Banyak yang ingin saya ketengahkan dalam cerita kali ini, kalau boleh saya mahu menulis sampai beribu-ribu muka surat, supaya kaum hawa akan hilang kebimbangan dan beroleh semangat baru dalam seni percintaan.
Untuk menulis sesuatu yang klise dengan arus perdana dan berlawanan, ia mungkin suatu kesalahan bagi saya dan kepada pembaca untuk menerimanya. Namun, saya cuba membawanya dengan berperingkat-peringkat agar ia dapat diterima. Kalau bukan sekarang, mungkin suatu hari nanti ia bakal berubah, dan boleh jadi saya sudah tiada pada masa itu.
Ayuh!
Ubah Cara Berfikir dan Tanggapan
MENGUBAH kepercayaan pada sesebuah fahaman atau tanggapan atau tradisi yang sudah lama menjadi darah daging manusia lebih sukar daripada mencipta sesuatu yang tidak ada. Sedangkan jika difikirkan, sesuatu yang tidak ada, yang mahu ‘diadakan’ adalah lebih payah dilakukan kerana ‘ketiadaannya’.
Lebih-lebih lagi apabila fahaman dan tradisi tersebut bukan sahaja telah menjadi darah daging tetapi telah diperakui 'kebenarannya' walaupun pada dasarnya ia bukanlah benar secara mutlak. Ia boleh diubah, tetapi manusia sukar untuk menerima perubahan tersebut akibat pengaruh yang terlalu kuat. Tidak kiralah ianya relevan ataupun tidak, prinsip yang salah tetap akan diamal dan ditegakkan secara ikut-ikutan dengan alasan: ‘Inikan sudah menjadi adat, kita ikut sajalah, takkan nak diubah? Biar mati anak jangan mati adat!’
Sungguh kuat penangan sebuah adat. Sehinggakan anak sanggup dibiar mati. Persoalannya, kalau anak-anak sudah mati, siapa pula yang nantinya akan mewarisi dan mengamalkan adat juga tradisi?
Perigi Mencari Timba.
Pepatah ini selalunya dinisbahkan kepada perempuan yang ‘mencari’ atau melamar lelaki sebagai teman hidup atau bahasa mudahnya untuk dijadikan suami. Perigi sebagai perempuan manakala timba pula dinisbahkan kepada lelaki. Sudah berzaman-zaman adat ini diguna-pakai, tanpa orang menyedari ia sedikit sebanyak bertentangan dengan syariat apabila ia menyukarkan sebelah pihak untuk mencari jodoh – (perempuan tidak boleh ‘mencari’ lelaki) – begitulah kata muktamadnya.
Salahnya hanya kerana perempuan mesti menjaga nilai-nilai kelembutan seorang yang bergelar kaum Hawa. Lembut itu ditafsir dengan makna yang salah. Jikalau seorang perempuan itu melamar seorang lelaki, ia sudah terkeluar daripada golongan wanita yang lembut dan ‘tercampak’ daripada ciri-ciri wanita yang mempunyai nilai kewanitaan, sedangkan Agama tidak mentafsir begitu.
Atau bahasa mudahnya ‘Perigi yang mencari timba, adalah Wanita yang tiada MALU’ atau akan dikatakan sebagai ‘tak laku’
Dalam hal hal ini, adat telah menyalahkan wanita (perigi mencari timba) sedang syara’ tidak pula menyalahkan umatnya (tidak kira lelaki atau perempuan) untuk mencari jodoh. Dalam ISLAM, tidak pernah ditetapkan siapa yang perlu meminang siapa, asalkan ia bertetapatan dengan HUKUM dan tidak menyalahi syara’ ia dibenarkan bahkan digalakkan. Pendek kata, apa jua cara atau jalan (perempuan mencari lelaki atau lelaki yang mencari perempuan), selagi ia selari dengan Prinsip Islam dalam menentukan jodoh, ia disuruhkan dan ‘dipersilakan’
Kalaulah MALU itu digunakan sebagai kayu ukurnya untuk melabelkan seorang wanita yang baik, maka kita sudah tersalah meletakkan nilai malu tersebut. Seorang perempuan yang ikhlas ingin melamar seorang lelaki sebagai suami untuk membina sebuah rumah tangga yang diredhai ALLAH, adakah ia layak digelarkan sebagai TAK MALU kepada seorang wanita.
