CINTA ITU MOTIVASI
Ketika sekian ramai manusia yang mabuk dek kegilaan cinta, anda seharusnya sedar bahawa cinta tidak wajar dipersalahkan tetapi yang empunya cinta perlu terlebih dahulu dinilai, kerana apa dia bercinta?
Jika tujuannya murni, pasti pengakhirannya akan membuahkan cinta yang sejati. Pasti jadinya nanti sesuatu yang baik-baik belaka. Cinta terhadap sesuatu yang baik akan menjadikan yang empunya cinta itu menjadi baik. Pendek kata, kita akan menjadi seperti apa yang kita cintai. Percaya atau tidak, kerana terlalu cinta, ia boleh mengubah apa sahaja dalam sebuah kehidupan.
Cinta kepada kebaikan, kita akan menjadi baik, begitulah sebaliknya yang akan berlaku.
Cinta akan menjadi motivasi kepada seseorang apabila ia mampu menghasilkan sesuatu yang baik atau dapat merubah seseorang daripada kejahatan kepada kebaikan. Namun, untuk menjadikan cinta itu sebagai penghasilan yang baik, beberapa prinsip cinta harus dipatuhi. Anda semua sudah tentu mengerti apakah prinsip dan dasar itu? Mudah sahaja, selagi ia tidak bertentangan dengan garis panduan agama, itulah dia prinsip cinta – ISLAM.
Lalu, tidak akan terjadi sesuatu yang buruk sekiranya yang empunya cinta itu menurut apa sahaja kehendak yang dipandukan oleh agama Islam sepanjang melalui alam percintaannya. Bahkan yang empunya cinta dan apa yang dicintai itu akan saling menghasilkan natijah yang dipanggil motivasi.
‘Anda akan menjadi seperti apa yang dikehendaki oleh yang dicintai’ Bagaimanakah maksudnya? Misalnya begini, anda menginginkan sebuah kereta mewah, lalu ia menghendaki anda mengorbankan sebahagian daripada tenaga dan masa untuk mendapatkannya dengan cara mencari duit sebanyak-banyaknya. Ketika itu, kerana kecintaan anda kepada kereta tersebut, anda telah berusaha untuk mendapatkan kehendak itu. Kerana cinta juga, anda telah menjadi pencari duit yang tekun, kerana itulah yang dikehendaki oleh yang dicintai itu iaitu kereta.
Seperti yang saya katakan, mencintai segala yang baik akan membuahkan kebaikan. Prinsip ini amat mudah. Kerana apa yang kita cintai itu bukan sekadar objek yang dicintai, tetapi mencintai juga segala apa yang dimiliki oleh yang dicintai tersebut. Sekiranya kita akui mencintai Nabi saw, kita bukan sahaja mencintai batang tubuh Nabi semata-mata tetapi juga mencintai akhlak dan sikap yang dimiliki oleh Nabi saw. Tidak cukup dengan itu, akhlak yang dicintai tersebut dipraktikan dengan sebaiknya dalam kehidupan seharian. Tidakkah ia merupakan motivasi cinta yang terbaik dan positif?
Pendek kata, jika baik yang dicintai itu, maka baiklah yang akan terjadi kepada yang empunya cinta.
Bagaimana pula halnya apabila anda mencintai seorang wanita? jawabnya mudah, 'cintailah wanita tersebut kerana sesuatu, jangan mencintai sesuatu kerana wanita' Mari teruskan membaca.
CINTA ITU MENGHANCURKAN
Frasa ‘KERANA’ itu akan mengubah segala nawaitu dan natijah percintaan anda. KERANA akan menunjukkan tujuan akhir percintaan anda dan hasil yang akan terjadi. Dalam hadith 40 karangan Imam Nawawi berkenaan nawaitu menyebutkan (saya memetik sebahagian daripadanya sebagai highlight utama:
‘Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dicari habuannya atau seorang wanita yang mahu dinikahinya, maka hijrahnya ke arah apa yang ditujui tersebut’
(Ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih)
Dalam hadith ini Nabi saw mahu menyebutkan, ada sebahagian para sahabat yang berhijrah bukan kerana nawaitu hijrah, sebaliknya mereka berhijrah kerana wanita-wanita yang ingin mereka kahwini. Mereka pergi berhijrah kerana mereka mahukan habuan dunia iaitu harta kekayaan. Maka, inilah dia yang dikatakan sebagai 'mereka mencintai sesuatu kerana wanita'
Sama juga istilahnya seperti, mereka mengorbankan sesuatu untuk mendapatkan wanita atau kekayaan duniawi. Sehingga terkadangkala, mereka telah terlupa akan prinsip dan dasar asas percintaan yang digariskan oleh Islam. Kerana cinta (wanita & harta) mereka sanggup melakukan apa sahaja.
