Jodoh, Antara ‘Tadbir’ Manusia dan ‘Takdir’ yang Esa
Meskipun anda sudah berusaha sedaya mungkin dan merasakan itulah jalan yang terbaik buat diri-sendiri, menyerahkan sebahagian kudrat kita kepada-NYA adalah kemestian dan kelangsungan yang perlu. Apa jua perancangan bukan sahaja soal jodoh atau KEHIDUPAN, ia tidak akan mampu mengatasi kekuatan Takdir.
Soal Jodoh; orang lebih khuatir dan bimbang tentangnya jauh lebih cenderung berbanding soal kematian. Mungkin kerana jodoh itu kita berkongsi perancangan dan usahanya dengan TUHAN. Tetapi apabila tiba soal menentukan atau ‘ketentuan’ kita harus mengundur diri daripada mencampuri urusan itu, kerana kuasa itu tiada pada seorang manusia. Lalu, sewajarnya perancangan itu tidak bulat-bulat diletakkan di bawah penguasaan diri kerana soal jawapan atau nasib ketentuan akhirnya akan kembali kepada yang Maha Merancang.
Soal Kematian; langsung tidak menjadi bual bicara manusia tentang perancangan. Jangankan planning-nya, prepare-nya pun jauh sekali dilambil berat. Bagi manusia, mereka lebih suka memegang prinsip menyerah sepenuhnya soal mati ini kepada nasib.
Beruntunglah, adakalanya apa yang ‘ditadbir’ (dirancang) oleh manusia itu hasilnya selari dan bertepatan dengan ‘Takdir-Nya’. Putih yang direncana putih juga yang terjadi. Bermakna TUHAN itu masih sayang barangkali. Kalau sebaliknya yang berlaku, bukanlah TUHAN tidak sayang, barangkali menguji.
Adakalanya terfikir juga, apabila terlalu banyak dan kerap berlaku peristiwa di depan mata. Ini semua berkaitan rapat dengan soal ketentuan dan jodoh. Perancangan ALLAH siapa yang boleh menduga di hujungnya? Bukti sudah selalu saja terjadi, suatu ketika dahulu, cerita pasangan pengantin yang dalam perjalanan untuk ke majlis pernikahannya ditimpa kemalangan, dia mati ketika masa semakin hampir untuk ditemukan jodohnya. Siapa tahu cinta yang sekian lama dijalin sehingga persiapan raja sehari sudahpun dilakukan berakhir dengan sebuah tragedi.
Ketika itu, baru manusia mula mengangguk dan terlintas untuk menyebutkan: ‘betapa perancangan TUHAN ini bisa mengatasi segala perancangan manusia’
Apabila takdir telah menidakkan perancangan manusia, berkatalah apa sekalipun, takdir tetap akan mengatasi tadbir manusia dengan ia berkata TIDAK. Walaupun kita sudah mangatakan YA dan meyakini segala yang dirancang itu bakal terjadi, ia tidak bermakna perancangan itu bakal terjadi.
Kisah menyayat hati pengantin yang tidak sempat diijab-kabulkan di saat-saat akhir itu menyimpulkan saya bahawa ikatan cinta belum lagi mencukupi untuk menyatakan si dia adalah jodoh dan milik kita suatu hari nanti. Pengantin yang sudah hampir dengan saat bahagiapun, kuasa takdir masih mampu ‘menidakkannya’ apatah lagi mereka yang dalam alam percintaan atau ber-‘couple’, hentikan saja jika ia mengundang dosa, jika sudah jodoh nanti bercintalah sepuas-puasnya.
Bercinta Dengan Yang Lain, Berkahwin Dengan Yang Lain
Berbicara soal jodoh ini amat sukar untuk menyatakan pendirian sendiri, kadangkala seperti terasa pilihan kita sudah tepat dan terbaik untuk diri. Tetapi lain pula jadinya, bukan sahaja tersasar bahkan tidak pernah langsung terfikir akan apa yang telah terjadi.
Pendeknya, sebelum saya berkira-kira menulis artikel kali ini saya pernah melaluinya suatu ketika dahulu. Kisahnya terlalu memberi kesan kepada hati, melaluinya suatu yang pahit jika tidak disertakan iman dan keyakinan. Tetapi jika ALLAH diletak dahulu di hadapan, tidak mustahil anda mampu melaluinya lebih dariada apa yang saya sudah lalui.
Teman yang saya kenali menceritakan perihal calon isteri yang mahu dicari, katanya: ‘Aku nak cari kalau boleh seorang ustazah, tak mahu yang pakai kaca mata. Tinggal pula dekat-dekat je dengan rumah family aku. Amacam, ok ke tidak Fiq pilihan aku ni?’
Saya cuma mengangguk sahaja, terlalu ideal pilihannya. Akhirnya, teman saya yang seorang ini akan berkahwin dengan orang Sabah yang bukan dari jurusan agama, apa yang penting bakal isterinya juga seorang yang berkaca mata. Saya pula yang tersenyum sendiri bila mengingatkan kata-kata beliau dahulu – sudah terbalik. Itulah jodoh, pilihan kita bukan jaminan untuk ketetapan takdir.
Kisah seterusnya, teman saya juga semasa di kampus dahulu. Bercinta bukan main sakan sekali, asyik bertukar pasangan. Dia menemui cinta sebenar dengan wanita sekampus dengannya sehingga hampir berkahwin, malangnya tidak kesampaian hasratnya. Hubungan mereka terhenti selepas tamat pengajian, dia dengarnya telah bertunang dengan sahabat lamanya ketika sama-sama menuntu di sekolah rendah, lama juga tempoh ikatan itu tetapi jodoh belum lagi memihak kepadanya. Terbaru, dia dikhabarkan sudah mendirikan rumah tangga, apa yang mengejutkan saya calon isterinya adalah sepupu di sebalah bapanya sendiri. Walaupun terasa lucu, tetapi itulah jodoh dan takdir.