Kesimpulannya, adat ini boleh diubah jika terdahulu cara pemikiran kita boleh diubah. Jangan menganggap sesuatu yang negatif pada seorang perempuan jika melanggar prinsip perigi mencari timba. Bagi saya, ia suatu yang sungguh mulia dan tulus.
Kita Semua Sama
Saya akui bahawa tradisi dan adat perigi mencari timba ini wujud di mana-mana, sehingga saya yang bermukim sejauh ini (di Negara arab) menemui adat sebegini di sini, cuma ia tidaklah disebutkan sebagai perigi atau timba, mungkin dipanggil dengan nama dan istilah yang lain. Barangkali disebut sebagai ‘KELDAI MENGORAT UNTA’.
Apapun, adat ini tetap ada di mana-mana, cuma saya tidak pasti samada ianya terjadi pada orang barat ataupun tidak.
Mungkin dalam hal ini para wanita akan bersuara sinis kepada saya dan sesetangah golongan lelaki apabila disuruh untuk mempraktikkan cara ini:
‘Alah, diorang lelaki, senanglah bercakap. Kita ni perempuan, yang menanggung malu nanti siapa?’
Mari saya mahu menceritakan, apakah sebenarnya dilema seorang lelaki apabila mereka berhadapan dengan situasi memulakan cinta (mencari pasangan). Mungkin kaum Hawa tidak tahu bahawa kaum lelaki juga mengalami sindrom yang sama iaitu, TAKUT untuk memulakan dan MALU apabila lamaran mereka ditolak. Cuma, kelebihan yang ada pada lelaki, mereka tidak diselubungi dengan pepatah jangan jadi perigi mencari timba, lalu malu apabila ditolak tidaklah terlalu dirasakan oleh kaum lelaki.
Situasi ditolak adalah perkara lumrah, lelaki atau perempuan akan mengalaminya dalam urusan mencari jodoh atau pasangan. Kalau malu yang difikirkan sehingga menghantui fikiran, tidak kira lelaki atau perempuan, kedua-duanya akan rugi.
Pendek kata, kita (lelaki dan perempuan) semuanya akan menanggung risiko yang sama, jika perempuan bimbang lamaran mereka ditolak, lelaki juga sedemikian rupa. Dan apabila kita sudah mengetahui risiko yang bakal diterima ada sama, jadi tidak salah jika perempuan juga boleh menjadi pendahulu dalam hal mencari jodoh ini.
Bahkan lelaki akan lebih merasa terharu jika perempuan yang datang melamar mereka. Wahh! Dalam hati lelaki mungkin akan berkata: ‘Inilah Siti Khadijah yang selama ini ku cari-cari’
Mungkin bagi langkah pertama untuk membuang fahaman perigi mencari timba ini, tidak perlulah wanita datang meminang lelaki, cukuplah mereka datang melamar (taqdim) atau merisik lelaki sebagai step pertama pemecah tradisi. Anda tidak perlu khuatir atau bimbang, kerana tradisi dan adat yang akan anda ‘langgar’ atau ubah ini tidak langsung bersalahan dengan syara’, bahkan pernah dilakukan oleh serikandi agung suatu ketika dahulu yang saya pasti para wanita sudah tahu akan namanya.
Tidak banggakah kaum wanita, jika suatu hari nanti keluar di dada akhbar dan televisyen kenyataan yang berbunyi: ‘KERANA CINTA SEJATI: SEORANG WANITA KELANTAN MEMINANG LELAKI JOHOR’
YA, cinta itu diciptakan adil, siapa saja boleh merasai dan memulakan. Cuma manusia sahaja yang mencemarkannya dengan tanggapan yang menyeksa diri mereka sendiri.
Lelaki pun Kenalah Faham, Janganlah Buat-Buat ‘Don’t Know’
Bukan bermakna apabila suatu hari nanti istilah perigi mencari timba sudah mula diterima-pakai oleh masyakat, kaum lelaki boleh duduk di rumah bersenang-lenang sambil bergoyang kaki menunggu rombongan perempuan masuk meminang. Itu sudah melampau. Yang eloknya, sama-sama saling memahami dan sesiapa sahaja boleh menjadi pendahulu.
