Siang tadi, semasa pulang dari kuliah saya terfikir sesuatu yang unik, lantas saya terfikir sesuatu, wanita & lelaki dijadikan dalam perbezaan, tetapi mengapa disuruh untuk hidup bersama. Tentunya ada 'persamaan' dalam perbezaan kedua-dua ciptaan tersebut. Minyak dan air tidak akan bercampur secara lumrah, tetapi apabila sudah sebati menjadi Kuah Kari, soal perbezaan tidak lagi menjadi pertikaian.

Pokoknya kita boleh bersatu, sebenarnya perbezaan akan mengeratkan hubungan antara pasangan. Salah satunya adalah aspek perasaan. Dua ciptaan pastinya mempunyai 2 perasaan yang berlainan. Waktu juga berlainan. lalu bagaimana kita mahu menyeimbangkan Perasaan tersebut agar sentiasa dalam situasi yang aman & harmoni.

Berikut adalah tips yang cuba-cuba saya fikirkan. Ada 4 situasi yang memerlukan kerjasama antara pasangan untuk mengharmonikan perasaan. Tolak-ansur adalah jawapannya:

1- KETIKA SUAMI & ISTERI, KEDUA-DUANYA DALAM PERASAAN GEMBIRA

Masa ini adalah masa paling berharga untuk pasangan, mungkin agak sukar untuk mempunyai "pertembungan" masa seperti ini.

Pasangan harus menggunakan masa ini sebaiknya, kerana masa seperti inilah masa untuk membuktikan kasih-sayang dan rasa cinta kepada pasangan. Isteri perlu meringankan tulang untuk membantu apa jua bebanan suami, mood & perasaan yang baik akan membuatkan kita sentiasa bersemangat untuk melakukan apa sahaja. Banyakkan interaksi antara pasangan, dengan cara ini ia akan mengeratkan hubungan "dua hala".

Menggunakan sebaiknya masa "emas" ini untuk menzahirkan rasa cinta antara pasangan

Suami pula harus menghargai segala penat lelah isteri yang sudi membantu tanpa disuruh. Tidak salah jika suami mahu melakukan tugas isteri. Wanita apabila dalam mode gembira, dia suka bercerita & memberitahu apa yang dirasai, jadi suami harus menjadi pendengar setia, dan sebaiknya suami perlu memberi respon yang positif, itu sifat wanita, suka bercerita dan suka dihargai. Kalau dipuji, lebih mereka suka.

Suami pula jangalah berat mulut untuk memuji kelebihan isteri, sesekali sebutlah: "Yam, I suka kalau you selalu pakai bedak sejuk tu, nampak cantik macam Siti Nurhalija"

Tak rugikan memuji? bukan orang lain pun, isteri kita juga. Pendek kata, dalam situasi (1) ini, pasangan harus menunjukkan kegembiraan masing-masing dengan melakukan sesuatu yang disukai oleh pasangan.

2- KETIKA SUAMI & ISTERI, KEDUA-DUANYA DALAM PERASAAN MARAH ATAU SEDIH

Pertama, suami harus bijak mengawal emosi, antara marah seorang lelaki dan marah seorang wanita sangat berbeza. Lelaki mempunyai akal yang 'lebih" berbanding wanita, tidak hairanlah jika wanita sedang marah, emosi mereka akan mengatasi rasional mereka. Berikan peluang untuk isteri meleraikan kemarahan mereka, suami macam biasalah, jadi pendengar yang setia. Tension itu nombor 2, yang penting isteri tersayang mesti dijaga.

Oleh kerana kedua-duanya sedang marah, suami lebih layak untuk bertolak ansur dahulu, jangan menampakkan yang anda sedang marah, apatah lagi menghamburkan kemarahan kepada isteri yang sedang dalam kondisi yang tidak stabil (marah). Sebaiknya, pasangan boleh mengasingkan diri seketika untuk meredakan kemarahan masing-masing, siapa yang reda (hilang kemarahan) dahulu dialah yang harus menjadi "Pemujuk pasangan yang merajuk"

Suami harus dahulu mengalah, simpan saja marah itu. Seorang suami, mestilah lambat marah, dan lekas reda marahnya, barulah layak digelar lelaki yang kuat lagi romantik!

kalau isteri merajuk, suamilah pujuk. kalau suami merajuk, isterilah pujuk. kalau dua-dua merajuk, anak-anaklah yang pujuk kot? hehe.. Kalau tak makan saman juga, "hantar saya balik ke rumah mak!" hihi..

Dalam situasi (2) ini, aspek paling utama yang perlu dipraktikkan adalah tolak ansur. Jika masing-masing mahu mempertahankan kemarahan, saya dapat bayangkan, bukan kuali dan pinggan sahaja yang berterbangan, bahkan tong gas juga mampu dihayun oleh isteri kepada suami, percayalah!

3- KETIKA SUAMI DALAM PERASAAN GEMBIRA, MANAKALA ISTERI SEDANG MARAH ATAU BERSEDIH

Dalam situasi ini, suami tidak dapat tidak mesti bertolak-ansur dan beralah. Mesti "berkorban" telinga untuk menjadi pendengar setia. Langkah yang paling bijak adalah, suami harus mendalami apa yang dirasai oleh isteri, menunjukkan rasa empati & sedikit rasa simpati. Kalau isteri bersedih kerana dimarahi oleh boss, suami juga harus menjiwai suasana itu. Kalau isteri bersedih kerana kucing kesayangannya mati, suami juga mesti merasai kesedihan itu.

