Apabila usia telah memcecah ke angka 20-an, fitrah seorang manusia sedikit lagi berubah. Ia meningkat kepada satu peringkat lagi tempoh kematangan. Terbukti, bagi sesiapa yang dilahirkan Normal, perasaan hendakkan kepada ‘lawan jenis’ ini akan wujud – lelaki mahukan kepada wanita dan demikianlah sebaliknya.
RASA ini tidak perlu diajar dan dipupuk kerana ia datang dengan sendirinya, oleh sebab itulah ia disebut sebagai fitrah. Fitrah adalah sifat-sifat yang dikurniakan kepada manusia dalam satu pakej sebaik sahaja manusia itu dilahirkan. Rasa lapar, mengantuk, sedih dan cinta adalah di antara koleksi fitrah yang sering kita rasakan.
Saya memandang fitrah ini sebagai satu keunikan, kerana tanpa diajar manusia sudah reti untuk melakukannya. Misalnya, seorang bayi apabila disuapkan makanan kepadanya, secara sendirinya dia akan mengangakan/membuka mulutnya, apabila tidak selesa atau sakit bayi tersebut tanpa disuruh menangis dia meronta-ronta.
Setipa tahun peningkatan usia adalah peningkatan kepada fitrah diri, maka keunikkan diri semakin bertambah.
Untuk Fitrah ini, ISLAM menyediakan jalan Alternatif untuk disalurkan, seperti yang telah saya tuliskan dalam beberapa artikel yang lalu, Fitrah tidak boleh sesekali disekat kemahuannya, tetapi ia mesti DIKAWAL perlakuannya. Perasaan Cinta jua begitu, jika ia disekat atau dihalang pasti akan rosak dan merana manusia. Lalu, ISLAM telah menyediakan Konsep Perkahwinan sebagai Alternatif bagi mengisi keunikan fitrah ini.
Sabda Nabi saw: ‘Barangsiapa yang sudah berkemampuan, maka berkahwinlah. Kerana jalan berkahwin itu boleh memelihara kemaluan dan menundukkan pandangan’
Pastinya, untuk ke gerbang ini anda terlebih dahulu sudahpun memahami garis pandu agama agar semasa persiapan menuju ke arah ikatan perkahwinan, agar nanti anda tidak terjerumus ke lembah dosa atau maksiat.
Kenal Pasti Kekuatan dan Potensi Diri
Pertama sekali dalam mengendalikan hal perkahwinan ini, anda mesti mengenal sejauh mana kekuatan diri dan potensi anda. Ada orang di peringkat umur ini dia masih tidak memerlukan untuk hidup berdua sebagai pasangan suami isteri, sebaliknya ada orang perlu kerana sebab-sebab tertentu.
PERLU atau TIDAK PERLU itu sangat penting sebagai langkah pertama kepada diri untuk membuat persiapan. Seandainya perlu, persiapan untuk ke arah itu mesti dimulakan, lebih awal lebih bijak.
Dalam menongkah arus kemodenan, tidak dinafikan pelbagai mekanisma negatif sangat kuat menggoda manusia, anak-anak mudalah yang menjadi mangsa kepada arus ini. Berlakunya perbuatan buang anak, berzina, rogol dan lain-lain gejala sosial oleh sebab mereka tidak mengenalpasti kekuatan diri bahawa mereka sudah sampai ke tahap PERLU berkahwin.
Percaya atau tidak, terdapat sesetengah manusia di awal usia 20-an ini menyebabkan dirinya sudah tidak boleh duduk diam apabila melihat atau terpandang akan wanita. Hatinya berbolak-balik mahukan kepada wanita. Ia adalah hakikat dan fitrah yang harus diterima oleh kita sebagai manusia, lalu dan ketika ini dia WAJIB berkahwin sebagai menjauhi perkara mungkar dari terus berleluasa.
Awas! Jangan fikirkan Nafsu manusia ini semuanya sama. Lain manusia, lain kurniaan-Nya. Kenali Potensi diri samada perlu berkahwin AWAL atau tidak.
