PAYAHNYA BERSAHUR
Ketika bersahur itu menjadi penguat kepada mereka yang berpuasa, ramai yang kurang mengambil endah terhadap sunnah kecil itu, akibatnya belumpun sampai separuh hari berpuasa sudah ada yang merungut lapar, letih serta dahaga. Agaknya, mereka tidak perasan atau sedar bahawa Nabi saw telahpun berpesan: ‘Bersahurlah kamu!, kerana di situ mempunyai barokah’
Setiap pesan Nabi saw itu ada terdapat implikasi dan aplikasinya terhadap rutin harian dalam kehidupan. Berpuasa bukanlah sekadar menahan perut daripada makan atau minum, jauh dari sudut itu adalah bagaimana kita mengejar kesempurnaan dalam mengerjakan ibadat tersebut. Ya, dalam semua perkara kita mahukan yang perfect, mengapa pada puasa kita tidak mahu berlumba-lumba dan berusaha ke arah yang terbaik?
Walaupun jika anda tidak bersahur itu tidaklah membatalkan puasa anda, namun tanpa sedar ia sudah mengurangkan salah satu objektif berpuasa, iaitu bangun di awal pagi dengan tujuan beribadah. Maksud Nabi saw pada perkataan barokah bukanlah semata-mata pada makan sahur tetapi juga pada ibadat yang lain sebelum bersahur seperti bertahajud, bertadarus dan sebagainya.
Di zaman para sahabat dahulu, walaupun hidangan bersahur sekadar beberapa bji Buah Tamar (kurma) dan segelas susu, mereka tidak pernah meninggalkannya, pada mereka bersahur bukanlah kerana nanti tidak tahan menanggung lapar di siang hari, tetapi mereka mengamalkannya untuk mengejar barokah (berkat) yang telah Nabi saw pesankan. Sungguh berbeza di zaman sekarang, jikalau dihidangkan dengan sehebat manapun makanan, jika rasa mengantuk sudah menguasai, ‘say good bye’ saja pada makanan tersebut, yang penting hajat mata harus didahulukan.
Kalau mahu dinisbahkan banyaknya kuantiti pada makan sahur akan membuktikan kekuatan semasa di siang hari, itu tidak benar sama sekali. Buktinya para sahabat yang bersahur sebiji kurma pun mampu menghadapi Badar al-Kubro. Kita yang hanya berperang di ruang pejabat berhawa dingin kerap merungut lapar. Di mana iman kita ketika itu? Bukan setakat iman, tapi barokahnya juga telah hilang.
Itulah silapnya kita, bersahur kerana tujuan takutkan lapar di siang hari bukan kerana mahukan barokahnya, bersahur pula jika berkebetulan tidak tidur malam tapi bukan pada ibadatnya, bersahur pula bukannya kerana inginkan kebaikkan tetapi kerana lauk yang dihidangkan adalah Sup Tulang Gear Box! ataupun Nasi berlauk. Kalau setakat kurma atau biskut, ma’assalamah! Lebih baik tidur daripada mengorbankan masa mencelik mata untuk menjamah ‘barokah’ tersebut.
Akhirnya, apa yang tidak dituntut itu pula yang dilebih-lebihkan, semasa berbukalah masa untuk menqadha kembali segala tuntutan perut dan nafsu. Ketika nafsu telah tewas kepada manusia disepanjang hari mengerjakan ibadat puasa, akhirnya manusia pula yang ditewaskan oleh sang nafsu ketika masa berbuka puasa. Sampaikan meja makan tidak muat untuk diletakkan dengan pelbagai hidangan dan juadah berbuka puasa. Ketika itu, puasa sudah tidak menjadi ibadat, tetapi telah bertukar menjadi adat semata-mata, iaitu hanya menanggung lapar dan dahaga.
TIADA ‘KERIUHAN’ DAN KONDISI IBADAH
Sampai ke saat saya menulis artikel ini, saya belum merasakan lagi Ramadhan di Negara Malaysia tercinta ini mempunyai sebarang kelainan. Kedapatan rutin harian itu berjalan sebagaimana rutin yang kebiasaan berlaku. Yang bekerja terus bekerja. Cuma yang membezakan antara bulan Ramadhan dengan bulan biasa adalah gerai Makcik Milah yang selalu menjual Nasi Lemak dan Nasi berlauk tidak dibuka di pagi hari. Yang melainkan suasana Ramadhan di Malaysia juga adalah pada promosi Syawal yang sudah diuar-uarkan semenjak datangnya Sya'aban, dan orang-orang tidak akan makan di hadapan khalayak pada siang hari (tapi ada yang makan sorok-sorok kerana biadap).
Ya, itu sajakah?
Ada lagi, yang membuka aurat terus membuka aurat (eh! Aku puasa ni kira oklah), namun tanpa sedar semua situasi itu bukanlah sebagai penghidup kepada bulan mulia ini tetapi sekadar mahu menghormatinya sahaja, bimbang jika melanggarinya akan dituduh korang sopan. Kalau sebelum Ramadhan berpakaian ala-ala Jenifer Lopez, tetapi di bulan ini kenalah berbaju kurung (namun rambut tetap juga ditayang). Ada yang berpuasa, tetapi kegiatan mengumpat sukar ditinggalkan:
‘Husband I kalau berbuka puasa, habis semua makanan disentalnya, rokok tak boleh tinggal, bla..bla..bla..’
Suami sendiri menjadi bahan umpatan.
Kesimpulannya, menghormati saja belum lagi mencukupi untuk pengimarahannya, tetapi juga perlu kepada mekanisma yang dapat menghidupkan bulan Ramadhan ini, iaitu dengan mewujudkan pesta dan suasana ibadat.
