“You kenal dengan Rizal?” Soal Siva.

“Lebih dari kenal,” Jawab Mei Ling selamba, bibirnya mengukir senyuman kecil.

“Hmm, macam mana you boleh kenal dengan dia, Mei?” Siva hairan.

“Dia tu macam artis kat kolej kita, dia mungkin tak kenal I, tapi I kenal dia,” ujar Mei Ling. Mereka berdua tertawa kecil.

“Siva, saya kagum dengan err… apa orang panggil dia?” Tuturnya terhenti, cuba mengingat gelaran “ustaz” yang ada pada Rizal.

“Panggil apa?”

“Alaaa.. us, us. Haaa.. Ustaz Rizal,”

“Ohh..”

“Awak tahu ke ‘ustaz’ tu apa, Mei?” Tanya Siva. Mereka masih lagi dalam perjalanan menuju ke dewan kuliah di Blok D, kuliah Ekonomi.

“Mestilah tahu, ustaz tu gelaran untuk Orang ISLAM yang berpegang dengan agama dia. I means dia seorang yang banyak ilmu. Bukan itu saja, dia juga seorang pengamal dalam agama,” panjang lebar Mei Ling menerangkan kepada Siva. Dia melihat Siva seolah terkejut.

“Hebatlah kamu ni Mei Ling, patutlah orang panggil kamu Siti. But you are Romans Catholic, right? Dari mana kamu tahu semua ni?”

“Of course-lah, but my family especially adik-beradik I tak berpegang sangat dengan agama tu, Cuma my parent je yang kuat. Lagipun Papa and Mama I tak halang untuk I belajar apa-apa agama, asalkan I berjaya dalam hidup,”

“Dulu, I tinggal sebilik dengan seorang perempuan Muslim, dia yang banyak tunjukkan pada I kebaikkan yang ada dalam ISLAM, tapi tak lama, sempat satu semester saja, dia dah grade. And now, I dah lost contact dengan dia. I rindu sangat dengan dia, Kak Baiduri namanya,” Balas Mei Ling.

“I kenal sangat dengan Kakak Baiduri. Best Student 2 tahun lepaskan?”

“Yes. You ada apa-apa maklumat untuk I contact dia, Siva?” Mei Ling seperti teruja. Bersungguh-sungguh mahu mendapatkan apa jua maklumat tentang Baiduri yang pernah dikenalinya 2 tahun lalu. Wanita itu, sudah diibaratkan seperti kakaknya sendiri.

“Oh, I’m so sorry, Mei Ling. Tak ada,”

“Its ok,”

“Mei Ling, I want to tell you something…” Siva berbisik pada Mei Ling.

“Apa dia?” Mei Ling hairan dan pelik.

“You ni dah jatuh hati pada Ustaz Rizal atau agama dia? You kena hati-hati, Mei Ling, silap hari bulan hati you boleh berubah. You sanggup tinggalkan agama yang you anuti sekarang?” Mereka menghentikan seketika perjalanan di tepi susur gajah. Membiarkan orang ramai memintas mereka. Siva seperti serius ingin bercakap sesuatu.

“You mesti ingat Mei Ling. Kita boleh bekerja sama-sama, tapi jangan sampai terpengaruh dengan budaya mereka,” Siva mengingatkan. Mukanya serius.

“Walaupun apa yang dibawa oleh agama mereka itu baik?” Mei Ling pula cuba mempersoalkan kata-kata Siva tadi.

“Semua agama ada kebaikkan masing-masing, Mei Ling. Tapi taklah sampai kita nafikan kebaikkan dalam agama sendiri,” balas Siva.

“I tak kata agama yang kita anuti sekarang salah, cuma kita mencari kebenaran dalam hidup. Do you understand me, Siva?” Siva senyap, memuncungkan bibirnya.

“Up to you, Mei Ling. I just nak ingatkan you aje,” Siva mula tidak mengendahkan kata-kata Mei Ling. Mereka meneruskan semula perjalanan ke dewan kuliah.

“Siva, dalam hidup ini, kita ada banyak pilihan. Kita boleh jadi baik, dan kita boleh jadi sebaliknya. Walaupun I seorang penganut Kristian, tapi dalam banyak perkara I akui ISLAM itu sesuai dengan naluri hidup manusia. You tak rasa macam tu Siva?”

