Muqaddimah

Mendepani era dan zaman perubahan ini, memerlukan lebih banyak penggiat agama dan pendakwah dilahirkan, dengan harapan kesinambungan Agama ISLAM terus dapat dilaksanakan dan disampaikan ke serata kelompok manusia. Walaupun lewat ini kita sudah merasakan proses dan kegiatan dakwah di Tanah Air Malaysia ‘ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan’ tetapi ia belum menjanjikan situasi itu akan berterusan dan berkekalan jika tidak dari sekarang usaha untuk melahirkan kader-kader dakwah diperkasakan.

Apa yang dibimbangkan adalah, terputusnya generasi daie yang mampu melunaskan dan menjadi penerus serta peneraju kepada agenda yang besar ini, iaitu memartabatkan ISLAM di bumi Malaysia. Oleh yang demikian, tidak dapat tidak, dalam pada dakwah yang sedang berjalan, mestilah dalam masa yang sama usaha melahirkan lebih ramai pendakwah muda tidak diabaikan.

Justeru, tidak kira apa jua bangsa dan jantina, tanggungjawab melaksanakan dan menyampaikan ISLAM ini terletak pada tangan masing-masing. Ia bakal disoal oleh ALLAH seandainya amal ini diabaikan. Status wanita atau muslimah bukanlah halangan untuk bersama-sama menyahut seruan ini, bahkan wanita-wanita inilah yang menjadi sumber kekuatan dan tulang belakang kepada misi dakwah.

Siapa tahu, suatu masa nanti, mereka akan berdiri sama hebat dan sebaris bersama-sama kaum muslimin untuk menegakkan kalimah ALLAH di muka bumi ini. Jangan sangka, wanita yang sinonim dengan kerjayanya di rumah bakal menggegarkan arena dakwah sedikit masa lagi.

Ini jaminan saya.


Wanita dan Sejarah Keagungannya di Medan Jihad

Mengenali Saidatina Khadijah binti Khuwailid Radiallahu’anha ini, telah menjawab segala persoalan bahawa peranan muslimah tidak sahaja berlegar di sekitar rumah tangga atau keluarga sahaja. Lebih daripada itu, sudah melangkau jauhnya dan memerlukan muslimah melangkah sedikit lagi ke hadapan dengan tujuan yang sama seperti kaum lelaki, iaitu ke medan dakwah bersama masyarakat.

Anda perlu berasa tercabar kepada Saidatina Khadijah ini kerana beliau telah menjadi orang pertama yang menyerahkan diri kepada ISLAM. Bukan sahaja setakat itu, harta dan kekayaannya disumbangkan untuk kamaslahatan umat ISLAM. Wanita juga mesti berasa cemburu dan jelous jika Ummu Umarah Nusaibah binti Ka’ab berani menyerahkan dirinya bermatian-matian di medan Uhud semata-mata untuk ISLAM. Jika tidak pun anda perlu cemburu kepada Sumayyah Ali Yaasir, tanamkan agar diri dapat menjadi sepertinya, walaupun tidak mendapat gelaran wanita pertama yang gugur syahid.

Apa pula kurangnya pada kehebatan Sayyidatina Aisyah? Menjadi Pakar rujukan wanita bagi segala kemusykilan yang berkaitan dengan kewanitaan. Ilmunya setanding ulama-ulama terkemuka. Isteri dan suri kesayangan Nabi saw ini wajar dijadikan idola dan qudwah kepada semua muslimah dari sudut ilmu dan spiritualnya.

‘Kami tak layak dan tidak mampu menjadi seperti mereka. Terlalu hebat dan agung!’

Beginilah, saya percaya memang kita tidak akan mampu menjadi seperti mereka ini, tetapi sekurang-kurangnya dapat mengutip semangat dan sikap juang mereka untuk diri sendiri pun sudah memadai. Tidak dapat menjadi seagung Siti Khadijah pun tidak mengapa, cukuplah dapat mencontohi atau menagmbil salah satu sifat yang ada padanya.

Semangat mesti kuat, jangan lekas merendah diri. Anda mampu memiliki lebih daripada kekuatan seorang lelaki.


Wanita dan Perjuangannya

Dalam pada kita berbicara mengenai dakwah dan peranan seorang wanita, fokusnya harus tertumpu dan berpijak kepada bumi yang nyata. Ia membawa maksud, wanita hari ini tidak lagi dan wajar tertumpu dengan tugasnya di rumah semata-mata, tetapi sudah tiba masanya untuk turun kepada masyarakat. Saya berkira-kira, dalam era dan abad ini, pendakwah daripada golongan wanita bukan sahaja diperlukan dalam bidang agama, bahkan turut diperlukan di bidang profesional.

