KISAH
‘Dulu saya tidak bertudung seperti ini. Berseluar pendek sahaja!’ ujarnya dalam sebuah tulisan. Dia sahabat maya yang sempat saya kenali 2 tahun lalu.
Bukanlah tidak percaya bahawa tiada wanita yang berseluar pendek, tetapi dengan imejnya yang kini, saya sukar mempercayai diri beliau yang dahulu. Lebih mengujakan saya beliau seorang mahasiswi daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Penang. Tambahnya lagi:
‘Ingat lagi sewaktu ada kelas tambahan, saya tak nak pakai tudung ke sekolah, saya kata saya tak suka jangan dipaksa. Namun, apabila Hidayah Allah itu memasuki dalam hati maka tiada sesiapa yang dapat menghalanginya... Entah kenapa? saya benar-benar ingin bertudung’ coretnya lagi.
Apa yang mengundang simpati dan air mata untuk saya adalah, bondanya pergi sebelum sempat melihat perubahan beliau. Tetapi saya yakin, dari ‘kejauhan’ bondanya pasti tenteram di alam sana melihat diri beliau yang baharu. Pusaranya sejuk dan damai!
‘Ibu saya sudah tiada, tapi nama saya sama seperti nama ibu saya. Ayah yang meletakkan nama macam tu sempena memperingati arwah ibu’
Akhirnya, beliau telah menjadi seorang ‘ustazah’ yang lebih dari seorang ustazah. Jahil yang dahulunya menjadi tanggapan pada sebuah kecantikan diri, akhirnya beliau mengambil keputusan untuk berubah. Yakin dan gah untuk lebih cantik dengan imej islamik.
Bertudung labuh, berpurdah dan berjubah!
Bahkan beliau lebih berkeyakinan walaupun dengan rupa paras biasa-biasa yang dimiliki oleh beliau, beliau masih mampu menjadi cantik dengan berakhlak seperti yang dikehendaki oleh Islam. Siapapun akan menjadi cantik dengan Islam. Katanya:
‘Agama Islam itu untuk semua!’
Di akhir penulisan beliau, rupa-rupanya sedikit-sebanyak perubahan itu dipengaruhi oleh novel-novel yang pernah dibaca. Apa tidaknya, ada orang yang menonton ceritanya tidak reti dan keras hati untuk berubah, tetapi sahabat saya ini cuma membaca sebuah tulisan dan huruf-huruf mati, hati beliau melonjak ingin berubah.
Novel Ayat-Ayat Cinta!
Maha kuasa hidayah ALLAH itu untuk manusia. Daripada seburuk-buruk (jahil) manusia, ia bisa mencantikkan tubuh dan peribadi seorang manusia. Sehingga tiada yang lebih cantik untuk seorang manusia melainkan dia berakhlak dengan anjuran agama.
Agama itu indah dan mengindahkan siapa sahaja yang mengamalkannya.
_________________________________________
Umpamakanlah Agama Islam itu seperti rantai dan cincin emas atau satu persalinan pakaian yang indah. Walaupun dipakaikan untuk siapa sahaja pasti orang yang memakainya kelihatan cantik dan orang yang melihatnya pula terpesona.
Umpamakan Islam pula seperti alatan bersolek yang mahal. Wajah yang lesu, pucat dan kurang berseri mampu diubah kepada wajah yang menawan dan lebih menarik. Jerawat batupun boleh ditutup dengan hanya bersolek jika kena caranya. Tidak hairanlah, artis yang sememangnya tidak cantik apabila disaluti dengan make-up yang tebal, penampilannya tak ubah seperti bidadari.
Ah, itu baru make-up artis, make-up cara ISLAM lebih hebat. Bahkan ia boleh mengubah anda menjadi manusia yang dimuliakan. Saidina Umar ra pernah berkata:
‘Aku hanya seorang Umar, kemuliaanku kerna Islam, semua ke syurga kecuali dia. Ku bimbangi dialah diriku..’
Perumpamaan ini cukup teliti, manusia tidak dimuliakan atau diagungkan kerana rupa paras atau keindahan tubuhnya, tetapi mereka akan disanjung hanya dengan akhlak yang dimiliki waimma dia seorang yang cacat anggota tubuhnya. Anda mungkin dapat membayangkan, seorang yang mempunyai keturunan yang besar-besar tetapi melakukan rasuah dan mencuri, adakah orang seperti ini bakal disanjung dan disukai manusia lain?
