“Abang sudah makan?” lembut suara Suhaila menyapa suaminya. Tangannya segara menyambut briefcase yang dihulurkan Zahid. Jam di dinding menunjukkan angka 10 malam.
Zahid tidak terus menjawab pertanyaan Suhaila. Terpancar garis-garis keletihan diraut wajahnya. Seharian bekerja amat meletihkan tubuhnya. Nafas demi nafas dihamburkan menampakkan keletihannya yang amat. Dahinya sengaja dikerut-kerutkan agar sedikit ketenangan dapat diraih.
“Abang nak makan? Ila panaskan lauk sekarang,” sapa Suhaila sekali lagi bila melihat Zahid tidak memberi sebarang jawapan.
Sepi dan sunyi.
“Abang letih Ila, sekejap lagi abang makan. Abang nak berehat dulu,” balas Zahid bersahaja.
Langsung tidak berpaling ke wajah Suhaila. Zahid merebahkan dirinya ke sofa. Suhaila pantas ke dapur mengambilkan sedikit air minuman untuk Zahid. Dia faham benar dengan keadaan suaminya, seharian suntuk bekerja mencari rezeki adalah suatu yang memenatkan bagi seorang suami. Suhaila meninggalkan Zahid bersendirian seketika.‘mungkin dia letih’ detik hati Suhaila.
“Ini minumannya abang” Suhaila meletakkan secawan air masak di atas meja kecil sebelah Zahid.
Sejurus perlahan-lahan Suhaila merebahkan punggungnya di sisi Zahid. Mengusap lembut ubun-ubun Zahid, sesekali Suhaila mengurut-ngurut dahi suaminya. ‘Aku menyayangimu Zahid’ bisik hati kecil Suhaila. Dia menatap wajah Zahid buat sekian kalinya malam itu. Tiba-tiba hatinya menjadi tenang seketika lantas melepaskan keluhan kecil seolah melepas segala kekusutan. Hatinya berbunga. Bibirnya yang manis tersenyum sendirian menampakkan lesung pipitnya menambahkan seri dan manis di wajah Suhaila.
“Kalau abang mahu makan, Ila boleh hidangkan sekarang..” Beria Suhaila mengulangi pertanyaannya.
Namun Zahid tidak berkata walau sepatah. Suhaila diam seketika memberi suaminya ruang berehat. Setidak-tidaknya dia tidak mengganggu situasi Zahid ketika itu.
Dia mengelus kecil, melepaskan sedikit rasa letih. Pandangannya dilontarkan lagi ke arah suaminya, Zahid. Membiarkan fikirannya bermain dengan ketenangan. Saat ini dia seolah-olah merasakan kemanisan hidup disisi Zahid, Suami yang berjaya menambat hati perempuannya 7 tahun lalu.
* * * * * * * * * *
Zahid termenung seketika lagi, entah kenapa hari ini dia kerap melayan lamunannya. Tugasnya pagi tadi pun masih banyak yang ditangguhkan sementara waktu. Duduk di hadapan komputer dia termenung, duduk menghadap jendela dia terus bermenung dan ketika bersarapan dia termenung juga. Zahid tidak pasti apakah yang sedang bermain di fikirannya. Dia melepaskan keluhan berat. Dia mencapai fail laporan kewangan, membelek-belek tanpa tahu tujuannya lantas bermenung lagi.
Zahid meletakkan fail-fail yang bertimbun ke hujung ke mejanya lalu mengalihkan pandangan ke jendela, melontarkan pandangan jauh-jauh ke luar. Anak matanya terus tertumpu pada kesibukan kota metropolitan. Lamunannya kembali ke dalam kotak fikirannya yang mulai melayang jauh.
Jauh sekali...
“Kenapa pandang Ila macam tu?” soal Suhaila bila Zahid memandangnya begitu. Setiap malam memang begitu dikamar mereka, sebelum tidur, Zahid akan memandang wajahnya. Namun malam ini Suhaila tergerak hati untuk bertanya.
“Mata Ila cantik,” bisik Zahid perlahan, matanya terus merenung wajah Suhaila. Wajah putih Suhaila tampak kemerah-merahan bila dipuji suaminya, malu. Namun Suhaila cuba mengawalnya.
