Soal bercinta ini sudah lama diperkatakan, garis panduannya pula sangat banyak diterjemahkan, semuanya bertujuan agar fitrah manusia dapat menjalani tabiat dan rasa ini dengan terpimpin tanpa dipengaruhi nafsu. Islam bukannya tidak membenarkan manusia mencintai antara sesama manusia, bahkan ia digalakkan jika dengan cara itulah ia dapat membina sebuah nilai kasih sayang.
Anda semua haruslah tahu bahawa cinta itu ibarat keperluan manusia kepada makanan, cuma cinta itu lebih dilabelkan sebagai makanan rohani dan tuntutannya harus dipenuhi sebagaimana perut juga harus diisi dengan makanan dan minuman. Jika tidak, yang empunya tubuh akan rosak dan terseksa.
Lalu, Islam melandaskan beberapa garis pandu yang disusun sebaiknya untuk manusia patuhi dalam melangsaikan keperluan tabie tadi. Jika mahu makan, makanlah dengan cara bersyariat, jika mahu bersukan, sukanlah dengan cara bersyariat, begitu jua jika mahu bercinta, cintalah dengan jalan bersyariat.
Syariat bukanlah membebankan atau menyekat, tetapi sekadar mengawal agar tidak tersesat, bahkan ia menyelamatkan. Seorang yang mematuhi peraturan jalan raya bukan sahaja sampai ke destinasi dengan selamat walaupun dia merasa sedikit kongkongan dengan peraturan, hakikatnya kongkongan yang sedikit itulah berguna untuk menyelamatkan dirinya daripada sebarang bahaya seperti kemalangan dan sebagainya.
Islam itu lengkap, kalaulah adab-adab ke bilik air pun diajarkan dan diperhalusi caranya kepada penganutnya, inikan pula adab dalam percintaan, lebih-lebih lagi ia ditekankan. Belum cuba belum tahu, sesungguhnya nilai percintaan yang dipandukan dengan syariat adalah lebih indah berbanding cinta yang menurut hawa nafsu.
KITA ADA BAITUL-MUSLIM UNTUK BERTANYA-TANYA
Ada orang bertanyakan saya, jika tidak boleh mengenali atau berkawan dengan wanita, bagaimana nanti mahu mencari pasangan hidup?
Pergaulan di dalam Islam sangat dijaga dan dituntut, kerana itu sahaja cara manusia untuk mengenali antara mereka. Perempuan boleh mengenali lelaki, lelaki juga boleh mengenali perempuan, tetapi haruslah dengan jalan yang terpimpin. Berkawan tidak salah, tetapi bagaimana kaedah sepanjang anda melalui nilai berkawan tersebut. Amatlah berdosa jika ada yang mempergunakan istilah ‘uhkwah fillah’ sebagai kata laluan dan kesempataan untuk bermaksiat.
Baitul Muslim itu ejen pencari jodoh.
Bagi yang pertama kali mendengarnya, pasti terasa sedikit janggal, namun kaedah ini sebenarnya sudah lama dipraktikkan. Walaupun di zaman Nabi saw tidak munculnya lagi organisasi seperti ini, tetapi bagi membina sebuah keluarga seterusnya membina kesinambungan masyarakat yang berkualiti ia diwujudkan.
Objektifnya tidak lain tidak bukan, sebagai pemudah cara bagi seseorang mencari jodoh. Saya yakin di pusat-pusat pengajian tinggi sudah lama mengamalkan sistem ini, bahkan mereka yang sudah mencubanya langsung tidak menyesal. Anda boleh memilih bagaimana calon mengikut taste anda sendiri.
Mahu yang berkaca mata dan bermata sepet ala-ala Chinese, ataupun inginkan yang hidung mancung dan bertudung seperti Wardina, hitam manis, putih melepak, tinggi lampai, rambut dan hidung seperti Shah RukhKhan, itu semua boleh diusahakan jika anda sanggup mematuhi segala kehendak Islam. Isi borang dan nyatakan kehendak itu.
YA, anda bukan sahaja mendapat gadis atau pemuda yang anda idamkan, bahkan juga selamat dari segala dosa!
KITA ADA ADAT DAN IBADAT SEBAGAI PENGUKUH CINTA
Sesudah mendapat calon yang menjadi idaman qalbu, pastikan anda terus menjaga hubungan itu. Jika mahu bersembang haruslah dengan cara yang dibenarkan, jika mahu berjumpa datanglah bersama mahram atau berkunjung terus ke rumah ibu bapanya, itu lebih indah dan harmoni. Bukannya sesuka hati keluar berduaan ke sana-sini tanpa segan dan silu.
Ingatlah, bercinta tanpa membatasi segala yang dilarang oleh syariat tidak akan membuahkan cinta yang sejati sebaliknya akan mendatang komplikasi yang buruk kepada pasangan cinta. Bayangkanlah jika semua perkara atau perbuatan yang sepatutnya dilakukan selepas berkahwin telah dilakukan semasa bercinta, apa lagi perbuatan yang masih berbaki selepas berkahwin untuk mengekalkan rasa cinta?