Pujuk isteri dengan sesuatu yang pernah menggembirakan dia. Namun, sebelum memujuk, pastikan kemarahannya tidak berada dikemuncak, biarkan marahnya terlerai sedikit. Kalau isteri yang sukakan bunga, hadiahkan mereka sekuntum bunga yang disukai, kalau yang meminati kek, tempahlah sebuah kek khas untuk mereka, kalau yang sukakan barangan kemas? fikir dulu, silap-silap haribulan perang besar jadinya.

Suami harus "menjiwai" kemarahan atau kesedihan yang di alami oleh isteri

Wanita kebanyakkan akan "cair" dengan kata-kata suami & kuntum bunga. Ada wanita yang hatinya lembut, dengan kata-kata saja, marahnya mudah hilang. Terpulanglah pada pasangan masing-masing untuk memujuk.

Jangan pula suami sengaja bergelak-tawa di hadapan isteri, kononnya nak meleraikan kemarahan isteri, silap hari bulan "tidur" di ruang tamulah jawabnya.

4- KETIKA ISTERI DALAM PERASAAN GEMBIRA, MANAKALA SUAMI SEDANG MARAH ATAU BERSEDIH

Sama seperti situasi ke (2), suami dianugerahkan oleh ALLAH akal yang mampu mengawal emosi, jadi gunakanlah kelebihan itu untuk tidak berlebih-lebihan dalam marah.

Jangan jadikan isteri tempat melampiaskan kemarahan, mereka tidak bersalah. Mungkin mereka telah cuba memahami hati si suami (yang sedang marah) tetapi tersalah cara hingga membuatkan suami bertambah marah. Isteri sudah berusaha memujuk, suami pula mesti menghargai usaha mereka. Kalaupun kemarahan suami masih tidak hilang, apa salahnya jika "buat-buat" senyum, sekurang-kurangnya ia sebagai motivasi dan jalan kecil untuk mengurangkan rasa marah.

Orang lelaki kalau sedang marah, mereka tidak sukakan suasana yang bising & serabut

Isteri pula harus memainkan peranan sebagai "agen pemujuk". Ketika ini, jangan lakukan apa yang tidak disukai oleh suami atau apa sahaja yang boleh menambahkan lagi kemarahan suami, seperti banyak bercakap. Orang lelaki apabila sedang marah, mereka tidak suka suasana yang bising, mereka perlukan suasana yang sunyi & tenang, marahnya akan segera hilang. Orang lelaki kalau tidak dipujuk pun boleh hilang marahnya. Tetapi kalau dipujuk, mereka lebih cepat reda.

Sama sahaja, isteri harus melakukan sesuatu yang mampu mengembalikan senyumnya. Mood seorang lelaki akan mudah ceria jika diransang dengan suatu yang disukai. Masakkan makanan kegemarannya, itu jalan yang paling mudah untuk menambat semula hati suami yang sedang berduka.

KESIMPULAN

Begitulah lumrah kehidupan suami isteri, ada masanya suami harus mengalah, ada masanya isteri pula harus mengalah. Mengalah dalam erti kata berusaha untuk menjernihkan suasana. Suami yang mengalah tidak rugi, isteri yang memujuk juga tidak rugi, keduany saling memerlukan antara satu sama lain. Jika masing-masing tahu menjaga hati pasangan mereka, bahagia akan berpanjangan sampai ke syurga.

Selamat menchoba!!

1400 pm - 21/06/2011
____________________________________________

Nota Kehidupan (1): Sungguh bertuah menikahi seorang permaisuri dari kalangan keluarga yang mempunyai asas ugama, anaknya seorang yang hebat, maharnya tetap sederhana. Benarlah kata Rasul, "Mulia seorang wanita adalah yang paling rendah maharnya"

Nota kehidupan (2): Umur sebegini, sebetulnya saya sudah mula melangkah ke arah persiapan untuk membina sebuah keluarga. Saya optimis, "lelaki yang baik untuk wanita yang baik". Lalat tak akan menghinggapi botol minyak wangi, akan ke najis juga akhirnya.

Nota kehidupan (3): Habis semua student di tempat saya belajar pulang ke tanah air untuk berkahwin. "Pergilah kahwin, biarkan saya sorang-sorang di sini, membujang..."

Usah Jemu Memberi

3 Responses so far.

  1. InsyAllah..saya yakin seluruh makhluk dilangit dan dibumi mendoakan saudara, semoga dikurniakan teman hidup yang namanya juga disebut2 oleh para malaikat..saudara yang tidak jemu memberi dan mereka juga tidak jemu berdoa.

  2. ustaz afiq.

    moga tenang2 slalu ye! jodohnya pasti yg baik2 untuk ustaz

  3. blog walking..

    "kalau yang sukakan barangan kemas? fikir dulu, silap-silap haribulan perang besar jadinya."

    heh.kesian la kalo mcm ni.

    tunggu turn ust plak.
    hari bahagia itu pasti datang!

    fakta : 1st time tinggal komen kat blog ust afiq neh.

    {anonmieha}