Jangan IKAT lama-lama
Saya ditanyakan berkenaan ‘Berkahwin di Usia Muda’ sejak akhir-akhir ini. Ramai yang datang bertanyakan hal yang sama. Walaupun saya tahu, pertanyaan itu bukanlah bermaksud untuk mencari dan mengambil pendapat saya, tetapi ada maksud tersirat yang hendak diberitahu kepada saya bahawa:
‘Kami akan berkahwin!’
Saya tidak sedikitpun jelous! walaupun yang berhajat untuk berkahwin itu mudanya lebih 3,4 tahun daripada saya. Apa boleh buat, rezeki adik-adik.
Sebab itulah apabila saya berjenaka kepada pasangan muda ini, bahawa kahwin di usia muda tidak sesuai mereka akan memasamkan muka, bahkan terus bertanyakan sebab-sebab yang relevan kepada saya ‘kenapa tidak sesuai berkahwin awal’
Soal berkahwin awal ini terlalu fleksibel jawapannya, seperti yang saya katakan ia bergantung kepada KEPERLUAN yang perlu didahulukan bukannya soal KESEDIAAN. Ternyata orang sangat memandang USIA semasa mendirikan rumah tangga bukannya soal keperluan.
Peribadinya saya tidak menghalang mana-mana sahabat saya yang mahu mendirikan rumah tangga pada usia yang muda. Bagi saya, ia bukanlah soal berkahwin awal, tetapi jauh daripada itu, yang perlu ditekankan adalah, soal MANFAAT yang diperolehi selepas berkahwin dan MUDHORAT (keburukan) yang dapat dibuang selepas mendirikan rumah tangga. Ibaratnya seperti seseorang bertanyakan begini:
‘Makanan untuk dinner sudah siap, bila kita nak makan? Sekarang (petang) atau malam nanti?’
Jawabnya: kepada mereka yang berasa lapar (perlu), ataupun jika dia tidak menjamah makanan akan menimbulkan mudhorat (keburukkan) kepadanya, dia boleh terus mengambil makan malam tersebut walaupun waktu makan malam masih awal dan belum lagi tiba. Bagi yang tidak berasa lapar atau tidak memerlukan lagi makanan pada waktu itu, masa makan malam akan tiba, dan dia masih boleh menjamah dengan enak pada waktu malam.
Pokoknya, semua akan kembali kepada keperluan diri yang diri-sendiri lebih memahami kehendak dirinya.
Saya ditanya pula oleh seorang teman atau senior saya, walaupun sebenarnya dia lebih ‘otai’ dan pakar dalam bab PERSEDIAAN perkahwinan ini. Pemuda Acheh yang bakal mendirikan hari bahagianya penghujung Jun ini.
Bagi saya, jangan terlalu merumitkan diri-sendiri dalam urusan membuat persiapan sehingga diri-sendiri menjadi susah dan serba tidak kena. Hari-hari berusaha membuat persiapan untuk berkahwin kerana masa yang bakal tiba semakin dekat, sedangkan dia sendiri tidak tahu sehingga tahap mana persiapan yang perlu dibuat.
Tidak ada kayu ukur yang mengatakan bahawa apabila telah sampai ke tahap ini, anda dinilai sebagai sudah bersedia. Lalu, jangan terlalu drastik dan berkejar-kejar untuk melakukan persiapan yang terlalu rapi, ambil yang perlu dan yang penting untuk digunakan dalam tempoh terdekat sahaja. Itulah namanya persiapan.
Ibarat mahu menyambut kelahiran ‘orang baru’ di dalam sebuah keluarga, persiapan hanya dibuat untuk tempoh yang sekadar memerlukan sahaja, anda telah bersalah jika anda beranggapan bahawa persiapan yang rapi adalah persiapan yang MENYELURUH. Saya mahu bertanya, adakah seorang ibu atau bapa yang ingin menyambut kelahiran seorang bayi perlu menyediakan dan menyiapkan kelengkapan bayi itu bermula dari umurnya satu hari sehinggalah umur bayi itu mencecah 20 tahun? Jika itulah tanggapan kepada persiapan rapi, nescaya pasangan suami isteri terpaksa membeli baju dan seluar yang sangat banyak untuk anaknya, bermula umurnya sehari sehinggalah mencapai usia dewasa!!
