Akan datang menemui anda di blog kehidupan. Membaca dengan matahati.

Tiba-tiba sahaja saya didatangi dengan 'angin' dan minat yang belum pernah saya ceburi sebelum ini. Apatah lagi kemahiran untuk mengubah-suai gambar tidaklah berpihak kepada saya. Yang membuatkan saya teruja dan bersungguh-sungguh mahukan minat ini agar berhasil dan menjadi kenyataan kerana ia membolehkan saya mentafsirkan lebih daripada sebuah tulisan atau kata-kata.

Anda mesti pernah mendengar pepatah ini:
‘Tidak tergambar dengan kata-kata’

Kadangkala tulisan tidak mampu untuk menterjemahkan apa yang dibaca oleh mata, tetapi hanya dengan melihat dan tanpa membaca, hati dapat memahami sesuatu. Pelik bukan? Seolah-olah sebuah potret itu boleh menceritakan segala-galanya, seperti dia menjadi teman berbicara sesuatu di luar fitrah alam. Lain gambar, lain tafsirannya. Kadang-kadang memandang sahaja sudah mengundang ketenangan.

Subhanallah! Inilah hebatnya alam ciptaan ALLAH taala.

ALL ABOUT LIFE, akan menceritakan segalanya tentang kehidupan yang dilalui seharian. Ia tak akan berbicara melalui tulisan tetapi dengan mata hati yang melihat sejauh mana ibroh (pengajaran) yang boleh dicungkil melalui alam dan kehidupan.

Jujurnya, ini bukanlah sebuah perniagaan atau bisnes, tetapi ingin berkongsi minat dan rasa sahaja dengan khalayak bersama suatu kebaikkan yang saya miliki. Tidak hairanlah jika TUHAN terlebih dahulu meminta manusia agar sentiasa memerhatikan alam sekeliling supaya beroleh
ibroh (pengajaran). Ah! berkongsi itu tidak salah bukan? Kalau saya punyai sebungkus nasi untuk dijamah beramai-ramai, mengapa saya harus memilih bersendirian menjamahnya?

Baik untuk anda, baik juga untuk saya.

Maka, terimalah hasil buah tangan saya yang pertama. Jika ada yang mahu bercerita, mentafsir dan sebagainya tentang karya ini, saya sebesar-besar tapak tangan mengalu-alukannya. Moga-moga dengan adanya konsep ‘penulisan’ baru ini, minda kita lebih terbuka luas dan semakin hampir dengan yang Maha Pencipta.

Selamat Menghayati. (Klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar & jelas).

ALL ABOUT LIFE - moment


ALL ABOUT LIFE - memory


ALL ABOUT LIFE - love


ALL ABOUT LIFE - spirit

Nota Kehidupan (1): 24hb September 2010, saya mulai meninggalkan Malaysia. Doakan saya sejahtera hingga sampai ke destinasi.

Nota Kehidupan (2): Blog kehidupan akan terus dengan konsep penulisannya, cuma sesekali saya akan menyelitkan jenis 'penulisan' yang memerlukan anda diam dan cuma memerhati. Ia lebih banyak faedah dan pengajaran. Ia juga akan menghilangkan jemu! Namun......

[Usah Jemu Memberi] untuk apa saja dan kepada siapa saja.

2 Responses so far.

  1. :)

  2. Hanya kerna aku milikNya
    Aku seperti tidak punya hati
    untuk cuba merasakan cinta lain
    Selain dari cinta besar itu
    Juga kerna aku punya Dia
    Jiwa aku tidak lagi tandus
    Malah bertambah subur dari setiap hari
    Dan aku bersyukur di atas cinta ini

    Hanya kerna aku milikNya
    Hidupku kini lebih bererti
    Seluruhnya tertumpu hanya pada Dia
    Tidak ada subjek lain bias menggugat hati
    Juga kerna aku punya Dia
    Aku semakin jujur mengenal peribadi diri
    Yang selama ini aku selalu berdusta pada diri
    Dan semua itu cukup memberikan pengajaran buatku

    Hanya kerna aku milikNya
    Cintaku kian bertambah
    Semakin bercambah setiap hari
    Tiada cinta lain yang membuatku setenang ini
    Juga kerna aku punya Dia
    Aku semakin tahu apa erti hidup ini
    Akulah hambaMu mentaati perintahMu dan meninggalkan laranganMu
    dan kerna tanpa itu semua, hidup ini tidak ada maknanya…~

    created by:>>diriku<<

    kasih_5048@yahoo.com