Kerjaya VS Tanggungjawab

Seakan baru semalam lafaz ijab dan Kabul terdengar di hujung telinga saat air mata tumpah mengalir di pipi gebunya, inai dijari masih terlihat-lihat walaupun sudah 5 tahun mendirikan istana bahagia dan melayari bahtera. Melihat kelibat si dia, seolah baru semalam mengenalinya melalui perbualan telefon. Teringat-ingat saat pertama memandangnya di Kolej Mawar semasa sama-sama menuntut di Universiti dahulu, si dia seorang yang terpelajar, pandai membahagi masa, kemas dan mengambil berat. Itulah yang menjadikan hati si dara ini terpikat pada jejaka tersebut sehingga terpatri sudah ikatan dua janji. 5 tahun yang sudah amat menjanjikan kemanisan dan kebahagiaan yang diinginkan selama ini.

Awal perkahwinan dilalui dengan penuh bunga-bunga dan pengalaman yang menghiburkan. Si dia selalu mengambil hati si intan payungnya, apa sahaja yang diingini pasti akan dituruti, katakan sahaja apa mahunya, sekelip mata di depan mata. Begitulah juga buat si jejaka, seluruh jiwa dan raga diserahkan untuk lelaki itu tanpa disimpan sedikitpun. Kalau diri berkecil hati, disorok-sorokkan saja, untuk kebaikkan insan tersayang. Demikianlah kuatnya ikatan cinta.

Kata pepatah, ‘Langit tidak selalunya cerah, kadang-kala hujan turun mencelah. Bukan turun untuk mencuri, tetapi sekadar datang menguji’ Itulah bahagia.

‘Malam ni abang pulang lewat ya sayang. You makanlah dulu dengan anak-anak. Lepas meeting abang ada dinner dengan client’ begitulah pesan Hezry kepada isterinya dalam kesempatan berbual siang tadi.

‘I janji, lepas saja I balik out-station ni, kita bawa anak-anak makan angin. Seminggu je I pergi, ok!’ ucap Saiful. Isterinya muram.

‘Tapi you dah janji dengan anak-anak nak bawa mereka keluar minggu ni? Tak boleh ke You tangguh dulu kerja you? Please Saiful’ penuh berharap Rina memujuk suaminya. Tahun ini, belum lagi suaminya meluangkan masa bersama anak-anak semenjak memperolehi tender projek membina Hotel di ibu Negara.

‘Abi ada ceramah di Kampung Dalam malam ni, kemudian kena hadiri mesyuarat JKKK. Ummi tidur dulu ya, tolong tengok-tengokkan Irfan dan Iffah. Oh ya! Malam esok pun Abi ada usrah’ pesan Asri.

Aduh, betapa berat dan pedihnya apabila berhadapan dengan situasi ini. Hati pasti berasa ditinggalkan keseorangan. Saat si suami bekerja, hati si isteri seolah mencari-cari teman untuk bersembang dan meluahkan sesuatu. Si dia sudah tidak seperti dahulu lagi, bukan di hujung minggu sahaja dia tidak ‘melekat’ di rumah, bahkan setiap hari pulang lewat. Walaupun si isteri perlu memahami dengan kesibukkan kerjaya si suami, tetapi bukan begitu caranya dia diperlakukan. Kini, kenangan 5 tahun dahulu yang manis sudah menjadi igauan sahaja.

Inilah dia apabila bercakap mengenai pasangan yang semakin hari semakin syok! Dengan kerjaya mereka sehinggakan telah lupa akan tanggungjawab dan keutamaan dalam berkeluarga. Matlamat mereka ini betul tetapi cara mereka ini sedikit salah dan tidak kena pada gayanya. Kata mereka, apa yang diusahakan ini semata-mata untuk kebahagiaan anak-anak dan keluarga, namun ternyata mereka silap. Terlalu menganggap harta yang diperolehi daripada kerjaya mampu memberi bahagia walaupun terpaksa mengabaikan ruang masa bahagia untuk keluarga. Siang dan malam hanya berusaha untuk kerjayanya sahaja.

Persoalannya, adakah minat suami terhadap kerjayanya disebabkan minatnya terhadap isteri dan keluarga telah berkurang atau sememangnya suami telah kabur akan tanggungjawabnya?

Berkemungkinan YA. Mungkin juga si isteri tidak memberikan ‘khidmat’ dan ‘servis’ yang baik lalu si suami mula menjauhkan diri dan menyibukkan waktunya dengan kerja-kerja lain. Untuk berlaku curang tidaklah sekali-kali, lalu disibukkan dirinya dengan kerjaya yang boleh memulangkan hasilnya. Lalu situasi yang begini amat bahaya untuk para isteri, tersilap langkah bukan si suami sibuk akan kerjaya tetapi mengambil peluang untuk membuka ‘cawangan baru’ di tempat kerjanya.