“Abang tipu,” balas Suhaila lembut inginkan kepastian. Suhaila menyembunyikan senyuman. Namun jauh dari sudut hatinya dia sudah mulai berbunga dengan biasan kata Zahid.
“Sungguh sayang, abang tak tipu,” Luah Zahid ikhlas. Perlahan sahaja kata-kata itu dilontarkan ke telinga Suhaila. Zahid membetulkan baringannya menghampiri ke tubuh Suhaila.
“Ila tau macam apa?” Soal zahid ingin menduga.
“tak tau,” balas Suhaila.
“Macam anak kucing,” Jawab Zahid pantas sambil mengeluarkan senyuman kecil.
“Abaaang..abang tipu Ila. Nakal,” Suara Suhaila manja. Dia berpura-pura merajuk, mengalihkan tubuhnya membelakangi Zahid menanti balasan Zahid. Namun Zahid terus tersenyum.
Sepi.
Perlahan-lahan Zahid melingkari tangannya ke pinggang Suhaila, dia tahu Suhaila tidak marah. Jauh sekali mengambil hati dengan gurauannya tadi. Suhaila membiarkan jemari lembut Zahid melabuh di tubuhnya, dia selesa diperlaku begitu, dia selesa duduk dalam dakapan Zahid, suaminya. Suhaila memejamkan mata rapat-rapat mengumpul segala ketenangan. Wajahnya yang ayu tersenyum sendiri.
“Ila tau, kalau kita dapat anak lelaki, abang nak beri namanya Muhammad,” bisik Zahid ke telinga Suhaila. Suhaila masih diam.
“Sedapkan nama tu Ila?”
“Hmmm,” balas Suhaila.
Dia meraba-raba lembut kandungannya yang sudah hampir berusia 9 bulan. Itulah satu-satunya zuriat hasil perkongsian hidupnya dengan Zahid. Hampir 7 tahun dia dan Zahid menunggu, baru hari ini dia mendapat nikmat tidak ternilai itu. Suhaila tersenyum sendiri lagi.
Sepi. Angin malam mulai menyerakkan kesejukannya ke serata tempat menjadikan malam lebih tenang dan damai. Suasana malam itu amat mendamaikan jiwanya.
“Kalau perempuan?” soal Suhaila menduga. Suhaila menanti jawapan Zahid namun tiada suara dari Zahid. Bisu.
“Abang?” Suhaila mengalihkan wajahnya.
“Hmm, tidur rupanya,” dia tersenyum sinis.
Lantas dia menarik selimut menutupi tubuh Zahid. Suhaila tidak berhasrat untuk tidur lagi. Kebiasannya dia akan membaca sehelai atau dua helai daripada Al-Quran sebelum tidur. Dia terus melangkah.
“Hai Zahid, Kau ni apa yang tak kena hari ni?” Tegur Sufian terus mematikan lamunannya.
“Ish, kau ni Pian terkejut aku, tak ada apa-apalah,” Zahid cuba menyembunyikannya.
“Dah tengahari ni, tak mahu keluar lunch?” tanya Sufian.
“Boleh juga, perut aku pun dah lapar benar ni, kau tunggu aku di lobi, 5 minit lagi aku sampai,” balas Zahid.
Cepat-cepat dia mengemaskan fail-fail yang berselerak di atas mejanya. Sekali imbas dia mengerling ke arah jam di dinding menunjukkan angka 1 tengahari. Pantas dia mencapai telefon bimbit dan terus melangkah keluar dari biliknya.
* * * * * * * * * * *
Zahid ketika itu tekun menghabiskan baki-baki kerja tertunggaknya. Segala kerja yang tertangguh di pejabat terpaksa dibawa pulang ke rumah, alamatnya malam ini dia terpaksa menggagahkan dirinya untuk berjaga sehingga ke larut malam. Jam menghampiri ke angka 12 malam. Suasana sunyi mulai menguasai segenap pelusuk alam.
Dari atas dan sejak tadi lagi ekor mata Suhaila asyik mencuri pandang ke arah Zahid, mencari masa kalau-kalau ada sedikit ruang untuk berbicara dengan Zahid. Namun sedari tadi Zahid terus tekun dengan kerjanya tanpa mengira keadaan sekeliling. Suhaila teragak-agak untuk menegur suaminya yang sedang sibuk itu, sekurang-kurangnya dia tidak mengganggu Zahid waktu itu, tetapi dia harus juga untuk berbicara dengan Zahid, ada sesuatu yang ingin disampaikan.