Berdating sudah, berpegangan sudah, bershopping sudah, menyambut hari jadi sudah, berdua-duaan pun sudah. Semuanya telah habis dilakukan, yang tinggal hanyalah hubungan kelamin, itupun jika yang kuat imannya, jika ‘ter…’ habis langsung nikmat utama perkahwinan.
Pendek kata, dosa semasa bercinta telah memusnahkan segala nilai cinta sesudah berkahwin nanti. Sebab itulah, usia perkahwinan belumpun mencecah angka belasan tahun, akhirnya pasangan yang dulunya hebat bercinta memilih untuk berpisah.
Cinta itu ibadah, mengapa dicemarkan dengan dosa.
Cinta itu adakalanya boleh menjadi adat, asalkan ia betul caranya mengikut landasan Islam.
KITA ADA ISTIKHOROH SEBAGAI TEMAN
Kadangkala kita dihujani rasa takut dan gelisah tatkala berada dalam persimpangan memilih calon atau pasangan hidup. Dilema itu selalunya bertubi-tubi mengasak agar diri kita tidak tersalah pilih. Hati selalu berkata: ‘Aku mahukan yang jelita, yang boleh memahami persaan, yang itu dan yang ini…’
Sehinggalah diri-sendiri terbit rasa bersalah jika kehendak hati itu tidak dipenuhi. Lalu timbul pula kegusaran jika kehendak itu tidak dipenuhi, maka bahagia tidak akan dikecapi. Akhirnya, apabila sampai masa memilih calon, perasaan was-was dan serba salah muncul mengganggu emosi sehinggakan keputusan yang dibuat langsung tidak memberikan keyakinan.
‘Betulkah wanita ini pilihanku yang tepat?’
Situasi yang mengganggu ini biasanya berpunca daripada syaitan. Maka, harus di atasinya dengan berharap kepada ALLAH supaya dijauhkan daripada gangguan serta cepat-cepat diberikan petunjuk. Istikhoroh adalah jalan yang terbaik.
Saya mahu katakan pada anda semua, bahawa istikhoroh ini seperti mendapat guaranty card yang akan memberikan separuh jaminan bahawa pilihan anda adalah tepat. Kerana apa? Sebabnya keputusan yang anda lakukan bukan berdasarkan pilihan anda semat-mata tetapi jua dipandukan oleh ALLAH taala. Jika kecewa, anda masih lagi mempunyai baki kegembiraan kerana anda sudah yakin bahawa ALLAH tidak akan memberikan kepada hamba-NYA pilihan yang terbaik melainkan yang baik-baik belaka.
Ya, dalam apa jua pekerjaan lakukanlah istikhoroh, agar anda mendapat pentunjuk atau dipermudahkan tanpa merasa ragu-ragu. Tuhan itu lebih mengetahui siapakah gadis atau pemuda yang paling layak untuk dipasangkan. Jika kebimbanganlah yang menjadi kacau-bilau dalam membuat pilihan, maka istikhoroh-lah yang akan memadamkan kebimbangan tersebut.
Ia seperti teman yang memberitahu kita bahawa dialah gadis yang secocok yang layak dijadikan calon. Percayalah, anda tidak akan menyesal dengan cara ini, kerana hasilnya adalah diambil daripada ALLAH yang serba mengetahui.
Ramai teman-teman saya yang menggunakan cara istikhoroh ini semuanya tersenyum lebar apabila saya bertemu dengannya sambil berseloroh: ‘Afiq, bila lagi nak beristikhoroh?’
Saya hanya tersenyum dengan ‘tamparan’ tersebut, kalau telah beristikhoroh-pun, duit sudah ada untuk berkahwin tak mengapalah, duit makan sendiri pun belum mencukupi, macam mana mahu beri makan kepada anak gadis orang?
Saya tak apalah orang lelaki, makan Mee segera pun sudah memadai. hai lahh.. Beginilah hidup kalau membujang, masuk angin keluar asap!!
______________________________________________
Nota kehidupan (1): Setiap kali ada jemputan ke majlis perkahwinan, saya mesti berkira-kira untuk menghadirinya, bukan kerana tidak larat, tetapi amat cemburu dengan mereka.
Nota kehidupan (2): Pesan orang-orang tua, kalau mencari calon biarlah dahulukan budi perkertinya (akhlak) agar nanti bahagianya panjang dan kekal abadi.
Nota kehidupan (3): hampir 5 orang teman saya yang akan menamatkan zaman bujang mereka menjelang Syawal ini, salah seorangnya adalah teman sekampus saya. Mabruq untuk Akh Abu Bakar dan Ukhti Hanisah. Moga ALLAH memberikan mawaddah & rahmah kepada kamu berdua.
10 Ramadhan, Azalea Wad 904, Hospital Tawakal - 0329 am
[Usah Jemu Memberi]

Salam ustaz,
sgt mnarik artikel kali nie, membrikan input dan ilmu baru kpd saya.
shkran.
nice article!
syariat itu berkat.
bila pakcik saleh masuk hospital? sakit pe afiq?? kim slm kt die ye..allahu yashfihu..
mhon copy artikel usraz