SIMBOLIK PERCINTAAN DUA BANGSA

Novelis terkenal, Azizi Haji Abdullah muncul sekali lagi dengan novel terbarunya berjodol 'Sangeetha' . Kali ini Azizi berjaya mengabungkan dua aspek budaya dan peradaban bangsa dalam sebuah novel tebal yang mengesahkan percintaan hati dan perasaan antara dua jiwa berlainan agama. Percintaan mereka bukan berdasarkan percintaan seperti Juliet dan Romeo bahkan percintaan naluri berpaksikan kebudayaan sepertimana yang dinyatakan oleh pengarang terhadap alat muzik gambus dan tabla.

Cinta tidak mengenal usia, rupa, darjat, bangsa dan agama. Cinta yang terluah dan disambut, alangkah indahnya. Cinta yang terhalang derita jadinya. Namun, bagaimana jika cinta itu cinta terpendam, datang tanpa diundang, keliru antara sayang dengan kasihan? Kata orang, adat muda menanggung rindu, namun jika orang tua yang memendam rasa, bagaimana? Dari situ maka lahirlah 'Sangeetha' iaitu seorang perempuan tua berbangsa India yang berasal dari Mumbai berusia 85 tahun ingin mengisi kekosongan hatinya dengan perasaan cinta kepada lelaki tua berbangsa melayu yang bernama Deros. Sangeetha, cerita cinta terpendam antara warga emas India dengan Melayu yang tidak diluahkan melalui kata-kata.

Dalam cerita tersebut empat individu sahaja menghidupkan cerita iaitu Sangeetha, Vilalal adiknya, Neena dan Deros seorang pemain gambus. Penceritaan itu juga berakhir dengan kematian Vilalal di atas ambulan di mana Deros mengajar Vilalal mengucap dan saat kematian Deros bila Sangeetha pula mengajarnya mengucap sedangkan Sengeetha bukan seorang Islam. Saya sengaja menghidupkan watak Deros yang mengajar Vilalal mengucap dan Sangeetha mengajar Deros mengucap bila sampai waktu nazaknya ialah bagi mengambarkan kalimah itu satu ketenangan. Ini menandakan Sangeetha sendiri telah merasai jika Deros gagal melafazkan kalimah itu ia tidak mendapat ketenangan yang abadi.

Antara novel yang pernah dihasilkan oleh Azizi pada awal pembabitanya pada tahun 1970-an ialah 'Senja Belum Berakhir' (1971), 'Gadis Itu Bernama Ina' (1972), 'Sami Mekong' (1976), 'Bila Hujan Malam' (1976), 'Tini' (1977), 'Ayah Bonda' (1978) dan 'Kolam Mulhamah' (1978).

Dengan kerjasama RTM dan Dewan Bahasa dan Pustaka, novel ini telah diadaptasikan menjadi sebuah filem dan pernah disiarkan di RTM pada hari raya ketiga Aidilfitri yang lalu (jumaat, 3 desember 2008).

komen penulis: memiliki buku ini seolah anda berada dalam percintaan itu.

0 Responses so far.