ciptaan-MU indah.. (bahagian 3)




JORDAN: DESTINASI YANG TIDAK MENGHAMPAKAN

  1. WADI RUM; kembara di Pangkuan Tabie

Sesiapa sahaja pasti akan menikmati keheningan semula jadi Wadi Rum, lebih-lebih lagi jika berada pada musim bunga. Di sini seolah-olah terasa berada di permukaan bulan. Pasir di Lembah ini yg berwarna –warni, memeluk bukit-bukit tinggi.

Terdapat pondok polis di padang pasir di sebelah pintu masuk. Mereka tidak menggunakan kereta atau kuda, tetapi menggunakan unta semasa menjalankan tugas. Jika anda ke sana, mereka akan menyediakan kepada anda sebuah land rover untuk disewa. Hati-hati memilihnya, tersalah pilih maka anda akan mengalami dan merasai sendiri pengalaman menolaknya...!

Bukit Rum ini sebenarnya memberikan cabaran kepada pengunjung untuk mendaki hingga kepada kemuncaknya, atau berjalan-jalan di celah-celah lembahnya untuk sampai jauh ke kawasan lapang yg luas. Atau memilih untuk menaiki unta.



Pengalaman pertama mendaki gunung pasir adalah sungguh berharga buat saya. Hampir-hampir tidak percaya saya mampu berbuat demikian. Namun di akhirnya, saya dan seorang sahabat saya hampir-hampir hilang nyawa apabila diserang ribut pasir. Tuhan saja yg tahu perasaan kami berdua ketika itu. Mengucap panjang saya dibuatnya...

Bagi saya, keindahan lembah ini cukup-cukup romantis, ditambah lagi dengan sebilangan puak badwi yg masih tinggal di sana. Mereka sungguh peramah, tidak hairan sekiranya anda melalui kawasan berhampiran khemah mereka, anda pasti dipelawa untuk menikmati segelas teh (syai) atau secawan kopi Arab (Qohwah). Siapa yang tidak biasa menghirupnya sudah tentu akan muntah !!

Apabila anda duduk bersama mereka, di sisi api yg menyala, di malam yg ditaburi seribu bintang, pasti akan menjadi satu pengalaman yg sungguh indah, tidak akan luput dek masa.



0 Responses so far.