnya supaya isteri akan hormat kepadanya. Tak perlu juga si suami sentiasa ‘marah-marah’ untuk semua kesalahan kerana mahu menunjukkan bahawa dialah ketua keluarga yang perlu dihormati. Tidak perlu semua itu, bahkan ia bakal membuang rasa hormat si isteri kepada anda jika berterusan dengan sikap seperti itu. Marah bukanlah segalanya untuk menampilkan kekuatan diri apatah lagi mahu merungkaikan sebuah masalah.
Suami yang tawadhu' bakal dihormati oleh si isteri yang sentiasa menyanjungi. Percayalah!
Setiap manusia tidak suka akan kesilapan, tetapi manusia perlu menyedari bahawa kesilapan tidak akan lekang daripada seseorang itu melakukannya. Selagi kita bukan seorang Nabi yang ma’sum, selagi itulah kita akan melakukan kesalahan.
Saya akui bahawa kesalahan dan kesilapan bakal mengundang kemarahan tetapi masalah bisa dilangsaikan dengan cara yang paling dihormati iaitu Sabar dan berlapang dada. Jalannya bukanlah dengan kemarahan yang melulu bahkan selagi ia mampu diselesaikan dengan sikap berhemah dan kelembutan ia harus diutamakan apalagi di dalam situasi anda sebagai suami isteri yang amat berbeza dari banyak sudut.
Apalah salahnya jika si isteri melihat suaminya yang sedang marah kerana kesilapan dirinya, akui sahaja kesilapan itu bahkan tidak salah jika terus memohon maaf walaupun situasi kebenaran sebenarnya memihak kepada isteri. Mengalah bukanlah beerti kalah.
Suami pula, janganlah terlalu cepat memarahi isteri dengan nada yang tinggi dan hamburan kata-kata maki jika berlaku perselisihan. Saya harus memberi tahu bahawa orang yang cepat marah bukan sahaja tidak disukai oleh pasangannya sendiri bahkan sahabat taulan pun akan membencinya. Percaya atau tidak sikap marah inilah yang menimbulkan rasa meluat di kalangan pasangan suami isteri.
‘huh, sikit-sikit marah, sikit-sikit nak marah. Benci aku!’
‘I dah naik bosan dengan perangai You, marah je memanjang!’
Sebolehnya janganlah KEHIDUPAN yang sepatutnya dilayari dengan sebuah kemanisan dan kebahagiaan dicemari hanya dengan sebuah perasaan 'panas' yang tiada hujung pangkalnya. Marah tidak menjamin apa-apa kebaikkan jika terlalu mengikut hati dan perasaan. Keburukkan daripadanya jelas lebih banyak daripada kebaikkan. Marah itu hanya nafsu yang dibakar oleh Syaitan. Jika kita melayannya tanpa sedar kita telah mengekori mereka ke lembah kebinasaan diri. Kita jadi bermusuh akibat kemarahan dan syaitan hanya mentertawakannya lebih-lebih lagi jika suami isteri yang bertikam lidah, bermakna misi syaitan sudah berjaya. Melaga-lagakan anak adam.
Anda adalah suami yang bertuah jika mampu menjadikan contoh tauladan kepada isteri dan anak-anak dari sudut kesabaran. Kesabaran ini akan memenuhi segala bentuk kebaikkan di dalam rumah tangga. Kesabaran ini jugalah yang bakal melahirkan sikap berlapang dada di antara pasangan. Jangan khuatir jika sabar anda tidak berbalas, apa yang anda perlu tahu adalah, seorang yang sabar akan dihormati oleh teman dan lawan tidak kira di dalam nyata atau diam.
tahukah apa yang ALLAH katakan di dalam al-Quran untuk orang-orang yang sabar? Fasobrun Jamil (sabar itu lebih cantik!)
Untuk read more, tulis di sini...
salam wbth ustaz.
stuju dgn artikel ni.tp knape istri xbleh cemburu dgn suami?
cepat2la mendirikan umah tangga...heheh...semoga beroleh jodoh yang baik...orang katee...
to AnOnyMous 1.. kerana Us cinta ni adalah lelaki sebb tu dia rase tak perlu ada cemburu kpada suami,if dia Perempuan pasti tulisan perasaan mengapa hati SEDIH lagi.
Salam.
Realitinya, lelaki tetap mempertahankan egonya..kenapa ya?
kadang2 isteri tegur sikit je pun suami naik angin kalau tak pun mata menjeling.
Bukan soal emosi si isteri, tapi perasaan.. ada waktu2 tertentu emosi seorang perempuan tak dapat di kawal ( kalau tak percaya, tanya isteri@Ibu )..
salam.
to anymous 1, 2 dan 3: mngkin sy fham akn mksud pnulis.
ust xmnyebut pun xboleh cembru, ttp jgn terlalu cmburu shingga melampaui batas.
krana cmburu itu semmngnya fitrah wanita. jd xsalah untk cmburu pd suami. bahkan cemburu yg membwa kpd usha utk mengeratkan rumah tangga digalakkn.
siti
salam wbth kepada semua pembaca yang budiman lagi setia;
to anymous (1) (2) dan (3): saya melafazkan ucap maaf jika artikel ini seakan disalah-faham akan erti entrynya. apa pun setiap pembaca berhak memberi pendapat, saya terlalu menghargainya.
YA, sekiranya saya seorang wanita, isteri atau ibu, saya juga pasti akan merasakan cemburu sebagaimana cemburunya Saidatina Aisyah kepada para isteri Rasulullah yang lain. lalu, tidak salah meletakkan sikap cemburu pada hati wanita. kerana isteri Nabi saw yang sati ini juga bersifat cemburu.
cemburulah dengan sikap yang sopan dan berlapang dada. cemburu adalah tanda sayang, lalu mempraktikkannya untuk melahirkan sayang amat digalakkan.
saya juga bersetuju dengan pendapat anymous (4).
to lutfihafifi: insyaallah, doakan semua yang terbaik ustaz lutfi.