Tangan yang di atas lebih mulia daripada tangan yang di bawah.
Memberi cinta itu lebih tinggi nilainya berbanding menerima cinta

Hidup manusia tidak akan lari daripada tabiat semula jadi mereka, iaitu saling memerlukan. Bermula daripada sesuatu yang hidup memerlukan kepada yang hidup atau yang hidup memerlukan kepada yang mati, semuanya saling membantu untuk mendapatkan sebuah keperluan yang dinamakan manfaat. Contohnya, manusia sangat memerlukan kepada manusia yang lain untuk memenuhi tuntutan hidup, begitu juga manusia memerlukan bahan mentah (sesuatu yang mati) untuk terus menjalani kehidupan.
Prinsip ini akan berterusan bagi memastikan keseragaman seluruh siratan kehidupan itu berlangsung dengan tersusun dan baik. Sebelah pihak perlu memberi dan sebelah pihak yang lainnya pula harus menerima. Apabila si penerima sudah mendapat manfaatnya, dia pula harus memberi kepada pihak yang lain (yang memerlukan sesuatu). Konsep ini telah ALLAH taala jelaskan dalam kitabnya yang bermaksud: ‘Bertolong-bantulah kamu kepada kebaikkan dan jangan kamu membantu (bersubahat) dalam perkara kejahatan’
Pendek kata, kehidupan yang harmoni bertitik-tolak daripada sejauh mana prinsip saling memerlukan (memberi dan menerima) itu terus berjalan dengan baik.
Memberi dan menerima harus ada titik persamaan yang menjadi arah tujuannya, memberi bukan semata-mata memberi tetapi memberi kerana sebab tertentu. Sepasang suami dan isteri yang saling memberi di antara mereka membuktikan mereka itu saling sayang-menyayangi. Si suami memberikan suapan rezeki dan nafkah buat isterinya, menandakan pemberiannya itu adalah bukti cinta dan kasihnya kepada isterinya. Sikap ini dinamakan memberi kerana cinta dan kasih.
Ini bermakna, siapa sahaja di kalangan kita yang paling banyak memberikan sesuatu, itu tandanya dia benar-benar cintakan sesuatu tersebut.
MEMBERI KERANA KEPERLUAN
Ini adalah tahap pemberian pada kelas yang ketiga. Memberi kerana sebuah keperluan dan menunaikan hajat manusia. Apabila dia diminta untuk membantu, dia segera menghulurkan pertolongan. Yang saya maksudkan adalah doktor sebagai contoh yang mudah.
Tidak kira siang ataupun malam, seorang doktor akan berkhidmat untuk pesakitnya dan berusaha supaya pesakit yang dirawatnya akan sembuh suatu masa nanti. Tambahan pula, kerjaya sebagai seorang doktor sememangnya memerlukan tahap pengorbanan yang tinggi. Namun, doktor hanya mampu berusaha (memberi sekadar yang mampu) untuk mengubati pesakitnya. Bakinya hanya berserah kepada ALLAH yang akan menyembuhkannya.
Doktor tidak bekerja sepenuh masa untuk satu-satu pesakitnya, sampai masa mereka akan punch-card dan berehat untuk keperluan peribadinya. Namun begitu, sikap mereka harus dipuji kerana merekalah yang banyak memberi (khidmat tenaga dan kepakaran) dan usaha yang tinggi untuk melihat pesakitnya sembuh daripada penyakit.
YA, mereka tidak jemu-jemu memberikan khidmat kerana mereka diperlukan dan orang ramai pula memerlukan mereka. Bukan mudah untuk menjadi seorang pemberi yang sanggup mengorbankan masa bersama anak-anak semata-mata untuk kepentingan orang lain. Kadangkala doktor juga memerlukan masa untuk bersama keluarga, namun setengah masa mereka mesti dikorbankan untuk sebuah khidmat (pemberian) kepada masyarakat.
Saya bersahabat dengan ramai teman daripada bidang perubatan (doktor), istilah on-call adalah yang paling dibenci dan tidak disukai, ia bakal mengganggu privacy! Kata orang, kerjaya doktor ‘tak ada Life’ Ia tidaklah bermaksud hidup mereka terumbang-ambing, tetapi life mereka telahpun diberikan (diinfaqkan atau dikorbankan) kepada pesakit mereka.
