Novel Yang Saya Baca – KAWIN KAWIN.
“KAHWIN. Bahagian hidup yang utama. Utama demi mencapai segala maksud, memaksa segala cita-cita. Kerana kahwin fitrah kehidupan, ia biasa dipandu nafsu. Nafsu mahu mengongsi, memiliki dan menguasai, yang kadang-kadang terpaksa merebuti dan menjuarai.
KAWIN-KAWIN ada cerita: Kejamnya kahwin paksa. Sakitnya kahwin tak jadi. Seksanya kahwin tak merasa. KAWIN-KAWIN kisah orang kahwin mut’ah, kahwin pakai kontrak. KAWIN-KAWIN juga kisah orang kahwin mahu tegakkan syariat. KAWIN-KAWIN penuh tafsiran tentang perlumbaan, penguasaan, percekcokan, kejujuran dan KEIMANAN”
Prolog di atas adalah bingkisan sinopsis sebuah novel sinis satira yang sempat saya bacai dan belek-belek. Kisahnya amat menarik dan tertarik. Setiap helaian muka surat diselitkan dengan sinis-sinis yang menyindir tetapi membuatkan kita ketawa. Banyak nilai-nilai positif yang boleh dicedok daripada hasil karangan pemenang pertama anugerah Sako ini, Azizi Hj Abdullah.
Kahwin dengan tujuan dan matlamat yang baik atau sebaliknya. Kalau syariat yang dipegang erat, maka baiklah hasilnya, namun jika nafsu yang ditunggang sebagai kuda, bobroklah jawabnya. Amat bijak Tuhan yang menciptakan syariat kahwin ini, kahwin adakalanya boleh jadi berdosa, dan boleh jadi ianya berpahala.
Tepuk Amai-Amai, Belalang Kupu-kupu.
Betullah apa yang Nabi cakapkan, perkahwinan adalah penyempurna kepada sebahagian agama. Ibarat seorang penghutang Ah Long, duit adalah sebahagian daripada pelengkap nyawanya ketika dia diugut.
Bagaimana kahwin itu disebut sebagai “Sebahagian Penyempurna” agama? Dulu saya tidak faham akan maksud kata Nabi ini. Bagi saya orang yang berkahwin atau bujang sama sahaja. Sekarang saya telah memahaminya sungguh-sungguh. Dan saya juga rasai akibatnya jika terus lambat berkahwin. Kata nabi itu bermaksud, pernikahan adalah jalan penghalang punca dosa dan penghapus dosa. Kahwin mampu menidakkan sebahagian perbuatan yang akan menyebabkan dosa. Teorinya, spirit dan soul agama akan terhalang dengan sebab dosa-dosa.
Apa tidaknya, jika tidak berkahwin, mata liar sahaja melihat wanita-wanita yang ajnabi. Bila mata sudah melihat fikiran pula terbayang yang macam-macam. Sikit demi sedikit, akhirnya terjebak ke kancah zina. Jangan ingat zina itu hanya persetubuhan haram. Melihat yang dilarang adalah zina mata, bercakap yang lucah adalah zina mulut dan lain-lain lagi anggota yang bergerak atas tujuan dan dorongan nafsu atau syahwat adalah zina. Takutkan?
Lalu, tidakkah anda dan saya terfikir yang zina-zina tadi boleh dilenyapkan dengan perkahwinan bahkan apa yang diharamkan tadi sudah dihalalkan kemudian pula diganjarkan dengan pahala? Justeru, lengkaplah sebahagian agama anda.
Ketika itu, tidak perlu memikirkan soal perempuan dan lain-lain. Solat orang yang berkahwin sahaja sudah bertimbun-timbun pahalanya. Hanya yang perlu difikirkan adalah bagaimana mahu melengkapkan sebahagian yang lain sahaja lagi – maka beruntunglah mereka-mereka yang sudah berkahwin dan merasai alam itu.
