i.

Petang sehari sebelum Hari Kekasih, 13 Februari, seorang Cina dengan pasangan kekasihnya saya terlihat kelibatnya. LCCT memang selalunya dipenuhi golongan Tiong Hua kebanyakkan mahu ke Negara jiran terdekat, Singapore. Walaupun dekatnya hanya setapak dua, tetapi lebih selesa dengan menaiki jalan udara. Masa 45 minit itu cukup untuk berbulan madu di atas udara yang terus memberikan kelainan buat pasangan. Apatah lagi, Valentines sudah dekat. Menarik nampaknya, bervalentine di atas awangan, siapa pernah buat?

‘Flight saya check-in jam berapa bos?’ soal lelaki muda, wanita sebelahnya sibuk mengekor. Berkepit-kepit.

‘Flight jam 11, pukul 9 you boleh check-in you punya beg. Mahu valentine di Singapore ka bos?’ soal penjaga kaunter. Sengaja menyoal begitu bila melihat kekasih lelaki itu, sibuk terkula-kulat.

‘Yalaa, mana you tahu? That’s a different Valentine for this year! Next year kami mahu kahwin maa’ jawabnya dengan selamba.

‘ohh..thanks you! Have a nice day’

Pasangan itu terus berlalu. Belum sempat sampai ke kerusi menunggu mereka berpatah balik. Kekasihnya tidak mengekori kali ini. hanya terkulat di kerusi.

‘Mahu tanya sikit boleh ka bos?’

‘Apa dia?’ jawab penjaga kaunter. Ramah saja menyambut.

‘Itu kapal terbang kami mau naik, haiyaaa ada injin* ka?’ selamba sahaja sekali lagi Lelaki Tiong Hua itu bertanya. Sinis sahaja bunyinya.

Sekumpulan pekerja yang sibuk menyimpan beg-beg penumpang yang di check-in dan mengemaskini tiket terkejut beruk. Ada yang ketawa, sambil menekup mulut. Sambil bergelak besar Lelaki Tiong Hua itu beredar. Dari jauh juga, kekasihnya turut ketawa.

Alahai ‘enjin’ kapal terbang, bikin rosak hari kekasih.

Habis.


ii.

Malam itu KLCC dipenuhi lagi dengan pasangan kekasih dari pelbagai bangsa. Cina, India, Melayu, dan Melayu ISLAM. Siapa yang dapat duduk berduaan di sudut yang paling tersembunyi maka pasangan itulah paling bertuah. ‘Mudah kerja’. Bahkan bukan KLCC sahaja yang menjadi lokasi menarik untuk merobek gadis-gadis dara, bahkan pelbagai lokasi tasik juga bakal menjadi sarang kekasih bermadu kasih. Jijik!

Mungkin kejadian itu bakal berlaku berikutan ‘no-panties promotion’, kini hangat diperkatakan di Selangor. Promosi menuntut gadis keluar tanpa memakai seluar dalam, ‘panty’ kononnya untuk menzahirkan kasih sayang untuk menyambut Valentine’s Day. Ah..sungguh mengaibkan! Betapa bodohnya bukti kasih sayang serupa ini.

‘Apa you buat dua orang kat sini’ tegur seorang tukang sapu KLCC.

‘Vakentine Day maa. You tak tahu ka?’ mamat itu seperti sudah tidak tahu malu. Berkepit dengan wanita terang-terangan. Sudah tidak tahu menghormati manusia dan budaya. Jika terlalu ‘berani’ pun dengan aksi-aksi ghairah, bukan di khalayak tempatnya. Mendidih saja hati si tukang sapu itu.

‘Tiap-tiap tahun kita orang mesti sambut’ tambahnya lagi. Eh! Kau non-muslim tak apalah. Yang hujung sana terkulat-kulat juga tu apahal?’ jawabnya di dalam hati. Bertambah mendidih hati si tukang sapu.

‘Eh, siapa you bawa ni? Kekasih atau your wife?’ tanya si tukang sapu. Terasa mahu ‘sapu’ je kepala lelaki itu.

‘Girlfriend maa. Melayu!’ terkejut beruk si tukang sapu. Gadis Melayu sudah pandai berkasih-kasih dengan bangsa lain. Sudahlah HARAM caranya.