Benarlah, Islam itu agama yang indah, ia memakaikan kepada penganutnya sesuatu yang dapat mengindahkan sesiapa sahaja yang memakainya. Islam itu indah kerana ia menutup keaiban dan kecacatan yang ada pada manusia. Ia menutup keburukkan diri dengan keindahan akhlak sebagai hiasan kecantikan peribadi.
Daripada rambut yang terdedah kepada rambut yang mesti ditutup.
Daripada sikap gemar mengadu domba kepada sikap berkata dengan tutur yang baik-baik dan sopan.
Daripada tabiat mazmumah kepada penampilan mahmudah yang lebih disenangi manusia.
Tidakkah hiasan yang disediakan oleh Islam itu sudah cukup lengkap dengan kecantikkan yang lebih hakiki dan mempunyai keindahan maknawi? Islam bukan sahaja mampu mencantikan hiasan luaran pada tubuh seseorang bahkan kecantikkan pada hiasan dalaman juga bisa dihasilkan. Apabila hati sudah bersih dari sebarang mazmumah, pasti luarannya akan terhindar daripada kekotoran.
Ketika itu anda tidak perlu lagi mahu terhegeh-hegeh untuk berhias diri dengan pakaian dunia, pakaian agama (akhlak) sudah memadai untuk mengalihkan pandangan manusia kepada anda.
Tidak cantik pada rupa tidak mengapa, asalkan cantik pada budinya. Apalah yang ada pada sebuah rupa, jika budinya tidaklah secantik yang disangka!
Janganlah seperti bunga Tahi Ayam, rupanya indah namun baunya sampah!
MUSLIMAH YANG CANTIK & ANGGUN
Kadangkala saya selalu terdengar keluhan demi keluhan terutama daripada golongan muslimah. Mereka merasa rendah diri apabila ada kekurangan pada diri mereka terutama dalam hal kecantikkan. Terasa seolah-olah telah kehilangan satu daripada kebahagiaan diri apabila dilahirkan tidak cantik.
‘Saya ini sudahlah tidak cantik, berkulit gelap pula’
‘Dia tak apalah, muka cantik, pandai pula tu. Sebab itulah ramai peminat’
‘Lelaki suka yang bertubuh ramping. Saya ini tidak seperti yang mereka mahukan!’
Keluhan seperti ini telah mengurangkan motivasi diri kerana menilai kecantikkan itu pada satu tafsiran yang salah. Ramai manusia yang hanya memandang dan menilai aspek kecantikkan itu pada jasmani seseorang semata-mata. Kerana itulah, apabila diri tidak cantik atau tampan, terus mengalah dan merendah diri.
Percayalah, kecantikkan yang sebenar itu bermula dengan akhlak yang mulia bukan pada kulit yang putih atau tubuh yang ramping. Anda yang gemuk tidak perlu bersusah payah menguruskan badan hanya untuk menarik perhatian manuia, tetapi cukup dengan pakaian akhlak anda akan memperolehi segala tarikan manusia.
Cuba anda bayangkan, seorang wanita yang cantik bak Siti Nurhaliza tetapi gemar mengumpat dan berkata yang tidak sopan. Ditambah pula tidak bertudung dan gayanya ala-ala seorang lelaki (tomboy), minum pun berdiri. Saya rasa, biarlah cantiknya seperti bidadari sekalipun, saya rela memilih gadis kampung yang bekerja menoreh getah tetapi akhlaknya seperti wanita melayu terakhir.
Akhirnya, anda boleh menilai sendiri antara kecantikkan yang hakiki dan kecantikkan yang sementara. Kulit putih yang menjadikan seseorang itu dilihat menawan suatu hari nanti akan berkedut dan bakal meninggalkan kesan-kesan parut yang akan kelihatan hodoh. Akhirnya apa yang tinggal hanyalah agama sebagai kecantikkan yang berterusan.
Lelaki mana yang tidak tertarik dengan muslimah yang mempunyai keindahan seperti itu? Isteri walaupun tidak cantik, kalau setiap masa sanggup berkorban untuk suaminya, sampai ke mati jasanya dikenang.
Tak berkahwin lagi pun tak apa, sanggup membujang sampai mati...
______________________________________
Nota Kehidupan (1): Artikel Menjadi Cantik Yang Solehah (1) boleh dibaca di sini.
Nota Kehiduapan (2): Kalau kita boleh beli cinta, berapakah harganya?
[Usah Jemu Memberi]

0 Responses so far.
Post a Comment