“No!” Siva masih berkeras. Tapi hatinya mula mengakui sesuatu. Agama ISLAM memang ternyata mempunyai kebaikkan tersendiri, Cuma kepercayaannya kepada ISLAM mula luntur kerana kerap kali melihat penganutnya sendiri tidak beramal dengan Agama ISLAM. Kebejatan sosial di kalangan orang Melayu sendiri membuktikan di depan matanya sendiri tentang kelemahan agama itu.

“I mungkin tak percaya, tapi I tetap rasa kebaikkan itu ada. Siva, I yakin you akan rasa apa yang I rasa suatu hari nanti” Mei Ling menyudahkan kata-katanya dan cuba melemparkan senyuman kecil kepada Siva yang mulai masam mencuka.

“Ok-lah, you menang lagi kali,” Siva mengalah.

“Alah, you ni Siva lekas merajuklah. I Cuma bagi pendapat je. Kalau you lekas merajuk, nanti lekas tua, macam mana you nak kahwin dengan lelaki cina?” Mei Ling mengusik Siva.

“Isshh, you ni mengarutlah, Mei Ling. I tahu, you pun dah jatuh hati pada Ustaz Rizal, kan?” Kali ini giliran Siva pula mengenakan Mei Ling. Mereka sama-sama tertawa. Orang ramai yang melalui susur itu melihat saja gelagat mereka berdua.

“Oh my god, please!”

Jam hampir menunjukkan ke angka 10 pagi, beberapa minit saja lagi kuliah akan bermula. Siva meneruskan perjalanannya ke bangunan bersebelahan tempat Mei Ling berkuliah, dan berjanji akan bertemu semula di situ selepas jam 1 tengaharai nanti.
_____________________________________

“Akak tengok apa tu?”

Nurul tidak menjawab. Dia sedang mengelamun jauh. Adegan ‘kemesraan’ antara Ustas Rizal dan wanita cina tadi masih mengacau fikirannya.

“Kak Nurul, Kak Nurul,” Syuhada menyapanya lagi kali kedua. Dikuatkan suaranya sedikit. Suasana hingar-bingar di kafetaria tersebut bertambah bising dengan kedatangan pelajar yang baru selesai berkuliah pagi itu.

“Errr, ya Syuhada. Maaf, akan tak sedar Syuhada panggil akak,” Nurul tersipu-sipu.

“Akak, tengok siapa? Ustaz Rizal dah pergi kuliah dah,”

“Syuhada ni, ke situ pula perginya. Akak termenung je tadi,” Jawab Nurul bersahaja. Masih menyembunyikan perasaannya.

“Termenung atau teringatkan seseorang ni, Kak Nurul?” seloroh Syuhada.

“Syuhadaaaaa…” Nurul menjeling ke arah Syuhada, dia tidak suka diusik begitu ketika ini. Perasaannya masih bercampur-baur antara gelisah dan cemburu. Dia sendiri tidak tahu mengapa perasaan itu hadir.

“Syu tengok ada perempuan Cina bersembang dengan Ustaz Rizal tadi, Kak Nurul kenal dia?” Syuhada bertanya. Dia juga inginkan kepastian apa yang dilihat sebentar tadi.

“Akak kenal dengan Siva, tapi perempuan cina tu baru pertama kali akak nampak dia. Syuhada tak kenal dia?”

“Tak..” Balasnya pendek.

“Mungkin dia ada urusan kelab atau persatuan dengan Ustaz Rizal kot, Kak Nurul,” Syuhada pula menduga.

“Akak pun rasa macam tu juga,”

“Kalau macam tu, nanti akak pergilah tanya pada Siva, siapa perempuan cina tu. Syu tengok dia tu macam ada jawatan je dalam kampus ni. Masakan dia datang jumpa dengan Ustaz Rizal kan, Kak?”

Nurul membisu. Ada benarnya kata-kata Syuhada tadi. Lalu, mengapa dia harus cemburu?

Suasana bising di kafetaria itu tidak langsung menghalang Nurul bermain dengan fikirannya. Sesekali apabila rasa gelisah itu datang, dia bersitighfar. Namun, dia tidak dapat nafikan perasaan hatinya yang tidak tenang.

Nurul termenung lagi.