Ada setengah lelaki, hatinya keras (dalam erti kata, buta hati menilai perasaan), sampaikan dia perlu ‘diketuk’ dahulu, barulah dia sedar bahawa ada seorang wanita yang telah menyimpan perasaan terhadapnya. ‘hint-hint’ yang berlaku di depan matanya masih lagi tidak dapat difahami olehnya. Saya tidak pasti, samada lelaki jenis ini benar-benar tidak pandai mentafsir perasaan atau sememangnya ingin memelihara ego mereka. Kadangkala, lelaki juga perlu meraikan dan menghargai perasaan malu seorang wanita.
Seorang wanita mungkin akan bertanya: ‘Kalau begitu, cara macam mana untuk seorang wanita melamar lelaki. Bagaimana pula kalau ditolak nanti?’
Kalau mahu dikira lelaki yang sudah ditolak ‘proposalnya’ terlalu ramai. Telah saya sebutkan di atas bahawa risiko ditolak memang akan berlaku. Persiapannya adalah Sabar dan menerima dengan hati terbuka (berlapang dada), lelaki kena sabar, wanita juga begitu. Pokok pangkalnya kita mesti berani mencuba, jangan memandang risiko ditolak sebagai unsur negatif. Manalah tahu, hari ini anda ditolak, esok lusa diberikan dengan yang lebih baik dan kacak seperti Shah Rukh Khan!
Seperkara lagi, soal kaedah, cara dan bagaimana mahu melamar usah difikirkan panjang-panjang, jalan yang terbaik adalah dengan menggunakan orang tengah yang dipercayai, tidak kira orang yang mahu dilamar itu lelaki atau perempuan. Semasa Saidatina Khadijah r.ha ingin melamar Nabi Muhammad dahulu, Maisarah sebagai orang yang menemukan dan menceritakan segala perihal Nabi saw.
Melamar yang dimaksudkan bukanlah pihak perempuan yang pergi menhantar cincin kepada pihak lelaki (tetapi itu lebih bagus), namun cukuplah dengan menghantar wakil (orang tengah) bertanyakan status lelaki tersebut. Mudahkan?
Ditolak? Lumrahlah, wanita tidak perlu malu, lelaki juga akan malu jika keadaan yang sama berlaku. Seharusnya wanita mesti lebih malu untuk berdua-duan dan saling berpegangan tangan (bukan mahram) di khalayak ramai berbanding malu apabila ditolak. Anda mesti merasa bangga walaupun ditolak kerana anda sebenarnya telah berjaya mengikut jejak Saidatina Khadijah, cuma natijahnya tidak sama, ditolak. Namun, usaha anda itu tetap diberikan pahala yang besar.
Penutup:
Ada satu persoalan yang mahu saya tinggalkan, ‘Mengapa pasangan couple (yang belum halal) tidak lagi segan silu berpegangan tangan dan membuat dosa?’ Jawapannya: kerana perbuatan itu telah dipandang sebagai kebiasaan sedangkan ia salah di sisi agama.
Lagi,
‘Kenapa adat perigi mencari timba dipandang serong sedangkan ia tidak langsung menyalahi Agama?’ (jawapan ini anda perlu menjawabnya dengan hati).
Kesimpulannya, sesuatu perkara walaupun salah dari segi pelaksanaannya apabila kerap dilakukan ia akan dipandang biasa. Tetapi perkara yang baik jika jarang dilakukan ia akan dipandang sebagai perbuatan yang luar biasa.
Kalaulah perkara yang salah itu mampu merubah persepsi dan minda manusia, mengapa dalam perkara kebaikkan anda tidak boleh untuk membuat perubahan? Wanita, anda sebenarnya mampu melakukannya, dengan syarat anda meletakkan agama di hadapan dan sentiasa berfikiran positif.
Jangan terkejut jika suatu hari nanti, istilah perigi mencari timba akan mejadi relevan, percayalah!
____________________________________________
p/s: kalau sudah suka dan jatuh hati, apa saja akan dilakukan olehnya ................
[Usah Jemu Memberi]
Untuk read more, tulis di sini...

satu artikel yang merungkai keresahan di hati ini..Terima kasih..