Nampak tak? Betapa besarnya sebuah pemberian seorang doktor – itulah namanya pengorbanan. Kerana satu keperluan, mereka tidak henti-henti memberi.
MEMBERI KERANA TANGGUNGJAWAB DAN KASIH
Mereka memberi tanpa ada batas waktu, tanpa membezakan rasa terseksa atau menyusahkan. Diri mereka tegar apa sahaja yang bakal dihadapi, namun insan tersayang yang berada di sisinya perlu dahulu disenangkan.
Ibu dan bapa.
Jika seorang doktor kerjayanya tertakluk kepada masa tertentu, namun tidak bagi seorang yang bergelar ibu dan bapa. 24 jam itu adalah ‘waktu pejabat’ mereka menaburkan khidmat. Bermulanya kerja mereka tanpa ada masa pengakhiran sehingga jika diminta untuk bergadai nyawa sekalipun ia jua termasuk dalam senarai pekerjaan mereka. Soal gaji dan bayaran usah ditanya, selagi ada kuasa dan kudrat untuk memberi, tanpa upahpun mereka mampu bekerja. Tinggal lagi kita sebagai anak terus untuk cuba memahami perasaan mereka.
Ibu mulai memberi sejak kita berada di dalam kandungannya, ketika itu kita belum hidup sepenuhnya. Siapa sangka, bermula detik itu ibu sudah mula memberikan khidmat serta jasa. Walaupun ia dinamakan tanggungjawab namun jauh dari sudut itu pemberian seorang ibu bukan sekadar melepaskan soal tanggungjawab sahaja tetapi juga untuk kesejahteraan anaknya nanti.
Kerana ibu sangat cintakan anaknya, pemberian mereka melebihi segala-galanya.
Jangan bertanya soal kasih sayang, ibu mana yang tidak kasihkan anak kecilnya, ibu mana yang mahu melihat anaknya terseksa dan merana. Tiada seorang ibupun yang rela akan semua itu. Pemberian ibu adalah melebihi segalanya. Bapa jua begitu, pada ibu dan ayah biarlah pemberian untuk diri-sendiri itu tidak sempurna atau cukup, asalkan anak-anak mereka dapat merasa apa yang diberikan oleh mereka.
Percayalah, semua pemberian itu berharga percuma! Walaupun harganya lebih tinggi dari segunung emas.
Cubalah tanyakan pada ibu, apa sebab mereka bersungguh-sungguh mahukan anak mereka berjaya. Nanti jawab ibu: itulah hadiah yang paling berharga. Sambil-sambil itu ibu tersenyum manis, membelai lembut ubun-ubun kita. Terasa seperti di syurga.
Cuba tanyakan pula ketika ibu duduk berseorangan, adakah ibu tidak merasai penat dan lelah? Nanti jawab ibu: penat ibu akan hilang jika apa yang sudah diberikan dan ditaburkan memberi kepuasan untuknya. Ketika itu, ibu akan tenang saat menutup mata dipanggil Ilahi.
Akhirnya, tanya jua pada diri sendiri, apakah bakti (pemberian) kita kepada mereka kerana kesungguhan dan penat lelah mereka? saya percaya kita sukar mencari jawapannya. Doa sahaja belum memadai untuk membuktikan kita jua boleh memberi, sampai bila-bilapun kita tak akan mampu membalasnya.
Selepas ibu dan ayah berusaha memberi, apakah yang kita mahukan daripada hasil berian mereka? menjadi anak yang baik atau sebaliknya?
MEMBERI TANPA MEMINTA
Pernahkah anda menghitung berapakah jumlah rezeki dan suapan makanan yang telah anda perolehi sepanjang hidup anda? kemudian, berapa banyakkah oksigen yang sudah anda hirup sepanjang hidup tanpa pernah berlaku sesak nafas walaupun seminit? Seandainya dihitung-hitung, berapa Ringgit Malaysia yang sanggup anda laburkan untuk itu?
Sudah! Lupakan sahaja hasrat untuk membayarnya atau menebusnya dengan wang ringgit, kerana sememangnya anda tidak mampu untuk melangsaikannya. Lagipun ALLAH tidak menuntut semua itu daripada kita. Lalu susahkan untuk kita taat berbanding pemberiannya yang free itu?