Sepi.
____________________________________

Malam itu, Rizal dan Abu Ikrima tidak ke mana-mana. Hanya menghabiskan masa terluang di rumah mereka. Kebiasannya pada malam-malam minggu begini, Abu Ikrima akan menemani Rizal menyampaikan kuliah agama di surau-surau berdekatan. Kalau tidak pun, mereka akan berusrah bersama pelajar-pelajar baru. Tetapi malam itu, mereka tidak mempunyai apa-apa undangan majlis ilmu.

Jarang kesempatan rehat sebegini mereka perolehi, jika adapun hanya sebulan sekali. Masa hujung minggu yang lain mereka akan sibuk dengan urusan persatuan dan undangan berceramah di luar. Abu Ikrima pula, akan mengikut ke mana saja Rizal pergi jika mempunyai kelapangan masa.

Usai menjamu makan malam, mereka berdua berehat di ruang tamu. Menghabiskan masa dengan menonton televisyen. Sambil-sambil diselangi dengan iklan sementara menanti drama disambung semula, Rizal mencapai buku dan dibelek-beleknya, sekali imbas dia membaca helaian yang menarik perhatiannya.

“Rizal, mak ana kirim salam pada enta. Petang tadi ana call dia,” Abu Ikrima memulakan perbualan.

“Waalaikumsalam warohmatullah. Mak dan ayah enta sihat?”

“Alhamdulillah, dua-dua sihat. Cuma ayah ana tu biasalah, sakit tua. Dah tak larat tapi masih nak bekerja juga. Risau ana jadinya,” ujar Abu Ikrima, ada raut kerisauan di wajahnya.

“Orang tua, macam tulah, Abu. Bila dah selalu bekerja masa muda-muda dulu, jadi terbiasa, susah nak duduk diam. Ada aje kerja yang nak dibuat. Enta tak usah risaulah,”

“Mak, enta masih berniaga di warung lagi, Abu?” soal Rizal pula. Dia meletakkan sebentar buku yang dibaca tadi, mengalihkan dirinya pada perbualan seketika.

“Aah, tapi sekarang dah kurang sikit. Mak ana pun dah tak larat. Dia upahkan orang untuk jagakan warung dia,” Terang Abu Ikrima.

“Ana rindu nak makan nasi lemak daun pisang mak enta, Abu. Mengidam pula rasanya. Paling akhir pun, tengah tahun lepas kan?”

“Itulah enta, dah jarang datang rumah ana sekarang. Mak ana pun selalu tanya,”

“Emm, betu juga. Bilalah agaknya ana ada rezeki nak ke sana lagi ye,”

“Bila-bila pun tak apa, Rizal. Rumah ana sentiasa terbuka. Enta bukan orang lain pun dengan ana,” balas Abu Ikrima.

sepi seketika.

“Rizal, ana nak tanya pendapat enta sikitlah,” Kali ini Abu Ikrima betul-betul ingin membuka topik perbualan yang sebenar. Dia bangkit dan mengambil tempat di sebelah kerusi Rizal.

“Apa dia, Abu?” Rizal mengalihkan wajahnya.

“Tapi ana segan,”

“Kalau segan macam mana ana nak tolong? Ni mesti pasal kahwin kan?” Rizal cuba mengorek hal sebenar daripada temannya itu. Terkulat-kulat menyembunyikan rasa malunya.

“Tahu-tahu je enta ni, Rizal,”

“Ana kenal enta dah 5 tahun, Abu. Makan minum enta ana sediakan. Inikan pula bila enta buat muka macam ni, lagilah ana tahu,” Usikan Rizal itu memecahkan suasana hening dengan hilai tawa mereka.

“Enta yakin tak kalau ana nak berkahwin awal?” soal Abu Ikrima.

“Lebih dari yakin, Abu”

“Enta rasa, ana perlu untuk kahwin dalam usia macam ni? Maksud ana, berkahwin waktu belajar” Abu bertanya lagi, dia inginkan kepastian, jauh dari sudut itu juga dia sebenarnya mahukan kata-kata semangat dan keyakinan untuk dia membuat keputusan.

“Enta takut akademik enta terganggu dengan perkahwinan nanti?” soal Rizal kembali, dia mahu Abu Ikrima sendiri mencari jawapan disebalik persoalan yang ditimbulkan tadi.

“Hmmm...” Abu Ikrima mengelus kecil, tidak menemui jawapan.

