‘Habislah aku Man. Kali ini apa aku nak jawab dengan Miss Chia tu? Assignment dia satu helaipun aku belum taip lagi. Last topic hari tu aku tak datang kuliah dia, macam mana nak create isinya?’ Ujar Hadi. Wajahnya kelihatan pucat. Kerja kuliahnya masih berbaki tiga hari lagi untuk dihantar sedangkan dia perlu menaip hampir 50 helai muka surat untuk menyiapkan assignment tersebut. Tambahan pula, bab terkakhirnya masih kosong!

‘Kau macam mana Man? Dah siap?’ Soalnya pula.

‘Sama macam kau juga, sikit lagi. Bab yang terakhir aku tiru orang je,’ Patutlah Razman ceria sahaja, rupanya dia hanya meniru assignment orang lain.

‘Kau biar betul, Man. Tak elok tiru-tiru ni. Kantoi kita dengan Miss Chia tu. Repeat tahun kita,’ Gelabah Hadi semakin menjadi-jadi bila Razman mengacahnya begitu.

‘Mana ada aku tiru, ambil isinya je. tadaaaa!’ Razman menunjukkan sebuah assignment yang sudah siap difailkan. Cantik, padat dan kemas. Hadi tahu, itu bukan hasil assignment Razman tetapi kepunyaan orang lain.

‘Maaflah Adi, aku terguna nama kau tadi, nak pinjam assignment ni daripada Nur. Dengar nama kau terus dia bagi,’

‘Ya ALLAH budak ni. Kau guna nama aku? Kesian Nur tahu, aku tak mahu susahkan dia lagi Man. Kau pun tahukan Nur tu macam mana orangnya,’ balas Hadi. Sebenarnya dia terkejut bila mana assignment Nur ada pada tangan Razman. Timbul pula rasa bersalah di hatinya. Disebabkan Razman, dia telah menyusahkan Nur sekali lagi.

‘Sory-lah Adi. Aku tak berniatpun nak susahkan Nur. Kebetulan dia siap awal, aku pinjamlah assignment dia. Aku tengok, dia tak ada masalah pun nak beri pinjam pada kita,’

‘Man, man. Last warning ya! Jangan buat macam ni lagi,’ Hadi memberi amaran kepada rakan karibnya. Razman hanya menangangkat kening sambil tersenyum busuk. Hadi mencemikkan bibir.

‘So, kau nak pinjam tak ni?’ soal Razman.

‘Kalau kau dah siap, boleh juga aku nak tengok-tengok. Letakkan aje atas meja study aku nanti,’

‘Ceh! Ada hati juga rupanya,’ bisik Razman perlahan.

‘Apa kau cakap, Man? Ulang balik,’

‘Nothing!’

_____________________________________________


‘Nur, kau nak makan apa? Aku tolong orderkan,’ soal Faeza. Malam itu mereka hanya mengisi perut di restoran Thailand saja. Hujung-hujung minggu begini mereka jarang memasak. Siang penuh dengan aktiviti persatuan, malam pula berusrah bersama adik-adik junior.

‘Nasi Goreng Cina dengan Nescaffe panas!’ Pesan Nur. Faeza terus beredar ke kaunter untuk memesan makanan. Sekembalinya Faeza dari mengambil pesanan, Nur memulakan bicara.

‘Eja, aku nak cakap sesuatu dengan kau. Cuma nak tanya pendapat je,’ Nur mula membuka topik perbualan.

‘Apa dia cakaplah, kalau mampu aku boleh tolong,’ balas Faeza pendek.

‘Apa pandangan kau tentang Hadi? Maksud aku, maksud aku……….’ Kata-katanya terhenti di situ, tanpa ada penyudah.

‘Maksud kau dia sesuai ataupun tak?’ Faeza cuba menduga fikiran Nur. Dan sememangnya ia tepat, dan itu jugalah yang sering berlegar-legar difikiran Nur. Nur mengangguk perlahan, tersenyum malu.