Perlahan-lahan kakinya melangkah turun lantas terus duduk di sebelah Zahid.
“Ila rupanya. Ingatkan Ila dah tidur,” sapa suaminya tanpa menoleh ke arah Suhaila.
“Abang sibuk? Boleh Ila duduk di sini? Ada perkara yang Ila nak beritahu dengan abang,” Suhaila meminta izin. Penuh mengharap.
“Sudah larut malam ni Ila, tak elok orang mengandung tidur lewat malam. Penting sangat ke sampai tak sempat nak tunggu esok pagi?” balas Zahid bersahaja. Dia mahu mengelak dari diganggu. Tugas pejabatnya masih banyak yang belum dibereskan.
Suhaila terdiam seketika namun digagahkan jua untuk bercakap.
“Bonda sampaikan salam pada abang,” Suhaila memulakan semula bicara.
Tiada jawapan. Sepi.
“Bonda mahu berjumpa kita. Kalu boleh bonda nak Ila bersalin di kampung, bang,” ujar Suhaila lagi. Zahid tetap tidak berkata apa-apa.
“Bonda...”
“Abang tak boleh berjanji. Ila pun tahukan, sejak akhir-akhir ini kerja abang di pejabat makin bertambah, itu nak diuruskan ini nak diuruskan. Mana mungkin kita ada masa nak balik ke kampung,” balas Zahid tegas. Belum sempat Suhaila mengahabiskan kata-kata Zahid terus memintas. Suhaila terkedu.
“Tapi kita dah lama tak berjumpa dengan bonda kan bang?” Soal Suhaila lagi. Mengukir senyum tawar, namun tak berbalas. Dia inginkan jawapan dan harapan.
“Kenapa Ila susah nak faham keadaan abang? Abang sibuk sekarang, belum ada masa untuk itu,” tambah Zahid lagi. Kali ini suaranya mulai meninggi.
“Tapi untuk sekali ini je,” jawab Suhaila.
“cukup!” bentak Zahid.
Suasana menjadi tegang, sunyi dan sepi. Yang kedengaran hanyalah bunyi unggas. Sebak Hati Suhaila mendengarkan jawapan sebegitu daripada mulut Zahid. Dia tidak mampu berkata apa-apa, melawan suaminya adalah mengundang laknat ALLAH dan malaikat. Hatinya menangis sendirian dalam sebak.
* * * * * * * * * * *
“Abang, kita sarapan dulu ya?” pelawa Suhaila bila melihat Zahid keluar dari kamarnya.
“Ila dah sediakan,” tambah Suhaila lagi.
“Abang dah lewat ni Ila, nanti kalau sempat abang pulang makan tengahari,” balas Zahid bersahaja sambil menyarungkan kot dan membetulkan tali lehernya. Seusai, dia pantas melangkah ke garaj.
“Abang pergi dulu,” ujar Zahid sebelum masuk ke dalam kereta.
Suhaila yang menghulurkan tangan untuk bersalam tapi tidak diendahkan. Kalau dulu Zahidlah yang beria mencium dahi Suhaila sebelum ke tempat kerja, namun kini tiada lagi. Sejak akhir-akhir ini Zahid sering bersikap dingin terhadapnya. Suhaila semakin tidak mengerti. Dari sudut pintu Suhaila hanya memandang sayu pemergian Zahid dengan ekor matanya. Dia bimbang kalau-kalau Zahid masih marah padanya berikutan peristiwa malam tadi.
Suhaila termenung di muka pintu, resah dan khuatir Zaid berkecil hati dengannya. Perlahan air matanya mengalir lagi.
bersambung...
[Usah Jemu Memberi]

Salam Afiq..best cerita novel ni.. Nanti cepat2 sambung ye.
tak sabar nk tggu smbungn nye.
mesti sdih kan akhirnya.
keep it up!!
rasanye dh penah kluar cerpen nie, sgt menyayat hati. mmg realiti kehidupan selari dgn tema blog..
good luck afiq..