“Abu, tak bermakna bila kita berkahwin, kita akan mengabaikan akademik. Bahkan ramai orang yang berkahwin ketika belajar meningkat prestasi mereka, enta tak mahu jadi macam mereka?”

“Macam mana pula dengan komitmen ana dengan kerja-kerja persatuan nanti?”

“Pun sama!”

“Akademik, persatuan dan perkahwinan boleh bergerak seiring. Cuma kita sendiri perlu bijak membahagikan keperluan yang mesti didahulukan,” tambah Rizal lagi.

“Maksud enta?”

Lama Rizal diam, dia memikirkan sesuatu untuk memahamkan Abu Ikrima.

“Perkahwinan semasa belajar bagi orang yang bergiat dengan persatuan boleh diibaratkan seperti makan dan minum. Kita memerlukan kedua-duanya, tapi kadangkala ada perkara yang perlu kita dahulukan dan ada yang kita kemudiankan mengikut kehendak semasa,”

Abu Ikrima senyap seketika, cuba memahamakan apa yang diterangkan oleh Rizal.

“Adakala bila kita dahaga kita akan minum dahulu baru makan, adakala kita makan dulu baru minum. Tapi kita tetap tak meninggalkan kedua-duanya. Begitu juga bila kita berkahwin ketika belajar, apa yang enta rasa perlu didahulukan enta mesti dahulukan, dan jangan salah satu daripadanya dibiarkan terabai atau terganggu. Keluarga nombor satu, akademik bukan nombor dua. Persatuan akan duduk antara keduanya”

“Percayalah, perkahwinan akan menjanjikan perubahan yang kita tidak sangka-sangka,” ujar Rizal panjang lebar.

“Masih tak yakin dengan ana?”

“Yakin, Cuma ana masih belum bersedia lagi,” jawab Abu Ikrima. Wajahnya kelihatan lebih tenang.

“Belum bersedia atau belum bercalon,” Rizal menduga semula.

“Enta ni Rizal, pandai sungguh mengenakan ana. Macam Ahli Nujum pula bila bercakap dengan enta. Semuanya tahu,”

“Kalau tak ada lagi, ana boleh tolong carikan?” Rizal berseloroh.

“Serius?”

“Eh, betul-lah, tak akan ana main-main pula. Enta ingat ini main kahwin-kahwin ke?”

“Ustazah Nurul?”

“Layak ke ana dengan dia, Rizal?” Abu Ikrima malu-malu.

“Lebih dari layak,”

“Ustazah Nurul mahu ke terima lamaran ana nanti?”

“Wahhh, ada hati juga rupanya enta dengan Ustazah Nurul? Esok ana sampaikan pada dia, ada jejaka tampan nak lamar dia,”

“Ishhh, janganlah Rizal. Ana bergurau aje,”

“Tak kira!!”

“Rizal……. Tak baik enta buat ana macam ni tau,” Rizal ketawa dengan gelagat Abu Ikrima yang merah padam mukanya. Dia melemparkan bantal kecil ke arah Rizal namun Rizal sempat mengelak.

“Ooo.. pemalu juga sahabat ana yang seorang ni. Macam mana nak kahwin kalau malu? Silap hari bulan enta yang jadi suri rumah,” Rizal mengenakan Abu Ikrima lagi. Sudah lama dia tidak dapat bergurau seperti itu dengan Abu Ikrima. Dia melamparkan semula bantal tadi kepada Abu Ikrima, kali ini lemparannya tepat ke tubuh Abu Ikrima. Rizal bangkit meninggalkan ruang tamu apabila Abu Ikrima bangun mahu mengejarnya.

“Siap enta Rizal,” Laung Abu Ikrima.

Malam itu, topik perbualan mereka habis begitu sahaja. Mereka berkejar-kejaran. Akhirnya Rizal mengundur diri selepas keletihan.

Abu Ikrima tersenyum kecil, dia sangat kagum dengan lelaki itu, ilmunya sarat memenuhi dada, dan tidak jemu membantu sesiapa. Dia bersyukur dikurniakan seorang teman seperti Rizal.

Teman ketika gembira, sahabat ketika berduka.

Bersambung...

2 Responses so far.

  1. suka gambar tuu.. ^__^ Nice edit..

  2. mane sambungan dye??nak taw...=)