Persiapan yang ideal apabila kita sudah dapat mengenalpasti kelemahan dan kekurangan, persoalannya jika tidak berkahwin bagaimana mahu mengetahui kekurangan dalam rumah tangga? Persiapan yang ideal juga adalah persiapan yang mempunyai konsep berperingkat-peringkat. Dari satu masa ke satu masa, persiapan dikemaskini dengan peningkatan kualiti yang sebaiknya.
Buatlah persiapan yang sedikit sebelum berkahwin untuk mengorak langkah kepada persiapan yang lebih mencabar apabila sudah berkahwin nanti.
Pada saya, berpada-pada dan bersederhana saja dalam membuat persiapan diri untuk berkahwin. Sudah mempunyai Asas fardhu Ain pun sudah memadai. Jangan pula kerana sibuk akan persiapan diri, anda terpaksa mengabaikan seketika urusan yang lebih patut didahulukan. Sibuk punya fasal, lafaz akad pun jadi tergagap!! Tidak kiralah Ustaz ataupun sesiapa, jika sudah disampuk gelabah, nama bakal isteri pun akan hilang dari lidah walaupun dialah kekasih yang dulu dipuja-puja.
Kahwin Lebih Baik!!
Jangan sia-siakan masa usia anda pada perkara yang tidak perlu. Jangan berani berkahwin jika tidak berani menongkah arusnya. Jika hidup membujang lebih memberikan ruang untuk mencapai banyak impian dan beroleh sejuta manfaat, tangguhkan seketika hasrat untuk berkahwin. Peluang hanya datang sekali tanpa dua kali. Sebaliknya, jika berkahwin itu tidak memberikan kesan negatif kepada karier dan masa depan perkahwinan, bahkan beroleh pula manfaat yang besar, teruskan hasrat dan niat murni anda, yang pasti anda sudah bersedia.
Tidak salah, untuk menyelami dan melalui alam rumah tangga dalam usia yang muda. Lagi cepat anda berkahwin, lebih cepat anda mencapai usia matang.
Kepada yang sudahpun mengikat perjanjian, samada perjanjian yang simbolik atau pertunangan, saya sarankan agar ia disegerakan kepada ikatan yang lebih serius, iaitu perkahwinan. Tidak sesuai kiranya ikatan yang sepatutnya diakhiri dengan keindahan terputus ditengah jalan. Jangan seksa tempoh menunggu dengan penantian yang lama, yang mungkin boleh merosakkan hubungan. Syaitan sentiasa memerhati manusia dan menunggu kesempatan.
Saya teringat salah satu bait-bait lagu daripada Ratu Dangdut Malaysia suatu ketika dahulu, bunyinya saya ingat-ingat lupa: ‘Jangan Tunggu Lama-Lama, Nanti Lama-Lama, Dia Diambil Orang’
Aidilfitri ini ramai teman sepengajian saya yang ingin melangsungkan Hari Bahagia atau Hari Separuh Bahagia (bertunang). Saya juga menumpang 'suku' bahagia. Kepada rakan yang akan berkahwin saya ucapkan Tahniah, kepada yang akan dan telah bertunang, ini pesanan saya:
‘Kahwin sajalah!’
____________________________________________
p/s: petang tadi saya menemani seorang rakan saya membelikan cincin untuk pertunangannya, harganya menjadikan saya berkali-kali menelan air liur. Itu baru bertunang, macam mana jika berkahwin nanti? Yang penting harga sebuah pengorbanan lebih mahal dari sebentuk cincin. Abadikan simbolik mahalnya cincin kepada pengorbanan yang lebih besar!
[Usah Jemu Memberi]
Untuk read more, tulis di sini...

nice entry.
:)
salam ust love,
setju dgn chehusna, artikel yg mnarik dan memberi smangat utk berkhwin..
bru sy fham erti persiapan yg sbenar.
thanks ust!!
salam wbth ust,
ana dh mengikat dgn si dia, tp belum tahu lg bila nk langsungkan prkhwinan. mcm mana tu ust, boleh ke ikat lama2..?
smoga ust bertemu dgn calon yg secocok dan berbahagia dgn si dia..
gud luck ust!! nice artikel!!
nice entry too.. :)