Konklusinya, pernikahan adalah mekanisma yang sungguh besar serta kekuatan impaknya amat tinggi. Pernikahan akan memberikan synergy dan kesan yang positif kepada pemiliknya. Kerna itu, Islam terlalu memandang tinggi terhadap perkahwinan. Islam tidak mahu umatnya tidak berkahwin, kerana kahwin itu akan mentunaskan percambahan IMAN lantaran iman adalah asas kepada tiang agama. Islam juga tidak mahu jika umatnya bercerai, kerana bakal meruntuhkan pertumbuhan Iman, lantaran ketiadaan Iman adalah punca terjebak kepada dosa. – pokonya perkahwinan. Bimbinglah ia dengan baik.
Saya dan Kebelakangan Ini.
Sebulan kebelakangan ini, saya tidak lagi menjadi seorang ‘orang’ yang terurus, terutama pada tentative harian saya, jadual semuanya lari. Dari makan dan minumnya sehinggalah ke masa tidur saya. Apa yang saya bimbangi adalah kepincangan pada waktu sembahyang saya. Hingga sekarang saya amat risaukan yang satu ini, terlewat sembahyang. Saya malu untuk memberikan alasan keletihan oleh kerana kelewatan solat saya, tetapi itulah yang terpaksa saya akui. Saya memang terlalu letih dan penat sepanjang bulan ini. Ini bukanlah mahukan simpati, tetapi tauladan untuk teman-teman yang membaca. Pesan saya, jangan abaikan Tuhan walaupun tiada ruang waktu untuk kita bersua dengan-Nya.
Seorang teman menegur saya: ‘kalau letih tidurlah banyak-banyak. Hilanglah letihnya’
Saya tak selalu memind-setkan di kepala saya bahawa tidur bakal melenyapkan dan menanggalkan keletihan atau kepenatan badan. Fizikalnya saya akui ia menghilangkan keletihan tubuh, tetapi minda? Fikiran pula bagaimana? Hilangkah keserabutannya hanya dengan melelapkan mata? Bagi saya tidur bukanlah cara saya mengatasinya. Lagi banyak saya tidur, bertambah lesulah badan saya. Anda saya tidak tahu.
Biasanya waktu rehat saya ketika saya duduk berborak-borak dan bersembang tawa bersama rakan-rakan. Tension (tekanan minda) saya tak akan hilang melainkan melalui cara ini. Saya ada cara dan gaya saya sendiri, pada saya kerja merupakan suatu tekanan minda dan fikiran, dan menghilangkan tekanan spiritual ini hanya dengan ubat yang spiritual, iaitu menghiburkan fikiran. Tekanan saya hilang apabila bersembang tawa serta kongsi cerita bersama teman-teman. Kadangkala, saya akan cuba juga mencuri masa hanya untuk bersembang dan ketawa bersama mereka, walaupun sudah lewat malam! Kerana saya tahu, esok saya bakal berhadapan dengan tekanan yang baru. Oleh itu, tekanan yang lama harus dimusnahkan dahulu.
Saya pernah berkongsi cerita dengan teman, ‘saya boleh buat sebanyak kerja yang diberi atau yang ditugaskan kepada saya dengan syarat saya happy (Tiada tekanan) ketika itu. Tetapi saya tidak boleh melakukan walaupun satu bentuk kerja jika saya disuruh dengan cara tekanan’.
Noktah.
Dua tiga hari ini juga, halwa telinga saya dimaniskan dengan khabar-khabar yang menyejukkannya. Adik-adik di tempat pengajian saya mahu membina ‘masjid baru’. Aduhai, bertambahlah lagi masjid-masjid yang sudah sedia ada di sini. Abang-abang senior apalagi, mulalah tercabar, ada yang sudah panas punggung. Saya gelihati melihatnya.