Jika jawapan YA pada suami yang telah terlupa akan tanggungjawab, ianya dapat ditangani lagi bahkan ia cuma diberikan sedikit kesedaran kepada si dia, kelak si dia akan kembali merenung terhadap tugas dan kewajipannya.

Saya ingin berkongsi pandangan, bahawa setinggi manapun pangkat kita wahai si suami, sesibuk manapun anda, masa dan ruang bersama anak-anak juga isteri jangan sesekali diabaikan. Anda dikira telah mencuri masa bahagia mereka yang sepatutnya bersama anda ketika di malam hari. Masa itu adalah masa bergelak-tawa, masa itu masa menonton televisyen, masa itu masa memberikan sesuatu, masa itu juga adalah masa mentarbiyyah anak-anak dan isteri. Lalu, apabila ia dicuri dan diambil tatkala mereka memerlukan kemudian diletakkan masa itu hanya untuk kepentingan diri dan kerjaya, terlalu besar dosa dan khianatnya kita terhadap keluarga. Jangan salahkan anak-anak apabila mereka tidak menjadi seperti yang kita kehendaki suatu hari nanti.

Ingatlah! Kerjaya anda tidak akan ke mana-mana jika ia dilebih-lebihkan, tetapi tanggungjawab yang selalu diabaikan akan merosakkan keluarga bahkan kerjaya.


Tinggal Jangan Sampai ‘Tertinggal Jauh’

Salahkah meninggalkan mereka hanya sekejap untuk berkerjaya?

Terpulanglah, anda lebih memahami situasi yang anda sendiri alami. Tidak salah meninggalkan mereka, bahkan jika betul cara meninggalkan itu, ia bukan sahaja baik sebaliknya mengeratkan lagi ikatan kasih sayang sesama ahli keluarga. Saya telah menjelaskannya di dalam artikel ‘Sayang Isteri Tinggal-Tinggalkan’. Ia amat menarik untuk dipraktikkan bagi pasangan yang sudah lama berkahwin. Saya juga sudah menyebutkan bagaimana "kesibukkan yang membuahkan rindu yang asyik" terhadap pasangan.

Beginilah, anda semua mempunyai kerjaya yang tersendiri. Ada sesetangah kerjaya memerlukan komitmen yang tinggi sehingga terpaksa keluar bekerja di tempat yang jauh-jauh daripada kampung halaman. Ada jua kerjaya yang tidak memerlukan usaha setinggi itu tetapi terpaksa membahagi masa dengan kesibukkan di pejabat. Dan ada terdapat kerja yang santai, hari-hari dapat pulang ke rumah bertembung mata dengan anak dan isteri.

Sejauh manapun, tugas anda sebagai seorang yang bertanggungjawab mencari nafkah kepada ahli keluarga, jangan pernah diabaikan masa untuk mereka. Bagi yang sukar untuk berada di rumah, Sesekali ambillah sedikit masa bekerja membawa mereka keluar berjalan-jalan ke tempat peranginan. Tidak dapat sebulan sekali, 3 bulan sekali sudah memadai, apa yang penting masa kebersamaan itu digunakan sebaiknya untuk ‘memberikan’ khidmat dan kasih sayang yang terbaik. Siapa sangka, peranginan ini bakal menjadi lebih hebat daripada masa berbulan madu ketika berduaan dahulu?

Begitu jua bagi pasangan yang ketika ini sedang dalam tempoh menuntut di universiti, terutamanya wanita. Jangan selalu memberikan alasan study dan exam untuk tidak menjalankan tugas dan tanggunjawab sebagai seorang isteri. Apalah sukarnya menyediakan makan malam untuk si suami yang hanya sekadar satu dua lauk. Ia sudah memadai untuk menghargai si suami. Suami yang luka dan berkecil hati siapa yang tahu?


Masa Untuk ‘Mereka’ Tersayang

Tidakkah anda pernah termenung seketika untuk mengetahui apakah isi hati anak-anak dan isteri yang seringkali ditinggalkan? Bagaimana pula jika anda berada dalam situasi mereka? Dengan siapa pula anda mahu mengadu jika si dia yang ditinggalkan seorang yang paling diharapkan dan ia juga sebagai tempat bermanja? Jika anda mampu meluangkan masa berfikir tentang itu, saya pasti anda akan menghargai sebuah masa bersama keluarga.

Buat Ustaz-ustaz dan ustazah lebih-lebih lagi saya ingin melontarkan pesan, walaupun kita bekerja untuk masyarakat dan hak kita sememangnya ke arah itu, bukan bermakna masa bersama keluarga mesti diletakkan di kedudukan kedua. Dakwah tetap berdakwah, mesyuarat tetap bermesyuarat dan usrah tetaplah dengan usrahnya, namun tanggungjawab jangan sesekali diambil enteng. Kita sibuk mentarbiyyah masyarakat tetapi dalam masa yang sama anak-anak tertinggal akan tarbiyyah dari seorang ayah dan ibu. Tidak hairanlah ada kedapatan daripada anak-anak golongan agamawan ini yang ‘tidak menjadi’ apabila besarnya. Ia bukanlah soal berkat sahaja, tetapi berkait rapat dengan soal usaha. Iman tidak senang-senang boleh diwarisi.