‘Melayu Islam’ tambahnya lagi dengan selamba. Wanita melayu yang duduk berkepit hanya buat tidak tahu. Malu pun tidak, seolah-olah tidak bersalah. Si tukang sapu sudah semakin ‘hangat’ tinggal tangan sahaja mahu melempang dan kaki naik melayang.

‘You ISLAM ka?’

‘No! I’m Kristian. Rilex lah pak cik. Kita kan One Malaysia’

Sebelum sempat si tukang sapu beedar dan menahan sabarnya daripada memuncak, si lelaki manambahkan lagi kehangatan.

‘Itu ‘no-panties promotion’ kasi gua ‘senang kerja’ maa… kalau ini macam, hari-hari Valentine Day pun tak apa. gua suka’ sambil bergelak tawa dengan si kekasih Melayu itu mereka tidak menyedari orang ramai yang lalu lalang di situ sudah semakin meluat dengan kerenah mereka.

‘HARAM. Bodoh!’ laju saja mulut si Tukang sapu. Biar mereka tahu. Hatinya puas, sebelum sepak terajang naik ke muka pasangan tadi, elok benar dia beredar dahulu.

Habis.


iii.

‘Jadi, tak bolehlah bercouple?’ soalnya.

‘Kamu sendiri sudah tahu. Kamu juga seperti saya, belajar agama’

Bulan Februari, orang sudah mulai sibuk. Lebih-lebih lagi yang sudah ada pasangan kekasih. Hari mengingati kekasih semakin dekat, Valentime Day. Bukan orang ISLAM sahaja yang suka-suka mahu menyibukkan diri untuk kekasihnya, yang sedang menuntut degree Quran Sunnah juga turut mengambil bahagian, tetapi mereka lebih profesional supaya nampak Islamik.

‘Dah terima hadiah Tudung dari saya?’ tulisnya di dalam pesanan ringkas SMS.

‘Untuk apa hadiah ini?’ si dia pula membalas. Sengaja bertanya padahal hati berbunga-bunga.

‘Saja-saja. Just penghargaan perkenalan kita. Moga Ukhwah Fillah’

Lembut sahaja kata-katanya. Tetapi kenapa mesti 14 Februari? Bercouple itu sudah pun salah, ditambahkan lagi dengan kesalahan menyambut hari kekasih. Namun, era kini sudah semakin canggih, kalau tidak berhadiah pun tidak mengapa. Hantar sahaja kata-kata cinta melalui telefon Bimbit, hati si kumbang sudah berbunga. Hati si bunga pula kembang kuncup.

Kalau tidak percaya, tengoklah nanti. Malam yang saya katakan itu pasti akan menjelma. Bakal melahirkan lagi beratus-ratus anak luar nikah dan bakal mengorbankan seberapa ramai anak gadis Melayu dan Islam. Remaja bukan sudah tidak tahu akan agama, tetapi perisai diri yang dipanggil MALU sudahpun hilang. Tinggal lagi mereka tidak berbogel dikhalayak ramai, kalau itu dibenarkan seperti di barat, maka akan haru-birulah Malaysia.

Nota: ISLAM mengajar cara bercinta yang lebih hakiki. Cinta yang diajar itu bersih dan tenang. Walaupun tanpa hadiah dan penghargaan, cukup sekadar dilandasi dengan kepercayaan dan kejujuran, pasti akan bahagia di hujungnya nanti. Valentine tidak pernah diajar dalam ISLAM apatah lagi mahu menyambutnya semata-mata untuk menghargai kekasih. KEHIDUPAN ini akan indah dengan cara ISLAM

Habis.

________________________________________________

p/s: saya seorang yang lemah dengan linangan ‘air mata’

Untuk read more, tulis di sini...

3 Responses so far.

  1. enta seorang yg hebat
    setuju setuju...

  2. aah..

    setuju jg. mmg ank remaja kta dh melampau..

    bla nk dpt kesedaran pn xtahu. malaysia smakin haru..

  3. knapa ya manusia skng ske berhibur?

    sampi terlpa tuhan..

    huh!