Kata saya: ‘ hai, kau bila lagi? Mesej dah berpuluh-puluh, kredit dah beratus-ratus habis, kahwin tak juga. Adik kita tu, angin tak ada, apapun tak ada dah selamat berjodoh’
Begini kisahnya, teman atau adik saya yang seorang ini, memang sejak di tahun pertama lagi dia sudah berhasrat mendirikan rumah tangga tetapi mengalami problem dengan ibu ayah yang menghalangnya. Tidaklah terlalu menghalang, tetapi mensyaratkan dia supaya tamat belajar dahulu baru boleh berkahwin. Tetapi dia nekad mahu meneruskan usahanya itu. Baginya, dia perlu memberi yakin pada kedua papa dan mamanya dahulu. Ya, dia berjaya sebaliknya saya dan teman-teman yang melopong, bak kata P.Ramlee masuk angin keluar asap. Jadi tidak sia-sialah dia berjaya mengkhatamkan berjilid buku tentang perkahwinan sebelum dia pulang ke tanah air bertemu dengan parentnya. Hasilnya berbaloi.
Beberapa kejutan yang saya alami ketika itu, dia yang muda beberapa tahun daripada saya akan melangsungkan perkahwinannya pada Syawal ini, dan bakal calonnya adalah muslimat yang amat saya kenali. Persoalan (kejutan) dan tabik saya padanya adalah, dia berupaya memberi yakin kepada parentnya dalam masa yang singkat serta pemilihan calon yang tidak diduga oleh saya. Terus terang masuk tiga hari saya berfikir tentang hal ini. – akhirnya saya terus menoktahkan keserabutan saya dengan kata – itulah jodoh!
Maka tinggallah, saya dan rakan-rakan yang lain sebagai HANG KEBAL. Kebal dengan cubaan dan dugaan orang yang sudah berkahwin. Mereka yang telah berkahwin sudah boleh berduaan dengan jalan yang sah bahkan berpahala pula. SMS mereka adalah kebajikan, telefon dan gelak-tawa antara lelaki dan perempuan (maksud saya suami dan isteri) juga diberi ganjaran pahala. Kami pula bagaimana? Silap langkah segala perbuatan adalah diambang dosa, malaikat sudah siap mencatatnya. Jaga-jaga dan hati-hati buat sahabat yang sibuk bercintan. YM, SMS atau calling-calling anda yang bukan pada kepentingan dan hak adalah nilai dosa yang sentiasa dituliskan.
Pesan Orang Bujang tetapi Tua!
Saya mahu melihat adik-beradik saya bahagia, dengan jalan apa sekalipun yang pasti tidak menyalahi syariat. Perkahwinan adalah jalan yang saya akui baik dan bahagia. Gunalah jalan perkahwinan ini untuk bersemangat dalam pelajaran. Ambillah semangat perkahwinan ini untuk terus thabat dan istiqomah dengan perjuangan Islam, cedok juga peluang perkahwinan ini untuk terus komitmen dengan kerja-kerja pembaikkan agama. Jangan jadikan gerbang suci ini sebagai fitnah kepada diri serta agama. Fikir dan usahakan yang baik-baik sahaja.
Perkahwinan inginkan anda melahirkan yang positif untuk Islam. Kalau lahir zuriat, zuriat itu bakal menjadi pejuang untuk agama. Jika terbit kasih sayang antara suami dan isteri, kasih dan sayang itu digunakan sebagai penguat untuk mencintai dan membantu agama. Anda yang berkahwin adalah anda yang telah memberi sumbangan ‘wang ringgit’ dan besar kepada agama.
Apa tunggu lagi? Jom kita!!
p/s: MABRUQ! untuk akh Fikri dan Ustazah Munirah atas gerbang bahagia yang kalian cipta. Saya hanya melafazkan ucap ini dengan harapan mengambil sedikit berkat kalian. moga ikatan ini akan membuahkan ketenangan buat kalian - saya amat mencemburuinya.
lagi ucapan tahniah buat kekanda Anuar Shauqi (ex-DQ) dan pasangan mudanya,
juga tidak dilupai untuk Kekanda Fadhil Hasanuddin dan pasangan secocoknya Kekanda Nurul Huda Ali. Usaha kalian ke gerbang barokah ini sungguh menghulurkan hasil yang lumayan. saya dari jauh hanya menghantar salam buat kalian berdua. Selamat Mengiringi liku kehidupan dan alam baru buat kalian. Percayalah, hidup rumah tangga ini sungguh damai dan tenteram jika saling berkasih sayang.
