Pasangan ini amat mengujakan saya. Suaminya buta, si isteri mengibas-ngibas
suaminya daripada bahang matahari - Sungguh mulia.

Teman saya mahu berseloroh ketika perjalanan kami ke Syria baru-baru ini. Bersembang panjang yang akhirnya membawa kepada topik perkahwinan dan pengorbanan:
‘Sanggup berkahwin dengan isteri yang buta kalau ditakdirkan?’ soalnya.
‘Sanggup!’ saya menjawab selamba. Dia hendak menguji saya.
‘Wah, hebat! Sebab apa?’ dia ingin tahu sedangkan saya cuma mahu berjenaka.
‘Boleh kahwin satu lagi dan duduk serumah!’ balas saya spontan. Serentak kami tertawa.
‘Hang memang power!’
_______________________________________
Siapakah isteri solehah?
Adapun saya sendiri yang menulis artikel ini telah terkeluar daripada senarai isteri solehah. Ciri-ciri pertamanya adalah wanita. Bermakna, siapa saja wanita muslim yang beriman layak menjadi Isteri solehah, jaminan sebelah kaki ke syurga sudahpun tertulis, tinggal lagi untuk menerusi langkah seterusnya.
Ramai wanita berjaya menjadi solehah ketika sebelum berkahwin tetapi sebilangan sahaja yang mampu bertahan menyandang gelaran isteri solehah selepas bersuami. Sebelum berkahwin mereka hanya menguruskan diri-sendiri, perasaan sendiri dan segala macam yang hanya berkaitan dengan hal ehwal peribadi, oleh sebab itu solehah amat mudah dicari atau ‘diuasahakan’.
Namun, selepas berkahwin ramai yang mula berubah akibat perlu menjaga hati orang lain iaitu suami. Bukan setakat itu sahaja, hati suami mesti didahulukan berbanding hati sendiri (aduhai, inikah pertandingan isteri solehah?). Jika hati dilukakan, mesti diusahakan agar hati isteri dahulu yang terluka kemudian barulah suami.
Pendek kata, hati suami adalah sebahagian hati isteri yang mesti dijagai, makan minum suami adalah makan minumnya jua, sakit suami adalah sakitnya jua, segala kesempitan suami adalah kesempitan si isteri dan begitulah seterusnya sehingga suami anda mati meninggalkan anda. Itupun jikalau suami redha! – dan itulah syarat terbesar yang akan ditanya apabila sampai di hadapan pintu syurga nanti.
Walaupun ruang lingkup untuk menjadi isteri solehah ini lebih kecil iaitu taat kepada ALLAH dan suami berbanding sebelum berkahwin, tetapi ramai wanita yang sukar untuk melalui ujian kecil ini. Sebelum berkahwin mereka perlu taat kepada banyak aspek, kepada ALLAH, kepada ayah dan ibu, kepada adik-beradik dan lain-lain lagi jenis ketaatan, sampaikan terlalu banyak ketaatan yang tidak mampu tertaat. Itulah fenomena taat sebelum wanita berkahwin.
Namun sesudah berkahwin, taatnya cuma beralih kepada yang satu selepas ALLAH dan Rasulnya iaitu kepada suami tercinta sahaja, itupun kadangkala sukar untuk dilaksanakan oleh sebahagian wanita. Kerana itu saya katakan kesukaran menjadi isteri solehah lebih tinggi berbanding menjadi wanita solehah. Tetapi bukan bermakna ia dijadikan alasan anda untuk tidak menjadi isteri yang baik.
Isteri solehah sudah semestinya wanita solehah, tetapi mungkin belum pasti untuk wanita solehah.
Anda semuanya layak jika pandai menguruskan hati suami yang satu itu. Berikan kegembiraan sahaja, itulah petua dan rahsianya.
Kalau memasak, biarlah masaknya itu bersungguh-sungguh hingga jika perlu mencari belacan kegemaran suami di pasar tani sejauh 5 kilometer dari rumah sekalipun untuk menyedapkan masakan, anda perlu rela mengusahakannya. Siapa sangka, belacan punya pasal menjadi sebab anda dimasukkan ke syurga? Nampak macam kelakar, tetapi itu juga salah satu daripada ciri isteri solehah – memberikan yang terbaik untuk suami walaupun hanya dalam masakan.
‘Wahai Peah, kerana masakan-mu ketika hidup-mu dahulu bersama suami-mu bernilai ikhlas, hari ini AKU masukkan kamu ke syurga kerana suami kamu telah redha. Pergilah, suami-mu sedang menanti-mu di pintu syurga’ kata ALLAH di akhirat nanti. Ketika itu terlihat tangan suami melambai-lambai memanggil Peah untuk ke syurga berduaan.
Wahh!!