Istilah pelemah semangat seperti ‘Wanita usah belajar tinggi-tinggi, akhirnya akan ke dapur’ tidak wajar dicanang-canangkan penggunaannya apatah lagi jika virus itu memberikan kesan negatif kepada wanita. Saya pasti ia bakal menjadi tidak relevan suatu masa nanti kerana keperluan dakwah yang mendesak.

Andai dahulu, wanita hanya duduk sebagai guru-guru dan ustazah yang menyampaikan dakwah di surau-surau dan dewan serbaguna, namun sekarang sudah berbeza situasi dan kondisinya, permintaan terlalu tinggi untuk wanita juga turun ke medan politik. Bukan bermaksud mahu melantik pemimpin di kalangan wanita, tetapi sekadar memenuhi tuntutan agama bahawa wanita jua terdapat peranan mereka tersendiri di tengah-tengah masyarakat.

Akhir-akhir ini sudah banyak pendakwah dan ahli politik di kalangan serikandi (wanita) yang lahir di tanah air, lalu ia wajar dijadikan sebagai ikon. Apa salahnya, dalam pada anda menjadi seorang isteri dan ibu, anda juga dipandang hebat oleh masyarakat kerana berani menyampaikan dakwah dan lantang menyatakan kebenaran.

Demikianlah tugas yang perlu dikendong oleh seorang wanita yang saya rasakan wajar untuk dipraktikkan pada era ini. Ia merupakan suatu perubahan yang positif dan bisa menganjakkan paradigma baru untuk generasi dakwah akan datang.


Wanita Bukan Sekadar Isteri dan Ibu

Beruntunglah bagi wanita dan muslimah yang peluangnya terbuka untuk turun ke medan dakwah bersama-sama masyarakat, waimmah bekerja sebagai cikgu Bahasa Melayu sekalipun, ia tetap bernilai dakwah. Ke daerah dan pelusuk mana sekalipun, perlu diingatkan, seorang wanita tidak boleh melupakan peranannya sebagai seorang yang perlu mengutamakan tanggungjawabnya di rumah. Ruang berdakwah harus anda gunakan tanpa mengabaikan tanggungjawab kepada suami dan anak-anak.

Ada sesetengah wanita yang tiada peluang untuk keluar berdakwah bersama masyarakat, duduknya di rumah menguruskan anak-anak dan keperluan suami. Dari sekecil-kecil tugas hinggalah kepada tugas yang berat, semua sudah dirasai oleh kudrat dan tangannya. Namun, jangan perlu khuatir, tugas dan kerja rumah itulah yang juga menjadi penyumbang kepada kekuatan dakwah. Anda memberi senang dan mencurah budi kepada suami yang giat berdakwah juga dinilai sebagai sebuah harga budi kepada ISLAM. Kerana itu Nabi saw telah menyebutkan ‘wanita yang memberi makan kepada anak-anak dan menyenangkan suaminya, mendapat pahala seperti turun berjihad’.

Bayangkan sekiranya suami yang pulang ke rumah dengan keletihan dan tekanan, si isteri yang menghidangkan air, mengurut lembut menghilang sikit keletihan, bukankah ia suatu sumbangan? peranan ini walaupun nampak kecil dan mudah tetapi tinggi nilainya. Masakan Saidatina Khadijah ketika Nabi saw diselubungi dengan ketakutan selepas pulang dari Gua Hira’ dia datang menyelimutkan Nabi saw, memberikan kata-kata semangat bahawa sudah tiba masanya kerja dakwah dilaksanakan. Jika tiada Saidatina Khadijah dan isteri-isteri baginda yang lain, mana mungkin Nabi saw dapat melalui jalan dan mehnah berdakwah ini dengan sebuah kejayaan. Inilah kuasa seorang wanita, hanya melalui budi dan kasih sayang ia memberikan suatu yang luar biasa kepada seorang suami.

Walaupun hanya kata-kata semangat dan peransang, ia terlalu besar dan bermakna buat seorang suami. Kerana itulah, wanita solehah layak digelar ‘bidadari dan sayap kanan seorang suami’

Selain itu ada yang lebih penting, anda (wahai suami) perlu menghargai budi seorang wanita, isteri atau ibu lebih daripada menghargai diri anda, kerana sumbangan mereka melahirkan dan mengasuh anak-anak anda yang bakal menyambung generasi dakwah pada masa akan datang. Semasa tugas suami berdakwah di luar, dalam masa yang sama seorang isteri atau ibu dengan penat lelahnya turut berdakwah dan menabur bakti kepada keluarga serta anak-anaknya. Saya percaya, para suami tidak mempunyai kudrat seperti ini sebagaimana seorang isteri atau ibu mengerah keringat.