Ar-Rahman, Ar-Rahim dan Ar-Razzaq membuktikan ALLAH itu pemberiannya tanpa perlu dibayar dan diminta untuk memulangkannya semula. Jika oksigen yang diberi, bukan pulangannya oksigen, Tuhan tidak perlukan semua itu, DIA memberi bukan untuk mendapatkan sesuatu daripada hamba-Nya tetapi memberi dan terus memberi kerana kasih akan manusia.
Sifat Ar-Rahim pada ALLAH taala itu melewati segala peri kemanusiaan, pada yang beriman diberikan nikmat, pada yang kufur juga diberikan oksigen yang sama, pada yang ingkar juga tidak putus-putus rezeki dikurniakan untuk mereka. Tiada satupun ciptaan-Nya yang tertinggal dalam pemberian-Nya. Hanya manusia yang kurang reti untuk melahirkan rasa syukur (bagi yang beriman). Lantas Tuhan menyatakan kekesalannya pada manusia bahawa: ‘Dan hanya sedikit di kalangan hamba-Ku yang bersyukur’
Kata-Nya lagi: ‘Barangsiapa yang bersyukur (dengan pemberian-Ku) maka akan Ku-tambahkan nikmat untuk kamu, sebaliknya bagi yang kufur untuk mereka azab yang amat berat (pedih) seksaannya’
ALLAH itu boleh saja jika DIA mahu menarik segala pemberian-Nya kepada manusia pada bila-bila masa sahaja. Bayangkan jika ditarik sekejap pinjaman oksigen selama setengah jam bagi mereka yang meninggalkan solat Subuh atau pada mereka yang melakukan rasuah, apa yang akan terjadi dengan situasi itu? Yang jahat akan kembali ke pangkuan jalan dan taat akan terus taat. Pastinya solat Subuh tidak akan ada seorangpun yang berani meninggalkannya.
Namun, ALLAH tidak begitu sifatnya. Beri dan terus memberi tanpa mengenal siapa yang memusuhinya atau mengingkarinya. Pada yang taat, pasti terus mendapat rahmat-Nya.
PENUTUP
Lalu, siapakah yang layak digelarkan sebagai pencinta sejati? Anda sendiri mampu melampir jawapannya dengan membandingkan sejauh mana hasil pemberian anda. Kata pujangga: ‘Cinta itu pada siapa yang memberi. Semakin banyak anda memberi cinta, semakin banyak anda memperolehi cinta’
Untuk memberi tidaklah sukar, cuma perlukan kesanggupan, ditambahkan sedikit dengan rasa cinta. Siapa yang paling tinggi cintanya, dialah yang paling banyak memberi.
_________________________________________
Nota Kehidupan (1): Baru-baru ini beg saya keciciran di KLIA, termasuklah tiket untuk saya pulang ke tempat belajar hilang bersama-sama beg tersebut. Terima kasih buat semua yang berusaha membantu saya, terima kasih teman-teman!
Nota Kehidupan (2): Akhir ini, setiap kali menyuapkan makanan ke mulut ayahanda, saya menitiskan air mata seorang diri.
Nota Kehidupan (3): Banyak perkara yang bakal saya tangisi nanti, tak tahu di mana silapnya. Saya bakal kehilangan suasana lama ketika saya mahu membina suatu yang baru dalam kehidupan. Kini, saya amat berharap sebuah keajaiban daripada TUHAN!
Azalea Wad 904, Hospital Tawakal, Jalan Pahang – 5 Ramadhan / 0748 am
[Usah Jemu Memberi]

afiq
doa untuk ayah afiq
syafahallah syifaan ajilan syifaan la yughadiru ba'dahu saqoman
semoga Allah menyembuhkan dia, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya.
Allah menyayangi kalian..
salam..
Moga diberi kekuatan dalam menghadapi apa saja ujian yang mendatang..
segala sesuatu ( ujian @ perkara diluar perancangan )itu pasti berlaku kerana ada hikmahnya yang tersembunyi..
Hari ini mungkin ia sesuatu yang sukar.. namun insyaAllah.. di hari yang lain, ia akan akan menjadi sesuatu yang indah.. paling tidak pun.. ianya akan menjadi kenangan yang manis..
Tina.