Hargailah sebuah KEHIDUPAN dengan manfaat masa dan kebersamaan, kerana kebersamaan itu akan mengeratkan kuntum-kuntum bahagia yang carik. Sedikit atau banyak masa bersama bukanlah ukuran bahagia, tetapi ia dinilai pada ‘kualiti memberi’. Hargailah sebuah masa sebelum anda diikat dengan mehnah kesibukkan.

Untuk read more, tulis di sini...

9 Responses so far.

  1. salam,
    baca je entry ni memang
    terpaku..
    terkedu..
    teruja...

    perfect la.
    tahniah! kawen cepat fiq, dah mantop da..

  2. salam fiq

    kadang2 bkn laki je sibuk, wnita pun xktinggalan. ada situasi isteri lg sbuk dr suami..
    last2, suami t'pksa buat hmpir smua krja2 rumah..

    alahai....
    best artikel ni.mengingtkan para suami yg leka berkerjaya

  3. salam ust

    btul apa yg ust tuliskn ini, istri mmg sepi kalau x dpt duduk dgn suami.

    bayangkan jika 'kawan baik' kita dh x mcm dlu, sering tinggalkan kita krn ada 'kawan' (kerjaya) lain.

    ap pun suami/istri yg fhm akn t'jawab msti tahu perann mreka.

    sykran ustaz

  4. mantop..

  5. very good reminder buat pasangan muda. adakala kita leka dgn kerjaya to achieve a better tomorrow. namun esok yang kita harapkan mungkin tak datang if we sampai terabai meluangkan masa and perhatian.

  6. salam alaik..
    pos yg menarik.. itu dari sudut suami yg berkerjaya.. camne lak isteri yg sibuk berkerjaya? and then dalam masa yg sama nak berbakti pada agma dan masyarakat..especially doctor...amat susah kan? tapi sesibuk manepun kita.. kena pandai bahgikan masa.. anak, suami/isteri, keluarga, n masyarkat adlah amanh bagi kita.. laksanakanlah yang terbaik..jazakallah..

  7. kalau istri yg sibuk,
    lg susah kot..better istri yg mesti rapat dgn anak2..

    dia yg lebih layak trbiyyah

    just my opinion

  8. salam wbth semua, moga dalam kerahmatan ALLAH taala.

    to anonymous (1): terima kasih daun keladi, ada masa baca lagi. doakan supaya dicepatkan 'nya'...

    to anonymous (2): YA, selagi namanya manusia, mereka tak lepas daripada kesibukkan. tidak kira suami/isteri, jika bijak membahagi masa, insyaallah SIBUK bukanlah halangan bahagia.

    to anonymous (3): terima kasih, suami/isteri punyai perasaan ingin sayang dan disayangi. mana mungkin sayang hadir dari sebelah pihak sahaja. gunakan masa sebaiknya sebelum datangnya masa kesibukkan!

    to aCiK iMaH: terima kasih juga.. (apa yang mantanpnya Puan Fatimah?)

    to noir: betul tu noir. jangan sampai satu masa nanti, anak-anak pula akan membalas kesibukkan mereka kepada kita. nauzubillah!

    to anynomous (4) a.k.a (Dr): YA, tak dinafikan fakta itu. setiap manusia (isteri/suami) diikat dengan taklifan pada agama & kerjaya. namun, ia tidak menafikan tanggungjawab terhadap keluarga terutama wanita.

    wanita kuasanya dirumah dan terbaik ia berbakti di situ. seperti yang saya katakan kerjaya doktor bukan alasan kesibukkan, jika begitu Perdana Menteri akan lebih sibuk dari itu.

    yang menjadi kesibukkan apabila kita salah dan gagal merancang masa.

    to anonymous (5): betul-betul. tapi tidak ketinggalan, ayah juga mempunyai sisi yang lain untuk berbakti pada anak-anak.

    terima kasih semua!

    p/s: saya mahukan cadangan artikel tentang KELUARGA daripada anda semua.
    jika ada, ajukan sahaja pada saya, akan saya tuliskan jika ianya menarik untuk dikongsikan.

  9. ... bahagia sesuatu keluarga tu terletak pada kecukupan kasing sayang dan kecupan keperluan seharian ... isteri atau suami wajib sama - sama berganding bahu menggabainya ...
    ... luahlah ketidak puasan hati kepada pasangan dengan berhikmah supaya tercapai apa yang diingini kerana suami dan isteri tu saling lengkap melengkapi ... wallahualam ...