Itu baru dalam masakan, belum lagi pada soal mengorbankan jiwa raga. Ternyata banyak sungguh jalan mudah untuk ke syurga bagi wanita atau para isteri. Lebih tinggi nilai pengorbanan (usaha memberi) kepada suami, lebih tinggi darjat dan nilai syurga yang ALLAH bakal kurniakan, mahukan anda wahai isteri jika ada offer (tawaran) yang berbunyi begini, kata Nabi saw:
‘Apabila seorang wanita itu telah melakukan Solat 5 waktu, puasa pada bulannya, taat kepada SUAMI-nya, dan menjaga kemaluannya, akan dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang kamu kehendaki (sukai)’ – (Riwayat Ibnu Majah)
Inilah satu penghormatan buat isteri solehah yang di dunia dahulu perasaannya dikorbankan untuk suami, wangnya dibelanjakan untuk kebahagiaan suami, jiwa dan raganya diserahkan sepenuhnya hanya untuk kebaikan suami. Tiada lain kecuali untuk mendapat keredhaan ALLAH taala.
Seronok bukan? Hal ini belum tentu ada pada lelaki, maka berlumbalah ke arah itu.
Tanda isteri solehah itu terlalu banyak, namun apa yang Nabi sebutkan ini adalah tanda yang cukup mulia. Apabila suami terpandang akan wajahnya, maka datangnya kedamaian (ketenangan hati). Tidak semua isteri yang mempunyai kelebihan seperti ini.
Ada sesetengah isteri, memandangnya sahaja masalah bertambah serabut, fikiran naik runsing dan pendek kata tiada ketenangan. Para isteri mungkin mudah berseleoroh begini:
‘Bukan susahpun nak beri suami gembira bila dia melihat kita. Kita senyum saja setiap kali dia memandang pada kita, gembiralah nanti..’
Para suri rumah boleh mencuba cara dan petua di atas iaitu senyum setiap masa, tak perlu mengemas rumah, tinggalkan saja makan dan pakai suami, cuma senyum sepanjang masa dengan suami. Tidak dikatakan loya atau buang tabiat mungkin lebih teruk daripada itu anda bakal mendapat gelaran ‘menyampah!’
Pendek kata, wajah yang tenang apabila dipandang bukan sebarang anugerah, ia hanya ada pada isteri yang benar-benar solehah.
Buta Yang Mengeratkan
Saya menemui pasangan ini (gambar di atas) ketika menaiki keretapi untuk bercuti di hujung minggu lalu. Mereka duduk bersebelahan kerusi saya. Pada asalnya, saya tidak menyedari bahawa suaminya itu cacat penglihatan, sangka saya isterinya memimpin suaminya disebabkan gerabak keretapi yang bergoyang-goyang, tetapi melihat tongkat yang diselitkan di dalam beg yang mereka bawa bersama, ia meyakinkan saya bahawa suaminya tidak dapat melihat – buta.
Sepanjang perjalanan saya hanya memerhatikan gelagat mereka berdua. Hati saya senang dan fikiran saya tidak berhenti-henti berfikir. Dua persoalan bermain, seorang isteri yang rela bersuamikan seorang lelaki buta dan bagaimana kesanggupan dia menghadapi kesukaran dalam kehidupannya nanti.
Saya merumuskan dengan pendek, bahawa pasangan inilah yang paling romantik yang pernah saya temui. Sememangnya ia ternyata benar, orang buta segala-galanya memerlukan insan di sisinya untuk membantu, siapa lagi kalau bukan isteri. Romantisnya mereka kerana semua perkara menghendaki mereka sentiasa bersama, bukan sekadar makan dan minum, bermula daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada pengorbanan yang lebih besar. Jika ke kamar beradu, ia lebih-lebih lagilah memerlukan masa berduaan.
Orang celik jarang dapat begitu, duduk di sofa ketika menonton televisyen pun kadangkala berjauhan. Suami duduk di kerusi, isteri pula duduk dilantai bersama anak-anak. Bercakap pun tidak memandang muka, memperlakukan isteri tidak kurang seperti orang gaji. Kalau beginilah keadaannya, pasangan buta yang saya temui itulah pasangan yang paling romantik. Buta mereka itu mengeratkan lagi ikatan kasih sayang.
Biarlah mempunyai pasangan yang buta mata, jangan nanti pasangannya celik tetapi hatinya pula buta. Jangankan kata mahu ke syurga ALLAH, hendak merasa syurga duniapun (mawaddah & rahmah) belum tentu dapat.
Renungkanlah kata dari ALLAH ini:
‘Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-NYA ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya. Dan dijadikannya di antara kamu rasa kasih dan sayang’
Untuk read more, tulis di sini...

(Surah Rum)
[Usah Jemu Memberi]
Untuk read more, tulis di sini...
sungguh memberi pengajaran crita ni..good job...sangat menginsafkan..
abe pa..
BEst nyer... Sejuk hati membacanya! teruskan us afiq! keep it up~