Matanya belum terasa untuk dilelapkan lagi walaupun tika ini malam semakin menginjakkan waktu. Tidak seperti malam-malam yang lain, dia mudah untuk tidur. Dia tidak pasti apakah yang menyebabkan hatinya timbul rasa gelisah. Puas dia mengalihkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan, namun matanya masih tidak dapat dilelapkan.
Mei Ling bangkit seketika, menyandarkan tubuhnya ke dinding katil lalu menghamburkan nafas kecil. Sambil merenung ke luar tingkap kotak fikiran memikirkan sesuatu. Akhirnya dia buntu. Tidak pasti apakah kegelisahan yang sedang bermain di hatinya.
Dahulu, dia pernah merasai perasaan sebegini tetapi ia hilang dengan sendiri apabila duduk sendirian dan memikirkan kejadian alam. Setiap kali perasaan gelisah itu datang, dia akan cuba membuangnya dengan cara itu. Duduk di tepi tingkap dan memandang kejadian di sekelilingnya. Hakikatnya dia sedang mencari suatu kebenaran disebalik penciptaan itu.
Sejak akhir-akhir ini, hatinya tenang apabila mendengar alunan azan. Sayu dan syahdu. Dia seperti terpukau dengan alunan ‘zikir’ itu. Dia sendiri tidak memahami apakah maksud disebalik alunan suara azan tersebut. Tapi hatinya senang sekali saat alunan itu dialunkan dicorong-corong masjid dan televisyen.
Pernah sekali, dia memberhentikan keretanya di bahu jalan semata-mata mahu mendengar alunan azan yang berkumandang, seingatnya ketika itu azan Maghrib sedang dialunkan. Melihat ramai manusia yang berpusu-pusu masuk ke masjid, hatinya melonjak-lonjak ingin tahu apa yang sedang dilakukan oleh manusia yang datang saat hari menjelang malam. Tetapi dia bukanlah sebahagian daripada penganut agama itu.
Mei Ling mengalihkan pandangannya ke rak buku, lalu mencapai Kitab Injil pemberian ibunya sempena hari lahirnya yang ke 24 tahun lalu. Hadiah itu sungguh berharga baginya, entah kenapa “Kitab Suci” itu tidak pernah lekang daripada tangannya jika dia mahu ke mana-mana, adakalanya hatinya tenteram apabila membaca sebahagian isi kandungan yang menceritakan tentang keagungan tuhan.
Mei Ling membelek-belek muka surat yang ditandakan. Malam itu dia berhasrat mahu membaca satu ayat sebelum dia tidur, dengan harapan hatinya akan beroleh ketenangan. Dia membelek-belek lagi helaian muka surat akhirnya berhenti pada satu ayat:
‘Bukankah telah Ku-perintahkan kepadamu, agar kuatkan dan teguhkan hatimu? Janganlah kecut dan tawar hati, sebab Tuhanmu menyertai engkau ke mana sahaja engkau berada’ (Yosua – 9)
Berkali-kali dia membaca ayat tersebut hingga hatinya berasa tenang dan damai. Akhirnya dalam kegelapan malam hatinya beransur tenang. Dia mencapai kain sejadah dibirai katilnya dan dilekapkan ke dadanya. Kain sejadah itu pemberian Kak Baiduri suatu masa dahulu. Dia tidak pasti apakah kuasa yang ada pada kain tersebut sehingga setiap kali dia memeluk erat kain itu hatinya dapat merasakan suatu ketenteraman jiwa.
Mei Ling tersenyum kecil. Fikirannya mula terimbau pada wanita bertubuh kecil itu – Kak Baiduri.
Setahun berlalu, membuatkan dia terasa satu kehilangan yang besar dalam persahabatannya. Kalaulah wanita bertudung labuh itu berada di hadapannya sekarang, mahu saja dipeluknya erat-erat agar dia tahu dia sebenarnya menyayangi insan itu. Baiduri banyak mengajarnya erti sebuah kehidupan di saat manusia lain sedang tercari-cari arah sebenar kehidupan. Dia beruntung dikurniakan teman yang tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar. Mei Ling sendiri tidak mengerti, mengapa dia begitu selesa dengan wanita tersebut, setiap kali memandang wajahnya, ada rasa yang tidak diketahui menyerap masuk ke dalam hatinya – ketenangan.
“Kak Baiduri, akak nak bawa saya ke mana ni?” Mei Ling melangkah keluar dari kereta. Baiduri yang memandu sedari tadi hanya tersenyum kecil, tidak mengendahkan pertanyaan Mei Ling.
“Akak, jawablah,” Mei Ling resah gelisah. Baiduri tersenyum lagi, kali bersama lirikan mata.
“Siti ikut je akak, malam ni kita makan special, akak belanja,”
“Ha? Makan?”
“Ye, makan malam. Siti tak sudi?”
Mei Ling semakin hairan, siang tadi Baiduri ada menghantar mesej kepadanya, mahu mengajaknya keluar tetapi tidak diberitahu ke mana.
“Tapi, kenapa Kak Baiduri?”