‘Kalau jawapan akulah, He’s perfect! Memang secocok dengan aku. Eh! Silap-silap, secocok dengan engkau Nur. Percayalah,’ Balas Faeza sambil berjenaka. Faeza tahu, Nur sudah lama menyimpan perasaan pada Hadi. Dari tingkah laku dan kebaikannya pada Hadi dia telah dapat menghidu perasaan Nur.

‘Eh! Ke situ pula perginya ya? Kita ni perempuan Eja, mudah sangat perasan, entah-entah kita bertepuk sebelah tangan. Kita saja yang beria-ia,’ luah Nur, seakan berputus asa. Dia tidak pasti samada Hadi juga ada menyimpan perasaan yang sama sepertinya ataupun tidak. Nur tidak mahu berprasangka yang bukan-bukan. Kalau ada jodoh, biarlah Tuhan yang mentakdirkan. Namun, hatinya tidak pernah lekang melupakan Hadi.

‘Hmm, betullah apa yang kau cakapkan tu Nur. Perempuan ni boleh menunggu jelah, silap hari bulan jadi ANDARTU. Tapi, bila dah dapat dibuang-buang pula,’ ujar Faeza lagi. Membenarkan kata-kata Nur.

Malam itu perasaan Nur berkecamuk lagi. Hatinya sering tertanya-tanya, mengapa wajah Hadi yang kerap hadir dalam hidupnya. Dia tidak mampu membohongi perasaannya sendiri bahawa dia telah menyintai Hadi dalam diam-diam. Bukan sekali ini saja dia cuba menafikan, tetapi berkali-kali sudah perasaan itu cuba dibuang jauh-jauh, namun ia tetap kembali.

Angin bertiup lembut mengheningkan suasana malam yang dingin.


_____________________________________________



Seminggu yang lalu, Salwa ada mengirimkan emailnya kepada Hadi, menyampaikan khabarnya dari
United Kingdom. Katanya, dia akan pulang ke tanah air pada hujung Disember ini. Tidak lama, mungkin cuti dua bulan itu hanya diperuntukkan untuk bertemu sanak-saudara dan juga keluarganya.

Hadi gembira apabila mendengar Salwa dalam keadaan sihat dan selamat. Kebimbangannya bertukar lega dengan khabaran dari Salwa. Sungguh jauh jarak percintaan mereka. Hadi bersyukur kerana masih dikurnaikan kejujuran untuk terus setia bersama Salwa, gadis kota Serambi Mekah yang dilamar setahun yang lalu.

‘…………………… SEMOGA KITA DIPANJANGKAN UMUR UNTUK BERTEMU NANTI, DOAKAN SAYA AGAR SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR HUJUNG TAHUN INI. SAMPAIKAN JUGA SALAM SAYA PADA UMMI AWAK. JEMPUTLAH KE RUMAH SAYA HARI LEBARAN NANTI.

SEKIAN DAHULU DARIPADA SAYA, WASSALAM.

SALWA SULAIMAN – UNITED KINGDOM (0347 AM).

Begitulah bait-bait terakhir dari email yang dikirim oleh Salwa. Hadi tersenyum kecil. Namun, tiba-tiba muncul pula wajah Nur. Saat ini, perasaannya mula berbelah bahagi. Antara kesetiaan Salwa dan kejujuran Nur, dia mati di pertengahan dua pilihan. Dia tidak boleh menipu, bahawa cintanya sedikit demi sedikit mula beralih kepada Nur.

Kebaikan Nur kepada dirinya tiada tolak bandingnya. Mungkin itu puncanya, perasaan Hadi mula berubah arah. Setia dan cinta, keduanya adalah nyawa kepada sebuah ikatan hati. Tetapi kali ini, dia harus memilih salah satu? Terus setia kepada Salwa, atau menanti cinta daripada Nuryang belum pasti. Jiwanya terus bermain dengan kekacauan.

Sepi dan sunyi terus menyelubungi.


____________________________________________



Pagi itu, seperti yang dijanjikan dia perlu bertemu dengan Ustaz Taufiq, senior daripada jurusan Syariah. Katanya ada perkara penting yang mahu dibincangkan. Sejak semalam jualah, Hadi mula berfikir, apa yang mahu diperkatakan oleh Ustaz Taufiq nanti.

