Perubahan yang Efektif
Dahulunya dia seorang yang punyai jiwa muda, bergaya dan bersahaja. Keluar malam dan pulang ke rumah lewat pagi adalah kebiasaan. Teman-temannya juga begitu. Gelaran kaki rempit itu bukan lagi suatu yang gah baginya, tetapi sudah menjadi biasa. Ke hulu dan ke hilir pastinya dengan sebuah motor kesayangannya.
Keluarganya tidak sangat mempedulikan apa jua tindakannya, asalkan dia masih pulang ke rumah menjengukkan batang tubuh, itupun sudah memadai. Mahu duduk makan bersama jarang sekali, jika bertemu pun hanya sementara melepaskan tanya khabar dan bersalaman, bakinya tetap dihabiskan dengan dunia mudanya bersama rakan-rakan.
Beberapa tahun hidupnya dihiasi dengan keseronokkan dan kebebasan, tetapi dirinya tetap tidak merasai ketenangan yang dicari. Teman Wanita yang silih bertukar ganti tidak pula memberi ketenangan. Sambil-sambil berseronok dan menghabiskan masa remajanya, dia terus mencari mutiara itu. Impiannya, sebelum mata ditutup dia mesti menemuinya.
Selepas tahun-tahun berlalu, hari ini dia bukan Amni (bukan nama sebenar) seperti yang dahulu. Dia bukan lagi kaki rempit yang sering berpelukkan dengan wanita murahan yang menggadaikan diri kepada lelaki. Dia sudah mulai menjauhi semua itu.
Daripada seorang remaja berlatar belakangkan keluarga yang tidak punyai asas keagamaan, dia sendiri yang pergi mencari dan berusaha mendalami ilmu agama. Dia pernah berbisik kepada saya: ‘Carikan aku seorang wanita solehah yang boleh membantu aku’
Liku untuk menemui jodohnya amat panjang dan sangat sukar dilaluinya. Hasrat hati mahu berubah tetapi dia memerlukan seseorang untuk menyokongnya. Iaitu seorang suri (isteri).
Selepas seorang yang kami usahakan tidak menemui jalan keluar, kami terus membantunya memilihkan jodoh lain yang sesuai untuknya. Kadangkala kami juga buntu, hasrat mahu berkahwin masih tinggal hanya beberapa bulan. Ditambah pula dengan calon yang sehingga kini belum lagi tercapai.
Suatu yang sangat saya simpati dan sedih melihat situasinya, ayah dan ibunya tidak langsung mengambil tahu akan halnya, bahkan menentang hasratnya untuk berkahwin. Selepas menemui calon yang secucuk, masalah lain pula timbul. Hanya kerana dia mahu berkahwin dengan seorang wanita yang nampak solehah dan bertudung labuh, dia ditentang habis-habisan. Sokongan kami tidak putus-putus diberikan kepada Amni.
Akhirnya, kini dia mulai bahagia. Saya doakan bahagianya akan berpanjangan sampai menutup mata. Usia perkahwinannya sudah menjangkau 3 bulan.
Saya jarang melihatnya culas ke masjid, setiap waktu berjemaah di saf hadapan sekali. Kalau berkesempatang saya akan melihat kelibatnya berjubah dan berkopiah Bukit Mertajam putih di belakang imam. Tidak kira apapun waktu solat, dia akan ke masjid seawalnya, sebelum iqomah dilaungkan dia dahulu sudah berada di saf-saf hadapan. Selagi belum puas bersolat sunat, selagi itu kakinya cepat-cepat berdiri selepas memberi salam.
Saya tidak dapat bayangkan perubahannya sampai ke tahap yang saya sendiri tidak mampu lakukan. Benarlah kata-kata motivasi, orang yang menjadi baik selepas melalui jalan kejahatan dia mampu menjadi seorang yang lebih baik daripada orang yang baik. Saya yakin, perubahannya banyak dipengaruhi oleh seorang isteri dan tangungjawabnya selepas mendirikan rumah tangga.
Perkahwinan itu suatu titik perubahan, jika tidak menjadi baik, ia akan menjadi sebaliknya.
Cinta dan Perkahwinan Boleh Menjadi Motivasi atau ‘Roti Basi’
Sesetengah orang yang sudah melalui alam rumah tangga mesti berfikir, bahawa dia perlu berubah kerana tanggungjawabnya kian bertambah. Dahulu, dia hanya perlu menjaga solatnya sahaja tetapi selepas berkahwin dia perlu menjaga solat dirinya dan juga isterinya. Begitulah jua pada makannya, sakitnya dan sebagainya.