Maka, tidak hairanlah jika pembunuhan dan perbalahan boleh berlaku hanya kerana cintakan seorang wanita. Apabila tujuan asal bercinta telah diletakkan makhluk sebagai matlamat, ia tidak selalunya menghasilkan kebaikkan kerana makhluk (iaitu manusia) mudah dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan. Manusia tidak boleh meletakkan cinta kepada makhluk sebagai matlamat utama, tetapi sekadar menjadikan ia sebagai alat untuk mendapatkan cinta sebenar. Bagaimanakah caranya?
Cintailah wanita itu kerana sesuatu - Cintailah wanita itu kerana ALLAH taala. Kerana dengan cara itu, kita akan mendapatkan tujuannya (ALLAH taala) terlebih dahulu sebelum mendapatkan seseuatu yang dicintai. Bahkan sesuatu yang dicintai (wanita atau harta) tersebut hanya akan menjadi penghubung antara kita dengan ALLAH (iaitu tujuan asal).
CINTA YANG KEKAL ABADI
Berapa ramai manusia yang sudah musnah cintanya kerana telah rosak nawaitu percintaannya diperingkat awal. Makhluk dijadikan matlamat sementara khaliq (pencipta) cuma dijadikan alat untuk mendapatkan cinta. Mereka mempergunakan agama untuk mendapatkan sebuah cinta, padahal bukan agama yang mereka kehendaki tetapi adalah seorang wanita.
Cinta seperti ini akan memakan tuannya selepas apa yang dikehendaki itu dirasakan puas dan bosan. Cinta kepada makhluk tak akan ke mana jika tidak disertakan bersama cinta kepada Khaliq (ALLAH taala).
Manusia yang cintanya kepada sesuatu kerana ingin mendapatkan cinta yang lebih agung, akan mendapat sebuah cinta yang hakiki. Dia akan beroleh dua keuntungan, iaitu cinta kepada apa yang dicintai (makhluk) dan cinta untuk apa yang dicintai (iaitu ALLAH taala).
Tidak salah mencintai seorang wanita atau lelaki jika tujuan utamanya adalah untuk agama. Bercinta atas dasar mahu membina sebuah keluarga yang diredhai oleh ALLAH. Suami mencintai isterinya bukan sekadar sebuah cinta biasa tetapi kerana mahu mendapatkan cinta yang sebenar-benar cinta iaitu cinta ALLAH. Jangan hanya ucapkan ‘I Love You’ semata-mata, tetapi ungkaplah kepada si isteri: ‘Abang cintakan-mu kerana ALLAH taala’
Maka, cinta itu akan subur selagi mana cinta kepada ALLAH sedang mekar.
Jadikanlah cinta manusia itu untuk mendapatkan cinta ALLAH, nescaya kita tidak akan kecewa apabila ditinggalkan manusia kerana kita percaya selagi mana ada usaha untuk mendapatkan cinta ALLAH selagi itu cinta manusia dengan sendiri akan memburu kita. Orang yang mengejar cinta ukhrawi maka dunia dengan sendiri akan mengejar mereka.
Tiada siapa yang mampu untuk memberikan cinta untuk selama-lamanya, dan tidak ada manusia yang boleh menjamin bahawa cinta mereka adalah yang paling kekal melainkan ALLAH sahaja.
PENUTUP
Apa yang akan terjadi kepada tuan empunya cinta bergantung kepada apa yang dicintai dan untuk apa tujuan percintaan tersebut. Jika tujuan dia mencintai seorang wanita untuk mendapatkan cinta ALLAH, maka landasan cintanya ketika itu telah menepati sebuah prinsip dalam bercinta.
Dengan cinta, kita boleh menjadi apa saja. Maksud saya samada baik ataupun sebaliknya. Hebat bukan? Cinta boleh menjadikan kita apa sahaja, cinta juga boleh membawa kita ke jurang neraka atau ke taman syurga.
_________________________________________
Nota Kehidupan (1): cinta ALLAH itu bermakna cinta apa yang disukai oleh-Nya. Sifirnya mudah, jika anda mencintai seorang gadis, pastinya anda tidak akan melakukan apa yang tidak disukai olehnya dan sentiasa menurut kehendaknya agar gembira selalu.
Nota Kehidupan (2): Saya cintakan dia kerana DIA. Moga ALLAH merahmatinya.
[Usah Jemu Memberi]

:))))))
Ya..marilah bercinta kerana SESUATU
menarik ustaz. pengjrn yg brguna. btul la, cinta itu adlh motivsi