Sempena menjelang kehadiran Syawal kali ini, saya mengambil kesempatan dan ruang kekosongan untuk melafazkan ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh pembaca. Menyusun sebanyak mungkin jari memohon ampun serta maaf jika sepanjang tempoh menulis ada mengguris dan berkasar dalam berbahasa. Kerna manusia ini lemah dan lalai sifatnya, pasti ada garis dosa yang tidak disedari dalam feel dan laku. Mohon dimaafi.

Kepada semua pembaca setia dan tetamu juga rakan-rakan yang banyak memberikan sumbang idea dan semangat yang amat luar biasa, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa itu. Tanpa anda pembaca dan rakan-rakan di belakang tabir, tidak dapat saya berjalan sejauh ini.

Akhir kata, sambutlah salam manis daripada saya buat semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Dengan Ingatan Tulus Ikhla, Maaf Zahir dan Batin. Kullu am waantum bilaafiyah.


MOHD AFIQ MOHD SALEH
Setiausaha Agung,

Persatuan Mahasiswa Malaysia AL al-Bayt (PRISMA)
Sesi 2009/2010.

Lebih banyak koleksi gambar di sini, sudilah lawati teratak FLICKR saya.

Untuk read more, tulis di sini...

0 Responses so far.