Beberapa perkara tentang takdir ini perlu kita berati agar pegangan kita tidak terpesong apabila ditimpa apa-apa musibah. Khuatirnya apabila takdir yang berlaku ketika iman sedang lemah dan jauh daripada TUHAN. Syaitan amat mudah mengambil peluang untuk memberi ragu-ragu. Hanya kerana tidak dapat menerima hakikat dan takdir, kita menghampiri syirik kepada ALLAH.
Hati-hatilah.
Tawakal dan Doa Ubat Kekecewaan
Ada persoalan yang timbul, adakah manusia tidak wajar berusaha atau mengusahakan sesuatu jika segala ketentuan hanya terletak pada tangan ALLAH?
ISLAM tidaklah menganjurkan agar umatnya begitu, berusaha adalah sikap yang sangat disarankan dalam agama ini bahkan apa sahaja usaha ke arah kebaikkan diri dan orang lain lebih-lebih lagilah ia digalakkan serta dituntut. Jangan menyalahkan atau menjadikan diri lemah akibat memikirkan soal takdir yang bakal menghalang atau penyebab kekecewaan, kerana itu adalah urusan TUHAN, kita punyai jalan lain yang dinamakan ‘Tawakal’
Tawakal ini jika diolah kepada bahasa mudahnya adalah, kita mengharapkan sesuatu itu dengan menyampingkan niat bahawa aku redha menerima apa sahaja sekiranya segala yang berlaku tidak seperti yang kita rencanakan. Caranya mudah, usaha yang gigih mesti disisipkan bersama pengharapan kepada TUHAN agar impian itu tercapai, ia pula dipanggil DOA.
Saya percaya, jika ketiga-tiga elemen ini iaitu USAHA, TAWAKAL dan BERDOA ini diletakkan dalam setiap gerak kerja dan amalan, apa jua yang terjadi dan berlaku ia tidak akan memberikan kekecewaan yang terlalu parah. Jika putus bercinta pun, ia tetap waras, jika berlaku kematian orang yang tersayang, ia tetap mampu tersenyum, jika musibah menimpa diri ia masih larat berkata: ‘segala yang dirancang oleh-NYA adalah terbaik untuk-ku. Mungkin jodoh-ku bukan bersamanya’
KEHIDUPAN hanyalah kesempatan dan peluang untuk membuat pilihan samada pilihan yang benar atau salah. Kemungkinan pilihan kita yang benar itu mendapat restu daripada ALLAH dan bertepatan dengan takdir yang ditulis oleh-NYA. Namun, bukanlah apabila takdir itu tidak menyebelahi kita bermakna anda sudah tersalah membuat pilihan, tetapi ia berupa sesuatu yang ditangguhkan pemberiannya. Tidak hari ini, esok ataupun lusa.
Jika tidakpun, di akhirat nanti.
______________________________________
p/s: SAFAR yang meninggalkan diri tanpa pesan untuk memberikan bahagia, lalu RABIULAWAL yang bertamu akan cuba diraih agar ketenangan memihak kepada diri. datanglah, menjelmalah...hati harus dipujuk-pujuk.
p/s: Ucap tahniah saya buat teman junior sekampus di Darul Quran dahulu atas pertukaran status (available) kepada (busy). Percayalah, perkahwinan bisa menambah dan merubah kesibukkan kalian. Alfun Mabruq!
_________________________________________
Dapatkan wallpaper & Poster Motivasi KEHIDUPAN daripada saya di sini: afiqsaa'flickr
Sembang-sembang Motivasi bersama saya di sini (Yahoo Mesengger): afiqsaa@yahoo.com
Perkongsian Idea, Pendapat dan Masalah dengan saya di sini: (Email): afiqsa@yahoo.com
Laman Sosial bersama saya di Facebook: type 'my afiq'
Untuk read more, tulis di sini...

salam wbth ust
dlu sy prnh lalui crita mcm ni. 'ditolak' ...tp alhmdilillah, bila lma2 bru terfikir, da hikmah disbliknya.
amt sukar nk ckp soal jodoh. kdng tu terasa takut.
trima ksih ust atas pnjelasan dlm artikel ni.
(syafiqah)
slm..
betul kta penulis, cinta dgn yg lain, kawen pula dgn yg lain..
bermakna, jodoh itu terlalu ajaib.
aduhaiii......
Salam
Saya kira berkawan sebelum berumahtangga ini sesuatu yang sia-sia. Saya yakin sekiranya kita mengikut garis panduan yang telah Allah tetapkan untuk hambanya kita pasti dapat jodoh yang sesuai dengan kita dan seterusnya bahagia.
:)
Dont narrow ur mind, brother~ every taqdir Allah was ALREADY LUARBIASA!! All of it~ not only JODOH!! be a true MUSLIM, not a true naive MALAY.. cos every of ur opinion was reflecting ur thought as a MALAY, not as a MUSLIM~ U're a Jordanian Student right? be GLOBAL!!
to musca: dh name pon blog,tempat masing2 memberi pandangan,biaq pi la kt dia...klu nk kritik pon berila kritikn yg membina
thanks so much 'musca'
apa yang anda katakan bersamaan dgn apa yg saya telah lama fikirkan, cuma saya lebih fokuskan pada artikel ini adalah soal jodoh..
by the way terima kasih atas kesudian menjadi tetamu blog ini,
datang-datanglah selalu, selain pandangan dan komen, saya juga memerlukan kritikan..
salam wbth