Wanita Harus Berani

Segala tuntutan-tuntutan ini akan terlaksana dan berjaya sekiranya muslimah berani melakukan perubahan untuk diri dan memikirkan kepentingan agama. Muslimah harus berani untuk muncul dan berhadapan dengan khalayak yang mad’unya terdiri daripada pelbagai ragam.

Jika apa yang hendak dibawa dan disuarakan itu suatu yang dituntut oleh agama, mengapa sikap berani yang sedia ada dalam diri seorang muslimah itu harus disimpan-simpan? Ketika segelintir wanita bukan ISLAM dan jahil akan agamanya menuntut hak mereka yang belum tentu betul asas kebenarannya, mengapa tidak para muslimah ini bangun serta menunjukkan keberanian untuk menyatakan kebenaran? Bukankah kita berada dilandasan yang betul?

Pokok pangkalnya wanita dan muslimah harus bersikap berani. Wanita dan muslimah bukan lagi seperti bunga yang ada ketika layu, tetapi mesti menjadi seperti awan yang sentiasa berarak ke hadapan.


Wanita dan Tanggungjawab Asalnya

Wanita ini fitrahnya terlalu halus dan budinya teramat lembut. Kerana itu tugas mendidik dan mentarbiyyah anak-anak selalu disinonimkan kepada wanita. mereka ini TUHAN jadikan sebagai insan yang unik dan fleksibel. Kuasanya amat kuat, seorang lelaki tidak akan mempunyai sebuah kekuatan seperti seorang wanita yang mampu mengandung dan melahirkan anak, tetapi ia dikurniakan kepada insan istimewa ini.

Rumah sudah menjadi tempat bekerja mereka yang utama, air tangan merekalah yang menjadikan seorang lelaki bertenaga untuk mencurahkan bakti. Tanpa bakti seorang wanita, tiada juga bakti yang dapat ditaburkan oleh seorang lelaki.

Muslimah,

Walaupun medan ini memanggil-manggil nama-mu dan amat memerlukan khidmat-mu, jangan dilupai tanggungjawab di tempat asal-mu, kerana itu lebih indah dan bermakna buat-mu. Di situ ada harga dan nilai yang tinggi untuk agama.

Walaupun tidak dapat turun ke medan jihad dan syahid di sana, jihad-mu lebih berharga di samping seorang suami dan di sisi anak-anak yang lebih memerlukan khidmat-mu serta kasih sayang. Pahalanya menyamai sumbangan seorang suami yang turun berjihad.

Penutup;

Dakwah tidak akan terhenti atau dihentikan selagi nyawa masih berdenyut dan darah masih mengalir. KEHIDUPAN mengajar kita supaya tidak jemu memberi, jalannya adalah dakwah. Di situ kita memberikan seberapa banyak sumbangan dan jasa untuk kebaikkan agama. Dakwah ini tidak akan terhenti sebagaimana ia bermula.

_________________________________


p/s (1): artikel ini atas permintaan rakan seperjuangan yang bersama-sama saya dalam perjuangan di medan dakwah yang maha luas dan mencabar ini. Adakalanya dia memberikan INSPIRASI kepada saya dan saya mengutip ASPIRASI daripadanya - terima kasih.

p/s (2): saya mengidamkan dan mengimpikan seorang ‘suri’ yang tidaklah hebat di mata masyarakat, tetapi hebat di samping suaminya dan di sisi anak-anaknya.

p/s (3): Kadang-kadang, kita memang dapat merasakan bahawa seseorang itu sedang memaksudkan ayat-ayat yang diucapkannya atau dituliskannya itu ditujukan kepada kita. Itu memang lumrah. Deria keenam kita memang hebat untuk mengesan ini semua. Persoalannya, kenapa ramai yang memilih untuk berkias-kias daripada berterus terang? [petikan daripada DUNIA SARAH] – saya suka kata-kata ini.

_______________________________________


Dapatkan wallpaper & Poster Motivasi KEHIDUPAN daripada saya di sini: afiqsaa'flickr
Sembang-sembang Motivasi bersama saya di sini (Yahoo Mesengger): afiqsaa@yahoo.com
Perkongsian Idea, Pendapat dan Masalah dengan saya di sini: (Email): afiqsa@yahoo.com
Laman Sosial bersama saya di Facebook: type 'my afiq'


Untuk read more, tulis di sini...

