Kadangkala
hati menjadi serba salah, peluang tak datang banyak kali, kalau turutkan hati
(dan kemudiankan akal) maka yang di depan mata itulah yang diingin-inginkan selama
ini. Tapi hasrat jadi terbantut bila memikirkan, urusan ini bukan urusan
main-main. Hidup dan mati adalah taruhan. Kalau boleh saya katakan, keputusan
ini samada membawa ke syurga atau menempah sebelah kaki ke neraka!
Kahwin!
Begitulah bunyinya.
Dahulu,
saya pernah bertanya kepada beberapa orang rakan terutama yang masih belum mendirikan
rumah tangga, saya juga berstatus bujang ketika itu. Soalannya umum, samada
lelaki ataupun perempuan harus menjawabnya dengan jujur:
"Anda
seorang lelaki/perempuan yang tidak berperwatakan menarik, belum berpunya dan
sudah jemu menanti kehadiran jodoh.
suatu hari ada seseorang yang datang merisik anda. Sememangnya anda
teruja kerana dialah mr/mrs Right yang anda cari-cari selamaini. Lalu atas
pertimbangan apakah tindakan anda ketika itu?"
"Adakah
anda terus menerima lamaran itu kerana impian anda semakin terbuka di
depanmata?"
Atau,
"Adakah
Anda akan mendahulukan ia dengan istikhoroh dan menyerahkan urusan inikepada
Allah sepenuhnya?"
Atau,
"Jika
keputusan istikhoroh anda tidak memihak kepada jawapan yang anda kehendaki, sanggupkah
anda menolak impian yang sedang terbentang di depan mata itu?"
Oh!
Maha beratnya urusan ini.
Apa
jawapan saya? Ini dia: Kalau anda mahu bahagia, ikut 'cakap' Allah.
Pahitdipermulaan, tapi manisnya berpanjangan.
Setiap
kali saya ditanyakan perihal memilih pasangan atau bakal teman hidup, saya
akantega dengan jawapan yang sama, saya tak boleh berikan petunjuk, tapi hanya
boleh berikan jalan. Sungguh, saya bukan tabib! Saya jawab kepada mereka:
dahulukan istikhoroh! Pilihan Allah adalah pilihan terbaik. Walaupun ia
bukanlah daripada apa yang kita hendak tetapi ia adalah berupa apa yang kita
perlukan, Allah kan Maha Tahu?Mari saya bawakan firman-Nya:
"Boleh
jadi apa yang kamu suka itu belum tentu baik untuk kamu. Boleh jadi juga apa yang
tidak kamu sukai itu adalah baik untuk kamu, Allah lebih mengetahui tentang
apayang kamu tidak ketahui"
Anda
pegang kata-kata ini: Semua yang Allah kurniakan adalah bahan yang terbaik untuk
seseorang walaupun ia berupa kesakitan.
Kita
kembali pada persoalan saya di atas dan Cuba bayangkan sebentar, tanpa
istikhoroh anda telah memilih seseorang menjadi teman hidup anda lalu anda
berkahwin. Selepas beberapa tahun usia perkahwinan, anda telah berhadapan
dengan masalah besbar, suami anda bermain kayu tiga!! Pada masa itu, siapa yang
anda mahu salahkan?
Salahkan
Allah?? - Eh, masa buat keputusan dahulu, kenapa ketepikan Dia?
Salahkan
Diri-sendiri?? - sudah terhantuk baru terngadah!
Namun,
jika anda memilih teman hidup berdasarkan petunjuk Allah dan jalan
yangdianjurkan oleh agama, sebesar manapun masalah yang datang kepada anda,
anda mampu hadapinya dengan tenang, setidak-tidaknya hati anda boleh memujuk
dan berkata: 'Inikan pilihan Allah? sekalipun pahit, sudah tentu Dia hendak
berikan sesuatuyang baik untukku'
Dalam
membuat sebarang keputusan samada besar atau kecil, apa salahnya kita mulakania
dengan memohon petunjuk daripada Allah. Ketepikan sekejap soal kehendak atau keinginan.
JANGAN
MUDAH MELETAKKAN PIAWAIAN JODOH
“Rasa-rasa”
“kira OK-lah” “ janji ada”
Semua
ini adalah piawaian yang tidak berpendirian. Orang lain hendak berkahwin
diajuga hendak berkahwin tetapi tiada hala tuju. Masakan urusan memilih jodoh
bolehdisamaratakan seperti membeli juadah?
Urusan
jodoh bukan urusan 'rasa-rasa' atau 'asal ada' tetapi memerlukan
kayu ukur dan piawaian yang halus. Jika 'barang' yang hendak dipakai itu akan
kita bawa sampai ke syurga, bahkan jika tersilap langkah ia akan mengheret kita
ke lembah neraka, apa salahnya kita memberatkan sedikit piawaian penerimaan
kita pada seseorang calon.
Lihatlah
dulu bagaimana akhlaknya, agamanya setinggi mana, keturunannya datang darimana,
bagaimana pula suasana dan latar belakang keluarganya. Jika yang datang merisik
itu cakapnya sopan tetapi rambutnya pula terpacak, adakah itu bakal imam yang
anda cari? Sekalipun wajahnya cantik bak pelakon Hindustan, namun tidak
bertudung, adakah dia wanita yang anda cari untuk menjadi ibu kepada anak-anak
anda?
Bukanlah
saya mahu menyukarkan urusan perkahwinan, tetapi sekurang kurangnya dalam
memilih calon biarlah aspek agama didahulukan, kriteria calon diutamakan. Usah mudah
menjawab YA jika belum benar-benar bersedia. Tinggikan sikit graf kecerewetan
anda dalam memilih 'imam' untuk kehidupan anda, namun bukanlah terlalu memilih,
jika tidak dapat seorang kiyai atau tok imam anda tidak mahu berkahwin.