“Akak tahu, Siti mesti terlupa sesuatu,” Baiduri melemparkan senyum kecil. Mei Ling menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Kali ini dia bertambah runsing. dia mencari-cari apa sebenarnya tujuan Baiduri membawanya ke pusat membeli belah tersebut.
“Kita makan di Restoran Chinese Food ye?” soal Baiduri.
“Err…”
“OK, jom kita masuk,” belum sempat Mei Ling menjawab, Baiduri menarik tangannya masuk menuju ke Restoran mewah tersebut. Mei Ling hanya mengekori. Selepas membuat pesanan, Baiduri bangkit mahu meninggalkan Mei Ling seketika.
“Siti tunggu kat sini sekejap, akak nak pergi ambil barang untuk Siti,”
“Barang untuk saya?”
“Ya, untuk Sitilah, untuk siapa lagi yang ada kat sini,”
“Akak, beritahulah saya sebab apa? Saya musykil lah,” Mei Ling merayu, hatinya berdebar-debar dengan tingkah-laku Baiduri yang tidak langsung menjawab pertanyaannya sejak dalam perjalanan lagi.
“Shhh.. Siti jangan takut,” Baiduri meletakkan jarinya ke bibir Mei Ling lantas dia meninggalkan Mei Ling keseorangan di Restoran tersebut sementara menunggu pesanan sampai. Mei Ling kembali runsing. Dia cuba berfikir, apa sebenarnya yang dia terlupa seperti yang dikatakan oleh Baiduri tadi, tapi tak menemuinya.
Selepas setengah jam, Baiduri muncul bersama sebungkus hadiah. Balutannya cantik berwarna hijau lembut bersama riben kecil di hujungnya.
“Selamat hari lahir Siti, semoga Siti dalam kebahagiaan selalu,” Mei Ling terkesima dan terkejut. Dia memang terlupa bahawa hari ini adalah hari lahirnya.
“Akak,” Mei Ling tak mampu meluahkan kata-kata ketika itu, tidak sangka Baiduri meraikannya sebegitu rupa.
Baiduri menghulurkan hadiah itu kepada Mei Ling. Perlahan-lahan Mei Ling mencapainya.
“Bukalah,”
“Terima kasih, Kak Baiduri,” ujarnya. Dia tidak tahu apa yang mahu diungkapkan kepada wanita itu. Sangat terharu apabila Baiduri mengingati hari lahirnya. Pantas dia membuka bungkusan tersebut. Sebuah Beg Tangan AVON dan sehelai kain sejadah berwarna hijau.
“Siti suka?”
Mei Ling menganggukkan kepalanya sambil mengukir senyum kecil. Dia memeluk erat wanita bertudung labuh itu, tanpa sedar air matanya mengalir di pipinya.
Itu kenangan setahun yang lalu, ketika dia sama-sama masih menuntut di Kolej. Mei Ling hanya sempat bersama wanita itu selama sepenggal setengah, kemudian Baiduri menamatkan pengajiannya.
Mei Ling mengesat air matanya yang mengalir. Kehilangan wanita itu adalah kehilangan yang sangat dirasakan. Ibarat kehilangan seorang ibu yang banyak memberi tunjuk ajar kepadanya. Semenjak ketiadaan Baiduri, dia banyak mencari ketenangan seorang diri. Kalau dahulu, Baiduri menjadi tempat luahan perasaan dan tempat mengadu, tapi hari ini wanita itu sudah tiada lagi.
Setahun berlalu begitu pantas, tidak sedar sepanjang itu juga dia telah kehilangan insan yang banyak berjasa. Entah kenapa dia ditakdirkan bertemu dan tinggal sebilik bersama-sama wanita itu semasa di kolej dahulu. Dia bukanlah tidak gemar tinggal dengan rakan yang sama bangsa dengannya, tetapi sejak di bangku sekolah lagi dia merasa selesa berkawan dengan orang Melayu. Padanya, orang Melayu yang beragama Islam mempunyai adat dan tradisi yang unik.
Ya, Baiduri telah membuktikan ‘keindahan’ itu kepadanya, orang Melayu yang beragama Islam tidak seburuk yang disangka. Dia mulai belajar semua itu selepas mengenali Baiduri.
“Siti, bangsa tak punyai apa-apa kelebihan atau kemuliaan berbanding agama,” ujar Baiduri 3 bulan bulan sebelum menamatkan pengajiannya.
“Maksud akak?”
“Semua agama mengajak kepada kebaikkan, tak kiralah apa jua bangsa, kita disatukan atas dasar kebaikkan yang dianjurkan oleh agama kita,” Baiduri menerangkannya.
Mei Ling mengangguk menandakan dia mulai faham dengan apa yang dijelaskan oleh Baiduri.
“Siti percaya adanya syurga dan neraka?” Baiduri bertanya, dia mahu mengambil hati Mei Ling yang semakin berminat dengan perbincangan itu. Sedikit sebanyak dia mahu menyampaikan kebenaran yang ada di dalam Agama Islam.