7 Responses so far.

  1. slm ust..

    best ust artikel nie, mmbri smangat bru utk para mslimah

    truskn mnulis..

  2. Ye muslimah memang diperlukan, bukan hanya dalam dakwah,jihad tp penguat semangat kepada kaum adam. buktinya ade 1 cerita yang mana seorang pemuda yg berputus asa dalam kehidupannya, setiap hari beliau menghabiskan waktunya tanpa sebarang tujuan, pada suatu hari beliau ternampak seorang wanita yang berusia melakukan kerja dengan bersungguh2,beliau mdekati wanita tersebut dan bertanya perihalys, wanita trsebut merupakan ibu tunggal yg mempunyai 10 org ank yg perlu dibesarkan seperti knk-knk yg lain. dengan kehidupannya yang serba kekuranggan menyebabkan wanita tersebut perlu bekerja keras untuk memelihara anknya.

    dari situ beliau terfikir knp wanita yang bersifat lembut dan hakikatnya lemah ttp boleh menempuhi pahit getir kehidupa tanpa berputus asa???

    Dari wanita itulah semangat beliau makin kuat,dan bersemangt untuk terus berusaha sepertimana wanita yg ditemuinya....

    gitu la kot,kisahnye,tp bnyak lg cm kisah Siti Khadijah yg memberi semangat kepada suaminya iaitu Rasulullah SAW..

    Maaf la tk pndai nk mgrang(bcerita)

  3. salam fiq, buat la plak artikel mcm nie, tp utk laki2...nk mnta smangat jg..apa pn gud luck fiq..

  4. salam ust afiq,
    mcm mn pula dgn muslimat yang takut utk ke depan?
    contohnya bila dijemput sbg salah seorg ahli panel dlm forum..
    alasannya,segan,xsesuai,kn ikut waqi',dan mcm2 lg lah..
    guane ust afiq??

    DI MANA MUSLIMAH??MEDAN INI MEMERLUKANMU!!

  5. kepada en bakar.. ni my opinion.. kita xleh nk anggap sume wanita tu same..bukannya takut tapi masing2 ada kelebihan dan kekurangan masing2.. dan jangan anggap sume wanita boleh ke depan.. bukan mudah dan bukan sume yang boleh ke hadapan memberi penerangan dan ceramah..sebab masing2 ada kelebihannya dan kekurangannya..ada yg skillnya pada penulisan, dan ada yg lebihnya pada kelembutan..dan ada yg membwa perwatakan yg baik..dan macam2 lagi la.. satu bonus la wanita yg berani berbicara depan ramai..tapi kita kena ingat, x semestinya medan untuk muslimah berjuang melalui ceramah di depan khalayak ramai.. betoi tak? even muslimin sekalipun, x sume yg boleh bercakap di depan kan..
    ni sekadar pendapat je la.. kalu salah tolong betulkan yek..
    wallahualam..

  6. ye tul tu kata anony tak semua mampu tuk bercakap di hadapan, tapi dengan tindakan yang tidak memerlukan bercakap di depan pun boleh berdakwah kan?terlalu banyak perbuatan yang kita lakukan boleh dijadikan pedoman,dakwah, ikutan,n sebagainya la kan...emmm...tak semua yang tak boleh bercakap didepan tak boleh bercakap dlm kumpulan yang kecil....ingat tuuu!!!!

  7. "Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang terdahulu, dan dirikanlah solat, tunaikan zakat, taatilah Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu hai ahlul bait, dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. Dan ingatlah apa yang dibacakan di rumahmu ayat-ayat Allah dan hikmah (sunnah Nabimu). Sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut lagi Maha Mengetahui."
    [Al-Ahzab:33-34]

    *Nanti boleh beleh tafsir pasal ayat ni.*

    walaupun kaum Ibu duduk di rumah je, tapi hakikatnya peranan mereka bukan terhad pada suami dan anak-anak je, malah merangkumi segala perkara. Yelah contoh dapat anak lelaki, Ibu kena didik supaya esok-esok dia boleh jadi tukang laung azan panggil orang solat, boleh jadi Imam solat, boleh jadi ketua keluarga yang beriman dan sebagainya. If anak perempuan pulak Ibu kena didik supaya mampu jadi wanita solehah yang esok-esok akan lahirkan mujahid, mampu pikul beban dakwah kepada keluarga dan masyarakat serta didik supaya rela berkorban di jalanNya. Tu contoh.

    *Erm copy sikit daripada blog As.*

    As suka garapan secara menyeluruh macam ni dan kemudian final touch dengan back to fitrah.