Kalau mahu tahu samada kekasih anda setia ataupun tidak, hati anda boleh rasakan sendiri. Jika agak-agak terasa lain macam sahaja, maka barangkali ada kemungkinan dia berlaku tidak baik kepada anda, pendek kata dia tidak sesetia seperti dahulu.
Tapi jika anda mahukan kekasih yang setia lebih dari segala-galanya, pilihlah ‘kekasih’ yang satu ini, saya menjamin anda tidak akan sesal walau sekelumit.
Kekasihnya Setia dan Selamanya.
Kadang-kala bila saya berfikir-fikir semula, antara cinta ini ada pula bahagian-bahagiannya dan ada juga kenikmatannya. Saya mencoretkan dua cinta yang lazim, yang nampak dan yang ‘tidak nampak’. Saya yakin anda mampu mentafsirkan apa yang cuba saya sampaikan kali ini.
Cinta Manusia, cinta yang nampak.
Cinta TUHAN, cinta yang dirasai dan dijiwai. Sedang ia tidak dapat dilihat.
Sayangnya, manusia lebih terdorong kepada cinta yang hanya nampak di mata mereka sahaja, ‘Kekasih’ yang satu ini seringkali dilalai-lupakan. Mungkin kerana cinta yang nampak itu lebih bernilai isinya, kasihnya dicurahkan dengan sepenuh perasaan bahawa kekasihnya itu akan mengambilnya sebagai orang yang teristimewa. Barangkali ya, tetapi mungkin sekali tidak!!
Jom kita belajar, kenali dan mengorek kelebihan cinta yang tidak Nampak ini.
Cuba anda bayangkan, ‘Kekasih’ yang tidak dapat kita lihat ini sentiasa melihat dan menjaga kita setiap masa, bahkan apa yang kita mahu pastinya tanpa rasa kedekut dan teragak-agak Dia memberi, kadang-kadang lebih dari apa yang kita mahukan – bukankah itu maknanya sayang??
Ketika kita tidur Dia akan pastikan kita selamat, di dalam jaga Dia juga menjaga, ketika kita lupa Dia sentiasa ingat dan mengingatkan, apa lagi yang kita mahu, jika semua kebaikkan dicurahkan kepada kita semata-mata?
Ketika itu kita akan merasa selamat selalu, tanpa melihat-Nya kita masih boleh merindu. Amat ajaib bukan cinta begini?
Saya punyai ramai kawan yang bercinta atau sedang dilamun perasaan itu, sedikit sebanyak saya dibasahi tempiasnya, bukan saya dipengaruhi tetapi dijadikan tempat luahan dan medan sembang borak.
Kadangkala kelakar tetapi saya cepat-cepat mempelajari sesuatu daripadanya. Bila sudah cinta semuanya jadi baik, bila dilamun kasih hitam yang hodoh tampak menawan.
Percayalah, seorang kawan saya yang diberikan kulit gula-gula oleh kekasihnya, dia masih simpan sebagai kenangan. Kasihnya kepada kekasihnya itu ibarat suatu yang mahal sehinggakan kulit-kulit gula itu dilihat sebagai sebahagian daripada juzu’ kekasihnya.
Anda dilihat-Nya sedangkan anda tidak dapat melihat-Nya, sudah pasti anda akan melakukan yang terbaik. Segalanya adalah dibuat hanya untuk ‘kekasih’ anda yang satu ini. Kerana anda dijanjikan untuk dapat melihat-Nya suatu hari nanti, date dan pertemuan itulah yang paling-paling comfirm, hakiki dan tidak bisa dimungkiri.
Kalau sudah merasa cinta, hati rindu untuk bertemu.
Apabila segalanya sudah sebati dalam diri bahawa apa yang dilakukan hanyalah untuk Dia, maka segala kelebihan anda akan mendahulukan ‘kekasih’ ini. Makan dan minum bukan untuk diri anda seorang tetapi ‘makan’ bersama-Nya, tidur sekalipun hakikatnya bukan hanya untuk anda tetapi turut bersama-Nya. Akhirnya, segala-galanya diletakkan Dia sebagai tujuan utama.
Lalu bagaimana caranya?
Letakkan ‘kekasih’ ini di hadapan sekali. Apa yang disuruh kita taati, apa yang dilarang kita jauhi kerana semua itu untuk kebaikkan kita. Bila bersedih Dialah tempat mengadu pertama yang anda harus cari supaya Dia yang mula-mula mendengar perasaan dan gundah gulana itu, kerana perasaan itu hanya ‘kekasih’ ini yang memahaminya. Ketika pula sedang bergembira, Dia juga tempat dilabuhkan perasaan itu, kerana selayaknya gembira itu dikongsi bersama-Nya.
Sejauh manapun cinta anda kepada-Nya, kasih Dia tak akan pernah berkurangan bahkan terus bertambah dengan rahmat dan kasih sayang. Dia lebih mengenali kita, kerana sejak kecil Dia menjaga kita, cinta-Nya terhadap kita semenjak kita diusia beberapa hari. Tiada sempadan dan tepian.
Lalu, layakkah anda menodai cinta yang bertaraf suci ini? Dia lebih banyak memberi kerana kasih berbanding anda yang lebih banyak menerima tanpa mensyukuri. Dia setiap saat dan ketika mengingati tetapi anda di dalam banyak ketika terus melupai.
Menjauhi cinta-Nya beerti kita membuang satu yang berharga, membuang sesuatu yang bernilai semacam telah melupakan jasa-jasa dan budi. Budi bukanlah untuk dibalas tetapi sudah cukup ia dihargai dan disyukuri. Barangkali tidak ternilai banyak kepalang budi yang sudah ditaburkan kepada kita oleh-Nya, namun disebabkan kelalaian tiada satupun yang kita dapat syukuri apatah lagi mahu menghargai.
Akhirnya, jadilah cinta dan kasih ini special ditujukan untuk-Nya, cinta yang tidak nampak ini tetapi boleh di rasai, suatu hari akan Nampak di mata. Hanya buktikan ketulusan cinta anda dengan bunga keikhlasan. Kalaulah Dia boleh mendahului cinta mengapa anda tidak boleh mendahului menggapainya tanda sambut dengan hati yang rindu.
Cinta sejati, cinta yang hakiki.
Pada siapa harus dicintai, pada ALLAH rabbul Izzati.
Untuk read more, tulis di sini...

salamz...mbace entry anda buat sy btul2 rase rendah dr..malu...kdg2,rase makin jauh dr DIA....entry yg bgs!!