Tarawih itu salah satu cara menghidupkan suasana ibadat di malam hari, tetapi kita mahukan yang lebih daripada itu. Kalau boleh siangnya hendaklah dipenuhi dengan bertadarus al-Quran tidak mengira tempat, bersedeqah, dan sebagainya. Di malamnya pula, tidak cukup dengan mengerjakan solat Tarawih, disambung pula dengan majlis ilmu seperti tazkirah, halaqoh tadarus, usroh, qiyamullail (bangun malam) dan lain-lain aktiviti yang dapat menambah kualiti puasa kita.
Kalau boleh, kita mahukan setiap inci dan saat di Bulan Berkat ini diisi dengan pelbagai amal dan perbuatan yang dapat menghasilkan pahala dan meningkatkan prestasi ketaqwaan. Biarlah bersusah-payah untuk sebulan ini, kerana belum tentu kita boleh bersua lagi dengannya pada masa mendatang nanti. Ramadhan akan sentiasa datang bila ada janjinya, namun kita akan ‘pergi’ bila sudah sampai masanya.
Jadikanlah kedatangan Ramadhan yang sama ini, dengan natijah yang tidak sama, bermakna kualiti amalnya lebih meningkat daripada tahun-tahun yang lalu.
AL-QADAR ITU PADA YANG ‘MENCARI’ BUKAN ‘MENANTI’
Ada tabiat yang sukar dibuang oleh orang-orang Islam di Malaysia ialah suka menunggu dan menanti promosi. Alasannya adalah, ketika itu barulah boleh pulun habis-habisan untuk beribadah. Sikap seperti ini lazim berlaku lebih-lebih lagi di penghujung Ramadhan. Barangkali sudah terbawa-bawa dengan sikap gemar menunggu dan menanti promosi jualan hebat dan sale-sale di pasaraya, sampaikan malam Al-Qadar-pun dilakukan dengan sikap yang sama. Lebih buruk lagi, bukan sahaja menunggu hari tetapi memilih hari untuk menemui al-Qadar.
Namun, ada juga terdapat segelintir manusia yang tidak langsung memandang promosi Al-Qadar tersebut sebagai nilai ganjaran yang terhebat. Berpuasa dan bertarawih sudah memadai untuknya, selebihnya adalah persiapan untuk menyambut hari lebaran (Syawal). Saya juga merasa pelik, orang-orang sebegini apa yang mereka inginkan sebenarnya apabila tiba bulan Ramadhan.
Justeru, pada malam tersebut ganjarannya menyamai peribadatan seumpama seribu bulan. Anda boleh memilih samada inginkan pahala seribu bulan tersebut diganjari dan dikurniakan pada nilai tarawih dan puasa anda ataupun ia diberikan pada ibadat yang selain itu. Siapa yang sangka, jika turunnya malam Al-Qadar itu bertepatan dengan ibadat kita menguli kuih raya, maka untuk kita pahala seribu bulan menguli kuih Tat Nenas, Batang Buruk dan Biskut Mozella!
Nilailah sendiri.
MENGHADAPI KESUNGGUHAN & KETEKUNAN
Cabaran mengerjakan amalan wajib (iaitu puasa) dan menghidupkan amalan sunat di zaman ketiadaan Nabi saw serta para sahabat ini terlalu menduga dan mencabar kelangsungan iman. Bukan sahaja pada kekuatan mujahadahnya untuk berpuasa, tetapi juga terhadap mujahadah pada melawan hawa nafsu yang sering menarik-narik.
‘Madarasah Ramadhan’ mungkin sukar untuk dilalui jika persiapan yang sempurna tidak dibekalkan semenjak bermulanya awal Muharam. Jika yang dimahukan pada Ramadhan itu sekadar berpuasa yang tidak menuntut kepada sebarang natijah, maka jadilah kita sebagai insan yang terlalu rugi, terbukti ramai yang inginkan result yang sedemikian, kata Nabi saw: ‘di kalangan kamu ramai yang berpuasa, tetapi hanya mendapat lapar jua dahaga’
Lalu, apa yang kita mahukan daripada pengorbanan lapar serta dahaga tersebut?
Jawapannya mudah, iaitu nilai TAQWA.
Yang berpuasa tetapi masih belum mencapai dan merasai spirit ketawaan tersebut, mungkin anda masih lagi gagal menemui hakikat sebenar berpuasa. Lapar dan dahaga itu hanyalah pada zahirnya, tetapi pada yang maknawinya adalah rasa Taqwa yang membolehkan kita melalui 11 bulan yang lain selepas keluar daripada bulan Ramadhan ini dengan terpimpin.
Tanah Ramadhan anda, andalah yang mengusahakan untuk 'membajak'nya. Hasilnya nanti untuk anda juga!
__________________________________________
Nota Kehidupan (1): Tahun ini, mungkin kali pertama dalam sejarah kami sekeluarga menyambut hari lebaran di Kota Metropolitan ini, Kuala Lumpur belum pernah saya rasai bagaimana suasananya ketika di pagi Syawal dan bakal saya rasainya tidak kurang 15 hari dari sekarang - Jemputlah bertandang!
Nota Kehidupan (2): Biasanya di pagi Syawal, bonda akan menyediakan pelbagai juadah seperti mana orang lain. Tetapi saya bukanlah seorang yang makan mengikut musim. Kalau boleh dipagi hari raya juga saya mahu menjamah Nasi Lemak Sotong atau Meehon Goreng. Pernah saya meminta bonda menyediakan menu tersebut, langsung saya dimarahinya!! Itulah padahnya, siapa suruh mengidam yang 'bukan-bukan' dipagi Syawal.
Nota Kehidupan (3): Kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh pembaca. Maaf zahir dan batin.
[Usah Jemu Memberi]

0 Responses so far.
Post a Comment