Cinta ini datang kerana dirimu mencintai Allah
Cinta ini pudar, bila cinta mu kepada Allah pudar
Kau harus bahagia, walau aku-tiada di sisimu nanti,
Kerana CINTA ini dibawah lembayung yang sama,
Isteriku,
Kerana diri-mu mencintai Allah dan Rasul-Nya,
Kehilangan dirimu adalah kehilangan ‘Allah’ dalam diriku,
Ketiadaan wajahmu adalah kehilangan ugama dari jiwaku.
Sayangku,
Engkau adalah sayapku,
Engkau adalah tulangku,
Engkau adalah masa sunyi dan sepiku,
Jika kau beroleh bahagia, aku jua turut merasainya.
Kekasihku,
Sebelum meraih restu ALLAH,
Pastinya dirimu adalah asing bagiku,
Cinta ini ku-simpan hingga masa yang pernah ku-janjikan,
Maka,
Dengan Kalimah Bismillah, aku datang melamar-mu,
Menjadi suri sehidup semati dengan-mu,
Agar nantinya kita bersua lagi di pintu Firduasi,
Melafazkan getaran rindu yang satu.
Afiq Saleh
Mafraq, Jordan.
[USAH JEMU MEMBERI]

mcm mn ya...sblum berkahwin..pasangan kita adalah asing bg dr kita...jd xbolehkah sblum kahwin kita brkenalan atau brcinta dulu...dr pihak anda sndr bgaimn....sharing is caring
To Anonymous - Asing bermaksud belum halal, jadi segala perkara yang di halalkan semasa sudah berkahwin adalah di haramkan semasa belum berkahwin.
Tidak salah berkenalan asalkan ia satu keperluan & kesediaan sebelum ke gerbang perkahwinan.
Adapun bercinta, ia masih ditegah kerana bimbang akan dituruti dengan syahwat.
Apapun, cinta lebih indah & berpahala selepas berkahwin kerana ia sebuah ibadah.
Tidakkah terlalu keterlaluan mengatakan kehilangan seseorang beerti kehilangan "Allah dan juga ugama?