Carilah
lelaki yang biasa-biasa dari sudut ilmu dunianya tetapi hebat ilmunya tentang ukhrowi.
Carilah wanita yang walaupun tidak tahu memasak tetapi tahu membezakan antara
dosa dan pahala. Orang-orang seperti ini, jika tidak kayapun anda akan dapat merasakan
kebahagiaan bila bersamanya, kerana kebahagiaan yang hakiki adalah kekayaan
yang bersumberkan agama. Harta boleh memberikan kebahagiaan tapi kebahagiaan
yang sekejap dan sementara. Jika anda memberikan bahagia dengan agama, nescaya
bahagianya akan berpanjangan.
Saya
memetik sepotong hadis Nabi saw: "Nikahilah wanita itu kerana 4
perkara, keranakecantikkannya, kerana hartanya, kerana keturunannya. Maka
utamakanlah ugamanya,nescaya akan beruntunglah kedua tanganmu"
Anda
nampak bukan? Nabi saw pun tidak menghalang untuk kita mencari pasangan yang
cantik dan berharta, tetapi janganlah sampai mengabaikan soal agama. Cantik biarlah
beragama, kaya biarlah beserta agama.
Mutakhir
ini, orang sudah mula melupakan agama, mereka menyisihkan agama dalam banyak
perkara, samada dalam urusan harian mahupun urusan jodoh.
JANGAN
PULA MENANGGUH-NANGGUH!
Piawaian
tetap piawaian, cerewet pula tidaklah salah, tetapi menangguh-nangguhkan urusan
ibadah besar ini merupakan kerugian besar! Apa tidaknya, kalau setiap pekerjaan
gaji anda digandakan, bukankah itu menolak untung namanya?
Segelintir
orang perempuan yang belum berkahwin seringkali menjawab begini apabila diselorohkan
tentang jodoh:
"Impian
dan cita-cita saya belum tercapai lagi"
"Saya
nak sambung belajar ke peringkat lebih tinggi"
"Saya
belum bersedia ke arah itu"
Saya
kira, jawapan sebegini amat merugikan empunya badan. Seolahnya perkahwinan menjadi
batu penghalang untuk mencapai sesuatu. Bahkan jika tanpa sebab musabab yang
kukuh ia seperti bertentangan dengan satu sabda Nabi saw: "Apabila dating
seorang lelaki kepadamu yang baik agamanya, maka (segera) nikahilah ia"
Allah
pun menyuruh manusia bersegera ke arah kebaikkan, 'fastabiqul-khairot'
Saya
melihat, individu yang memandang perkahwinan itu sebagai tanggungjawab yang berat
kerana mereka melihat dari sudut yang salah. Jika kita melihatnya sebagai
bebanan dan tekanan maka jadilah ia sebagai masalah kepada kita. Namun jika
kita melihatnya sebagai peluang untuk menambah kuota amal ibadah, susah setara
manapun pun, kita tetap diberikan ganjaran, senang apatah lagi.
PENUTUP
Cinta
bukanlah bahan ujikaji, sekali anda termasuk ke alamnya, bererti anda menempah dua
kemungkinan, samada enak dengan buaian dosa atau tenang dalam pengibadatan.
Maafkan
saya, seperkara lagi yang sama mahu tambah, dalam arena percintaan yang berlainan
jantina, Islam tidak pernah memperkenalkan istilah couple dan ia tidak langsung
menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh Islam, couple tidak boleh diletakkan
di bawah "Perlembagaan Cinta Islamik”. Ramai yang telah
terperangkap dengan istilah 'kenal hati budi', akhirnya bukan budi yang
dikenali tapi body yang tergadai. Nauzubillah!
"Tapi
ostad, ada orang kata couple halal lepas berkahwin?"
Sesudah
berkahwin lain ceritanya, kalau selepas berkahwin anda hanya mahu bercouple, nescaya
rugilah anda, Islam membenarkan lebih dari couple jika pasangan itu pasangan
yang halal.
Maknanya,
couple pun bersyaratlah?
Begitulah
kurang lebihnya.
_____________________________
Nota Kehidupan (1): Ini artikel saya selepas saya
berkahwin. Maaf, jika ‘ramanya’ berbeza daripada dahulu
Nota Kehidupan (2): Untuk mengorangkan manusia lebih
sukar berbanding melatih seekor harimau bermain sarkas. Walaupun nampaknya
tiada keletihan fizikal, tetapi sangat mencabar dari sudut rohani.
MashaAllah, Artikel ditulis pada masa saya sedang hadapi situasi di atas. Menolak takut dikatakan memilih, namun nak diterima pula, diri pun tak kenal betul orangnya.
Hanya satu benda yang saya pegang:
Kalau nak redha Allah dalam hidup, semuanya kena ikut syariat.
Dan itu juga kata-kata yang saya sampaikan padanya.
Moga Allah beri petunjuk ke arah yang diredhaiNYA
salam shbt.. smg istiqamah dlm perjuangan.. dan smg sentiasa dlm redha Allah..
Setuju dengan kamu. jgn meletakkan peratusan dlm menetapkan cinta krn ianya memang sukar di ramal.
CiM percaya pada takdir & jodoh yg ditentukan Allah. Redha krn Dia maha mengetahui segalanya...
ustaz, bagaimana kalau ada dlm hati sedikit sesalan lepas perkahwinan, adakah ia sebuah ujian atau gangguan syaitan,
台湾视讯交友 , 视讯交友网站 , 金瓶梅视讯聊天室 , 韩国视讯美女主播 , 美女视讯聊天 , 台湾人视讯 , 台湾美女影音live秀 , 视讯聊天视频下载 , 视讯视频下载 , 视讯聊天视频网站