Slm.
ana ada satu cerita,
sahabat ana muslimat telah memberanikan diri mentaqdim seorang muslimin,
lamarannya tidak diterima dan tidak juga ditolak,
cuma diberi penangguhan jawapan utk satu tahun, dengan alasan yang muslimin tu bagi "ana mmg masih sigle, dan ana belum lagi memikirkan perkara seperti ini buat masa ini, ana akan fikirkannya selepas habis belajar (1 thn lagi). Jadi muslimat ni jawab, dia akan tunggu utk 1 thn lagi, dan akan menuntut jawapan bila tiba masanya.
Nak dijadikan cerita,
belum pun sampai setahun, muslimin tersebut telah mentaqdim muslimat yang lain... apa agaknya sahabt2 rasa klu ia terjadi pada diri kita (muslimat).bagi muslimin, apa pulak sebenarnya yang muslimin ni fikirkan sampai sanggup menyakiti hati muslimat tersebut?
pada kami sahabat2 yg rapat dgnnya menjadikan kisah ini sangat memeritkan kami dan membuat kepercayaan kami pada muslimin semakin pudar... dan kami juga semakin takut untuk memulakan taqdim...
Salam.
Saya pun turut sedih dengan kisah yang diceritakan oleh Cahaya. Bagi saya pun selaku lelaki, tak sepatutnya muslimin itu berlaku demikian. Paling mudah pun, bagitahu sahaja tak nak, sebab kita pun tak pasti apa Allah tentukan akan datang n then muslimat tu pun tak tertunggu-tunggu.
Saya fikir, macamana kalau ia berlaku kepada adik perempuan kita sendiri? Mesti lagi sedih.
Apa pun, kaedah untuk pembinaan baitul muslim ni kena betul dan yakin dengan pasti. Sebab itulah dianjurkan islam istisyarah dan istikharah.
Tapi, bagi Cahaya, jangan pudarkan kepercayaan kepada muslimin dengan hanya kisah itu yang berlaku, bagi saya ramai lagi muslimin yg tidak sekejam itu. Jganlah salahkan keseluruhan muslimin ye.
Selamat mentaqdim dan berbaitul muslim.. =)
wah motivasi cinta disini ...jumpa juga akhirnya...saya nak bertanya
Bagaimana kita nak menimbulkan rasa resah dan cinta kita ini kepada Allah dari hanya mengeluh dengan seorang lelaki /wanita seandainya kita di tinggalakn atau di permainkan ..
Maaf saya dah terlanjur ....:)..jawab ye...
jazakallahu khairan jaza' tuk artikel yg membuka minda ini..namun hakikatnya, ia tetap sukar utk dlaksanakan..perlukan keberanian & semangat yg kuat dlm memulakan apa yg dianggap sebagai sesuatu yg 'melanggar adat'ini..
w/apapun, teruskan bertinta..barakallahu fi hayatika..
SUMAIYYAH: terima kasih jua, hilangkan resah, teruskan membaca!
CAHAYA: saya juga merasakan seperti yang anda rasakan. seperti mana saudara Aizat, saya berpesan, agar peristiwa itu tidak langsung melemahkan semangat saudari dan teman Muslimah yang lain untuk berusaha mencari jodoh yang terbaik.
sepeti yang telah saya kongsikan dalam artikel ini, situasi ditolak adalah lumrah, cuma cara ditolak mungkin berbeza dan lain. ada yang ditolak secara baik dan ada juga yang berlaku seperti saudari. arakiannya, kita mesti menerima dengan Sabar tanpa menyimpan sikitpun dendam kepada pihak lain. ALLAH maha adil akan mengurniakan yang lebih baik.
moga Saudari dan teman seperjuangan terus thabat.
AIZAT: betul, begitu jua pada muslimah. jika muslimin ditolak 'proposalnya' jangan terus melulu menuduh muslimat, sebaliknya menerima dengan baik bahawa itulah keajaiban jodoh.
[p/s: nak tunggu muslimat masuk line ke? atau nak Bampit carikan? hihi]
NABILAH SEN SEI: pertamanya saya mengucapkan penghargaan kepada saudari kerana timbul kesedaran untuk mencari suatu yg benar. tiada siapa yang dapat menghalang manusia untuk menjadi baik.
"orang yang BERTAUBAT selapas dia melakukan dosa adalah lebih mulia daripada orang yang sentiasa merasa baik dengan amalannya sendiri.."