Tahniah untuk semua!!
Untuk read more, tulis di sini...

salam ustaz,
wah,menggugat entri kali ini..
Perkahwinan itu memang indah pada luaran, namun hakikatnya penuh dugaan.bila tiba masanya, usah di cari pasti ia akan datang sendiri.
Andai sudah memiliki insan yang bertahta di hati,pasti usaha akan lebih 'berani'.
Namun untuk mereka yang masih belum memiliki pasti tercari-cari dan lebih tergugat.huhu..
Nasihat saya,
Wanita itu
Mereka bagaikan permata dicelahan kaca, kerdipnya sukar untuk di bezakan.
Pakaian? bukan bukti solehahnya.
Tudung? bukan cara istiqomahnya.
Kecantikkan? bukan janji kasihnya.
Harta? bukan kekayaan kekalnya.
Agamanya? mungkin, tapi bagaimana caranya dinilai? banyak syaratnya.
Bukan dari bidang pengajianya,
bukan dari hafazannya,
bukan dari ceramahnya,
Namun..
ianya, hanya ada pada dirinya.
Sekali pandang, pasti terasa. itulah wanita = 'kerdipan permata'.
wslm wbth AISYAH HUMAIRA'
shukran atas pandangan yg berani. perkahwinan yg baik tujuannya bakal menjanjikan pulangan yang bahagia.
p/s: amat dalam nilai kata-kata di atas, dan sedap bunyinya.
Salam ustaz..
Perkahwinan bukanlah ikatan yang hanya terletak pada satu satu lafaz ijab dan qabul tapi lebih daripada itu.
Perkahwinan itu letaknya di hati. Bila kita menginginkannya, hati akan berbicara, akan tunduklah rasa pasrah, akan tergugatlah rasa rendah diri.
Perkahwinan itu kasihnya abadi, bukan hanya alahan yang sementara yang bisa diubati dengan ubat alergi tatapi ia adalah kanser yang akan mengubah keseluruhan hidup..
(",) Hanya satu cetusan tarian jadi, perkahwinan itu bahasa hati yang kita tidak bisa kenal siapa penarinya, dan siapa yan melihatnya...
wslam...
salam
Dalam soal perkahwinan, hanya suami & isteri sahaja merasai kebahagiaan bersama atau sebaliknya.
Ada yg kata, kahwin tu BEST!
ada pula kata, kahwin tu umpama pertaruhan dan macam2 lagi.
Jangan peduli apa kata orang, itu pendapat mereka, kita ada jalan hidup sendiri.
cuma sebagai suami, perlu tahu tanggungjawab sepenuhnya, bukan sekadar menongkah arus. takut isteri pula terbeban.
Afiq satu hari nanti akan jadi suami kan? jaga isteri elok2, jangan biar kebahagiaan kamu dipanahi oleh orang2 yang tidak sepatutnya 'hadir' dalam hidup kamu.. jadikan zuriat sebagai penguat kasih sayang.
apa pun, akak doakan semoga afiq bahagia higga ke akhir hayat.
siapa pun bakal isteri afiq, jangan lupa kenalkan pd kami ye?
BAHAGIAKAN DIRI DENGAN BERISTERI SATU & JANGAN SEKALI KALI PANDANG KEBELAKANG. RAMAI BIDADARI! PENUHI COLOUM YANG TIGA LAGI, UNTUK NAMA ISTERI YANG HANYA SATU!!
-pesan orang dah kahwin-
wslm wbth
terima kasih puan Azrie
atas pandangan yg sungguh mengujakan
boleh saya kenal siapa ya Puan Azrie?