‘Ada muslimat bertanyakan ana, kamu masih kosong lagi? Maksud ana, kamu sudah berpunya atau belum?’ pagi itu sambil bersarapan Ustaz Taufiq yang memulakan bicara. Seperti yang sudah di duga, soalan itulah yang bakal ditanyakan. Lagipun ustaz Taufiq memang terkenal sebagai penaung kepada Badan Bait Muslim di kolej itu.

Tangan Hadi terhenti mahu menyuapkan Mee Goreng ke mulut.

‘Err…kalau tak keberatan bagi ustaz, boleh saya tahu siapa muslimat yang bertanyakan tu?’ soal Hadi, sekadar ingin memastikan kebenaran berita tersebut.

‘Beginilah Hadi, buat masa sekarang ana belum boleh memberitahu siapa empunya diri yang bertanya tu. Cuma ana beri tempoh pada kamu untuk fikir-fikirkan dahulu. Lagipun saya tahu, kamu masih free lagikan?’ Ujar Ustaz Taufiq. Hadi terkejut, ustaz Taufiq sudah tersalah duga.

‘Tapi ustaz….’ Hadi cuba menerangkan situasi sebenar tentang dirinya tetapi dibidas oleh Ustaz Taufiq.

‘Jangan bertapi-tapi lagi Adi, kali ini kalau kamu menolak, kamu sangat rugi. Muslimat ni memang menjadi rebutan muslimin di kolej ini. Dia pun tak berniat untuk berumah tangga awal, sekadar mengikat dahulu. Harapnya kamu pertimbangkanlah hajat muslimat tu ya!’ balas Ustaz Taufiq panjang lebar. Hadi tidak sempat mahu bersuara panjang, dia segan sebenarnya apabila berhadapan dengan Ustaz Taufiq.

Selepas pertemuan dengan Ustaz Taufiq pagi itu, dia asyik bermenung panjang. Persoalan yang banyak menunjal-nunjal di benak fikirannya. Kemudian, datang pula rasa bersalah apabila dia tidak menerangkan hal sebenar kepada Ustaz Taufiq.

Siapakah gerangan muslimah yang bertanyakan itu terus bermain di mindanya. Hadi hanyut dengan pelbagai soalan. Akhirnya tersedar apabila azan Asar berkumandang. Dia mencapai fail-failnya dan bergegas menuju ke masjid.


________________________________________


Malam itu, ada sedikit ketenangan. Entah kenapa Hadi sukar melelapkan matanya. Seolah ada yang menghalangnya untuk beradu. Sejak jam 12 tadi dia berbaring di katil namun matanya tidak juga mahu dipejamkan. Dia bangkit, menuju ke kamar mandi. Mahu meraih sedikit lagi kekuatan melalui solat sunat.

Hajatnya pada malam itu, mahu beristikhoroh, namun dibatalkan dahulu. Dia takut, andai istikhoroh yang ditunaikan nanti akan merubah hatinya kepada yang lain. Permintaan Ustaz Taufiq masih lagi terngiang-ngiang di telinganya. Dia akur.

Akhirnya, dalam kesejukan malam, dia menghamparkan sejadah menunaikan seketika Sembahyang Tahajjud. Meninggalkan sebentar kegalauan dunia untuk mengadu kepada yang Esa dengan harapan dia beroleh ketenangan dalam semua urusan kehidupan. Seusai bersembahyang, dia duduk bertafakur, mengalunkan butir zikir. Amat tenang dirasakan malam itu.

Subhanallah (Maha Suci ALLAH taala)

Alhamdulillah (segala puji bagi ALLAh tuhan sekalian alam)

Allahuakbar (ALLAH Maha Besar)

Bibirnya terus terkumat kamit membaitkan zikit-zikir, akhirnya dia terlena di hamparan sejadah. Hadi tersedar menjelang azan Subuh dialunkan.

[
bersambung…]

Untuk read more, tulis di sini...

1 Response so far.

  1. la abg... ingtkan dah habis... jahat betul la... cepat2 siapkan yang seterusnya... bleh buat novel ni bang. mungkin setaraf dengan hilal nanti. hehe