RASA itu sebenanrnya boleh dipupuk. sebagaimana anda merasa selesa apabila mengadu pada manusia begitu jua anda mesti berasa selesa bila mengadu kepada ALLAH, bahkan lebih daripada itu.
letakkan di dalam hati bahawa: 'aduan kepada manusia belum pasti kita akan mendapat apa yg kita inginkan, mungkin apabila kita mengadu kepada manusia kita akan merasa lapang sementara, kerana itu sudah lumrah bahawa manusia suka apabila ada orang mendengarkan masalah mereka.
sedang ALLAh lebih hebat daripada itu, bukan sekadar Teman Pendengar yang SETIA bahkan DIA memahami apa hajat hambanya.
Luah dan adukan segala masalah kepada-Nya, nescaya kita akan beroleh ketenangan yang hakiki.
ISMI AFINIEY AHMAD: terima kasih. betul pendapat saudari, memang agar sukar untuk golongan pemula, tetapi ia akan menjadi mudah pada masa akan datang..
Alhamdulillah..artikel ni membuka mata saya tentang mslah perigi mencari timba ni..baru taw ape pandangan lelaki ttg perkara ni..
kdg2 psgn adam n hawa ni pakat dok pendam perasaan je..nk mula kan takut or malu..last2 terlepas kt org len..try mula kan..xkira adam or hawa..mane taw kot2 kite x tepok sblh tgn..=)
ade hint ke kaum adam ni meminati kite gak..??????
salam..
ana ada 1kesah..
sorg shbt ana muslimat tlh mengenali seorg muslimin diusia dye 16thn tp muslimin tu telah mentaqdim shbt ana.dn shbt ana menerima.namun, slps 2thn blalu, ketika muslimin tersebut memasuki universiti, muslimin tu telah mentaqdim muslimat lain yang seuniversiti dgnnya..dn muslimin tu telah bgtahu shbt ana yg dye telah taqdim muslimat lain.menyebabkan shbt ana sgt sedih dn krg percaya kpd muslimin tersebut.
apa pndgn ntorg dgn kdaan mcm ni??
bg ana, ana pn trut berkecil htidgn tindakan muslimin tersebut..
Muslimat jangan putus asa, bulatkan keyakinan hanya pada Allah. Tapi kena ingat, soalnya bukan Allah bagi atau tidak, tapi soal Allah bagi 'dia' atau yang Allah bagi lain. Ikhtiar dan yakin, kemudian redha dengan Apa yang Allah beri. :)
Hadiah puisi untuk semua!
Aku wanita
Dalam diriku ada berpuluh calon mujahid
Di jiwaku tersimpan beratus syuhada
Pada rahimku akan tumbuh beribu tentera Allah
Yang akan menggegarkan dunia
Dengan perjuangannya
Aku Wanita
Akan kupersembahkan berjuta pengusung agama
Akan kuberikan generasi pemilik dua pilihan : mati syahid atau hidup mulia
Akan kuhadiahkan pada dunia tak berhingga pejuang
Sampai bumi diliputi cahaya keadilan nan terang
Harus
Salahuddin Al-Ayubi baru terlahir dari rahimku
Sumayyah masa kini terbentuk di tanganku.
Mempersembahkan mujahid menjadi keseharianku
Melepas syuhada merupakan kebiasaanku
Akan..
Hendak..
Kulahirkan semua manusia pecinta Rabb-nya
Untuk kusebar membela kebenaran ke penjuru dunia
salam..
maaf mencelah..ana tertarik dgn keseluruhan isi dan komen disini..;-)
apa yg ana mahu sampaikan..
muslimat kena kuat..sesungguhnya jika ada muslimin yg menolak muslimat yg mula mentaqdim muslimin, mrk itu mmg rugi..krn dr situ sifat keberanian seseorg muslimat sudah blh dilihat..dan bkn mudah mencari muslimat yg berani sebegitu..
dan pada muslimin..
ingatlah kalian bahawa wanita ini sgt disayangi ALLAH dgn diberikan hati yg sgt tulus..sesungguhnya hati itu bisa kuat..tegar..berkecai..
tolonglah jaga hati muslimat dgn cara yg plg baik andai ditolak sekalipun..
wallahua'lam
Salamun alayk..
sy hanya hendak mcelah sedikit..tertarik ngn puisi yg dicoretkan oleh kombat..syukron..
kata2 semangat dari Anonymous juga sungguh bmakna..barakallhu fikum..(^_~)