Katakanlah pada suatu hari, datang seorang pemuda tampan yang sudah lama diminati melamar diri anda, dalam masa yang sama dia menjadi rebutan ramai muslimah di kolej anda, padahal anda bukanlah seorang wanita yang dirasakan layak, jauh sekali memikirkan bahawa situasi ini akan berlaku kepada diri? Ketika itu anda adalah orang yang paling bertuah kerana apa yang diidamkan selama ini datang di depan mata. Hati hanya berkata: “Inilah nikmat”
Katakanlah pada suatu hari, seorang fakir yang hampir pengsan akibat tidak menjamah makanan selama 5 hari telah dihadiahkan dengan sebuku roti kering dan sebotol jus buah-buahan. Ketika nyawanya hampir ke hujung tanduk, ada nikmat berupa makanan datang kepadanya. Jika dia seorang yang beriman, pasti hatinya akan berkata: “Ya ALLAH, inilah nikmat. Aku harus bersyukur” Pada ketika itu jejaka tampan bukan lagi menjadi nikmat kepadanya, baginya sekeping roti lebih berharga daripada seorang lelaki idaman.
Katakanlah, anda seorang yang berada dan layak digelar jutawan. Mempunyai aset harta yang bernilai jutaan ringgit. Rumah dan kereta mewah bukan lagi menjadi suatu yang dianggap besar. Apa yang ada di hadapan mata atau yang terlintas difikiran anda pasti akan menjadi milik anda dalam sekelip mata. Pada ketika itu, dimanakah nilai sebuku roti kering yang menjadi nikmat kepada si fakir yang sedang dalam kelaparan tadi jika ia dihulurkan kepada anda?
Adakah anda pernah terfikir bahawa nilai nikmat pada setiap orang itu berbeza-beza? Sampaikan ada manusia yang kabur menilai nikmat.
Ada manusia, sebuku roti itu adalah nikmat baginya dan lambang kesyukuran untuknya. Ada manusia kesenangan adalah nikmat yang paling besar baginya kerana dia telah lama menderita. Ada manusia lain yang sudah bertahun-tahun lamanya menderita sakit lalu merasakan nikmat sihat adalah nikmat yang paling berharga buatnya.
Ya, nikmat yang dikurniakan itu sangat berbeda pada setiap individu. Sehinggakan ada manusia yang tidak tahu menilai nikmat yang datang kepadanya. Baginya, nikmat atau laknat sama sahaja.
Lalu bagaimanakah kayu ukur sebuah nikmat itu? Pada nikmat yang diberi atau kepada yang menerima nikmat?
Jawabnya: Nilai dan kayu ukur sebuah nikmat terletak pada erti bersyukur.
Seorang yang kaya-raya tidak akan tahu menilai mana satu rezeki yang berupa nikmat kepadanya kerana dia berkuasa memperolehi segala-galanya melainkan dia tahu akan erti bersyukur. Dengan bersyukur, dia bisa menghargai segala kurniaan yang datang kepadanya samada kecil atau besar, samada diperlukan atau tidak dan samada sikit ataupun banyak. Dia akan sentiasa bersyukur ketika dia menghadapi situasi senang mahupun sukar.
Pendek kata, ALLAH taala tidaklah memandang sebesar mana nikmat yang diberikan oleh-Nya kepada manusia, tetapi melihat sejauh mana sikap manusia yang tahu bersyukur dalam setiap nikmat yang dikurniakan. Apabila seorang hamba itu bersyukur, dia akan menghargai nikmat yang datang sekaligus menghargai pemberi nikmat, iaitu ALLAH taala.
KISAH MAKCIK LIMAH YANG BERSYUKUR
Hampir 7 tahun Mak Limah mengusahakan gerai goreng pisangnya. Sejak dia berhenti bekerja di sebuah kilang itu sahaja sumber rezeki yang mampu untuk menyara mereka sekeluarga. Walaupun tidak mewah tetapi kecukupan itu sudah memadai untuk mereka sekeluarga hidup aman-damai. Ditambah pula dua bulan lagi dia akan menerima kehadiran orang baru dalam keluarganya, masuk yang ini sudah 5 cahaya mata yang dimiliki olehnya.
3 tahun yang lalu, perniagaannya pernah gagal akibat kekurangan modal. Dua daripada empat anaknya terpaksa diberhentikan sekolah kerana tiada wang untuk membiayai yuran persekolahan. Ketika itu hanya dua lagi anaknya yang sempat menghabiskan pengajian sampai ke peringkat SPM. Mak Limah bersyukur kerana dia tahu walaupun dua lagi anaknya tidak bersekolah namun ada berbaki dua yang masih berpeluang merasai pengajian. Sekurang-kurangnya Tuhan tidak menutup semua peluang untuk menyekolahkan anak-anaknya.
ALLAH menutup sebahagiannya tetapi membuka sebahagian yang lain. ALLAH menyukarkan pada suatu perkara tetapi menyenangkan dalam perkara yang lain. Bersyukurlah.
Pernah dahulu gerainya dirosakkan kerana kedengkian orang sekampungnya, puncanya Mak Limah difitnah kerana menjual pisang goreng yang dicuri. Mak Limah tidak melawan, baginya mulut manusia boleh buat apa sahaja, bila sudah penat mereka akan diam sendiri. Dia terus bersyukur walaupun yang datang bukanlah nikmat tetapi musibah. ‘Mungkin itu adalah kaffarah untuknya’ detik hati kecilnya dahulu. Akhirnya yang menfitnah itu ditangkap dan gerainya terus maju.
Mak Limah bersyukur lagi. Dia tahu, selain dia ada lagi manusia yang duji lebih berat daripadanya.
Kadangkala Mak Limah sendiri tidak faham dengan sikap manusia di sekelilingnya, banyak nikmat yang diberikan tapi masih ada yang tidak reti bersyukur malah ada pula yang suka melakukan kedengkian.
Mak Limah sentiasa ingat akan pesan arwah bondanya, segala nikmat yang datang samada besar atau kecil mestilah diambil sebagai satu kesyukuran kerana itulah sikap menghargai yang paling tinggi disisi Tuhan.
Kini, anak-anaknya sudah berkerjaya, seorangnya berjawatan doktor dan seorang lagi berjawatan arkitek. Dua lagi anaknya sedang mengusahakan tanah kelapa sawit dan ladang getah yang ditinggalkan oleh arwah suaminya.
Hasil syukur dan sabarnya bertahun-tahun, akhirnya Mak Limah dihadiahkan dengan kebaikan yang besar dan berlipat-ganda.
______________________________________
Nota Kehidupan: Saya terasa ingin menulis sesuatu sebelum tidur kelmarin, inilah hasilnya yang seadanya.
[Usah Jemu Memberi]

salam ya akhi
saya mengikuti blog anda dan mendapati artikel amat membina, subhanAllah.
benar...erti syukur berbeza bg setiap insan. Bagi saya yang alhamdulillah dilamar dan akhirnya berniakah dgn muslimin hebat merasakan diri amat tidak layak
bgnya;subhanallah amatlah bersyukur. biarpun zauji jauh di mata; erti syukur menguatkan hati alhamdulillah
moga kita samua sentiasa bersyukur; even in 'small' matters,insyaAllah
blogger 'sabar, tabah,tenang'