“hmm,” Mei Ling mengangguk kepalanya tanda bersetuju.
“Dalam syurga nanti, siapa saja yang berbuat baik semasa di dunia, Tuhan akan masukkan ke dalamnya sebagai balasan dengan kebaikkan yang mereka lakukan. Tak kiralah apa jua bangsa sekalipun, jika mereka pernah melakukan kebaikkan, mereka pasti akan dijanjikan syurga. Bangsa Cina akan masuk syurga kalau mereka baik, bangsa Melayu dan India juga akan ke syurga,” Panjang lebar Baiduri menerangkan tentang keindahan Islam.
“Kak Baiduri mesti akan masuk syurga, sebab akak orang yang baik,” Mei Ling meluahkan sesuatu. Baiduri tersenyum kecil kerana Mei Ling mulai memahami sesuatu yang disampaikan tadi.
“Siti pun akan masuk syurga,” ujarnya pendek.
“Tapi, dulu saya pernah buat tak baik, takkan saya boleh masuk syurga?”
“Siti tetap boleh masuk ke syurga kalau Siti betul-betul berubah untuk menjadi orang yang baik,” Mei Ling terdiam seketika, ada benarnya kata-kata Baiduri tadi.
“Tapi agama saya tak pernah mengajar itu semua,” wajahnya sugul.
“Dalam agama Islam yang akak anuti ini ada mengajarkan tentang itu. Orang yang bersalah tak akan selamanya bersalah jika dia mahu berubah menjadi baik. Tuhan tidaklah sezalim itu,”
“Kalau Siti nak tahu, dalam agama Islam sendiri mengajak penganut mereka untuk sentiasa membuat perubahan ke arah kebaikkan. Bahkan Tuhan akan memberikan ganjaran yang besar untuk mereka yang berbuat kebaikkan,” ulas Baiduri panjang lebar.
Mei Ling memandang ke arah Baiduri. Wajahnya sayu. Perlahan-lahan Baiduri bangkit dan duduk di sebelah Mei Ling. Dia memaut tubuh Mei Ling. Sungguh tenang dirasakan ketika itu.
“Suatu hari nanti, Siti akan faham apa yang akak sampaikan ini, akak sentiasa doakan Siti agar menemui suatu yang Siti cari selama ini” ujarnya sambil merenung dalam-dalam anak mata Mei Ling.
Hari ini, wanita yang sering memberikan kata-kata nasihat dan penguat semangat itu sudah tiada. Yang tinggal hanyalah pesanan yang pernah ditinggalkan dahulu. Butir-butir mutiara itu tidak pernah dilupakan.
Banyak sudah kebaikkan Agama Islam yang telah dia pelajari, namun hingga kini dia belum lagi mempunyai kekuatan untuk membuat keputusan. Kekeliruan yang bermain difikirannya semakin terungkai tetapi hatinya masih belum terbuka untuk menganut agama Islam walaupun dalam masa yang sama dia semakin mengakui kebenaran yang dibawa oleh agama itu.
‘Tuhan, tunjukkan kebenaran itu kepadaku..’ bisik hati kecilnya. Dia mengelus.
Mei Ling merebahkan tubuhnya, mencapai selimut dan menutupi sebahagian tubuhnya. Dia masih belum boleh tidur. Keheningan malam itu membuatkan dia asyik melayan fikirannya. Sedari tadi, fikirannya tidak henti-henti mengimbau kenangannya bersama Baiduri yang pernah dilalui. Adakalanya dia tersenyum sendiri, tetapi dia lebih banyak mengalirkan air mata kerana mengingati kebaikkan wanita itu kepadanya.
Hingga kini, dia tidak tahu bagaimana mahu mencari wanita itu. Mahu membalas semula kebaikkan yang pernah dicurahkan kepadanya.
‘Kak Baiduri, saya rindukan akak..’ hatinya merintih.
‘Siti harus kuat, carilah kebenaran itu walaupun di mana saja, akak sentiasa doakan agar Siti menemuinya suatu hari nanti’ Mei Ling tersenyum, dia seolah-olah terdengar suara itu membisikkan sesuatu ke telinganya walaupun hanya dalam khayalan.
‘Siti harus kuat…
‘Mei Ling harus kuat..’ Suara itu berbisik lagi.
Malam semakin larut. Tanpa dia sedar, waktu subuh sudah semakin hampir tetapi kelopak matanya tidak boleh dilelapkan. Azan Subuh yang pertama mengejutkan Mei Ling daripada lamunannya. Keasyikkan dan kemerduan suara itu membuainya dalam ketenangan.
Mei Ling tersenyum, tersenyum ketika dirinya membayangkan betapa damai dan kebahagiaan yang sedang dirasai sekarang. Dalam keasyikkan mendengar alunan itu, dia terlena.
Sepi.
Bersambung...

Kunjungan demi kunjungan,
Mungkinkah perjalanan kisah ini akan diteruskan..
Moga Allah karuniakan hikmah buat penulis,Moga kebahagiaan dan ketenangan sentiasa bersama..Amiin.