Apabila kerap berfikir akan tanggungjawab, diri lama-kelamaan akan mula terdetik untuk membuat perubahan. Hati mesti terlebih dahulu berkata begini:
‘Bagaimana aku mahu mendidik anak-anak dan isteriku menjadi orang baik jika aku sendiri tidak dahulu menjadi baik’
Atau
‘Bolehkan anak-anak dan isteriku mahu mencontohi aku, kalau aku sendiri yang tidak berubah untuk menjadi baik’
Kesedaran sangat penting.
Kalau anda mahu tahu, banyak manusia yang berubah disebabkan orang yang berada di sekelilingnya. Seorang lelaki mampu berubah kerana teman wanitanya. Seorang manusia boleh menjadi seorang pencuri jika temannya juga seorang pencuri, bahkan dia mampu menjadi lebih dari seorang pencuri, iaitu perompak. Hanya disebabkan faktor teman, kita mampu berubah.
Begitu juga di alam perkahwinan. Siapa sangka dengan adanya seorang suri (isteri), lelaki yang dahulunya pemalas tetapi selepas berkahwin menjadi rajin mengalahkan seorang wanita. Dialah yang membasuh baju dan dia juga yang menyiang ikan. Siapa lagi kalau bukan seorang isteri yang menjadi pendorong dan tulang belakang kepada perubahnnya.
Jika tidak, masakan seorang isteri itu digelar sebagai sayap kanan kepada suaminya.
Saya mahu bercerita tentang gelagat seorang teman saya yang sudah berkahwin hampir setahun. Dahulunya, dia seorang yang kebudak-budakkan tetapi kini matangnya melebihi seorang seniman. Dahulu bajunya jarang digosok untuk ke kuliah, tetapi kini dia yang menggosokkan bajunya dan baju isteri tersayang.
Hebat!
Sikap carring-nya semakin menjadi-jadi selepas berkahwin, pada sahabat apatah lagi kepada isterinya. Tetapi satu saja kelemahannya, dia tidak reti memujuk isterinya apabila merajuk. Acap kali juga dia mengadu, tetapi saya akui saya tidak punyai pengalaman untuk memujuk orang perempuan dan sememangnya saya tidak pandai dan tidak suka memujuk orang!
Wanita ini ibarat kerak nasi, direndam dengan air, lama-kelamaan dia akan lembut. Suami hanya perlu menahan sabar. Kata lelaki sejati, Sabarlah sikit.
Lalu, saya ingin menyatakan bahawa perkahwinan mampu merubah diri anda samada kepada kebaikkan atau sebaliknya. Kalaupun tidak banyak, saya berani menjamin, anda pasti berubah selepas saja melalui alam perkahwinan. Paling tidakpun fizikal anda yang akan berubah – dari kurus kepada gemuk! – akibat terlalu banyak makan.
Kahwinlah Cepat-cepat, Jika Mahu Berubah dan Perubahan!
Apabila saya berkata dan menyeru kepada khalayak atau teman-teman saya agar berkahwin cepat,tidak bermakna mereka yang lambat berkahwin tidak boleh berubah. Siapapun boleh berubah, tetapi membuat perubahan di alam perkahwinan itu lebih menyeronokkan, kerana apabila kita lalai dan terlupa akan ada seorang yang bakal menegur.
Dialah isteri anda yang saya maksudkan. Kata-kata begini bakal anda alami bila berkahwin nanti:
‘Abang, kenapa comot sangat ni? Mari Nurul bersihkan sikit?’
‘Abang, dah solat Zohor ke belum? Waktunya dah nak habis, sekejap lagi masuk waktu Asar’
‘Abang tak malu ke, anak-anak semua dah bangun, tinggal abang sorang je. semua dah tunggu nak sarapan pagi'
Ketahuilah, teguran-teguran beginilah yang walaupun nampaknya kecil tetapi ia memainkan peranan ke arah perubahan yang lebih besar. Anda tak mahukah?
Sesungguhnya KEHIDUPAN di alam rumah tangga sangat memberi kesan ke dalam diri seseorang. Semakin banyak tanggungjawab yang dipikul semakin tinggi kesedaran dan perubahan yang bakal kita perolehi dan kecapi, tinggal lagi ia mahu dipraktikkan saja. Sebab itu saya katakan, perkahwinan adalah medan perubahan,
Jika ia tidak menjadi MOTIVASI, ia bakal menjadi ROTI BASI yang bakal mewarnai alam perkahwinan anda.
[Usah Jemu Memberi]
Untuk read more, tulis di sini...

0 Responses so far.
Post a Comment